Friday, March 03, 2006
Laporan di sessi perbincangan akhbar KOSMO!

Seperti yang dinyatakan pada entry Alangz mengenai jemputan untuk menghadiri sessi perbincangan berkumpulan KOSMO!, disini Alangz kemukakan dari ketibaan Alangz, beberapa perkara yang diperbincangkan semalam dan suasana kumpulan itu.

 

Alangz tiba tepat Jam 6.30 petang di Hotel Armada. Walaupun pada dasarnya tahu yang perbincangan ini akan bermula pada jam 7.30 malam. Faktor pejabat yang terletak berhampiran dengan hotel ini dan juga menaiki motorsikal [jimat duit minyak orrr....] antara faktor utama penyumbang kepada ketibaan awal.

Berlegar sekitar hotel dan kemudian duduk sebentar di kerusi di lobi utama sebelum menerima panggilan telefon dari salah seorang wakil dari jabatan penyelidikan Utusan bertanya di mana Alangz berada. Tepat jam 7 malam Alangz menaiki lif menuju ke bilik Nakhoda 5 yang berada di tingkat 3.

 

Ternyata Alangz peserta pertama yang tiba. Mmm... sempat juga mencuri-curi mengambil gambar suasana di dalam bilik ini. Ahakzz... Kemudian tiba seorang wanita, juga peserta. Sudah ada kawan maka muncullah keramahan mulut untuk berbicara dan mengajaknya makan bersama kerana Alangz sudah mempunyai kawan. Yelah, memang mula-mula masuk mereka menjemput Alangz untuk menjamu selera sementara menunggu ketibaan teman yang lain. Tapi biasalah, adat orang kita. Big Smile Sudah berteman baru memulakan langkah untuk menjamu selera.

  

Haaaaaaaa... sahaja mengambil gambar itu. Kepada mereka-mereka yang tertanya-tanya nama sebenar Alangz.. maka terjawab sudah persoalan anda. AZHAR. [puas hati Wakame?] Maka, terdedah lagi tentang diri Alangz Shades.

Menunggu para peserta yang lain [10 orang ke semuanya] sempat Alangz membaca akhbar KOSMO! percuma itu. Tongue Mengenai artikel "Tuala wanita herba pulih kesihatan" itu, Alangz cukup tertarik. Jangan ingat lain ek... ahakzz.. sebenarnya bila baca artikel itu, ia menceritakan tentang produk terbaru di pasaran. Yang membuat Alangz tertarik dan ingin mencarinya... [hahaha...] adalah kerana ia bukan terhad digunakan untuk wanita sahaja. Lelaki juga boleh memakainya sekiranya anda menghadapi masalah buasir. Tuala ini mengandungi herba dari China yang dikatakan mampu mengubati sakit kepala, migrain, sakit sendi, buasir dan pastinya masalah sengugut. Hahhaa... iklan kejap nie.... nanti ada kelapangan Alangz cuba cari info lebih lanjut mengenai produk ini, insyaallah.

  

Walaupun jam sudah melepasi 7.40 malam, namun tiada tanda-tanda akan bermulanya sessi ini. Sehinggalah tepat jam 8 malam, barulah ia bermula. Huh!.. satu perkara yang paling Alangz tidak suka. Kalau sudah tertera di jemputan sessi akan bermula jam 7.30 malam, teruskan sahaja. Inilah yang dikatakan 'janji melayu'. Dek kerana segelintir, habis semua melayu dilabelkan begitu.

Apapun kita teruskan dengan sessi ini. Puan Syarliz, wakil dari Jabatan Penyelidikan Utusan menjadi pengerusi sessi kali ini. Sasaran pembaca yang berumur 30 hingga 40 tahun. [Arrgghh tidakkk.. aku tergolong di dalam golongan ini?.. hehee.... yang pasti belum lagi mencecah 30... kira bulan lah ek...]

Sepertimana yang Alangz jangkakan, sessi ini bertujuan untuk mengenalpasti kehendak pembaca dan respon dari mereka. Data ini akan digunakan untuk memantapkan lagi persembahan dan sekaligus dapat memambahkan lagi bilangan pembaca akhbar ini.

Rasanya Alangz tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai perbandingan ini kerana sudah mengulas mengenainya sebelum ini. [Rujuk artikel Perbandingan akhbar KOSMO! dan Harian Metro.].

