Thursday, March 30, 2006
Alangz banyak songeh?…

Sebenarnya artikel ini minggu lepas patutnya Alangz kemaskini. Tapi dek kerana outstation untuk jangkamasa seminggu, tidak sempat untuk Alangz berbuat demikian. Hari ini, setelah didesak oleh TgafZa.. ahakz.. maka, Alangz pun berusaha mencuri masa untuk mengemaskini blog Alangz Tongue

-----------------------------------------------

"Awak ni banyak songeh lah… itupun nak komplain." .. itulah reaksi pertama teman sepejabat Alangz, Nurul; bila mana Alangz menyuarakan rasa ketidakpuasan Alangz terhadap restoran rangkaian makanan segera yang terkenal; Pizza Hut.

 

Ceritanya bermula begini, kebiasaannya kami akan bertanya sesama sendiri apa yang hendak dimakan semasa waktu makan tengahari. Ini adalah kerana pejabat kami terletak jauh dari sebarang gerai atau warung makan menyebabkan kami setiap hari perlu memandu keluar untuk mencari makanan.

 

Rabu, 15 Mac 2006 Alangz mencadangkan untuk menjamu pizza di Pizza Hut. Ditambah lagi dengan promosi yang Alangz lihat di laman web Pizza mengenai "Lunch Express Set". Dengan harga serendah RM7.90 kita boleh menikmati hidangan yang pastinya mengenyangkan perut J

 

Di laman web tertera promosi hanya valid untuk makan di restoran atau dibawa pulang sahaja. Alangz sempat mendail talian hotline 1-300-88-2525 untuk bertanya dan memastikan sama ada mereka boleh memberi khidmat penghantaraan. Dan pasti jawapannya tidak.

 

Maka terpaksalah kami keluar. Ketika mahu melangkah keluar ada teman yang berhajat meminta tolong tapau @ bungkuskan makanan mereka.

 

Kami tiba di Pizza Hut Sunway Piramid. Selesai mengambil pesanan, Alangz menyatakan untuk membawa pulang 2 set lagi. Apa yang mengejutkan, krew yang bertugas menyatakan "Lunch Express Set" hanya untuk dine-in atau makan di restoran sahaja. Dan bila menyatakan Alangz mendapat informasi di laman web dan menelefon talian hotline 1-300-88-2525, "Lunch Express Set" boleh dibeli untuk makan di restoran dan dibawa pulang. Krew itu mendapatkan kepastian dari Pengurus bertugas dan beliau juga menyatakan perkara yang sama.

 

Selesai makan, pulanglah kami dengan tidak membelikan pesanan makanan teman yang lain. Alangz memang tidak berpuas hati. Dan setiba di pejabat Alangz melayari semula laman web rasmi Pizza Hut untuk memastikan Alangz tidak "lepas pandang" terhadap hal ini. Dan ternyata empat mata Alangz tepat.

 

Keesokkan harinya, kami pergi semula di Pizza Hut Sunway Piramid. Menjamu selera sekali lagi dan bertanya soalan yang sama pada krew lain. Jawapannya masih sama.

 

Maka bermulalah episod ketidakpuasan hati Alangz. Dan dari sini jugalah timbulnya pernyataan di awal entry ini.

 

Alangz menghantar e-mail komplain kepada Khidmat Pelanggan Pizza Hut.

 

 'customer.service@pizzahut.com.my'

Subject : Complaint again your promotions

TO: General Manager, Marketing

Dear Sir,

During my lunch time I visited your branch at Sunway Pyramid (See attachment: pizza1.jpg). I really enjoy my meal. Thank you.

But I really not satisfied with your advertising on website (See attachment pizza.jpg). In your website stated that Lunch Express meal can be purchase on Take-Away basis. But went I want to do that, one of your staff say we can't. In fact, she has made double confirm with the manager in duty. This meal can only purchase on dine-in only.

For your info, I did call your toll free number before that to make an inquiry about it and confirmed that customer can purchase on Take-Away basis.

Which one is right? Website and my inquiry stated we can, but Pyramid branch say we can't.

Please explain it to me.

Regards,

Azhar Zainuddin

Adress

Tel : 03-xxxx HP: 017-xxxxx

 

 

Setelah dihantar untuk e-mail ini, Alangz tidak mendapat sebarang respon. Tujuan Alangz menghantar e-mail ini untuk mendapatkan kepastian, yang mana satu boleh diikut sebenarnya. Ini adalah hak pengguna. Kalau tidak ada orang yang bertindak sepertimana Alangz yang banyak songeh ini, perkara ini tiada penghujung.

 

Genap 7 hari tiada tindakbalas dari Khidmat Pelanggan Pizza Hut, hati semakin terbakar. Sekali lagi Alangz mengajukan e-mail kepada mereka dengan menyatakan sekiranya tiada respon dari mereka selama 3 hari bekerja, Alangz akan mengemukakan aduan secara rasmi ke Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna dengan berfikrian mendakwa mereka menyiarkan iklan yang mengelirukan pengguna.

 

Dear Sir,

Today is 22 March and is has been 7 days from my date of complaining. Yet, I'm not getting any respond from your's. If I'm not getting any respond within 3 working days, I will forward an official complaint to Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna regarding this issue.

Regards,

Azhar

Dan jangan tidak percaya, kurang dari 3 jam Alangz mendapat panggilan telefon dari Mrs. Lee, Pengurus Operasi. Beliau menyatakan memang informasi yang Alangz dapat adalah betul. "Lunch Express Set" Memang boleh di bawa pulang. Beliau meminta maaf atas kekeliruan dan beliau telahpun bertindak membetulkan informasi di cawangan Sunway Piramid.

 

Dan Alangz pun memberi tugas tambahan kepada beliau. Memangkan beliau hanya memberi respon setelah e-mail kedua Alangz yang mahu melaporkan kepada pihak berwajib, Alangz meminta beliau membalas secara hitam putih, tidak hanya melalui panggilan telefon.


Dan, pada hari sabtu 25 Mac 2006 Alangz menerima surat meminta maaf secara rasmi dari beliau.

 

 

Akhirnya, Nurul yang menyatakan Alangz banyak songeh itu melemparkan senyuman dan membuat pernyataan "nanti bolehlah kita tapau ek?.. senang takyah kuar.. pesan jer kat korang".

 

Mmmm…. Dalam banyak songeh Alangz nie ada juga kebaikannya bukan?… kan dah terlerai satu persoalan dan ketidakpuasan hati kita?… :-p

 

Cicakz… haaa.. kalau korang nak komplain apa-apa yang korang tak puas hati terhadap para peniaga, korang boleh isi borang aduan KPDHEP secara online… sekarang keluarkan suara kalau tidak puas hati….. ini bukan zaman 'Yes Sir' lagi.. banyak saluran yang ada…

 

Alangz.. pandai ko cicakz….

 

Cicakz... Tengoklah tuan aku saper....

 

Alangz.. takder makner nyer ko!..




Posted by alangz at 3/30/2006 11:27:32 am

tgazfa
March 30, 2006   12:18 PM PST
 
Bravo Bravo Bravo!!!!! CAYALAH alangz!.. berderau darah aku baca nih .. congratulations! :-)
Pogi
March 30, 2006   12:34 PM PST
 
Wah!!! Bravo... Ko memang hebat... Nanti aku buka restoren, aku buat meja khas utk ko. Macam meja Donald Trump kat restoren favourite dia. So, jagn komplen aku nanti. muakakakaka
royce
March 31, 2006   08:06 AM PST
 
Alangz..daring ye ko. tpkan aku pun selalu buat mcm tu kalo aku tak puas hati dgn sesuatu.
kusyi
April 1, 2006   06:33 PM PST
 
alangz
satu langkah yang baik dan wajar kita semua ikuti. i faced the same problem while in genting last time, all the service counter ppl that i met, are unfriendly, unhelpful and macam mencuka.
and semuanya Melayu.... :(
kita tidak sepatutnya menerima servis begitu.

like your case, derang hanya take action bila rasa tergugat.

i seriously think u should go ahead with original plan.
Anak_ikan
April 3, 2006   07:32 PM PDT
 
aiyooo...berani betul...konfem aku xleh buka restoran masakan IKAN...aiyooo...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments









Previous Entry Home Next Entry



<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: