|
Thursday, May 31, 2007
Dalam pantun ada bicara, dalam bicara ada kendak... Anak penjaja menikam pari, Pari ditikam tombak senangin; Bukan sengaja rombongan ke mari, dihantar ombak ditumpu angin. Alhamdulillah, segala puji kepada Allah. Segala perancangan berjalan lancar. Ada sedikit sedikit perkara yang tak diingini berlaku, namun ia tidak menggugat hajat dari disampai. Kita hanya merancang, Allah juga yang menentukannya. Tanggal 27 Mei 2007 kurang lebih jam 1230 tengahari, termaktublah perjanjian kedua pihak, keluarga Alangz dan keluarga Zura. Secara rasminya kami menjadi pasangan bertunang. Bunga tanjung kembang semalam, Pohon tinggi tidak berduri; Gelombang besar di laut dalam, kerana Zura, rombongan ke mari. Sejarah dilakar rentetan dari perkenalan di alam siber. Siapa kata alam siber banyak mendatangkan keburukan? ia terpulang pada individu untuk memandu arah. Jika niat di hati benar, maka baiklah jadinya. Begitu pula sebaliknya. Tinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Sudah lama saya mencari, Baru sekarang saya mendapat. Alhamdulillah. (Sambil tersenyum lebar 30 September 2006 merupakan detik pertama mata bertentang mata. Pertemuan di majlis berbuka puasa di rumah Budak/Arc- Warga Taggers JoePerantau. Sebelum ini Alangz hanya mengenai Zura menerusi tagboard. Terima kasih tidak terhingga kepada Bro Joe- Empunya blog Joe Perantau. ![]() Dari landasan yang dibinanya, berputik rasa sayang sesama insan. Terpahat ikatan seperti adik beradik. Tiada perkara yang perlu disorokkan. Membuktikan jauh dipisahkan oleh benua tidak menghalang kita dari berkasih. Pernyataan Alangz begitu umum. Tidak menekan jodoh pertemuan. Hanya warga Reban Ayam (Taggers JoePerantau) yang tahu akan ikatan itu. Begitu akrab. Kukuh. Jati. Keikhlasan memaniskan jalinan persahabatan dan tidak keterlaluan dinyatakan pertalian adik beradik. dan dari sinilah, sesuatu yang tidak disangka berlaku. Ternyata Alangz dan Zura antara 'produk' yang terhasil dari jalinan persaudaraan di blog JoePerantau atau lebih sinonim dengan jolokan 'Reban Ayam'. Terima kasih sekali bagi buat Bro Joe. Ikhlas dari kami berdua. Sayang Musalmah pergi ke taman, Hendak memetik sekutum bunga, Sudah ada dalam genggaman, Bilakah dapat hidup bersama. Ikatan sudah dimeterai. Perjanjian dalam tempoh masa satu tahun dipersetujui. Dalam jangka itu. Terpulang kepada kami untuk menetapkan tarih keramat. Tugas Alangz dan Zura untuk menyiapkan diri untuk menempuh liku-liku kehidupan mendatang bersama. Tidak malu Alangz mengaku. Situasi ini agak menakutkan. Setelah lebih 30 tahun menjalani kehidupan sendirian, tiba masa berpakat bersama. Semua perkara dikongsi bersama. Mencorak haluan bersama. Mengharungi badai bersama. Sakit bersama. Susah bersama. Senang bersama. Hendak gugur gugurlah nangka, Jatuh menimpa putik pauh; Hendak tidur tidurlah mata, Jangan mengenang adik yang jauh. Batasan jarak memang merupakan jurang pemisah kami. Tapi ada baiknya. Dari sini kita mampu melihat dan mencorak keyakinan dalam mempercayai pasangan. Mengatur langkah mengurusi hari. Pentingnya keikhlasan. Kurang juga godaan tika berjalan sama. Apapun, kami akur. Bunga melur kembang sekaki, Mari dibungkus dengan kertas; Di dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas. Nah. Inilah perkara sebenar. Dalam hati bergelodak mahu bersama dengan segera. Risik sudah tunang pun sudah. Hanya ijab kabul dinanti penuh debaran. Adakah dia juga begitu? Buah kuini jatuh tercampak, Jatuh menimpa bunga selasih; Biar bertahun dilambung ombak, Tidak ku lupa pada yang kasih. Khas Untuk si dia. Dan untuk teman-teman diluar sana. Masih tercari-cari calon yang sesuai. Bro Joe terutamanya. Pantun ini untuk anda. Zapin Keyalang di beri nama, Buat pesanan si anak muda; Kalau dah suka pinang sahaja, Jangan terlepas berputih mata. Terima kasih kepada mereka yang membantu pertemuan kami. Terima kasih kepada Bro Joe atas landasan pertemuan kami. Terima kasih kepada ibu bapa yang merestui perhubungan kami. Terima kasih kepada Kak Yati atas hadiah hantaran kami. Terima kasih kepada Sempoii atas hadiah hantaran kami. Terima kasih kepada saudara mara yang membantu menjayakan ikatan kami. Terima kasih kepada teman yang menemani menjayakan majlis kami. Terima kasih kepada Taggers JoePerantau yang menyokong hubungan kami. Terima kasih kepada pembaca setia blog Alangz ini. Terima kasih kepada teman-teman yang menyokong perhubungan kami. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Hanya Allah yang akan membalas budi baik anda semua. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Cicakz... Lama sungguh Alangz tidak menggunakan bahasa skema dalam penulisan. Sekali sekala seronok pula cicakz membacanya. Apapun... moga Allah merestui hubungan kalian. ..AMIN.. Posted by alangz at 5/31/2007 8:40:14 am
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||