Seronok dapat berbincang dan mengemukakan cadangan dan idea untuk kebaikan bersama, Ditambah lagi berada di dalam kumpulan ini yang sama-sama berfikiran ke arah itu.

Apapun, jam 10.45 malam barulah berakhirnya sessi ini. Sebelum pulang kami diberi ganjaran sempena menghargai idea dan kesanggupan untuk datang. RM70 beserta beg. Alhamdulillah Wink

Cicakz... aku tengok ko Azhar.. ek.. Alangz cam busan jer kali nie... ahakzzz..

Alangz... kumpulan kali ni senior sikit.. hari tu dibawah 30.. best dapat bertegang leher dan mempertahankan idea.. kali nie.. mmmm... takmoh comment lagi....

 




Posted by alangz at 3/3/2006 5:26:08 pm
Comments (5)



Thursday, March 02, 2006
Isu dan perkembangan semasa...

Salamz sumer. Memang sudah lama Alangz tidak mengemaskini blog Alangz. Rasanya tak perlulah diulas kenapa. Alasan yang sama acapkali digunakan. Yang sebenarnya adalah kerana pengurusan masa yang tidak betul dan MALAS Big Smile.

Minggu lalu banyak sungguh perkara yang Alangz terfikir untuk berkongsi bersama. Tapi, dek kerana dua perkara diatas berlaku... terus tidak terluah melalui penulisan ini. Secara ringkasnya, Alangz ingin menyentuh isu karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW. Memang Alangz akui Alangz jahil dalam bab-bab agama ini. Cuma ingin memperkatakan sandiwara politik yang berlaku di dalam negara.

Rasanya semua sedia maklum yang "akhbar petang sarawak" telah digantung permit penerbitannya oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dalam menurut kuasa yang diberikan di bawah subseksyen 6 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) kerana menyiarkan karikatur itu. Kemudian, dengarnya akhbar ini telah 'berkubur' setelah 61 tahun usia penerbitannya.

Rentetan itu, ada juga beberapa perkara yang berlaku. Alangz petik artikel ini dari blog  Bro Fathi ;

Selasa (21 Feb) New Straits Times berdepan dengan isu panas apabila kartun yang diterbitkan dalam seksyen 'Life & Times' (edisi 20 Feb) dikatakan "menghina Nabi". Pada hari Selasa itulah, PAS dan tiga badan Islam melaporkan kepada polis agar menyiasat akhbar ini. Parti agama ini juga memohon NST memohon maaf.......

Tetapi perang antara Zainuddin dengan Kalimullah bermula lebih awal, minggu lepas lagi, malah sewaktu bekas orang kuat Utusan ini masih lagi timbalan menteri penerangan.

Tadi malam, Malaysiakini.com melaporkan bukan sahaja NST yang menyiarkan kartun yang dianggap menghina Nabi, malah RTM sendiri pernah berbuat demikian!............

Katanya, sekiranya tindakan penggantungan dikenakan, tempohnya tidak akan melebihi dua minggu. Bagaimanapun, sumber itu berkata, akhbar milik Umno itu dijangka mungkin membabitkan sama RTM dalam kontroversi tersebut.

Akhbar itu, kata sumber berkenaan, mempunyai bukti bahawa pada awal bulan ini, RTM juga didakwa telah menayangkan seorang lelaki sedang membaca akhbar yang mengandungi karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad, yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam diseluruh dunia.

Ini juga turut dinyatakan oleh Kalimullah dalam taklimat tersebut.

"Katanya, berita Mandarin dalam RTM 2 telah menfokus terhadap imej karikatur itu sebanyak dua kali dan imej itu memenuhi skrin televisyen. Salinan rakaman tayangan tersebut telah diserahkan kepada perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

OOOOOoooooooo..... patutlah dua atau tiga hari lepas Alangz pelik dan rasa semacam ketika menonton Buletin Utama. Sebelum sari berita utama, ada semacam pengumuman memohon maaf. Terpinga-pinga kenapa pembaca berita (sori.. tak ingat nama dia) mewakili TV3 memohon maaf atas isu karikatur itu. Dorang pun pernahlah tunjukkan imej tu. Mmm... politik...politik.... Tapi, sorilah.. Alangz tak memerhati pulak kalau-kalau ada RTM siarkan slot memohon maaf juga.. al-maklumlah... memang tak tergerak langsung hati untuk menonton berita dari RTM nie... Baru ku tahu semuanya gara-gara politik..

 

cicakzz... argghhh... aku nak caaabbbuuuttt... ko alangz.. degil nyer...

Allloooo.... cicakz.. saper suruh ko interprem masa alangz bagi komen Hurmph

 

Berbalik isu semasa lain pulak. Harga minyak. Malam sebelum harga minyak dinaikkan, Alangz menerima SMS dari kakak ipar menyuruh Alangz mengisi minyak segera kerana minyak akan naik 30sen. Sebelum menerima SMS tu, memang Alangz merasai bahawa harga minyak akan naik pada bila-bila masa.

Malas nak mengulas panjang lebar tentang isu ini. Sebabnya sudah 3 entries Alangz berkisar pasal isu ini. Ianya adalah;

Naik?... turun?... jangan mimpi.... Disiarkan pada 7/10/2004

Harga petrol dan diesel naik lagi... Disiarkan pada 5/5/2005

Harga minyak dan bahan petroleum Disiarkan pada 10/10/2005

Secara sinisnya, Alangz akan meniru percakapan pemimpin "Harga minyak di Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan negara Asean yang lain"... diam jap.. "kecuali Brunei".... Ahakzz... Takyah cakap banyaklah.. semua orang dah tahu alasan ini dan sikit hari lagi pasti semua bising-bising dengan kenaikan harga barangan lain.

Secara peribadinya entries Alangz sebelum ini juga pernah mencadangkan agar kenaikan minyak dinaikkan dengan sekaligus. Dan ternyata cadangan ini diterima pakai. [indirect lah.. saper lah aku cakap gini nak didengari.. hanya semut merah.. ahakzz...] Nah.. 30sen sekali naik.

Pernyataan ini Alangz sokong kerana kalau difikir secara logik, dengan sekali kenaikan dan kerajaan memberi jaminan hanya untuk setahun ini sahaja harga minyak akan dinaikkan pastinya kita tidak akan tertekan dengan isu kenaikkan barang lain dalam masa setahun. Cuba kita renungkan semula tahun lepas, kalau tidak silap Alangz 3 kali kenaikan harga minyak berlaku dan setiap kali berlakunya kenaikan, barangan lain turut naik. Tak kiralah walau hanya 3sen kenaikannya.

Dengan jaminan sekali untuk tahun ini, sekurang-kurangnya pantauan kenaikan harga barang lain boleh dikawalselia dengan berkesan.

Cicakz... [kuar paler  sambil menyampuk].. hahaha... esok lusa ko tengoklah Alangz.. mesti ada kenyataan "Kerajaan tidak berupaya mengelak kenaikan harga minyak walaupun pernah berjanji untuk tidak berlaku kenaikan dalam tahun ini kerana tidak dapat menampung kos subsidi gara-gara kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa"...... hehee....

Ekkk.. ko brani lak kuar ek cicakz.. kang ko kena lastik kang....

Cicakzz... cabbbbuuuuutttttt.....




Posted by alangz at 3/2/2006 9:43:49 am
Comments (3)



Tuesday, February 21, 2006
Jemputan ke sessi Perbincangan KOSMO!

14 Februari 2006 Alangz menerima satu panggilan telefon daripada wakil akhbar KOSMO!. Ia mengenai jemputan untuk menghadiri satu Sessi Perbincangan Fokus Berkumpulan akhbar KOSMO!. Dan hari ini Alangz menerima jemputan itu secara faksimili.

Kalau anda pembaca setia blog Alangz ini, pada 21 September 2005 Alangz juga pernah menerima undangan dari wakil pihak NSTP untuk membincangkan isu yang lebih kurang sama. Tetapi kali ini, undangan terus dari pihak KOSMO!.

Perbandingan akhbar KOSMO! dan Harian Metro.- Artikel mengenai pandangan Alangz pernah Alangz siarkan dalam blog ini pada 25 September 2005.

Insyaallah, ada kelapangan Alangz akan menghadiri sessi perbincangan ini. Memang menyeronokkan bila kita dapat berbicara mengenai akhbar dan memberi pendapat dan pandangan ke arah memantapkan lagi persembahan dan sajian kepada rakyat Malaysia khususnya.

Cicakzz: aku nak itut... nak itut.. aku nak interprem ko ek Alangz...

Alangz: Suka hati ko lah cicakz... Tongue




Posted by alangz at 2/21/2006 10:53:14 am
Comments (3)



Monday, February 20, 2006
Al kisah... di bumi Malaysia... ramainya yang pemurah...

Hari sabtu lepas Alangz pulang lewat dari pejabat. Semuanya gara-gara mesyuarat yang berakhir lebih kurang jam 5.30 petang. Ditambah lagi dengan curahan hujan yang begitu rakus, menyebabkan Alangz hanya keluar dari pejabat ini sehampir jam 6.30 petang.

Semasa pulang dari pejabat, kepala sudah berdenyut-denyut. Bila fikirkan perlu mendaki sebanyak 100 anak tangga untuk naik ke rumah Alangz, terus Alangz membuat keputusan untuk singgah sebentar di pasar malam Tanming Jaya untuk membeli soto dan daun salad, buat bekalan makanan malam nanti.

Setibanya di pasar malam, pengunjungnya begitu meriah. Kalau ada dikalangan pembaca yang pernah pergi ke sana, sudah pasti tahu majoriti pengunjungnya terdiri dari warga asing yang bekerja disekitar kawasan tersebut. Balakong memang terkenal dengan kawasan perkilangannya.

Ada warga Bangla, ada warga Nepal, ada warga Indo. Meriah sungguh Wink. Ahakzzz... faktor bekalan dan penawaran harga yang rendah mungkin antara daya penarik mereka untuk berkumpul di situ. Ditambah lagi, dengan adanya pasar malam maka mereka boleh merehatkan minda sambil bertemu kaum kerabat yang lain Big Smile.

Sebenarnya Alangz malas mengulas tentang mereka. Itu tidak lagi termasuk warga asing yang kini makin berleluasa menjadi penjual pula. Bagaimana mereka mendapat lesen sedangkan warga kita sendiri agak sukar untuk mendapatkan lesen perniagaan pasar malam ini. Mmmm.. perlu dikaji kes ini.

Apa yang ingin Alangz kongsikan bersama adalah kemeriahan para pengemis / peminta sedekah disini. Tahulah tapak pasar baru sahaja disimbahi dengan air hujan, kebanjiran pengemis / peminta sedekah juga bertambah, bak cendawan tumbuh selepas hujan.

 

Masuk sahaja di kawasan tapak pasar malam ini sedah ternanti kelibat pengemis / peminta sedekah ini. Musykil sungguh minda. Bagaimana mereka datang?... kaki melangkah ke hadapan.. uuuhhh... ada lagi...

  

Dari gaya dah rupa mereka teryata mereka bukanlah warga Malasia. Tapi, bagaimana mereka boleh berkumpul di sini?. Maka berfungsilah minda, merencana, pasti ada dalang di sebalik ketibaan mereka ini.

 

Takkanlah yang cacat sebegini boleh datang begitu sahaja. Takkanlah yang kecil berupaya untuk datang sendiri ke sini. Takkanlah yang buta boleh mengatur langkah ke sini. Masalahnya.. dari mana mereka muncul?... siapa yang membawa mereka. Kenapa pihak berkuasa seperti pemungut sewaan tapak yang berbangga mengenakan baju majlis perbandaran tidak membuat sebarang aduan kepada Jabatan Kebajikan atau pihak yang sepatutnya. Mereka hanya tahu mengutip duit sahaja kah? Merekalah orang yang terdekat dengan kerajaan. Mereka patut lebih membuka mata tentang kebanjiran pengemis / peminta sedekah ini.

Ini tidak termasuk yang Alangz rasa warga kita lagi.

  

Faktor rakyat di negara Malaysia yang pemurah tidak bertempat mendorong pengemis / peminta sedekah semakin menjadi-jadi. Dalam petang itu Alangz berjalan, 7 orang pengemis / peminta sedekah yang ditemui.

Kepada mereka yang tahu mana mahu disalurkan maklumat agar kegiatan ini dapat dibanteras, ajukanlah kepada Alangz.

Artikel dari Saudara ZUKRI VALENTENO di dalam akhbar Utusan Malaysia juga menyatakan kebimbangan beliau tentang pengemis / peminta sedekah buta yang berleluasa meminta sedekah semasa menjamu selera di gerai / kedai makan juga perlu diberi perhatian. Memang semakin meriah kegiatan mereka.

Petikan yang ingin Alangz kongsikan bersama;

Tujuan utama saya menulis nota ini adalah kerana yang pertamanya, majoriti peminta sedekah ini adalah umat Islam, hatta memberikan gambaran yang kurang sopan kepada agama dan bangsa Melayu lantaran ada sebilangan besar pengunjung restoran-restoran terbuka ini adalah warga asing yang bekerja atau melancong ke negara kita.

Kedua, kita perlu membasmi segera masalah ini sebelum sikap memberi derma atau sedekah tidak lama lagi akan menjadi satu kewajipan khusus kepada para pengunjung restoran-restoran ini.

Ketiga, kelihatan seperti suatu usaha terancang oleh golongan ini memperoleh pendapatan secara mudah!

Dan sekali lagi, kepada mereka yang tahu mana mahu disalurkan maklumat agar kegiatan ini dapat dibanteras, ajukanlah kepada Alangz. Janganlah negara di banjiri oleh pengemis / peminta sedekah. Bukan niat untuk menindas mereka, kita punyai saluran yang baik untuk membantu mereka. Apa guna diwujudkan Jabatan Kebajikan Masyarakat jika fungsinya diabaikan.

Cicakzz... huhuhu.. Alangz dorang tuh pendatang asing yang didalangi seseorang... semua orang tahu.. tapi naper sumer pekakkan telinga.. bisukan mulut.. butakan mata ekkk?... entahhh....




Posted by alangz at 2/20/2006 1:10:54 pm
Comments (4)



Wednesday, February 15, 2006
B.L.O.G

Catatan kali ini ditujukan khas untuk Kendi. Juga kepada pemilik-pemilik B.L.O.G secara amnya.

Sebenarnya minda sudah lama merencana. Apa yang seronoknya punyai blog sendiri. Apa yang istimewanya punyai blog sendiri. Apa yang boleh dilakukan dalam blog sendiri. Apa yang boleh dilakukan dalam blog dan tidak boleh dilakukan di luar blog.

Alangz tidak membuat sebarang study mengenai blog. Jadi, menulis sekadar apa yang terlintas di minda. Sebenarnya catatan kali ini dikuatkan oleh faktor teman Alangz; Kendi yang beria-ia mahu menamatkan riwayat blognya gara-gara mendapat kritikan dan kutukan dari pembaca blognya. Mmm.. mungkin tengah 'lampu merah' tu. Tu pasallah cepat terasa hati. Ahakz… sori Kendi. Sekadar meneka.

Rasanya cita-cita Alangz untuk menulis blog terhasil setelah melayari laman web dan secara kebetulan bertemu dengan blog-blog orang. Kemudian terfikir, alangkah baiknya kalau aku juga punyai blog seperti mereka. Yang paling Alangz respect sehingga kini adalah blog Mat Jan, Joe Perantau dan Dobot.

Masing-masing punyai kelebihan sendiri. Mat Jan; semasa beliau masih belajar dahulu, kekerapan mengemaskini blog lebih konsisten jika dibandingkan dengan sekarang. Ya, semakin melangkah ke alam pekerjaan, pembatasan masa blog amat menjengkelkan. Kita punyai idea untuk menulis tapi tidak dapat meluahkan terusan ke dalam blog kerana tanggungjawab dan amanah pekerjaan lebih diutamakan. Yang pasti, cara penyampaian kandungan dalam blognya begitu bersahaja dan kemahiran 'meng-uli ayat' begitu sinis. Itulah kelebihan Mat Jan.

Joe Perantau. Alangz mula mengenali blog ini pertengahan tahun lepas. Itupun secara tidak sengaja. Semasa merayap-rayap di blog-blog orang, terlihat jaringan ke blog beliau. Terus leka membaca catatannya. Sebenarnya ayat dan lenggok bahasa seharian yang digunakan terlihat menerusi penulisan Bro Joe. Bersahaja. Apa terlintas di minda, beralih ke jari dan terus ditaipnya. Itulah dikatakan bakat semulajadi. Bangla yang berwawasan jolokannya. Ahakzz…

Dobot. Juga dikenali dengan cara tidak sengaja. Jaringan dari blog orang lain. Yang Alangz suka tentang blog beliau adalah dari segi teknikal dan kemahiran beliau menguasai 'bahasa-bahasa IT'. Walaupun bakal bergelar 'Doktor Haiwan', kepekaan beliau terhadap perkembangan dunia komputer sangat jelas terlihat. Pandai menggodam dan menggabungkan aplikasi-aplikasi yang memantapkan persembahan webblog beliau. Tapi yang paling aku suka, beliau suka meninggalkan jejak di blog-blog yang diziarahinya. Meninggalkan komen. [Bot.. aku puji ko nie ada makna… ahakzz.. pas nie ko kena ajar aku buat webblog ek.. hehehe..]

Pada dasarnya Alangz mula mengenai dunia blog ini sekitar hampir 3 tahun lepas. 4 September 2004 merupakan catatan pertama Alangz di dalam blog. Dan sehingga kini, blog Alangz masih dikemaskini, insyaallah. Dari punyai laman web sendiri yang kini bersawang (1998) dek kerana cuba-cuba bermain dengan bahasa html yang boleh dikatakan rumit dan menggunakan rangkaian server percuma [Geocities]. Sebenarnya kalau belajar ia tidaklah begitu sukar, tapi bila munculnya penyedia bloggers ini, rasanya kerja lagi bertambah mudah. Semua template sudah tersedia. Hanya pilih dan klik. Tidak begitu semasa Alangz menaip menggunakan bahasa html. Bila Alangz mengenali compiler, ia lebih mudah. Dengan menggunakan program words ini pun boleh menghasilkan lelaman web.

Alangz mula menulis di Blogspot. http://alangz76.blogspot.com Penulisan Alangz pada mulanya berkisar pada kehidupan seharian Alangz. Kiranya seperti sebuah dairi. Namun, bila banyak penulisan negatif dan memburukkan beberapa orang sekeliling, Alangz mula rasa tertekan. Ditambah lagi dengan pernyataan teman siber yang agak pedas. "Orang peduli apa dengan apa yang ko buat. Kalau tiap-tiap hari cerita apa ko buat bangun pagi, gi kerja, makan apa, balik buat per. Takde best nyer. Cuba ko tulis sesuatu yang berfaedah".

Kemudian Alangz cuba merombak penulisan. Lebih tertumpu kepada keadaan persekitaran. Dari sini wujudnya karektor cicakz Alangz. Bila berlaku sedikit kerumitan di dalam blogspot, Alangz beralih ke sini [Blogdrive]. Dalam menulis, terlihat kecantikan blog-blog orang lain. Mulalah mencantikkan luaran blog. Mengubah banner. Memasang lagu. Dan kini, rasanya seperti mahu menyewa server sendiri. Tapi, rasanya biarlah Alangz membayar US$2.95 setiap bulan ke Blogdrive ini dahulu kerana faktor batasan masa dalam membina laman web sendiri.

Walaupun Blogdrive menyediakan perkhidmatan secara percuma. Dengan membayar sekaligus ia menaiktaraf sedikit perkhidmatan blog ini. Alangz bertindak begitu bukan kerana sengaja membazir. Tapi dengan membayar, rasanya lebih mendisplinkan diri Alangz untuk senantiasa mengemaskini blog. Lumrah manusia, kebiasaannya ada perkhidmatan percuma, kita bersikap acuh tak acuh. Namun, ini semua bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau anda punyai displin, tak perlu bertindak seperti Alangz.

Bila menulis keadaan persekitaran sahaja, Alangz rasa seperti diri tidak dilayan seadilnya. Kenapa perlu berbicara hal semasa tanpa memperdulikan perasaan sendiri. Maka berlakulah penukaran paradigma penulisan Alangz. Rasanya sejurus selepas hari raya tahun lepas. Dari situ Alangz mula mempamerkan diri sendiri. Dan dari situ Alangz mula mencampur-adukkan penulisan. Yang penting, apa yang terlintas di kepala, boleh diluahkan di dalam blog ini. Tidak dibatasi sesuatu.

Sehingga hari ini, banyak juga komentar yang diterima. Ada juga caci-merca. Perasan bagus. Kritikan pedas. E-mail bertanya kenapa tidak menulis artikel berunsur seks. E-mail yang meminta tolong dalam penyediaan kertas kerja. Bertanya tentang cara memasukkan lagu di dalam blog. E-mail membidas penulisan Alangz. Pembetulan fakta. Iklan mencari duit lebih. Meminta tolong untuk membina bangun blog. Berkenalan. Pendek kata, macam-macam ada Tongue.

Kalau kritikan memang Alangz alu-alukan. Tak kiralah bagus atau tidak. Berkongsi pengalaman dan ilmu juga. [Sila-silalah e-mail lepas ini ek..] Namun, kadang-kadang komentar yang tidak diundang seperti caci-merca dan kata-kata kesat, amat menyinggung perasaan Alangz. [haa. Kendi.. baca betul-betul].

Apa yang tertulis kadang-kadang menyentuh maruah Alangz. Membangkitkan kemarahan yang membuak-buak. Tapi, mujurlah Alangz jenis tidak cepat melenting. Tak sia-sia mendengar kaset Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah; "Menangani orang yang bermasalah".

------------------------------------------
– [Iklan tak berbayar jap nie.. ahakz..] –

Sinopsis * Setiap orang yang cemerlang pasti mempunyai ramai kawan. Adakah anda boleh menjadi penyelesai masalah rakan-rakan anda? Oleh itu dapatkan beberapa petua bagaimana anda boleh membantu rakan-rakan anda keluar dari kepompong permasalahannya. Bagaimana menangani orang yang pemarah? Pak turut? Pendendam? & beberapa karektor  lain. Setiap orang mempunyai kelebihan dan ada 'soft spot' nya. Dapatkan petua menangani masalah anda & sikap yang perlu ada pada anda sebagai seorang kaunselor mereka.*

Keluaran Telaga Biru Sdn Bhd. Sila layari www.telagabiru.com.my atau e-mail kepada marketing@telagabiru.com.my untuk mendapat kaset / CD ini.

------------------------------------------


Antara petikan dari cover luaran kaset ini "Semakin kurang cerewet atau permasalahan kita, maka semakin kurang orang bermasalah yang kita temui".

Apabila menghadapi komentar dan e-mail berbaur negatif ini, segera Alangz menukar paradigma minda. Kebiasaannya Alangz akan berfikir secara positif. Komentar ini bersifat membina. Ambil itu sebagai tauladan dan semangat untuk memperbaiki diri sendiri. Kaji semula mengapa mereka sanggup meluahkan kata-kata begitu. Adakah kita benar-benar ikhlas dalam menulis. Dari situ kita kurang cerewet dan mula tidak kisah dengan kritikan begitu.

Dalam menulis kita harus bersifat 'jadilah diri anda yang sebenarnya. You are what you are'. Bila kita menulis menerusi hati dan perasaan kita tanpa ada dorongan untuk membangga diri atau tidak bersifat diri sendiri, maka keadaan ini akan membantu anda menangani cabaran-cabaran begitu. Jawapannya di tangan anda. Apapun, tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Jika menulis sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau takbur, kita sekaligus tidak menjadi diri kita sendiri. Dari situ, lentingan dan lonjakan amarah begitu mudah terbabas.

Pun begitu, tak semestinya pernyataan ini benar. Manusia dilahirkan dengan pelbagai fitrah. Jika pemarah orangnya, maka mudah melentinglah ia. Jika pendendam orangnya, maka berdendamlah ia. Jika penjorok orangnya, maka menjoroklah kerjanya. [Hahhaa… bahasa yang dibelajar dari blog Bro Joe. Nak tahu tanya dia… hehehhe…]

Yang penting anda adalah anda. Apa yang difikirkan pada mula-mula mahu memiliki dan menulis dalam blog tidak didorong oleh orang lain. Mungkin menjadi ikutan, tetapi tiada siapa yang memaksa anda untuk menulis. Jadi, kenapa kita harus tunduk kepada suara-suara sumbang yang berkumandang. Manusia tidak dilahirkan sempurna. Mereka boleh berkata apa sahaja di dalam alam siber ini yang memang diakui tiada batasannya. Ingat, 'You are what you are'.

Kesimpulan dalam bidang BLOG ini boleh dihayati dari lirik lagu ciptaan Mat Jan ini. Alangz ceduk dari blog Mat Jan. Rasanya memang ramai yang sudah mengetahui tentang lagu ini terutama pengunjung setia blog Mat Jan. Apa yang Alangz siarkan semula ini bertujuan untuk kita membaca liriknya dan sekaligus menghayati kebenaran dalam lirik ini.

B.L.O.G.

Kita tulis sesuka hati
Kita tidak dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.

(2X)

Minah ni, di pejabat dia bukan buat kerja
Asyik membaca si Rimau, si Dubuk, si
Naga
Si Bukunota, Basri, dan
Sultanmuzaffa
Mengadap monitor sampai berpinar mata
Dan tinggal sedikit komen untuk entry mereka
Lepas empat jam, pergi kantin makan pula
Selepas makan katanya main internet juga
Aku dengar boss dia pernah nak buang dia kerja
Dia suka surf, dia suka chat, dia suka baca blog
Semenjak pagi surfing sambil dengar lagu rock
Kat rumah tak pasang internet nak jimat duit
Kat opis dia lenjan sampai kepala boss sakit
Satu hari dia tanya dalam Jongkang Jongket
"Apa nak tulis dalam blog, cuba ajar sikit?"
Look baby tulis blog senang sekali
Kau tak puas hati, kau tulis dalam B.L.O.G.

Kita tulis sesuka hati
Kita tidak dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.

(2X)

Mendengar lagu Siti, menonton drama TV
Kalau tak puas hati, tulis B.L.O.G.
Ayat bodoh Menteri, rasa sakit hati
Kalau hendak kongsi, tulis dalam B.L.O.G.
Rasa jatuh hati, angau macam nak mati
Tunggu apa lagi, tulis B.L.O.G.
Pi kedai mee, rasa macam basi
Tauke kena maki dalam B.L.O.G.
Oit ada yang komplen, bila naik harga tol
Yang minat bola komen, pasal jaringan gol
Ada bukan main, orang salah dia betul
Tapi kat luar lain, mengalahkan setan gondol
Hiprokrasi cyberland macam dunia nyata y'all
Yang bertudung beromen, yang berkopiah merogol
Tak guna satu sen, yang hipokrit habis
Pi blah, pi mampus, pi jahanam, cis!

Kita tulis sesuka hati
Kita tidak dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.

(2X)

Minah tu buka blog, tulis jiwang-jiwang
Asyik cinta, rindu, dan sayang
Belum confirm lagi mamat tu jadi laki
Dia puji-puji, setengah mati
Pabila patah hati, hari-hari dia maki
Ali beruk, Ali setan, Ali iblis dan babi
Oit jantan tu lari, semua orang ketahui
Ada yang simpati, ada yang ketawa kikiki
Banyak benda lagi, boleh tulis dalam blog ni
Bukannya semesti dedah kisah peribadi
Letak gambar diri, peluk kanan kiri
Bukan main lagi, pegang tangan laga pipi
Macamlah dunia ni, kau je ada buah hati
Jikalau tak jadi, kau yang malu sendiri
Tulislah entry yang berfaedah
Ulasan, komentar, jenaka, hah!

Kita tulis sesuka hati
Kita tidak dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.

(2X)

Yeah,
Blog ikut suka hati,
Tapi kalau blog yang terlalu peribadi,
Nanti kau yang malu sendiri,
Haha!

M-J. A-Y-I-E. B-L-O-G.


Jadi, kepada yang bercita-cita untuk memiliki blog, mengemaskini blog, memikirkan entry, meluahkan apa yang bermain di fikiran, merubah template blog, sendirilah merencana. Buatlah keputusan berpandukan diri sendiri. Apa yang baik dan buruk boleh dipelajari dengan kewujudan pelbagai bentuk blog dan gaya penulisan pemiliknya. Ingat, keputusan semua bergantung di tangan anda. Bagaimana rupa blog anda, anda yang tentukan. Hidup mati blog juga di tangan anda. Yang penting, penulisan kita tidak melanggar undang-undang tempat anda. Sendirilah menentukan.

Cicakzz… arrgghhh,, finally ko sedar jugak kewujudan aku ek Alangz. Nama aku ko sebut di awal entry nie. Mmm… macam aku nie special kes kan Alangz.. ala-ala nota kaki lak aku rasa. Cuba sesekali ko bagi aku interprem tulis blog. Boleh aku ajar ko cara cicakz jantan mengorat cicakz betina… mukakakkaa….

Alangz : Takder makner nyer ko cicakz… Angry

 




Posted by alangz at 2/15/2006 8:37:09 am
Comments (10)




Next Page



<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: