Sunday, March 12, 2006
Catatan perjalanan - Seaside Travellers Inn

04 Mac 2006

Lebih kurang jam 6 petang Alangz selamat tiba di Lapangan terbang Kota Kinabalu. Dijemput oleh seorang kenalan yang sudah hampir 5 tahun Alangz kenal. Dr. Shah. Pertanyaan pertama dari beliau semasa Alangz ingin menaiki kapal terbang adakah Alangz menaiki AirAsia atau MAS. Ini adalah kerana operasi penerbangan AirAsia di lapangan terbang lama dan MAS di lapangan terbang yang baru. Oooo.. baru ku tahu Wink Anyway terima kasih bebanyak Dr..

Kami menuju ke Seaside Travellers Inn, KM20 Jalan Papar, Kinarut. Alangz mendapat cadangan untuk menginap di situ menerusi Kak Yatie. Teman sekerja Alangz dahulu. Kini beliau ditempatkan di ibu pejabat.

Berbalik kepada Dr. Syah yang tidak pernah mendengar tempat ini. Nasib juga ada buku "Lonely Planet: Malaysia, Singapore & Brunei". Ada alamatnya. Sebelum itu, Alangz telahpun melayari laman web chalet itu dan mencetak peta lokasinya. 

Setibanya di sana, Alangz disambut oleh En.Safar. Ternyata pemilihan tempat ini memang sesuai kerana dengan budget yang rendah dan memang berbaloi dengan wang anda. Cuma nasib kurang menyebelahi Alangz kerana mendapat bilik yang tidak mengadap laut kerana sudah penuh ditempah. Apapun, dengan RM77 semalam, Alangz mendapat bilik yang cukup besar. Lengkap dengan penghawa dingin, pemanas air dan televisyen. Harga juga termasuk sarapan pagi. Memang berbaloi.

  

Secara peribadinya, Alangz mencadangkan tempat ini kepada anda yang ingin merehatkan minda, berbulan madu dan membawa anak kecil keluar dari persekitaran bandar yang sesak. (Hehehe.. ayat nie untuk ko TgafZa). Dengan budget serendah RM70 semalam, anda pasti berpuas hati dengan chalet ini.

Secara asasnya, chalet ini mempunyai restorannya sendiri. Jadi, anda tidak perlu risau jika kebuluran Big Smile. Mempunyai kolam renang (agak kecil), padang tenis dan badminton.

 

  

Pemandangan pantainya juga cukup indah. Sempat juga Alangz menikmati panorama senja dan menghirup udara segar di pagi hari. Lautnya yang bersifat landai dan memang tidak dalam, memungkinkan anda berani melepaskan anak kecil bermain-main di pantai itu.

Pernyataan Alangz ini disokong berpandukan mata Alangz sendiri. Semasa menikmati makan malam, terlihat kelibat penduduk sekitar mencari ketam di tengah laut itu. Memang mengasyikkan memerhati kelibat mereka. Apapun, diwaktu pagi banyak sungguh anak-anak ketam berlarian di tepi pantai. Pasirnya cukup halus membuatkan Alangz leka menghayati suasana pantai. Argh... begitu indah!

  

 

  

  

  

Apapun, tempat ini memang menenangkan minda. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Hilang rasa penat mengembara tika berada di sini.

Bersambung....




Posted by alangz at 3/12/2006 11:40:03 am

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments









Previous Entry Home Next Entry



<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: