Thursday, February 09, 2006
And again... why cicakz..

Iklan sebentar

Pertanyaan demi pertanyaan mengenai mengapa Alangz menggunakan maskot cicakz dalam blog ini lagi kedengaran. Kepada pengunjung baru... Alangz siarkan semula artikel yang ditulis dahulu (Julai 2004 & March 2005).

Alangz copy & paste semula artikel ini.

Cicak?... kenapa pakai gelaran cicak?…

Banyak sungguh persoalan yang diajukan oleh rakan-rakan aku dengan watak samaran yang aku gunakan ini. Hari ini aku akan berkongsi pendapat dan pandangan aku mengenai isu ini.

Boleh dikatakan rata-rata dikalangan kita tidak suka akan binatang yang dinamakan cicak ini. Sebenarnya pemilihan ini ada kaitan dengan penilaian aku mengenai sifat cicak. Aku pernah terbaca mengenai kejahatan yang dilakukan oleh cicak ini di zaman Rasul dahulu menyebabkan umat Islam digalakkan membunuh cicak-cicak ini. (Aku naïf.. kalau ada kalangan pembaca yang tahu cerita sebenarnya, kongsilah bersama ilmu itu)…

Sebenarnya sikap cicak itu sendiri cukup unik bagi aku. Ini adalah kerana ia bersifat pendiam; pemerhati dan jarang sekali kita menyedari kehadirannya di syiling /dinding rumah kita. Itulah aku umpamakan diri aku. Aku berada dalam komuniti yang besar di mana aku tidak tahu saluran apa yang aku perlu tuju untuk melafazkan persoalan yang timbul di minda aku. Walaupun aku bersikap peka dengan keadaan yang berlaku di persekitaran kita.

Dengan kehadiran cicak, tanpa kita sedari banyak unggas dan pepijat dalam rumah menjadi mangsa makanan cicak dan sekaligus menyebabkan kita bebas dari gangguan mahluk kecil itu. Begitu juga perumpamaan aku. Dalam aku membuat kritikan, niat aku cuba untuk menyedarkan pembaca terutama orang MELAYU agar jangan mudah alpa dengan keselesaan yang ada di sekeliling kerana jika cicak kekenyangan, ia akan pulang ke tempat persembunyian dan membiarkan gangguan unggas membelenggu pemilik rumah. Begitu juga dengan orang Melayu, bila unggas mula menganggu baru hendak ke kedai mencari racun semburan. Itu sudah terlambat sayang…. Unggas sudah menguasai rumah. Kalau-kalau kedai tutup, malang sungguh nasib kalian; tidur dengan gangguan unggas ini.

Cicak tidak diajar membuang air besar di dalam tandas. Jadi, selalunya ia akan 'melepaskan' niat tidak kira di mana sahaja. Perumpamaan yang aku ambil ialah aku akan berkata apa sahaja yang aku rasakan perlu dan selalunya perkara ini mengenai batang hidung aku sendiri terutama isu kaum Melayu. Itulah realitinya.

Tahi cicak yang jatuh di atas orang yang punyai air sembahyang akan membatalkan wudhu' seseorang itu; menyebabkan orang itu marah dan cuba untuk memburu cicak itu dengan 'lastik' atau paling tidak semburan kata-kata maki muncul di mulut orang itu. Perumpamaan yang dikaitkan… kadang-kadang isu yang aku bangkitkan aku tujukan tepat kepada orang yang berkenaan walaupun aku tahu risiko yang bakal aku terima terutama yang aku kutuk itu orang berkuasa.

Hakikatnya, aku berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Pak Ungku Aziz; Pendeta Zaa'ba juga sudah banyak kali melafazkan kata-kata sinis untuk menyedarkan melayu daripada terus alpa dengan arus kemewahan tanpa memikirkan risikonya. Tun Dr Mahathir Mohammad juga pernah dikritik hebat oleh orang melayu hasil ucapan beliau yang dibukukan 'Melayu Mudah Lupa'.

Aku amat berharap dengan adanya ruangan di alam siber ini, sekurang-kurangnya dapat sedikit sebanyak menyedarkan kaum-kaum muda melayu sekarang untuk membuka minda mereka dan menjaga kepentingan hasil peninggalan nenek moyang kita.

Terbongkar sudah identiti sebenar cicak... harap mendapat restu dari pembaca untuk terus berlegar dan mencari mangsa di dalam ruang blog/ jurnal ini…

Moga anda mengerti dan tiada lagi persoalan kenapa cicakz digunakan.




Posted by alangz at 2/9/2006 8:34:58 am
Make a comment



Wednesday, February 08, 2006
Catatan Perjalanan (Merencana diri di Kota Bharu)

Membawa bagasi dan berjalan menyusuri Pasar Besar Siti Khadijah di waktu pagi; melihat telatah orang ramai yang berpusu-pusu dengan urusan masing-masing. Singgah sebentar di kedai makan berhampiran. Menikmati nasi lemak bungkus yang sangat meriah dengan ikan bilisnya dan menikmati secawan teh O. RM1.50 Murah - jika dibandingkan dengan harga di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

 

  

 

Selesai makan, Alangz memasuki Pasar Siti Khadijah. Memang tidak banyak berubah suasana di dalam pasar tersebut. Yang pasti, pasar ini merupakan tempat wajib untuk dikunjungi sekiranya anda singgah di Kota Bharu. Banyak barang-barang yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.Secara asasnya, Alangz ingin menghabiskan masa sementara menunggu masa untuk mencari hotel dan sekaligus melaksanakan "window shopping"… mencongak-congak barang yang boleh dibawa pulang nanti.

 

  

  

 

Jam 9.30 pagi

 

Penat mengendong beg galas, Alangz berkira-kira untuk meletakkannya di tempat simpanan barangan yang Alangz perasan pagi tadi; terletak di stesen bas. Dengan membayar RM1, bebanan gendongan di bahu dapat dileraikan.

 

                              

 

Kembali berjalanan, menyusuri lorong-lorong dan jalan-jalan yang begitu asing buat Alangz. Berseorangan. Ketika berjalan, terlalu banyak perkara yang terlintas di minda. Merencana dan mencongak, perkara lalu dan akan datang.

 

Disinilah keistimewaan yang ada tika anda berjalan berseorangan di bumi asing. Pernyataan ini merujuk kepada soalan-soalan yang acapkali berkumandang di telinga yang diajukan oleh teman-teman. Ramai yang menyatakan apa istimewanya berjalan seorangan diri di tempat yang tidak kita ketahui.

 

Ada juga persoalan sama ada tidak takutkan berada di suatu tempat yang asing?. Bagi Alangz; makin asing sesuatu tempat itu, makin luaslah skop pemikiran anda. Ia sekaligus membentuk jati diri dalam berdikari. Mencari dan bertanya asas kejayaan. Pentingnya kita harus sedar; di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Jangan hidung menongkah langit. Tempat orang, sedarlah diri.

 

  

 

Setelah hampir 2 jam berjalan dan berpusing serta mencari tempat penginapan, akhirnya Alangz mengambil keputusan untuk tinggal semalam di Hotel Politan, betul-betul berhadapan dengan stesen teksi dan bas di mana Alangz turun pagi tadi. Dengan bayaran sebanyak RM60 dapatlah Alangz satu bilik.

 

  

 

Bergegas ke stesen bas tadi untuk mengambil bagasi. Segera naik ke bilik. Tujuan utama; untuk mandi. Penat semalaman dan keadaan diri yang tidak segar. Ditambah lagi dengan titisan peluh yang membasahi badan dek kerana berjalan tadi.

 

  

 

Selesai mandi, sempat menikmati hidangan satey yang dibeli semasa mengambil bagasi. Membelinya di café stesen bas itu. Mmm.. ingatkan orang Johor sahaja yang makan satey pagi-pagi. Rupanya di Kelantan ada juga. Dan yang pasti 2 cucuk satey dan nasi impit yang agak banyak itu dibeli dengan harga RM1 sahaja.

 

Badan sudah selesa setelah mandi. Perut pula sudah diisi. Buka televisyen sambil berbaring di katil seorang diri. Suasana dingin sumbangan tiupan penghawa dingin. Dan akhirnya, matapun tertutup. Sedar-sedar hampir jam 3 petang.

 

Bangun tidur telefon rakan yang berada di Bachok. Meminta beliau menemani Alangz barang seketika. Sementara menunggu beliau sempat keluar lagi, menyambung perjalanan menghayati bandar Kota Bharu.

 

Hampir jam 5 petang, Mizie tiba bersama rakannya Ashraf. Mereka dari Bachok dan Ashraf ingin pulang ke Bangi semula melalui Rantau Panjang pada malam itu. Dan sempat berkenalan dengan beliau kurang dari setengah jam. Insyaallah, nanti kita lepak lelama kat Bangi ek Ashraf. Mekasih bebanyak Mizie J sebab sudi menjadi tourist guide Alangz hari itu.

 

Alangz dan Mizie meneruskan perjalanan. Berpusing-pusing dan membeli sedikit buah tangan dari Kota Bharu. Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Menemani Mizie menunggu teksi a.k.a kereta sewa kerana beliau ingin pulang ke Bachok semula.

 

Di sini Alangz dapat lihat kelemahan dan kedaifan dalam sistem pengangkutan awam di Kelantan. Maksud Alangz, masih lagi menggunakan teksi dan menunggu penumpang penuh baru teksi akan berjalan. Mungkin faktor jarak membataskan sistem pengangkutan menjadi lebih efisen di sini.

 

Menunggu hampir 1 jam lebih dan tiada kelibat kereta sewa. Suara-suara pemandu kedengaran menyatakan dari Bachok berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Akhirnya, Alangz mengajak Mizie untuk bermalam di hotel bersama. Satu kerana tidak pasti pukul berapa teksi sewa akan tiba, dan pastinya bayaran yang dikenakan akan berlipat ganda selepas jam 8 malam. Sekurang-kurangnya Alangz ada teman untuk bercerita malam nanti.

 

Selesai mandi, kami berkira-kira untuk menjamu selera. Dan destinasi yang dituju adalah gerai di Jalan Kebun Bunga, yang mengadap Stadium. Dan Alangz memesan kuetiaw tomyam. Sudah berhampiran dengan Thailand, pasti rasa tomyamnya enak.

 

Kembali ke hotel dan menyatakan malam masih awal. Maka kami berjalan mencari cyber café. Alhamdulillah, jumpa dan menghabiskan baki malam itu dengan melayari laman web. Hampir jam 1 pagi kami keluar. Alangz keluar dahulu kerana terlalu mengantuk. Sementara menunggu Mizie, Alangz turun ke bawah, untuk melihat suasana awal pagi di bandar Kota Bharu. Dan yang memeranjatkan Alangz, terlalu banyak lipas keluar dari longkang dan menguasai jalan. Sekali lihat lebih dari 30 ekor berkeliaran. Perghhhh… macam cerita Joe's Apartment lak J

 

Pulang ke hotel dan merehatkan diri.

 

Bersambung...




Posted by alangz at 2/8/2006 9:07:26 am
Comments (4)



Tuesday, February 07, 2006
Catatan Perjalanan (Menuju ke Kota Bharu)

Ahad; 29 Jan 2006; 7.00 malam

Pogi datang rumah. Mekasih Pogi Wink sebab sudi hantar Alangz. Kira-kira jam 7.45 malam kami berangkat menuju ke Hentian Kajang. Sempat juga naik ke tingkat atas bangunan itu untuk menunjukkan Pogi keadaan persekitaran Hentian ini kerana baru pertama kali beliau menjejakkan kaki ke situ.

Lebih kurang jam 8.40 malam berangkatlah Alangz menuju ke Kota Bharu. Ahakz.. sonok nyer dapat naik bas. Lama sungguh tidak menaiki bas. Bas yang sepatutnya bertolak jam 8.30 malam bergerak lewat sepuluh minit kerana menunggu dua orang lagi penumpang yang akhirnya ditinggalkan. Kesian sorang minah tu kan kendi Tongue ?? ditinggalkan gara-gara menyangka bas akan bertolak jam 9 malam.

Alangz duduk disebelah seorang gadis. Dari gayanya boleh dikatakan berusia sekitar awal 20an. Alangz berperlakuan seperti lelaki biasa Shades. Kononnya seronoklah duduk sebelah seorang awek.. ahakzz.. tapii... yang agak mendukacitakan Alangz adalah tahap 'kebrutalan' minah ni. [kira sesi mengumpat ler ni.. :-) ]. Berpakaian seluar jeans dan berbaju t-shirt serrta bertudung. Biasalah... namun perlakuan dia betul-betul menyebabkan Alangz malas nak meng'usha' ahakzz..

Dengan kasut masih terlekat di kaki, beliau menyilangkan kaki ke bangku. Kiranya meletakkan kaki di atas bangku. Beberapa kali kasutnya terkena di kaki Alangz. Langsung tidak meminta maaf. Pada satu ketika, dengan nada brutal, beliau bertanya kepada Alangz, pukul berapa waktu masa itu. Bercakap di telefon dengan kuat, langsung tidak mencerminkan gaya perempuan melayu. Ah.. sedihnya melihat keadaan bangsa melayu sekarang.

Tiba di KM35.5 Lebuhraya Kesas, satu kemalangan maut berlaku. Seorang penunggang motorsikal maut dipercayai merempuh sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan tanpa mempamerkan sebarang isyarat kecemasan. Kesian.. maut atas kecuai orang lain.

1.30 pagi

Tiba di perhentian rehat Merapoh. Dapatlah berehat sebentar dan menyegarkan diri dengan minuman milo panas dan menjamu seketul burger. Keadaan perhentian rehat ini agak baik. Cuma yang perlu diberi perhatian adalah harga makanan; adakah berbaloi dengan kualiti yang disediakan. Sendiri menilai.

5.30 pagi

Selamat tiba di Kota Bharu. Wah, ada perubahan yang boleh dikatakan drastik setelah kali terakhir Alangz menjejakkan kaki ke sini pada tahun 1998. Tahniah kerajaan negeri. Alangz mengatur langkah, sambil tangan memegang buku "Lonely Planet; Malaysia, Singapore & Brunei". Ahakzz.. terasa macam mat salleh pulak. Biarlah apa orang nak kata, yang penting Alangz ada 'bible' yang boleh menunjuk arah tuju kaki ini.

Yang pasti ramai umat manusia yang baru tiba dari pelbagai destinasi. Kedai masih tertutup rapi. Alangz menyusuri jalan dan duduk berhampiran bangunan TM yang baru di sebelah hentian bas.

Memerhati langkah manusia bertali arus. Kepala mula merencana. Keakraban ibu bapa menjemput anak yang pulang dari perantau terlihat. Ahh.. betapa sayunya melihat anak muda mencium tangan ibubapa masing-masing tika bersua muka. Yang perempuan berpelukan dengan ibu.

Namun lamunan Alangz diganggu oleh kehadiran nyamuk-nyamuk. Banyak sungguh nyamuk di tengah bandar Kota Bharu ini.

Kedengaran suara azan subuh bergema. Alangz melangkahkan kaki menuju ke punca suara itu.

Masjid Al-Baroah berhampiran Pasar Siti Khadijah

Sempat menunaikan sembahyang subuh. Setelah selesai mendirikan solat, Alangz tidak tahu arah tuju kerana luar masih gelap. Ramai di kalangan pengunjung mula mencari tempat untuk berehat seketika. Alangz tidak terkecuali. Melihat ramai yang berbaring, Alangz turut sama berbaring. Dan akhirnya terlelap seketika.

7.30 pagi

Terjaga dari 'tidur ayam'. Segera meninggalkan masjid dan singgah sebentar di tandas awam depan masjid. Mencari air untuk mencuci dan menyegarkan diri. Mmm... semasa memasuki tandas, terlihat pelbagai nombor telefon dan perkataan kurang sopan di dinding-dinding dan pintu tandas tersebut. Tidak Alangz menduga perkara ini berlaku di negeri yang bergelar 'Serambi Mekah'. Entahlah.

Bersambung... 




Posted by alangz at 2/7/2006 4:50:58 pm
Make a comment



Monday, February 06, 2006
Catatan perjalanan (Membeli tiket bas)

Sabtu, 28 Januari 2006; 11.00am

Disebabkan semua perancangan untuk bercuti bersama teman-teman terkandas di tengah jalan dek kerana semua punyai perancangan lain, Alangz mengambil keputusan untuk keluar dari Kuala Lumpur sempena cuti panjang. Mencongak-congak bila lagi mahu mengambil kesempatan keluar bercuti sementara dapat cuti umum panjang ini.

Hari sabtu Alangz tekad mencari kalau-kalau ada baki tiket lagi ke Kota Bharu. Yelah, memang sukar untuk mendapat tiket lagi kerana saat akhir dan ramai yang telah menempahnya awal-awal lagi.

Tiba di Hentian Kajang dengan membawa satu harapan. Setelah menyusuri dan bertanya kepada setiap kaunter tiket bas ke Pantai Timur, jawapan yang Alangz terima sungguh mengecewakan. Semua tiket habis terjual.

Ketika ingin melangkah pulang, tiba-tiba mata memerhati seorang lelaki membawa sekeping tiket dan menyerahkan ke petugas kaunter. Terus Alangz mendekati mereka dah memasang telinga dan mendengar yang beliau ingin menjual semula tiket tersebut kerana tidak jadi untuk pulang ke kampung. Dan bila lelaki tersebut berundur dari kaunter, terus Alangz bertanya kepada gadis kaunter itu tentang tiket bas tersebut.

Dan... yeessss!!!! tiket ke Kota Bharu; Ahad, 29 Januari 2006, 8.30 malam. Ekspress Mutiara. RM34.00. Tanpa berfikir panjang, segera Alangz membeli tiket tersebut. Kemudian menelefon teman di Bachok. Meminta tolong beliau mencari kalau-kalau ada tiket untuk kembali ke Kuala Lumpur pada hari rabu 1 Feb 2005.

4.00pm

Perkhabaran kurang baik diterima. Teman di Bachok menyatakan beliau telah pergi ke Kota Bharu dan tiada tiket yang ada untuk hari tersebut. Paling awal katanya pada 6 Feb 2006.

Kebetulan sebelum bertolak pulang dari stesen bas tadi, Alangz ada bertanya kepada gadis penjaga kaunter tersebut mengenai tiket dari Kota Bharu ke Kajang masih ada atau tidak pada tarikh itu. Tapi katanya paling awal yang ada adalah pada 2 Feb 2006. Jadi, sementara menunggu jawapan dari teman di Bachok, Alangz tidak membeli tiket tersebut kerana pada 2 Feb Selangor sudah mula bekerja.

7.45pm

Keluar dengan kawan di Batu 16, Hulu Langat. untuk menyedapkan hati Alangz mengajak beliau menemankan Alangz untuk kembali ke Hentian Kajang dan membeli tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 2 Feb 2006.

Keputusan ini Alangz ambil setelah di waktu tengahari Alangz ke pejabat atas arahan bos yang menelefon meminta Alangz datang kerana beliau tertinggal kunci dan access card di dalam pejabat. Sempat juga 'hint' beliau kiranya Alangz tidak mendapat tiket untuk pulang, Alangz akan bersambung cuti. Nasib baik dapat bos yang sporting.

8.45pm

Berjaya mendapatkan tiket. Dari Kota Bharu ke Kajang; Khamis, 2 Feb 2006, 9.00 malam. Ekspres Transnasional. RM33.10. Alhamdulillah. Rasanya berjalan seorang pada saat-saat akhir lebih cerah untuk mendapatkan tiket.

bersambung...




Posted by alangz at 2/6/2006 2:39:09 pm
Comments (4)



Saturday, February 04, 2006
Catatan perjalanan (Perkahwinan saudara)

Ahad, 29 Januari 2006; 1.30pm

Pada mulanya perancangan awal Alangz dan beberapa lagi rakan bercadang untuk turun ke Melaka, untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada seorang teman. Tapi, di saat-saat akhir, ramai yang menarik diri. Masing-masing punyai plan yang lain. Kebetulan emak meminta supaya Alangz membawanya ke majlis perkahwinan [sepupu punya isteri punya adik] ahakzz.... Jadi.. Alangz pun tidaklah mahu menjadi anak derhaka... maka bertolaklah kami ke Rawang.

 

Sebenarnya Alangz pun tidak berapa mengenali pengantin ini. Tapi, difahamkan pengantin lelaki berasal dari Sabah. Apa-apapun, kepada mereka berdua, Selamat Pengantin Baru.

Cicakz... Bosan ler entry kali nie Alangz.. ko bila lak nak kawin... nyet... nyet.. nyet... ahakzz...




Posted by alangz at 2/4/2006 12:24:26 pm
Comments (2)




Next Page



<< February 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: