|
Tuesday, February 07, 2006
Catatan Perjalanan (Menuju ke Kota Bharu) Ahad; 29 Jan 2006; 7.00 malam Pogi datang rumah. Mekasih Pogi Lebih kurang jam 8.40 malam berangkatlah Alangz menuju ke Kota Bharu. Ahakz.. sonok nyer dapat naik bas. Lama sungguh tidak menaiki bas. Bas yang sepatutnya bertolak jam 8.30 malam bergerak lewat sepuluh minit kerana menunggu dua orang lagi penumpang yang akhirnya ditinggalkan. Kesian sorang minah tu kan kendi Alangz duduk disebelah seorang gadis. Dari gayanya boleh dikatakan berusia sekitar awal 20an. Alangz berperlakuan seperti lelaki biasa Dengan kasut masih terlekat di kaki, beliau menyilangkan kaki ke bangku. Kiranya meletakkan kaki di atas bangku. Beberapa kali kasutnya terkena di kaki Alangz. Langsung tidak meminta maaf. Pada satu ketika, dengan nada brutal, beliau bertanya kepada Alangz, pukul berapa waktu masa itu. Bercakap di telefon dengan kuat, langsung tidak mencerminkan gaya perempuan melayu. Ah.. sedihnya melihat keadaan bangsa melayu sekarang. Tiba di KM35.5 Lebuhraya Kesas, satu kemalangan maut berlaku. Seorang penunggang motorsikal maut dipercayai merempuh sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan tanpa mempamerkan sebarang isyarat kecemasan. Kesian.. maut atas kecuai orang lain. 1.30 pagi Tiba di perhentian rehat Merapoh. Dapatlah berehat sebentar dan menyegarkan diri dengan minuman milo panas dan menjamu seketul burger. Keadaan perhentian rehat ini agak baik. Cuma yang perlu diberi perhatian adalah harga makanan; adakah berbaloi dengan kualiti yang disediakan. Sendiri menilai.
5.30 pagi Selamat tiba di Kota Bharu. Wah, ada perubahan yang boleh dikatakan drastik setelah kali terakhir Alangz menjejakkan kaki ke sini pada tahun 1998. Tahniah kerajaan negeri. Alangz mengatur langkah, sambil tangan memegang buku "Lonely Planet; Malaysia, Singapore & Brunei". Ahakzz.. terasa macam mat salleh pulak. Biarlah apa orang nak kata, yang penting Alangz ada 'bible' yang boleh menunjuk arah tuju kaki ini. Yang pasti ramai umat manusia yang baru tiba dari pelbagai destinasi. Kedai masih tertutup rapi. Alangz menyusuri jalan dan duduk berhampiran bangunan TM yang baru di sebelah hentian bas. Memerhati langkah manusia bertali arus. Kepala mula merencana. Keakraban ibu bapa menjemput anak yang pulang dari perantau terlihat. Ahh.. betapa sayunya melihat anak muda mencium tangan ibubapa masing-masing tika bersua muka. Yang perempuan berpelukan dengan ibu. Namun lamunan Alangz diganggu oleh kehadiran nyamuk-nyamuk. Banyak sungguh nyamuk di tengah bandar Kota Bharu ini. Kedengaran suara azan subuh bergema. Alangz melangkahkan kaki menuju ke punca suara itu.
Masjid Al-Baroah berhampiran Pasar Siti Khadijah Sempat menunaikan sembahyang subuh. Setelah selesai mendirikan solat, Alangz tidak tahu arah tuju kerana luar masih gelap. Ramai di kalangan pengunjung mula mencari tempat untuk berehat seketika. Alangz tidak terkecuali. Melihat ramai yang berbaring, Alangz turut sama berbaring. Dan akhirnya terlelap seketika. 7.30 pagi Terjaga dari 'tidur ayam'. Segera meninggalkan masjid dan singgah sebentar di tandas awam depan masjid. Mencari air untuk mencuci dan menyegarkan diri. Mmm... semasa memasuki tandas, terlihat pelbagai nombor telefon dan perkataan kurang sopan di dinding-dinding dan pintu tandas tersebut. Tidak Alangz menduga perkara ini berlaku di negeri yang bergelar 'Serambi Mekah'. Entahlah.
Bersambung... Posted by alangz at 2/7/2006 4:50:58 pm Make a comment Monday, February 06, 2006
Catatan perjalanan (Membeli tiket bas) Sabtu, 28 Januari 2006; 11.00am Disebabkan semua perancangan untuk bercuti bersama teman-teman terkandas di tengah jalan dek kerana semua punyai perancangan lain, Alangz mengambil keputusan untuk keluar dari Kuala Lumpur sempena cuti panjang. Mencongak-congak bila lagi mahu mengambil kesempatan keluar bercuti sementara dapat cuti umum panjang ini. Hari sabtu Alangz tekad mencari kalau-kalau ada baki tiket lagi ke Kota Bharu. Yelah, memang sukar untuk mendapat tiket lagi kerana saat akhir dan ramai yang telah menempahnya awal-awal lagi. Tiba di Hentian Kajang dengan membawa satu harapan. Setelah menyusuri dan bertanya kepada setiap kaunter tiket bas ke Pantai Timur, jawapan yang Alangz terima sungguh mengecewakan. Semua tiket habis terjual. Ketika ingin melangkah pulang, tiba-tiba mata memerhati seorang lelaki membawa sekeping tiket dan menyerahkan ke petugas kaunter. Terus Alangz mendekati mereka dah memasang telinga dan mendengar yang beliau ingin menjual semula tiket tersebut kerana tidak jadi untuk pulang ke kampung. Dan bila lelaki tersebut berundur dari kaunter, terus Alangz bertanya kepada gadis kaunter itu tentang tiket bas tersebut. Dan... yeessss!!!! tiket ke Kota Bharu; Ahad, 29 Januari 2006, 8.30 malam. Ekspress Mutiara. RM34.00. Tanpa berfikir panjang, segera Alangz membeli tiket tersebut. Kemudian menelefon teman di Bachok. Meminta tolong beliau mencari kalau-kalau ada tiket untuk kembali ke Kuala Lumpur pada hari rabu 1 Feb 2005.
4.00pm Perkhabaran kurang baik diterima. Teman di Bachok menyatakan beliau telah pergi ke Kota Bharu dan tiada tiket yang ada untuk hari tersebut. Paling awal katanya pada 6 Feb 2006. Kebetulan sebelum bertolak pulang dari stesen bas tadi, Alangz ada bertanya kepada gadis penjaga kaunter tersebut mengenai tiket dari Kota Bharu ke Kajang masih ada atau tidak pada tarikh itu. Tapi katanya paling awal yang ada adalah pada 2 Feb 2006. Jadi, sementara menunggu jawapan dari teman di Bachok, Alangz tidak membeli tiket tersebut kerana pada 2 Feb Selangor sudah mula bekerja. 7.45pm Keluar dengan kawan di Batu 16, Hulu Langat. untuk menyedapkan hati Alangz mengajak beliau menemankan Alangz untuk kembali ke Hentian Kajang dan membeli tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 2 Feb 2006. Keputusan ini Alangz ambil setelah di waktu tengahari Alangz ke pejabat atas arahan bos yang menelefon meminta Alangz datang kerana beliau tertinggal kunci dan access card di dalam pejabat. Sempat juga 'hint' beliau kiranya Alangz tidak mendapat tiket untuk pulang, Alangz akan bersambung cuti. Nasib baik dapat bos yang sporting. 8.45pm Berjaya mendapatkan tiket. Dari Kota Bharu ke Kajang; Khamis, 2 Feb 2006, 9.00 malam. Ekspres Transnasional. RM33.10. Alhamdulillah. Rasanya berjalan seorang pada saat-saat akhir lebih cerah untuk mendapatkan tiket. bersambung... Posted by alangz at 2/6/2006 2:39:09 pm Comments (4) Saturday, February 04, 2006
Catatan perjalanan (Perkahwinan saudara) Ahad, 29 Januari 2006; 1.30pm Pada mulanya perancangan awal Alangz dan beberapa lagi rakan bercadang untuk turun ke Melaka, untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada seorang teman. Tapi, di saat-saat akhir, ramai yang menarik diri. Masing-masing punyai plan yang lain. Kebetulan emak meminta supaya Alangz membawanya ke majlis perkahwinan [sepupu punya isteri punya adik] ahakzz.... Jadi.. Alangz pun tidaklah mahu menjadi anak derhaka... maka bertolaklah kami ke Rawang.
Sebenarnya Alangz pun tidak berapa mengenali pengantin ini. Tapi, difahamkan pengantin lelaki berasal dari Sabah. Apa-apapun, kepada mereka berdua, Selamat Pengantin Baru.
Cicakz... Bosan ler entry kali nie Alangz.. ko bila lak nak kawin... nyet... nyet.. nyet... ahakzz... Posted by alangz at 2/4/2006 12:24:26 pm Comments (2) Friday, February 03, 2006
Catatan perjalanan (Perkahwinan teman berbangsa India)
Jumaat; 27 Januari 2006; 7.30pm Pertama kali dalam sejarah hidup Alangz, Alangz berpeluang menghadiri sambutan perkahwinan kaum India. Krishnaveni, teman sepejabat. Tahniah buat Krishnaveni dan suami, Suthesh. Dari pandangan mata Alangz... secara asasnya, adat perkahwinan India tidak banyak bezanya dengan kaum-kaum lain. Maksudnya.. dari segi ketibaan pengantin.. diarak ke pentas... kemudian istiadat masing-masing yang mana seperti adat melayu; akad nikah. Bersanding, dan makan beradap.
Mungkin perkahwinan yang diadakan di dewan menyebabkan mereka melakukan sedemikian rupa. Dan berdasarkan pada cakap teman-teman sepejabat yang beragama Hindu, mereka juga punyai cara perkahwinan yang berbeza-beza berpandukan suku kaum masing-masing. Contoh; Hindi, Telegu dan banyak lagi.
Apapun, kita duduk di Malaysia dan punyai rakyat majmuk. Bergantung pada individu untuk sama-sama menghayati adat dan istiadat kaum lain. Cicakzz... uhukzzz... alangz ko slamber jer bergambo dengan aweks-aweks tuh.. siap pegang bahu lagi... ahakzzz... ganaz ko ekk... :-p Posted by alangz at 2/3/2006 10:04:58 am Comments (3) Thursday, February 02, 2006
Gambar menceritakan segalanya... version 2 Betul ker?.. ahakzz... anyway cuti panjang sempena raya cina dan Maal Hijrah benar-benar Alangz manafaatkan... Entry akan di tulis nanti. Badan masih lagi penat setelah menempuh perjalanan jauh.... Enjoyz...
Posted by alangz at 2/2/2006 9:07:37 am Comments (2)
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||