Thursday, February 02, 2006
Gambar menceritakan segalanya... version 2

Betul ker?.. ahakzz... anyway cuti panjang sempena raya cina dan Maal Hijrah benar-benar Alangz manafaatkan... Entry akan di tulis nanti. Badan masih lagi penat setelah menempuh perjalanan jauh.... Enjoyz...

 

 




Posted by alangz at 2/2/2006 9:07:37 am
Comments (2)



Wednesday, January 11, 2006
Menambahkan spekulasi tentang Alangz

Entry ini lebih bersifat peribadi.

Entry Alangz pada 2 Januari yang bertajuk "Semangat Tahun Baru" ada menyebut tentang perubahan besar yang Alangz cuba lakukan dipertengahan tahun ini, insyaallah. Disitu juga Alangz menyatakan yang Alangz masih bujang.

Tapi, ada juga suara-suara yang menyebarkan gossip menyatakan Alangz akan mengakhiri zaman bujang Alangz. Ahakzzz.... masinlah mulut korang... tapi, yang pasti Alangz belum lagi mahu menamatkan zaman bujang ini. Hehehee... 'misi lebih besar'  harus dikotakan, insyaallah.

Dan untuk menambahkan lagi asam garam manis masam pahit dalam menjana gossip ini, Alangz siarkan gambar terbaru Alangz... Hahahaahaha....

Amacam?.. ada gaya jadi bapa mithali tak?..

Cicakz.... ek alaaa Alangz nie... bukan main besar lagi gambar diletakkan dalam blog nie... promo ker?.. tapi kalu nak promo diri naper ada gambar baby?.. mmm.. baby saper ek?...

Alangz... tu lah ko cicakz.. ko mana tahu taktik Alangz.. lagipun, perempuan2 kat luar tu suker tengok pic gini.. ala2 macam bapa mithali lagi.. muakakakka.. tapi, baby saper kan itu?.. anyway encem tak Alangz?.. hehee... snap gambar semalam nie.. Hari Raya Qurban..

Cicakz... yelah.. perasan glamour lah ko Alangz..

Alangz... jap cicakz... ko baca betul2 ek.. "Ini blog Alangz yang punya... Alangz yang punya... ha ha ha...."... suka hati Alangz lah... kang aku tak letak nama ko lagi kat sini kang... sedarlah ko tumpang popular kat blog aku nie....

Cicakz... nyet... nyet... nyet...




Posted by alangz at 1/11/2006 8:36:40 am
Comments (4)



Monday, January 09, 2006
Keindahan jambatan di Putrajaya

Gambar ini sebenarnya sudah lama berada dalam simpanan Alangz. Rasanya seperti tiada entry yang hendak dituliskan di dalam blog Alangz ini. Dan disebabkan baru melafazkan janji sebentar tadi kepada Bro Joe... jadi, Alangz siarkan gambar ini. Maaf, kualiti gambar tidak secanggih mana kerana menggunakan telefon Nokia 7610. Hayatilah...

 

 

 

 

 

Alangz tak tahu nama jambatan ini sebenarnya :-))

Dan yang ini adalah Jambatan Seri Gemilang 2003

 

 

 

 

 

 

 

Ekk... sumer gambar malam... hehee... cicakz kan suker kuar malam... inilah hasil gambar yang cicakz amek... ahakzz...




Posted by alangz at 1/9/2006 9:41:03 am
Make a comment



Wednesday, January 04, 2006
Kenalkah anda dengan saudara anda?...

Tanggal 1 Januari 2006 Alangz berkesempatan menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu lelaki dan sebaya dengan Alangz di Perak. Walaupun majlis disambut dengan cara sederhana, ternyata semangat gotong-royong di kampung lebih meriah dan menyeronokkan jika dibandingkan dengan menggunakan khidmat katering lebih-lebih lagi oleh penduduk bandar. Memang Alangz tidak nafikan bahawa khidmat katering lebih mudah jika dibandingkan dengan gotong-royong yang dianggap remeh itu. Namun, kemajuan dan kemewahan mula menampakkan cara mudah untuk menjalankan sesuatu majlis. Kateringlah jawapannya. Ini bukan isu yang ingin Alangz sentuh.

