|
Wednesday, February 15, 2006
B.L.O.G Catatan kali ini ditujukan khas untuk Kendi. Juga kepada pemilik-pemilik B.L.O.G secara amnya. Sebenarnya minda sudah lama merencana. Apa yang seronoknya punyai blog sendiri. Apa yang istimewanya punyai blog sendiri. Apa yang boleh dilakukan dalam blog sendiri. Apa yang boleh dilakukan dalam blog dan tidak boleh dilakukan di luar blog. Alangz tidak membuat sebarang study mengenai blog. Jadi, menulis sekadar apa yang terlintas di minda. Sebenarnya catatan kali ini dikuatkan oleh faktor teman Alangz; Kendi yang beria-ia mahu menamatkan riwayat blognya gara-gara mendapat kritikan dan kutukan dari pembaca blognya. Mmm.. mungkin tengah 'lampu merah' tu. Tu pasallah cepat terasa hati. Ahakz… sori Kendi. Sekadar meneka. Rasanya cita-cita Alangz untuk menulis blog terhasil setelah melayari laman web dan secara kebetulan bertemu dengan blog-blog orang. Kemudian terfikir, alangkah baiknya kalau aku juga punyai blog seperti mereka. Yang paling Alangz respect sehingga kini adalah blog Mat Jan, Joe Perantau dan Dobot. Masing-masing punyai kelebihan sendiri. Mat Jan; semasa beliau masih belajar dahulu, kekerapan mengemaskini blog lebih konsisten jika dibandingkan dengan sekarang. Ya, semakin melangkah ke alam pekerjaan, pembatasan masa blog amat menjengkelkan. Kita punyai idea untuk menulis tapi tidak dapat meluahkan terusan ke dalam blog kerana tanggungjawab dan amanah pekerjaan lebih diutamakan. Yang pasti, cara penyampaian kandungan dalam blognya begitu bersahaja dan kemahiran 'meng-uli ayat' begitu sinis. Itulah kelebihan Mat Jan. Joe Perantau. Alangz mula mengenali blog ini pertengahan tahun lepas. Itupun secara tidak sengaja. Semasa merayap-rayap di blog-blog orang, terlihat jaringan ke blog beliau. Terus leka membaca catatannya. Sebenarnya ayat dan lenggok bahasa seharian yang digunakan terlihat menerusi penulisan Bro Joe. Bersahaja. Apa terlintas di minda, beralih ke jari dan terus ditaipnya. Itulah dikatakan bakat semulajadi. Bangla yang berwawasan jolokannya. Ahakzz… Dobot. Juga dikenali dengan cara tidak sengaja. Jaringan dari blog orang lain. Yang Alangz suka tentang blog beliau adalah dari segi teknikal dan kemahiran beliau menguasai 'bahasa-bahasa IT'. Walaupun bakal bergelar 'Doktor Haiwan', kepekaan beliau terhadap perkembangan dunia komputer sangat jelas terlihat. Pandai menggodam dan menggabungkan aplikasi-aplikasi yang memantapkan persembahan webblog beliau. Tapi yang paling aku suka, beliau suka meninggalkan jejak di blog-blog yang diziarahinya. Meninggalkan komen. [Bot.. aku puji ko nie ada makna… ahakzz.. pas nie ko kena ajar aku buat webblog ek.. hehehe..] Pada dasarnya Alangz mula mengenai dunia blog ini sekitar hampir 3 tahun lepas. 4 September 2004 merupakan catatan pertama Alangz di dalam blog. Dan sehingga kini, blog Alangz masih dikemaskini, insyaallah. Dari punyai laman web sendiri yang kini bersawang (1998) dek kerana cuba-cuba bermain dengan bahasa html yang boleh dikatakan rumit dan menggunakan rangkaian server percuma [Geocities]. Sebenarnya kalau belajar ia tidaklah begitu sukar, tapi bila munculnya penyedia bloggers ini, rasanya kerja lagi bertambah mudah. Semua template sudah tersedia. Hanya pilih dan klik. Tidak begitu semasa Alangz menaip menggunakan bahasa html. Bila Alangz mengenali compiler, ia lebih mudah. Dengan menggunakan program words ini pun boleh menghasilkan lelaman web. Alangz mula menulis di Blogspot. http://alangz76.blogspot.com Penulisan Alangz pada mulanya berkisar pada kehidupan seharian Alangz. Kiranya seperti sebuah dairi. Namun, bila banyak penulisan negatif dan memburukkan beberapa orang sekeliling, Alangz mula rasa tertekan. Ditambah lagi dengan pernyataan teman siber yang agak pedas. "Orang peduli apa dengan apa yang ko buat. Kalau tiap-tiap hari cerita apa ko buat bangun pagi, gi kerja, makan apa, balik buat per. Takde best nyer. Cuba ko tulis sesuatu yang berfaedah". Kemudian Alangz cuba merombak penulisan. Lebih tertumpu kepada keadaan persekitaran. Dari sini wujudnya karektor cicakz Alangz. Bila berlaku sedikit kerumitan di dalam blogspot, Alangz beralih ke sini [Blogdrive]. Dalam menulis, terlihat kecantikan blog-blog orang lain. Mulalah mencantikkan luaran blog. Mengubah banner. Memasang lagu. Dan kini, rasanya seperti mahu menyewa server sendiri. Tapi, rasanya biarlah Alangz membayar US$2.95 setiap bulan ke Blogdrive ini dahulu kerana faktor batasan masa dalam membina laman web sendiri. Walaupun Blogdrive menyediakan perkhidmatan secara percuma. Dengan membayar sekaligus ia menaiktaraf sedikit perkhidmatan blog ini. Alangz bertindak begitu bukan kerana sengaja membazir. Tapi dengan membayar, rasanya lebih mendisplinkan diri Alangz untuk senantiasa mengemaskini blog. Lumrah manusia, kebiasaannya ada perkhidmatan percuma, kita bersikap acuh tak acuh. Namun, ini semua bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau anda punyai displin, tak perlu bertindak seperti Alangz. Bila menulis keadaan persekitaran sahaja, Alangz rasa seperti diri tidak dilayan seadilnya. Kenapa perlu berbicara hal semasa tanpa memperdulikan perasaan sendiri. Maka berlakulah penukaran paradigma penulisan Alangz. Rasanya sejurus selepas hari raya tahun lepas. Dari situ Alangz mula mempamerkan diri sendiri. Dan dari situ Alangz mula mencampur-adukkan penulisan. Yang penting, apa yang terlintas di kepala, boleh diluahkan di dalam blog ini. Tidak dibatasi sesuatu. Sehingga hari ini, banyak juga komentar yang diterima. Ada juga caci-merca. Perasan bagus. Kritikan pedas. E-mail bertanya kenapa tidak menulis artikel berunsur seks. E-mail yang meminta tolong dalam penyediaan kertas kerja. Bertanya tentang cara memasukkan lagu di dalam blog. E-mail membidas penulisan Alangz. Pembetulan fakta. Iklan mencari duit lebih. Meminta tolong untuk membina bangun blog. Berkenalan. Pendek kata, macam-macam ada Kalau kritikan memang Alangz alu-alukan. Tak kiralah bagus atau tidak. Berkongsi pengalaman dan ilmu juga. [Sila-silalah e-mail lepas ini ek..] Namun, kadang-kadang komentar yang tidak diundang seperti caci-merca dan kata-kata kesat, amat menyinggung perasaan Alangz. [haa. Kendi.. baca betul-betul]. Apa yang tertulis kadang-kadang menyentuh maruah Alangz. Membangkitkan kemarahan yang membuak-buak. Tapi, mujurlah Alangz jenis tidak cepat melenting. Tak sia-sia mendengar kaset Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah; "Menangani orang yang bermasalah". ------------------------------------------ Sinopsis * Setiap orang yang cemerlang pasti mempunyai ramai kawan. Adakah anda boleh menjadi penyelesai masalah rakan-rakan anda? Oleh itu dapatkan beberapa petua bagaimana anda boleh membantu rakan-rakan anda keluar dari kepompong permasalahannya. Bagaimana menangani orang yang pemarah? Pak turut? Pendendam? & beberapa karektor lain. Setiap orang mempunyai kelebihan dan ada 'soft spot' nya. Dapatkan petua menangani masalah anda & sikap yang perlu ada pada anda sebagai seorang kaunselor mereka.* Keluaran Telaga Biru Sdn Bhd. Sila layari www.telagabiru.com.my atau e-mail kepada marketing@telagabiru.com.my untuk mendapat kaset / CD ini. ------------------------------------------
Apabila menghadapi komentar dan e-mail berbaur negatif ini, segera Alangz menukar paradigma minda. Kebiasaannya Alangz akan berfikir secara positif. Komentar ini bersifat membina. Ambil itu sebagai tauladan dan semangat untuk memperbaiki diri sendiri. Kaji semula mengapa mereka sanggup meluahkan kata-kata begitu. Adakah kita benar-benar ikhlas dalam menulis. Dari situ kita kurang cerewet dan mula tidak kisah dengan kritikan begitu. Dalam menulis kita harus bersifat 'jadilah diri anda yang sebenarnya. You are what you are'. Bila kita menulis menerusi hati dan perasaan kita tanpa ada dorongan untuk membangga diri atau tidak bersifat diri sendiri, maka keadaan ini akan membantu anda menangani cabaran-cabaran begitu. Jawapannya di tangan anda. Apapun, tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Jika menulis sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau takbur, kita sekaligus tidak menjadi diri kita sendiri. Dari situ, lentingan dan lonjakan amarah begitu mudah terbabas. Pun begitu, tak semestinya pernyataan ini benar. Manusia dilahirkan dengan pelbagai fitrah. Jika pemarah orangnya, maka mudah melentinglah ia. Jika pendendam orangnya, maka berdendamlah ia. Jika penjorok orangnya, maka menjoroklah kerjanya. [Hahhaa… bahasa yang dibelajar dari blog Bro Joe. Nak tahu tanya dia… hehehhe…] Yang penting anda adalah anda. Apa yang difikirkan pada mula-mula mahu memiliki dan menulis dalam blog tidak didorong oleh orang lain. Mungkin menjadi ikutan, tetapi tiada siapa yang memaksa anda untuk menulis. Jadi, kenapa kita harus tunduk kepada suara-suara sumbang yang berkumandang. Manusia tidak dilahirkan sempurna. Mereka boleh berkata apa sahaja di dalam alam siber ini yang memang diakui tiada batasannya. Ingat, 'You are what you are'. Kesimpulan dalam bidang BLOG ini boleh dihayati dari lirik lagu ciptaan Mat Jan ini. Alangz ceduk dari blog Mat Jan. Rasanya memang ramai yang sudah mengetahui tentang lagu ini terutama pengunjung setia blog Mat Jan. Apa yang Alangz siarkan semula ini bertujuan untuk kita membaca liriknya dan sekaligus menghayati kebenaran dalam lirik ini. Kita tulis sesuka hati Minah ni, di pejabat dia bukan buat kerja Kita tulis sesuka hati Mendengar lagu Siti, menonton drama TV Kita tulis sesuka hati Minah tu buka blog, tulis jiwang-jiwang Kita tulis sesuka hati Yeah, M-J. A-Y-I-E. B-L-O-G.
Cicakzz… arrgghhh,, finally ko sedar jugak kewujudan aku ek Alangz. Nama aku ko sebut di awal entry nie. Mmm… macam aku nie special kes kan Alangz.. ala-ala nota kaki lak aku rasa. Cuba sesekali ko bagi aku interprem tulis blog. Boleh aku ajar ko cara cicakz jantan mengorat cicakz betina… mukakakkaa…. Alangz : Takder makner nyer ko cicakz…
Posted by alangz at 2/15/2006 8:37:09 am Comments (10) Saturday, February 11, 2006
Catatan perjalanan (Rantau Panjang) Perjalanan ke Rantau Panjang Lebih kurang jam 3 petang bas yang kami naiki mula bertolak ke Rantau Panjang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Faktor kesesakan memainkan peranan dalam melambatkan proses perjalanan. Mengikut kata teman, ini adalah kerana ramai anak perantauan pulang sempena cuti panjang. Sampai di Rantau panjang. Mengimbas kembali kenangan semasa Alangz mula-mula menjejakkan kaki di situ pada tahun 1998. Pertama kali juga dalam tahun itu Alangz mengenali dunia "backpackers" ini. Dan Kelantan merupakan destinasi pertama Alangz berjalanan seorang diri setelah mengalami 'stress' kerja yang keterlaluan dahulu. Hampir 7 tahun kenangan itu berlalu.
Pastinya, selama 7 tahun tidak menjejakkan kaki di situ berlaku perubahan besar terutama dalam pembinaan bangunan Kompleks Imigresen Rantau Panjang dan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.
Yang seronoknya, ingatkan Alangz bersama dua orang "Kelantanese" ini maka mereka mahir dengan kawasan sekitar Rantau Panjang. Tapi hampeh dot com juga. Ahakz.. mereka tidak mahir kawasan sekeliling. Maka berjalanlah kami mencari tempat untuk bermalam. Petang itu kami berjalan-jalan. Sekadar berjalan meninjau apa-apa barang yang boleh di beli nanti. Cara Alangz, akan berjalanan mengelilingi tempat itu. Tandakan mana yang boleh dilawati esok,dan hanya akan membelinya apabila puas hati.
Lebih kurang jam 5.30 petang kami pulang ke tempat penginapan. Maka tertidurlah keletihan dan bila sedar jam sudah melepasi maghrib. Mandi, dan bersiap untuk mencari makan. Pandangan dari bilik penginapan. Wahhh.. lengang nyer kawasan sekeliling. Hehhee… betul-betul 'mati' di waktu malam.
Misi pertama, membeli kad tambah nilai 017 Alangz. Huh.. baru 2 hari RM30 sudah habis diguna pakai. Di kedai itu, kami bertanya tempat makan yang ada di waktu itu. Memanglah jelas kelihatan di hadapan tempat penginapan kami itu ada gerai-gerai. Kononnya ingin mencari gerai lain yang lebih jauh dari situ. Berjalan semula ke arah tempat kami turun dari bas. Mmm.. rata-rata kedai sudah ditutup. Yang jelas kelihatan masih meneruskan operasi adalah kedai-kedai telekomunikasi. Kami berpatah balik dan makan di gerai berhadapan dengan tempat penginapan kami. Seperti biasa, tomyam juga menjadi pilihan Alangz. Selesai makan. Malam masih muda. Apa yang perlu dilakukan?.. hehhee.. bertanya lagi orang disana, dimanakah siber café yang beroperasi. Lebih kurang 400 meter dari tempat kami berdiri. Terus pergi ke Hampir jam 12.45 malam, kami beransur pulang. 01 Feb 2006 Kedengaran riuh orang memulakan perniagaan. Kebetulan hujan pada waktu tengah pagi dan keletihan mendorong kami terbabas tidur lagi J Selesai mandi kami mula menyusun langkah. Kononnya semua masih kenyang dan ingin terus pergi ke gerai-gerai jualan. Meriah sungguh. Kalaulah kaum hawa disini, pasti mereka suka dan sangat suka. Hehehe…
Dipertengahan perjalanan kami menemui makanan 'esotik' [ahakzz..] Satey. Sebenarnya ia terdiri dari bebola ikan dan hotdog yang di bakar di atas bara. Kesempatan ini terus digunakan untuk merasa makanan ini.
Kembali dengan misi membeli belah yang tak seberapa. Setakat membeli 3 helai jeans Golok dan sehelai baju. Yang seronoknya, banyak betul patung-patung yang comel-comel. Sempat Alangz membeli sedozen untuk ole-ole rakan sekerja. Rasa hati memang mahu membeli lebih, tapi bila memikirkan beg sudah sarat dengan muatan, lantas terus melupakan hasrat tersebut.
Pukul 11.30 pagi kami keluar dari tempat penginapan. Terus menuju berjalan menuju ke stesen bas. Sempat mengambil beberapa keping gambar kenangan. Nasib kami cukup baik kerana ada bas yang sedia menunggu dan bertolak setelah kami naik. Cuma yang kurang bernasib baik, kami terpaksa berdiri.. ahakz.. small matter jer tu..
Sampai di Kota Bharu semula. Pada permulaan, perancangan kami ingin bermalam di Bachok. Ingin pergi mencari 'lagu ombak'. Hehee.. ingin bermalam di Pantai Irama sebenarnya. Namun hasrat ini Alangz terpaksa lupakan dek kerana tertera di dada akhbar 3 orang lagi menemui ajal di pantai itu semalam. Dua hari lepas, juga di dada akhbar menyatakan 2 orang lemas. Mijie dan Saiful juga menasihatkan Alangz supaya tidak pergi. Jadi, Alangz terus mencari tempat penginapan. Tiket bas pada hari khamis [esok] jam 8 malam. Singgahlah di beberapa tempat dan tiada bilik kosong. Akhirnya di Bunga Raya backpackers Lodge [RV Inn] dapatlah Alangz bilik. Bilik hanya dilengkap dengan kipas. Dari segi kemudahan memang asas, namun rasanya cukuplah untuk Alangz seorang. Yang pasti, sewanya hanyalah RM20 semalam. Kami berjalan semula di bandar Kota Bharu. Mmm.. rasanya semua sudah dilawati. Dan Alangz hanya menambah beberapa barangan yang boleh dibeli untuk dibawa pulang. Jam hampir 5 petang. Mijie dan Saiful telah pulang ke Bachok. Alangz mencongak-congak. Semua tempat sudah dilawati, rasanya baik mencuba mencari tiket untuk pulang awal kerana tiada aktiviti yang hendak dilakukan lagi. Nasib menyebelahi Alangz. Sempat lagi berpusing bandar Kota Bharu untuk kali terakhir sebelum naik semula ke bilik dan berkemas. Betul-betul selepas maghrib, Alangz turun dan berkira-kira untuk ke stesen bas Jalan Langgar. Memandangkan beg galas yang berat, Alangz menaiki kereta sewa walaupun jaraknya hanya memakan masa 5 minit. Stesen bas Jalan Langgar. Baru Alangz dapat memerhati bas-bas hanyalah terdiri dari kroni Nadi J Transnasional. Alhamdulillah, tepat jam 9 malam bas berangkat ke = Tamat = Posted by alangz at 2/11/2006 2:17:58 pm Make a comment Friday, February 10, 2006
Catatan perjalanan (Kembara di bumi asing) 31 Januari 2006 Seawal jam 4.30 pagi alangz dikejutkan dengan pesanan SMS. Saiful, seorang lagi teman yang berasal dari Bachok. Beliau dalam perjalanan pulang dari
Jam 8.00 pagi kami turun bersarapan. There goes my diet. Ahakz… mencari nasi kerabu yang sememangnya menjadi makanan kegemaran Alangz. Argh… I like it!! Hehehe… Betapa murahnya makan di Kelantan ini. RM7.50 untuk sarapan bertiga. Dua nasi kerabu berlaukkan ikan dan satu nasi lemak juga berlaukkan ikan. Dengan teh ais, kopi dan teh 'O' ais. Sebenarnya teman Alangz, Mizie dan Saiful adalah rakan baik. Berasal dari Bachok. Dan selesai makan, mereka pulang ke Bachok sebentar sebelum kami meneruskan catatan perjalanan. Alangz mengambil kesempatan untuk kembali dengan aktiviti menerokai Kota Bharu. Berjalan sebentar dan melihat banyak lagi kedai yang belum dibuka. Namun aktiviti harian penduduk tetap diteruskan. Bertali arus. Ternyata nadi kehidupan begitu ceria di sini. Apapun, Alangz terus kembali semula ke hotel dan merehatkan diri sebentar sebelum mendaftar keluar. Sebelum ini memang bercadang untuk tinggal dua hari di hotel ini, namun cadangan dari gadis kaunter supaya jika ingin meneruskan tinggal di situ, bayar pada sebelah pagi keesokan harinya kerana takut berubah jadual. Hehehe.. memang pun.
Jam 11 pagi Alangz kembali dengan memikul beg galas. Pergi semula ke tempat simpanan barangan. Dan kembali berjalan di sekitar pusat bandar. Memerhati tingkahlaku orang ramai. Mencari-cari sesuatu yang tidak boleh di dapati di tempat lagi. Kepala merencana, Alangz teringat kepada pernyataan seorang teman yang menyatakan "jangan lupa merasa makanan esotik Kelantan". Ahakz… apa yang esotik pun Alangz tidak mengerti. Memang ada juga makanan yang jarang Alangz lihat. Contohnya "etok" [betul ker ejaan ni?..] kiranya spesis kerang yang dimakan seperti kacang. "Akok"… mmm.. [boleh didapati di
Jam 2.30 petang Setelah letih kaki Alangz berjalan mengelilingi Kota Bharu seorang diri, akhirnya Mizie dan Saiful tiba. Segera kami ke stesen bas untuk mengambil beg galas Alangz. Dan kami meneruskan misi perjalanan. Ke Rantau Panjang! [tempat yang tidak terfikir untuk pergi]. Bersambung Posted by alangz at 2/10/2006 8:26:11 am Make a comment Thursday, February 09, 2006
And again... why cicakz.. Iklan sebentar Pertanyaan demi pertanyaan mengenai mengapa Alangz menggunakan maskot cicakz dalam blog ini lagi kedengaran. Kepada pengunjung baru... Alangz siarkan semula artikel yang ditulis dahulu (Julai 2004 & March 2005). Alangz copy & paste semula artikel ini. Cicak?... kenapa pakai gelaran cicak?…
Banyak sungguh persoalan yang diajukan oleh rakan-rakan aku dengan watak samaran yang aku gunakan ini. Hari ini aku akan berkongsi pendapat dan pandangan aku mengenai isu ini. Boleh dikatakan rata-rata dikalangan kita tidak suka akan binatang yang dinamakan cicak ini. Sebenarnya pemilihan ini ada kaitan dengan penilaian aku mengenai sifat cicak. Aku pernah terbaca mengenai kejahatan yang dilakukan oleh cicak ini di zaman Rasul dahulu menyebabkan umat Islam digalakkan membunuh cicak-cicak ini. (Aku naïf.. kalau ada kalangan pembaca yang tahu cerita sebenarnya, kongsilah bersama ilmu itu)… Sebenarnya sikap cicak itu sendiri cukup unik bagi aku. Ini adalah kerana ia bersifat pendiam; pemerhati dan jarang sekali kita menyedari kehadirannya di syiling /dinding rumah kita. Itulah aku umpamakan diri aku. Aku berada dalam komuniti yang besar di mana aku tidak tahu saluran apa yang aku perlu tuju untuk melafazkan persoalan yang timbul di minda aku. Walaupun aku bersikap peka dengan keadaan yang berlaku di persekitaran kita. Dengan kehadiran cicak, tanpa kita sedari banyak unggas dan pepijat dalam rumah menjadi mangsa makanan cicak dan sekaligus menyebabkan kita bebas dari gangguan mahluk kecil itu. Begitu juga perumpamaan aku. Dalam aku membuat kritikan, niat aku cuba untuk menyedarkan pembaca terutama orang MELAYU agar jangan mudah alpa dengan keselesaan yang ada di sekeliling kerana jika cicak kekenyangan, ia akan pulang ke tempat persembunyian dan membiarkan gangguan unggas membelenggu pemilik rumah. Begitu juga dengan orang Melayu, bila unggas mula menganggu baru hendak ke kedai mencari racun semburan. Itu sudah terlambat sayang…. Unggas sudah menguasai rumah. Kalau-kalau kedai tutup, malang sungguh nasib kalian; tidur dengan gangguan unggas ini. Cicak tidak diajar membuang air besar di dalam tandas. Jadi, selalunya ia akan 'melepaskan' niat tidak kira di mana sahaja. Perumpamaan yang aku ambil ialah aku akan berkata apa sahaja yang aku rasakan perlu dan selalunya perkara ini mengenai batang hidung aku sendiri terutama isu kaum Melayu. Itulah realitinya. Tahi cicak yang jatuh di atas orang yang punyai air sembahyang akan membatalkan wudhu' seseorang itu; menyebabkan orang itu marah dan cuba untuk memburu cicak itu dengan 'lastik' atau paling tidak semburan kata-kata maki muncul di mulut orang itu. Perumpamaan yang dikaitkan… kadang-kadang isu yang aku bangkitkan aku tujukan tepat kepada orang yang berkenaan walaupun aku tahu risiko yang bakal aku terima terutama yang aku kutuk itu orang berkuasa. Hakikatnya, aku berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Pak Ungku Aziz; Pendeta Zaa'ba juga sudah banyak kali melafazkan kata-kata sinis untuk menyedarkan melayu daripada terus alpa dengan arus kemewahan tanpa memikirkan risikonya. Tun Dr Mahathir Mohammad juga pernah dikritik hebat oleh orang melayu hasil ucapan beliau yang dibukukan 'Melayu Mudah Lupa'. Aku amat berharap dengan adanya ruangan di alam siber ini, sekurang-kurangnya dapat sedikit sebanyak menyedarkan kaum-kaum muda melayu sekarang untuk membuka minda mereka dan menjaga kepentingan hasil peninggalan nenek moyang kita. Terbongkar sudah identiti sebenar cicak... harap mendapat restu dari pembaca untuk terus berlegar dan mencari mangsa di dalam ruang blog/ jurnal ini… Moga anda mengerti dan tiada lagi persoalan kenapa cicakz digunakan. Posted by alangz at 2/9/2006 8:34:58 am Make a comment Wednesday, February 08, 2006
Catatan Perjalanan (Merencana diri di Kota Bharu) Membawa bagasi dan berjalan menyusuri Pasar Besar Siti Khadijah di waktu pagi; melihat telatah orang ramai yang berpusu-pusu dengan urusan masing-masing. Singgah sebentar di kedai makan berhampiran. Menikmati nasi lemak bungkus yang sangat meriah dengan ikan bilisnya dan menikmati secawan teh O. RM1.50 Murah - jika dibandingkan dengan harga di bandar besar seperti
Selesai makan, Alangz memasuki Pasar Siti Khadijah. Memang tidak banyak berubah suasana di dalam pasar tersebut. Yang pasti, pasar ini merupakan tempat wajib untuk dikunjungi sekiranya anda singgah di Kota Bharu. Banyak barang-barang yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.Secara asasnya, Alangz ingin menghabiskan masa sementara menunggu masa untuk mencari hotel dan sekaligus melaksanakan "window shopping"… mencongak-congak barang yang boleh dibawa pulang nanti.
Jam 9.30 pagi Penat mengendong beg galas, Alangz berkira-kira untuk meletakkannya di tempat simpanan barangan yang Alangz perasan pagi tadi; terletak di stesen bas. Dengan membayar RM1, bebanan gendongan di bahu dapat dileraikan.
Kembali berjalanan, menyusuri lorong-lorong dan jalan-jalan yang begitu asing buat Alangz. Berseorangan. Ketika berjalan, terlalu banyak perkara yang terlintas di minda. Merencana dan mencongak, perkara lalu dan akan datang. Disinilah keistimewaan yang ada tika anda berjalan berseorangan di bumi asing. Pernyataan ini merujuk kepada soalan-soalan yang acapkali berkumandang di telinga yang diajukan oleh teman-teman. Ramai yang menyatakan apa istimewanya berjalan seorangan diri di tempat yang tidak kita ketahui.
Setelah hampir 2 jam berjalan dan berpusing serta mencari tempat penginapan, akhirnya Alangz mengambil keputusan untuk tinggal semalam di Hotel Politan, betul-betul berhadapan dengan stesen teksi dan bas di mana Alangz turun pagi tadi. Dengan bayaran sebanyak RM60 dapatlah Alangz satu bilik.
Bergegas ke stesen bas tadi untuk mengambil bagasi. Segera naik ke bilik. Tujuan utama; untuk mandi. Penat semalaman dan keadaan diri yang tidak segar. Ditambah lagi dengan titisan peluh yang membasahi badan dek kerana berjalan tadi.
Selesai mandi, sempat menikmati hidangan satey yang dibeli semasa mengambil bagasi. Membelinya di café stesen bas itu. Mmm.. ingatkan orang Johor sahaja yang makan satey pagi-pagi. Rupanya di Kelantan ada juga. Dan yang pasti 2 cucuk satey dan nasi impit yang agak banyak itu dibeli dengan harga RM1 sahaja. Badan sudah selesa setelah mandi. Perut pula sudah diisi. Buka televisyen sambil berbaring di katil seorang diri. Suasana dingin sumbangan tiupan penghawa dingin. Dan akhirnya, matapun tertutup. Sedar-sedar hampir jam 3 petang. Bangun tidur telefon rakan yang berada di Bachok. Meminta beliau menemani Alangz barang seketika. Sementara menunggu beliau sempat keluar lagi, menyambung perjalanan menghayati bandar Kota Bharu. Hampir jam 5 petang, Mizie tiba bersama rakannya Ashraf. Mereka dari Bachok dan Ashraf ingin pulang ke Bangi semula melalui Rantau Panjang pada malam itu. Dan sempat berkenalan dengan beliau kurang dari setengah jam. Insyaallah, nanti kita lepak lelama kat Bangi ek Ashraf. Mekasih bebanyak Mizie J sebab sudi menjadi tourist guide Alangz hari itu. Alangz dan Mizie meneruskan perjalanan. Berpusing-pusing dan membeli sedikit buah tangan dari Kota Bharu. Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Menemani Mizie menunggu teksi a.k.a kereta sewa kerana beliau ingin pulang ke Bachok semula. Di sini Alangz dapat lihat kelemahan dan kedaifan dalam sistem pengangkutan awam di Kelantan. Maksud Alangz, masih lagi menggunakan teksi dan menunggu penumpang penuh baru teksi akan berjalan. Mungkin faktor jarak membataskan sistem pengangkutan menjadi lebih efisen di sini. Menunggu hampir 1 jam lebih dan tiada kelibat kereta sewa. Suara-suara pemandu kedengaran menyatakan dari Bachok berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Akhirnya, Alangz mengajak Mizie untuk bermalam di hotel bersama. Satu kerana tidak pasti pukul berapa teksi sewa akan tiba, dan pastinya bayaran yang dikenakan akan berlipat ganda selepas jam 8 malam. Sekurang-kurangnya Alangz ada teman untuk bercerita malam nanti. Selesai mandi, kami berkira-kira untuk menjamu selera. Dan destinasi yang dituju adalah gerai di Jalan Kebun Bunga, yang mengadap Stadium. Dan Alangz memesan kuetiaw tomyam. Sudah berhampiran dengan Kembali ke hotel dan menyatakan malam masih awal. Maka kami berjalan mencari cyber café. Alhamdulillah, jumpa dan menghabiskan baki malam itu dengan melayari laman web. Hampir jam 1 pagi kami keluar. Alangz keluar dahulu kerana terlalu mengantuk. Sementara menunggu Mizie, Alangz turun ke bawah, untuk melihat suasana awal pagi di bandar Kota Bharu. Dan yang memeranjatkan Alangz, terlalu banyak lipas keluar dari longkang dan menguasai jalan. Sekali lihat lebih dari 30 ekor berkeliaran. Perghhhh… macam cerita Joe's Apartment lak J Pulang ke hotel dan merehatkan diri. Bersambung... Posted by alangz at 2/8/2006 9:07:26 am Comments (4)
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||