|
Saturday, March 04, 2006
NOTICE - Away - Bercuti Alangz akan bercuti selama 5 hari. Perancangan ingin ke Kota Kinabalu, Labuan dan Brunei. Insyaallah kalau tiada apa-apa halangan. Mungkin tidak akan meng'access' internet. Apapun, tinggalkan sahaja pesanan di ruangan komen atau email : cicakzzzz@yahoo.com.my cicakz.. ahakzz.. tak pernah-pernah ko canangkan dahulu sebelum ko pergi bercuti.... hehehe.. nie mesti indirect nak bawak aku sekali kan??.. Alangz.. yelah cicakz... baik ko masuk dan dok diam-diam dalam beg aku tu. Kang aku ubah fikiran tak nak bawak ko kang... Posted by alangz at 3/4/2006 11:08:06 am Comments (6) Permalink Friday, March 03, 2006
Laporan di sessi perbincangan akhbar KOSMO! Seperti yang dinyatakan pada entry Alangz mengenai jemputan untuk menghadiri sessi perbincangan berkumpulan KOSMO!, disini Alangz kemukakan dari ketibaan Alangz, beberapa perkara yang diperbincangkan semalam dan suasana kumpulan itu.
Alangz tiba tepat Jam 6.30 petang di Hotel Armada. Walaupun pada dasarnya tahu yang perbincangan ini akan bermula pada jam 7.30 malam. Faktor pejabat yang terletak berhampiran dengan hotel ini dan juga menaiki motorsikal [jimat duit minyak orrr....] antara faktor utama penyumbang kepada ketibaan awal. Berlegar sekitar hotel dan kemudian duduk sebentar di kerusi di lobi utama sebelum menerima panggilan telefon dari salah seorang wakil dari jabatan penyelidikan Utusan bertanya di mana Alangz berada. Tepat jam 7 malam Alangz menaiki lif menuju ke bilik Nakhoda 5 yang berada di tingkat 3.
Ternyata Alangz peserta pertama yang tiba. Mmm... sempat juga mencuri-curi mengambil gambar suasana di dalam bilik ini. Ahakzz... Kemudian tiba seorang wanita, juga peserta. Sudah ada kawan maka muncullah keramahan mulut untuk berbicara dan mengajaknya makan bersama kerana Alangz sudah mempunyai kawan. Yelah, memang mula-mula masuk mereka menjemput Alangz untuk menjamu selera sementara menunggu ketibaan teman yang lain. Tapi biasalah, adat orang kita. Haaaaaaaa... sahaja mengambil gambar itu. Kepada mereka-mereka yang tertanya-tanya nama sebenar Alangz.. maka terjawab sudah persoalan anda. AZHAR. [puas hati Wakame?] Maka, terdedah lagi tentang diri Alangz Menunggu para peserta yang lain [10 orang ke semuanya] sempat Alangz membaca akhbar KOSMO! percuma itu. Walaupun jam sudah melepasi 7.40 malam, namun tiada tanda-tanda akan bermulanya sessi ini. Sehinggalah tepat jam 8 malam, barulah ia bermula. Huh!.. satu perkara yang paling Alangz tidak suka. Kalau sudah tertera di jemputan sessi akan bermula jam 7.30 malam, teruskan sahaja. Inilah yang dikatakan 'janji melayu'. Dek kerana segelintir, habis semua melayu dilabelkan begitu. Apapun kita teruskan dengan sessi ini. Puan Syarliz, wakil dari Jabatan Penyelidikan Utusan menjadi pengerusi sessi kali ini. Sasaran pembaca yang berumur 30 hingga 40 tahun. [Arrgghh tidakkk.. aku tergolong di dalam golongan ini?.. hehee.... yang pasti belum lagi mencecah 30... kira bulan lah ek...] Sepertimana yang Alangz jangkakan, sessi ini bertujuan untuk mengenalpasti kehendak pembaca dan respon dari mereka. Data ini akan digunakan untuk memantapkan lagi persembahan dan sekaligus dapat memambahkan lagi bilangan pembaca akhbar ini. Rasanya Alangz tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai perbandingan ini kerana sudah mengulas mengenainya sebelum ini. [Rujuk artikel Perbandingan akhbar KOSMO! dan Harian Metro.]. Seronok dapat berbincang dan mengemukakan cadangan dan idea untuk kebaikan bersama, Ditambah lagi berada di dalam kumpulan ini yang sama-sama berfikiran ke arah itu. Apapun, jam 10.45 malam barulah berakhirnya sessi ini. Sebelum pulang kami diberi ganjaran sempena menghargai idea dan kesanggupan untuk datang. RM70 beserta beg. Alhamdulillah Cicakz... aku tengok ko Azhar.. ek.. Alangz cam busan jer kali nie... ahakzzz.. Alangz... kumpulan kali ni senior sikit.. hari tu dibawah 30.. best dapat bertegang leher dan mempertahankan idea.. kali nie.. mmmm... takmoh comment lagi....
Posted by alangz at 3/3/2006 5:26:08 pm Comments (5) Permalink Thursday, March 02, 2006
Isu dan perkembangan semasa... Salamz sumer. Memang sudah lama Alangz tidak mengemaskini blog Alangz. Rasanya tak perlulah diulas kenapa. Alasan yang sama acapkali digunakan. Yang sebenarnya adalah kerana pengurusan masa yang tidak betul dan MALAS Minggu lalu banyak sungguh perkara yang Alangz terfikir untuk berkongsi bersama. Tapi, dek kerana dua perkara diatas berlaku... terus tidak terluah melalui penulisan ini. Secara ringkasnya, Alangz ingin menyentuh isu karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW. Memang Alangz akui Alangz jahil dalam bab-bab agama ini. Cuma ingin memperkatakan sandiwara politik yang berlaku di dalam negara. Rasanya semua sedia maklum yang "akhbar petang sarawak" telah digantung permit penerbitannya oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dalam menurut kuasa yang diberikan di bawah subseksyen 6 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) kerana menyiarkan karikatur itu. Kemudian, dengarnya akhbar ini telah 'berkubur' setelah 61 tahun usia penerbitannya. Rentetan itu, ada juga beberapa perkara yang berlaku. Alangz petik artikel ini dari blog Bro Fathi ; Selasa (21 Feb) New Straits Times berdepan dengan isu panas apabila kartun yang diterbitkan dalam seksyen 'Life & Times' (edisi 20 Feb) dikatakan "menghina Nabi". Pada hari Selasa itulah, PAS dan tiga badan Islam melaporkan kepada polis agar menyiasat akhbar ini. Parti agama ini juga memohon NST memohon maaf....... Tetapi perang antara Zainuddin dengan Kalimullah bermula lebih awal, minggu lepas lagi, malah sewaktu bekas orang kuat Utusan ini masih lagi timbalan menteri penerangan. Katanya, sekiranya tindakan penggantungan dikenakan, tempohnya tidak akan melebihi dua minggu. Bagaimanapun, sumber itu berkata, akhbar milik Umno itu dijangka mungkin membabitkan sama RTM dalam kontroversi tersebut. OOOOOoooooooo..... patutlah dua atau tiga hari lepas Alangz pelik dan rasa semacam ketika menonton Buletin Utama. Sebelum sari berita utama, ada semacam pengumuman memohon maaf. Terpinga-pinga kenapa pembaca berita (sori.. tak ingat nama dia) mewakili TV3 memohon maaf atas isu karikatur itu. Dorang pun pernahlah tunjukkan imej tu. Mmm... politik...politik.... Tapi, sorilah.. Alangz tak memerhati pulak kalau-kalau ada RTM siarkan slot memohon maaf juga.. al-maklumlah... memang tak tergerak langsung hati untuk menonton berita dari RTM nie... Baru ku tahu semuanya gara-gara politik..
cicakzz... argghhh... aku nak caaabbbuuuttt... ko alangz.. degil nyer... Allloooo.... cicakz.. saper suruh ko interprem masa alangz bagi komen
Berbalik isu semasa lain pulak. Harga minyak. Malam sebelum harga minyak dinaikkan, Alangz menerima SMS dari kakak ipar menyuruh Alangz mengisi minyak segera kerana minyak akan naik 30sen. Sebelum menerima SMS tu, memang Alangz merasai bahawa harga minyak akan naik pada bila-bila masa. Malas nak mengulas panjang lebar tentang isu ini. Sebabnya sudah 3 entries Alangz berkisar pasal isu ini. Ianya adalah; Naik?... turun?... jangan mimpi.... Disiarkan pada 7/10/2004 Harga petrol dan diesel naik lagi... Disiarkan pada 5/5/2005 Harga minyak dan bahan petroleum Disiarkan pada 10/10/2005 Secara sinisnya, Alangz akan meniru percakapan pemimpin "Harga minyak di Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan negara Asean yang lain"... diam jap.. "kecuali Brunei".... Ahakzz... Takyah cakap banyaklah.. semua orang dah tahu alasan ini dan sikit hari lagi pasti semua bising-bising dengan kenaikan harga barangan lain. Secara peribadinya entries Alangz sebelum ini juga pernah mencadangkan agar kenaikan minyak dinaikkan dengan sekaligus. Dan ternyata cadangan ini diterima pakai. [indirect lah.. saper lah aku cakap gini nak didengari.. hanya semut merah.. ahakzz...] Nah.. 30sen sekali naik. Pernyataan ini Alangz sokong kerana kalau difikir secara logik, dengan sekali kenaikan dan kerajaan memberi jaminan hanya untuk setahun ini sahaja harga minyak akan dinaikkan pastinya kita tidak akan tertekan dengan isu kenaikkan barang lain dalam masa setahun. Cuba kita renungkan semula tahun lepas, kalau tidak silap Alangz 3 kali kenaikan harga minyak berlaku dan setiap kali berlakunya kenaikan, barangan lain turut naik. Tak kiralah walau hanya 3sen kenaikannya. Dengan jaminan sekali untuk tahun ini, sekurang-kurangnya pantauan kenaikan harga barang lain boleh dikawalselia dengan berkesan. Cicakz... [kuar paler sambil menyampuk].. hahaha... esok lusa ko tengoklah Alangz.. mesti ada kenyataan "Kerajaan tidak berupaya mengelak kenaikan harga minyak walaupun pernah berjanji untuk tidak berlaku kenaikan dalam tahun ini kerana tidak dapat menampung kos subsidi gara-gara kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa"...... hehee.... Ekkk.. ko brani lak kuar ek cicakz.. kang ko kena lastik kang.... Cicakzz... cabbbbuuuuutttttt..... Posted by alangz at 3/2/2006 9:43:49 am Comments (3) Permalink Tuesday, February 21, 2006
Jemputan ke sessi Perbincangan KOSMO! 14 Februari 2006 Alangz menerima satu panggilan telefon daripada wakil akhbar KOSMO!. Ia mengenai jemputan untuk menghadiri satu Sessi Perbincangan Fokus Berkumpulan akhbar KOSMO!. Dan hari ini Alangz menerima jemputan itu secara faksimili. Kalau anda pembaca setia blog Alangz ini, pada 21 September 2005 Alangz juga pernah menerima undangan dari wakil pihak NSTP untuk membincangkan isu yang lebih kurang sama. Tetapi kali ini, undangan terus dari pihak KOSMO!. Perbandingan akhbar KOSMO! dan Harian Metro.- Artikel mengenai pandangan Alangz pernah Alangz siarkan dalam blog ini pada 25 September 2005.
Insyaallah, ada kelapangan Alangz akan menghadiri sessi perbincangan ini. Memang menyeronokkan bila kita dapat berbicara mengenai akhbar dan memberi pendapat dan pandangan ke arah memantapkan lagi persembahan dan sajian kepada rakyat Malaysia khususnya. Cicakzz: aku nak itut... nak itut.. aku nak interprem ko ek Alangz... Alangz: Suka hati ko lah cicakz... Posted by alangz at 2/21/2006 10:53:14 am Comments (3) Monday, February 20, 2006
Al kisah... di bumi Malaysia... ramainya yang pemurah... Hari sabtu lepas Alangz pulang lewat dari pejabat. Semuanya gara-gara mesyuarat yang berakhir lebih kurang jam 5.30 petang. Ditambah lagi dengan curahan hujan yang begitu rakus, menyebabkan Alangz hanya keluar dari pejabat ini sehampir jam 6.30 petang. Semasa pulang dari pejabat, kepala sudah berdenyut-denyut. Bila fikirkan perlu mendaki sebanyak 100 anak tangga untuk naik ke rumah Alangz, terus Alangz membuat keputusan untuk singgah sebentar di pasar malam Tanming Jaya untuk membeli soto dan daun salad, buat bekalan makanan malam nanti. Setibanya di pasar malam, pengunjungnya begitu meriah. Kalau ada dikalangan pembaca yang pernah pergi ke sana, sudah pasti tahu majoriti pengunjungnya terdiri dari warga asing yang bekerja disekitar kawasan tersebut. Balakong memang terkenal dengan kawasan perkilangannya. Ada warga Bangla, ada warga Nepal, ada warga Indo. Meriah sungguh Sebenarnya Alangz malas mengulas tentang mereka. Itu tidak lagi termasuk warga asing yang kini makin berleluasa menjadi penjual pula. Bagaimana mereka mendapat lesen sedangkan warga kita sendiri agak sukar untuk mendapatkan lesen perniagaan pasar malam ini. Mmmm.. perlu dikaji kes ini. Apa yang ingin Alangz kongsikan bersama adalah kemeriahan para pengemis / peminta sedekah disini. Tahulah tapak pasar baru sahaja disimbahi dengan air hujan, kebanjiran pengemis / peminta sedekah juga bertambah, bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Masuk sahaja di kawasan tapak pasar malam ini sedah ternanti kelibat pengemis / peminta sedekah ini. Musykil sungguh minda. Bagaimana mereka datang?... kaki melangkah ke hadapan.. uuuhhh... ada lagi... Dari gaya dah rupa mereka teryata mereka bukanlah warga Malasia. Tapi, bagaimana mereka boleh berkumpul di sini?. Maka berfungsilah minda, merencana, pasti ada dalang di sebalik ketibaan mereka ini.
Takkanlah yang cacat sebegini boleh datang begitu sahaja. Takkanlah yang kecil berupaya untuk datang sendiri ke sini. Takkanlah yang buta boleh mengatur langkah ke sini. Masalahnya.. dari mana mereka muncul?... siapa yang membawa mereka. Kenapa pihak berkuasa seperti pemungut sewaan tapak yang berbangga mengenakan baju majlis perbandaran tidak membuat sebarang aduan kepada Jabatan Kebajikan atau pihak yang sepatutnya. Mereka hanya tahu mengutip duit sahaja kah? Merekalah orang yang terdekat dengan kerajaan. Mereka patut lebih membuka mata tentang kebanjiran pengemis / peminta sedekah ini. Ini tidak termasuk yang Alangz rasa warga kita lagi. Faktor rakyat di negara Malaysia yang pemurah tidak bertempat mendorong pengemis / peminta sedekah semakin menjadi-jadi. Dalam petang itu Alangz berjalan, 7 orang pengemis / peminta sedekah yang ditemui. Kepada mereka yang tahu mana mahu disalurkan maklumat agar kegiatan ini dapat dibanteras, ajukanlah kepada Alangz. Artikel dari Saudara ZUKRI VALENTENO di dalam akhbar Utusan Malaysia juga menyatakan kebimbangan beliau tentang pengemis / peminta sedekah buta yang berleluasa meminta sedekah semasa menjamu selera di gerai / kedai makan juga perlu diberi perhatian. Memang semakin meriah kegiatan mereka. Petikan yang ingin Alangz kongsikan bersama; Tujuan utama saya menulis nota ini adalah kerana yang pertamanya, majoriti peminta sedekah ini adalah umat Islam, hatta memberikan gambaran yang kurang sopan kepada agama dan bangsa Melayu lantaran ada sebilangan besar pengunjung restoran-restoran terbuka ini adalah warga asing yang bekerja atau melancong ke negara kita. Kedua, kita perlu membasmi segera masalah ini sebelum sikap memberi derma atau sedekah tidak lama lagi akan menjadi satu kewajipan khusus kepada para pengunjung restoran-restoran ini. Ketiga, kelihatan seperti suatu usaha terancang oleh golongan ini memperoleh pendapatan secara mudah! Dan sekali lagi, kepada mereka yang tahu mana mahu disalurkan maklumat agar kegiatan ini dapat dibanteras, ajukanlah kepada Alangz. Janganlah negara di banjiri oleh pengemis / peminta sedekah. Bukan niat untuk menindas mereka, kita punyai saluran yang baik untuk membantu mereka. Apa guna diwujudkan Jabatan Kebajikan Masyarakat jika fungsinya diabaikan. Cicakzz... huhuhu.. Alangz dorang tuh pendatang asing yang didalangi seseorang... semua orang tahu.. tapi naper sumer pekakkan telinga.. bisukan mulut.. butakan mata ekkk?... entahhh.... Posted by alangz at 2/20/2006 1:10:54 pm Comments (4)
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||