  

Pastinya bila diundang ke majlis perkahwinan ini, kita akan berpeluang untuk berjumpa dengan sanak saudara yang jauh dan dekat. Seronok melihat orang-orang tua, pakcik makcik 'bergebang' a.ka. 'bersembang'. Anak-anak muda mula dikenalkan dengan saudara-mara mereka. Alangz tidak terkecuali. Diperkenalkan dengan pelbagai rupa saudara-mara; maka berkatalah dalam hati, "oh.. ramainya suku-sakat aku... ada yang aku baru kenal..." dan yang paling seronok... Alangz yang berusia 30 tahun ini sudah mendapat gelaran 'Datuk"... ahakzz.. bukan Datuk atau Dato'.. tapi sedar tak sedar.. Alangz sudah mempunyai 3 orang cucu. Ahakzz.. express nyer...

  

Melihat dan mendengar warga tua bercerita, sungguh menyeronokkan. Tapi, bilamana mengenangkan terbatasnya pergaulan Alangz dalam mengenali sanak saudara sendiri, menyebabkan minda mula merancana.

Pada mulanya terfikir apa sebabnya Alangz tidak begitu mengenali sanak saudara sendiri. Bila menyingkap zaman silam, cerita sedih memang bermain. Bagaikan filem lama dimainkan kembali. Zaman kecil memanglah kami berasal dari keluarga yang susah. Emak dan arwah abah mengembara mencari rezeki merantau ke Kuala Lumpur seawal usia perkahwinan mereka, kira-kira pada tahun 1968.

Arwah abah tidaklah berpelajaran tinggi. Berbekalkan ilmu yang sedikit itu, dia bekerja dengan Securicor, sebagai pegawal keselamatan. Kemudian mendapat tawaran bekerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai buruh kasar sebelum menamatkan kerjayanya di DBKL selaku pemandu lori. Emak memang suri rumah sepenuh masa.

Bayangkan betapa bersemangatnya arwah abah menyara kami 5 adik beradik. Kerja siang malam tidak berhenti-henti. Rumah yang kami diami juga dibina sendiri oleh arwah abah. Dengan berjalan kaki, kemudian memiliki basikal dia pergi bekerja.

Teringat aku zaman semasa aku tadika dan sekolah rendah. Seawal pagi abah berbasikal akan menghantar kuih yang dimasak emak ke gerai orang. Kemudian arwah abah akan menghantar aku dan abang aku ke sekolah sebelum dia pergi kerja. Lewat senja baru pulang dan mengambil hasil jualan kuih. Aku menangis sekarang!!!. crycry teringat bagaimana wajah emak menangis bila melihat arwah abah membawa pulang lebihan kuih yang tidak terjual. Ahh... memang kami susah dahulu.

Hanya ketika aku berusia 8 tahun baru arwah abah mampu memiliki motorsikal. Itulah pengangkutan utama kami 7 sekeluarga. Setelah aku berusia 18 tahun iaitu pada tahun 1994 baru abah memiliki kereta Proton Saganya sendiri. Itupun second-hand. Dan pastinya ia masih bersama kami. Kenangan yang terlalu banyak disitu.

Faktor kewangan dan pengangkutan adalah penyebab utama kami jarang pulang ke kampung. Dan itulah juga kesimpulan yang aku dapat fikirkan kenapa kami tidak begitu mengenali sanak saudara sendiri.

 

Dan bila melihat makin ramai warga emas meninggal dunia, Alangz terfikir suatu hari pasti akan bertembung dengan sanak saudara tanpa Alangz mengetahui kami bersaudara.

Sebenarnya pada tahun 2002, semasa membaca majalah Mastika Alangz ada melihat arktikel mengenai Pak Kadok. Ada yang mengatakan ianya mitos tetapi begini ceritanya; Mengikut cerita di dalamnya, apabila Pak Kadok kalah dalam perlawanan laga ayam itu, kampungnya tergadai. Dia berjalan sendirian di tebing sungai Perak. dan dari situ dia terlihat seekor ikan Tapah berperut buncit dan tersadai di tepi sungai.

Cerita dulu-dulu binatang boleh berkata-kata, [betul ker Dobot?.. :-)].... maka berdialoglah antara Pak Kadok dan ikan ini. Ikan Tapah ini meminta tolong dari Pak Kadok supaya membelah perutnya untuk mengeluarkan isi yang memberatkan badannya. Bila Pak Kadok membelahnya, tahukan anda apa isi yang keluar dari perut ikan itu?.. EMAS.

Bila siap mengeluarkan emas yang memberatkan ikan Tapah ini, Pak Kadok pun menolak semula ikan tersebut ke sungai. Maka berjanjilah Pak Kadok dengan ikan Tapah ini bahawa keturunannya tidak sekali-kali dibenarkan makan atau menyentuh ikan Tapah ini, sesiapa yang melanggarnya akan menghadapi kegatalan kulit. Ini adalah kerana dengan buntil emas itulah, Pak Kadok menebus semula kampungnya yang tergadai itu.

Alangz tahu ada yang menganggapnya Mitos. Tapi cerita dari nenek moyang Alangz, keturunan kami memang tidak boleh makan ikan Tapah... [rasanya orang-orang di Parit, Perak sudah sedia maklum] kerana memang ramai orang yang berasal dari sana yang tidak boleh makan ikan ini.

Dari situ sebenarnya timbul niat untuk Alangz menyelidiki sahsiah keturunan Alangz. Dan Alangz sendiri pernah terfikir untuk membongkar persoalan ini. "Pak Kadok, antara mitos dan realiti". Itulah tajuk utama kertas kerja Alangz angankan.

Namun, setelah beberapa lama... asyik sibuk dengan tugasan seharian menyebabkan Alangz semakin melupakan angan-angan kertas kerja Alangz itu. Tapi, bila melihat kembali semakin ramai warga emas yang meninggal dunia, rasanya angan-angan Alangz ini tak akan menjadi kenyataan. Mungkin ada di antara pembaca berasal dari Parit, Perak yang pernah mendengar cerita ini, kongsi-kongsikanlah cerita ini kepada Alangz. Insyaallah, boleh juga kita saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Alangz sendiri pernah merangka untuk memulakan tugasan ini. Tapi apa yang dirangka hanya bersawang di minda. Masih tidak berpeluang untuk merialisasikan impian tersebut. Kerja ini, kalau ramai yang membantu lebih mudah bukan?..

Huh.. panjang lebar artikel kali ini. Yang seronoknya, Alangz menaip dan meluahkan penulisan ini dari janaan spontan minda. Apa yang terfikir, di situlah ia terluah.

Apapun, kepada anak-anak muda di luar sana, janganlah leka dengan permainan video. Mulakan langkah awal untuk mengenali sanak saudara anda. Ibu bapa yang punyai anak, janganlah alpha mencari kemewahan semata-mata. Kenalkan, mesrakan anak anda dengan saudara-saudara mereka.

Uargggghhhh.. cicakz sedih bangat.. banyak sedara-mara dah mati.. majoriti kena lastik... uhuk...uhuk...uhuk...




Posted by alangz at 1/4/2006 2:59:41 pm
Comments (2)



Monday, January 02, 2006
Semangat Tahun Baru

Boleh dikatakan rata-rata dari kita pastinya menanti ketibaan tahun baru dengan azam dan semangat baru. Kononnya ingin berubah itu dan ini. Tapi adakah kita benar-benar berjaya dan menfokuskan sasaran kita?...

Kebiasaan yang Alangz nampak hanyalah semangat juang yang tinggi di awal tahun. Masuk kepada pertengahan tahun, kita mula lupa dan ingkar dengan apa yang kita azamkan. Pernyataan Alangz ini merujuk kepada umum. Dan kepada perokok-perokok tegar juga rasanya berazam untuk berhenti, tapi?... hampeh jua bukan?...  Dahulu Alangz juga tidak ketinggalan dalam menanamkan azam tahun baru. Tapi kini, apabila ditanya apakah azam tahun baru?.. pernyataan Alangz sungguh mudah; takder makner nyer... Tongue

Sebenarnya tidak perlu kita menunggu tahun baru untuk menanam azam. Bilamana kita berkehendakkan sesuatu, terus tanamkan azam dan semangat untuk mencapai sasarannya. Yang penting ia perlu disertai dengan nawaitu yang ikhlas dan semangat membara.

Tahun ini umur Alangz mula menjangkau 30an. Sesuatu yang tidak ditunggu-tunggu. Masih belum mendirikan rumah tangga. Dan pastinya, tidak tahu bila mahu menamatkan zaman bujang. Ahakz... Alangz tahu dari dulu Alangz bertekad untuk menamatkan zaman bujang tika berusia 30 tahun. Tapi, bila dilihat keadaan dan persediaan diri, rasanya masih mahu meneruskan zaman bujang. :-)) Shades

Yang penting Alangz tahu arah tuju. Insyaallah juga perubahan besar akan Alangz lakukan dalam pertengahan tahun ini. Kita tunggu.

Cicakz.. uhukkzz... akupun slalu berazam dan berangan.. bilalah aku akan tumbuh kepak.. boleh terbang lak... ihikss...




Posted by alangz at 1/2/2006 11:45:57 am
Make a comment




Next Page



<< February 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: