Monday, March 13, 2006
Catatan perjalanan - Kota Kinabalu

04 Mac 2006 (Malam)

Selepas selesai meletak barangan dan berehat seketika, sempat merencana perjalanan ke bandar Kota Kinabalu. Secara peribadinya ingin bertemu dengan teman-teman yang lain. Bertemu di Waterfront. Dr Shah meninggalkan Alangz di situ. Terima kasih sekali lagi.

Menikmati hidangan makan malam di Waterfront berselang dengan hembusan angin bayu. Kemudian menyusuri laluan-laluan di bandar Kota Kinabalu. Rasanya bandar Kota Kinabalu adalah seperti bandar-bandar lain. Yang membezakannya adalah identiti jualan mutiaranya. Dalam diam tak diam, hampir RM400 Alangz habiskan untuk membeli barangan mutiara ini. Semuanya untuk kaum keluarga dan teman sepejabat. Baik sungguh Alangz ini... hehehee....

Jam menunjukkan hampir jam 10.30 malam. Alangz bersama teman mengambil keputusan untuk menaiki 'bas mini' untuk pulang ke tempat penginapan. Tidak ku sangka, ajak-ajak ayam untuk tidur di chalet disambut baik oleh 2 orang teman. Anyway, katilpun bersaiz king dan ada satu katil bujang di sebelah. Jadi, tiada masalah untuk mereka tidur di situ.

  

Agak janggal mendengar bila di Sabah van sebegini dipanggil 'bas mini'. Tapi, itulah hakikatnya. Tambang dari bandar ke tempat penginapan RM3. Terpaksa menunggu penumpang sehingga penuh sebelum mereka memulakan perjalanan. Bersesak-sesak dan cara pemanduan yang agak laju dan bahaya mengingatkan Alangz kembali zaman kegemilangan 'bas mini' di Kuala Lumpur. Senyum sendirian aku.

05 Mac 2006

Selepas bersarapan pagi, kami keluar ke bandar. Dibawa ke Pasar Gaya. Pasar yang hanya dibuka pada pagi hari Ahad. Sama seperti di Kuching. Pasar Satok. Secara asasnya pasar ini memang menawarkan pelbagai variasi barangan dari kegunaan harian hinggalah ke barangan antik dan haiwan peliharaan.

Kepada mereka yang ingin membeli barangan produk tempatan, rasanya tempat sebegini lebih mudah untuk mencari barangan itu dengan harga yang berpatutan; asalkan anda tahu menawar.

  

   

 

  

Perjalanan diteruskan. Menyusuri jalan-jalan dan lorong-lorong di kota ini. Banyak telatah dan perilaku manusia dapat dilihat. Yang pasti, corak pemakaian segelintir kaum wanita 'agak hebat' di sini. Ingatkan di Kuala Lumpur lebih seksi, argh tidak!!..Angel

Destinasi berikutnya Filipino Market. Lebih kepada bazaar jualan. Tempat ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk anda membeli barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Tempat ini agak sesak dan rasanya lebih baik tidak membawa anak kecil. Harga yang tertera memang mahal. Pandailah melakukan urusan tawar menawar ini. Pastikan anda mendapat harga 60% lebih rendah sebelum membuat keputusan membeli sesuatu barangan.

Memang Alangz akui, tempat ini akan menjadi kegemaran para wanita kerana banyak hiasan dari mutiara dijual disini.

 

Keluar dari Filipino Market anda akan melihat pasar malam. Mengikut kata teman, pasar ini memang dibuka setiap hari. Apapun aneka juadah tempatan dijual. Melihat ikan bakar, memang menyelerakan. Namun bila melihat cara penyediaan dan tidak berapa yakin dengan peniaga disini menyebabkan Alangz tidak menikmati ikan bakar itu. Bukan menidakkan atau menyatakan tahap kebersihan, cuma lain orang lain cara pandangannya. Berhati-hati ketika mahu menikmati ikan bakar. Pastikan anda bertanya harganya terlebih dahulu. Kalau tidak, mungkin anda terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi.

 

 

 

Berjalan menyusuri laluan yang berhadapan dengan lautan (Jalan Tun Fuad Stephens). Berhenti seketika melihat sekumpulan pemancing yang baru pulang dari memancing. Melihat hasil tangkapan mereka.

  

Meneruskan aktiviti berjalan dan melihat kehidupan masyarakat setempat sebelum berkira-kira untuk pulang semula ke tempat penginapan setelah penat berjalan sekitar bandar Kota Kinabalu.

Pulang menaiki 'bas mini' Tongue

Sempat menikmati pemandangan matahari terbenam berlatarkan hembusan angin laut.

Bersambung.....




Posted by alangz at 3/13/2006 3:45:03 pm

tgazfa
March 14, 2006   08:27 AM PST
 
Alangz, thanks so much for the very useful info. Memang details alangz tulis. Alamak, pasar filipina tak sesuai utk kana2 kecil ye? hmm mcm mana aku nk bwk anak aku tu nanti ek? adusss ...

lepas ni labuan ke? what about other places kat KK ... :-)
Alangz
March 14, 2006   08:55 AM PST
 
Welkam tgafZa... pasar filipina nie sempit.. sesak.. rasanya kalau nak bawak jugak anak kecik... jangan bawak waktu matahari tegak atas paler.. panas giler nanti... so.. time pepetang tu ok ler.. bila anak panas.. lepak jap kat memana kedai.. kipaskan lah dia.. :-))

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments









Previous Entry Home Next Entry



<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: