Thursday, July 12, 2007
Menarik hari ini - Lelaki tak berkahwin lebih ramai berbanding wanita

Satu fakta telahpun dinyatakan di dada akhbar Berita Harian hari ini:

Laporan bancian penduduk menunjukkan kadar kesuburan terutama bangsa Melayu menurun sejak 15 tahun lalu

BEBERAPA tahun lalu, masyarakat heboh memperkatakan mengenai satu kajian yang kononnya menunjukkan jumlah wanita tidak berkahwin melebihi jumlah lelaki. Sejak itu, isu mengenai wanita bujang itu hangat diperkatakan sama ada di kedai kopi mahupun ahli politik dan tidak kurang juga yang menjadikannya bahan jenaka.

Hakikatnya jumlah lelaki bujang terlajak yang belum mendirikan rumah tangga pada usia 30 hingga 44 tahun didapati lebih ramai berbanding wanita bujang pada lingkungan usia berkenaan di negara ini.

Berdasarkan laporan Bancian Kependudukan dan Perumahan 2000, mendapati bilangan lelaki dan wanita yang memilih untuk tidak berkahwin semakin meningkat sejak 1991 hingga 2000.

“Pada 1991, 20.4 peratus lelaki berusia 30 hingga 34 tahun belum pernah berkahwin. Jumlah ini meningkat kepada 24.7 peratus pada 2000. Jumlah ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita yang belum pernah berkahwin.

“Pada 1991, hanya 12.4 peratus wanita berusia 30 hingga 34 tahun belum pernah berkahwin. Jumlah ini hanya meningkat kepada 12.7 peratus pada 2000. Wanita bujang berusia 35 hingga 39 tahun jauh lebih rendah berbanding lelaki iaitu 7.8 peratus pada 1991 dan 2000,” katanya.

(Sumber: Berita Harian 12 Julai 2007)
Sila klik link ini untuk berita penuh..

Komen Alangz:

Sebenarnya kewujudan artikel ini Alangz ketahui ketika sedang memandu ke pejabat sebentar tadi menerusi radio Hot FM. Tidak sabar untuk membaca fakta ini. Tambah lagi ia menjadi topik pagi di siaran radio tersebut. Banyak komen yang menyentuh kenapa kaum lelaki tidak berkahwin awal.

Antaranya;
- permintaan duit hantaran dari pihak wanita membebankan
- lelaki malas bekerja
- peratusan kaum wanita di IPTA/S lebih ramai
- kedudukan jawatan wanita lebih tinggi dari lelaki
- tanggungan anak lelaki terhadap ibubapa
- mahu merasa nikmat dari duit titik peluh sendiri terlebih dahulu
- membeli material ( kereta, rumah etc...)
- enjoy kehidupan bujang dahulu
- tanggungjawap selepas kawin yang lebih tinggi

Sebenarnya, kalau kita selidiki semakin maju kependudukan di sesebuah negara semakin ramai jugalah yang tidak mahu berkahwin dalam usia yang muda. Bukan tidak mahu sebenarnya, faktor-faktor di atas antara penyebab utama berlakunya senario ini. Tekanan kehidupan dan faktor sekeliling.

Kalau dilihat tahap pendidikan juga semakin meningkat. Dahulu setakat lulus LCE/ SPM sudah menjamin kehidupan. Kemudian meningkat ke Diploma. Skrang dengan diploma ke mana anda boleh pergi?.. paling tidak mesti mempunyai ijazah.

Dari sini kita lihat faktor usia.. SPM=17 tahun.. tamat diploma=20-21 tahun.. sambung ijazah paling tidak 22-23 baru mahu memulakan kehidupan sebagai seorang pekerja. Itupun kalau dapat kerja. Yang menganggur?.. yang kerja tidak berkaitan dengan ijazah?.. Mahu menunggu sekitar 1-2 tahun lagi untuk mendapat kerja yang sesuai dan tetap. Umur sudah menjangkau 25-26. Kemudian.. mahu membeli kenderaan?.. rumah.. paling tidak kena menabung 1-2 tahun untuk membayar pendahuluan kenderaan. Sudah 28 tahun. Nak kawin?.. hehehe.. hantaran.. belanja kawin.. kena kumpul duit lagi... another 2-3 years. Kalau tidak buat lah pinjaman untuk kawin. Tanggunglah sehingga mendapat anak.

Hehehee... rasanya artikel alangz banyak mengomel. Tapi itulah hakikat kehidupan. Terpulang pada individu bagaimana untuk merancang kehidupan mereka. Apapun, setiap insan memerlukan teman
Tongue

Enjoy!!



Posted by alangz at 7/12/2007 9:35:50 am

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments









Previous Entry Home Next Entry



<< July 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: