Friday, March 10, 2006
Catatan perjalanan - KLIA

Alhamdulillah... yes!!!... misi Alangz untuk pergi ke 14 negeri di Malaysia akhirnya tercapai. Sabah, destinasi kedua terakhir sebelum Wilayah Persekutuan Labuan. Dan sempat juga menjejakkan kaki ke negara Brunei.

04 Mac 2006 (Sabtu)

Alangz bekerja pada hari itu. Dan alhamdulillah, nasib baiklah mempunyai bos yang begitu memahami. Membenarkan Alangz pulang seawal jam 12 tengahari. Kalau di kira waktu bekerja pada hari sabtu, kami biasanya pulang sekitar jam 3 petang. Terima kasih banyak-banyak Bro Roslan, menghantar Alangz ke stesen ERL di Bandar Tasik Selatan.

   

Harga tiket dari stesen Bandar Tasik Selatan ke KLIA adalah RM26.50. Alangz mendapat tip dari teman sekiranya anda punyai masa dan ingin berjimat, dari stesen Bandar Tasik Selatan kita turun di stesen Putrajaya. Keluar dan beli semula tiket ke KLIA. Tunggu lebih kurang 20 minit untuk ERL KLIA Transit ini tiba dan anda akan dapat menjimatkan RM15. (Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya = RM5.30. Dari Putrajaya ke KLIA = RM6.20) Jadi RM5.30+RM6.20 = RM 11.50. RM11.50 - RM 26.50 = RM15. Banyak jugak tu. [Rujuk jadual]. Memandangkan jadual penerbangan yang hampir tiba, Alangz tidak mahu mengambil risiko.

One Way Fare

KL Sentral

Bandar Tasik Selatan

Putrajaya/

Cyberjaya

Salak Tinggi

KLIA

KL Sentral
 
 
4.20
2.00
9.50
4.50
12.50
6.00
35.00
15.00 *20.00
Bandar Tasik Selatan
4.20
2.00
 
 
5.30
2.50
8.30
4.00
26.50
13.00 *20.00
Putrajaya/Cyberjaya
9.50
4.50
5.30
2.50
 
 
3.00
1.50
6.20
3.00
Salak Tinggi
12.50
6.00
8.30
4.00
3.00
1.50
 
 
3.20
1.60
KLIA
35.00
15.00
26.50
13.00
6.20
3.00
 
3.20
1.60
 
 
Adult (RM) Child (RM)
  sumber : ERL Sdn Bhd 

Jadi, sekarang anda sudah tahu tip ini. Rasanya setakat menunggu selama 20 minit memang berbaloi ditambah lagi kiranya anda menaiki ERL secara berkumpulan.

Tiba di KLIA. Alangz mendaftar masuk. Menaiki penerbangan AirAsia. Rasanya pada 26 Mac 2006, AirAsia akan beroperasi di terminal tambang murah. Kita nantikan perkembangannya. 

Satu perkara yang ingin Alangz nyatakan. Tentang syarikat penerbangan iaitu di antara AirAsia dan MAS. Banyak sudah suara-suara yang Alangz dengar tentang perbezaan dia syarikat ini. Kita sendiri sedia maklum bahawa keuntungan syarikat AirAsia sebelum cukai sebanyak RM125.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2005 berbanding RM58.0 juta tahun sebelumnya.

Hal ini berbeza dengan syarikat penerbangan MAS yang mengalami kerugian bersih sebanyak RM367.7 juta bagi suku kedua pada tahun kewangan berakhir 30 September 2005.

Memang banyak desas-desus yang kedengaran ekoran dari kerugian syarikat MAS. Rasanya tidak perlu Alangz ulas panjang lebar kerana isu ini telah diketahui umum. Harapan agar Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru, Idris Jala dapat mengkaji dan mengambil ikhtibar bagaimana syarikat AirAsia yang boleh dikatakan masih setahun jagung, mampu membuat keuntungan sebegitu.

Hakikatnya, ramai di kalangan rakyat yang menyatakan faktor harga memainkan peranan utama dalam pemilihan AirAsia. Bukan semua di kalangan kita mampu membayar dengan harga yang tinggi. Yang penting, mereka dapat pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan selamat. Keselesaan memang Alangz akui penting,  tapi itu adalah kehendak.

Kita rujuk hiraki kehidupan. Harga seperti keperluan asas individu. Keselesaan, bergaya, kemewahan, dan lain-lain hanyalah kehendak. Pentingnya, kita ukur baju di badan sendiri.

Untuk AirAsia pula, jangan terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Banyak perkara yang perlu diperbaiki. Alangz yakin dengan pengurusan oleh  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tony Fernandes.

Mungkin dari segi kemasukan penumpang ke pesawat perlu diperbaiki. Memanglah dapat dilihat orang tua, kurang berkeupayaan dan kanak-kanak diutamakan. Tapi, telatah dan kelakuan penumpang seperti kambing yang terlepas kandang. Mereka perlu memikirkan penyelesaiannya. Kalau dilihat kelakuan begini, sungguh mengaibkan jika dilihat dari rakyat Malaysia yang dikatakan punyai budi bahasa yang tinggi.

Janganlah isu ini berlanjutan seperti isu tandas awam. Menjatuhkan lagi imej rakyat Malaysia yang dikatakan pengotor itu.

Bersambung..

Cicakzz... zz...zzzz... argghh... aku pening dan sakit badan aku lagilah Alangz.. jalan jauh-jauh nie.. tak sanggup aku duduk dalam beg dan di ruangan bagasi lagi.. arghh.. dicampak begitu sahaja... nak mati aku rasa....

Alangz... cian ko cicakz.. ko boleh bersuara. Bayangkan beg-beg... kotak-kotak tu. Kalau dorang boleh bersuara.. dah meraung dorang Wink

 




Posted by alangz at 3/10/2006 4:24:45 pm
Make a comment



Saturday, March 04, 2006
NOTICE - Away - Bercuti

Alangz akan bercuti selama 5 hari. Perancangan ingin ke Kota Kinabalu, Labuan dan Brunei. Insyaallah kalau tiada apa-apa halangan. Mungkin tidak akan meng'access'  internet. Apapun, tinggalkan sahaja pesanan di ruangan komen atau email : cicakzzzz@yahoo.com.my

cicakz.. ahakzz.. tak pernah-pernah ko canangkan dahulu sebelum ko pergi bercuti.... hehehe.. nie mesti indirect nak bawak aku sekali kan??..

Alangz.. yelah cicakz... baik ko masuk dan dok diam-diam dalam beg aku tu. Kang aku ubah fikiran tak nak bawak ko kang...




Posted by alangz at 3/4/2006 11:08:06 am
Comments (6)



Friday, March 03, 2006
Laporan di sessi perbincangan akhbar KOSMO!

Seperti yang dinyatakan pada entry Alangz mengenai jemputan untuk menghadiri sessi perbincangan berkumpulan KOSMO!, disini Alangz kemukakan dari ketibaan Alangz, beberapa perkara yang diperbincangkan semalam dan suasana kumpulan itu.

 

Alangz tiba tepat Jam 6.30 petang di Hotel Armada. Walaupun pada dasarnya tahu yang perbincangan ini akan bermula pada jam 7.30 malam. Faktor pejabat yang terletak berhampiran dengan hotel ini dan juga menaiki motorsikal [jimat duit minyak orrr....] antara faktor utama penyumbang kepada ketibaan awal.

Berlegar sekitar hotel dan kemudian duduk sebentar di kerusi di lobi utama sebelum menerima panggilan telefon dari salah seorang wakil dari jabatan penyelidikan Utusan bertanya di mana Alangz berada. Tepat jam 7 malam Alangz menaiki lif menuju ke bilik Nakhoda 5 yang berada di tingkat 3.

 

Ternyata Alangz peserta pertama yang tiba. Mmm... sempat juga mencuri-curi mengambil gambar suasana di dalam bilik ini. Ahakzz... Kemudian tiba seorang wanita, juga peserta. Sudah ada kawan maka muncullah keramahan mulut untuk berbicara dan mengajaknya makan bersama kerana Alangz sudah mempunyai kawan. Yelah, memang mula-mula masuk mereka menjemput Alangz untuk menjamu selera sementara menunggu ketibaan teman yang lain. Tapi biasalah, adat orang kita. Big Smile Sudah berteman baru memulakan langkah untuk menjamu selera.

  

Haaaaaaaa... sahaja mengambil gambar itu. Kepada mereka-mereka yang tertanya-tanya nama sebenar Alangz.. maka terjawab sudah persoalan anda. AZHAR. [puas hati Wakame?] Maka, terdedah lagi tentang diri Alangz Shades.

Menunggu para peserta yang lain [10 orang ke semuanya] sempat Alangz membaca akhbar KOSMO! percuma itu. Tongue Mengenai artikel "Tuala wanita herba pulih kesihatan" itu, Alangz cukup tertarik. Jangan ingat lain ek... ahakzz.. sebenarnya bila baca artikel itu, ia menceritakan tentang produk terbaru di pasaran. Yang membuat Alangz tertarik dan ingin mencarinya... [hahaha...] adalah kerana ia bukan terhad digunakan untuk wanita sahaja. Lelaki juga boleh memakainya sekiranya anda menghadapi masalah buasir. Tuala ini mengandungi herba dari China yang dikatakan mampu mengubati sakit kepala, migrain, sakit sendi, buasir dan pastinya masalah sengugut. Hahhaa... iklan kejap nie.... nanti ada kelapangan Alangz cuba cari info lebih lanjut mengenai produk ini, insyaallah.

  

Walaupun jam sudah melepasi 7.40 malam, namun tiada tanda-tanda akan bermulanya sessi ini. Sehinggalah tepat jam 8 malam, barulah ia bermula. Huh!.. satu perkara yang paling Alangz tidak suka. Kalau sudah tertera di jemputan sessi akan bermula jam 7.30 malam, teruskan sahaja. Inilah yang dikatakan 'janji melayu'. Dek kerana segelintir, habis semua melayu dilabelkan begitu.

Apapun kita teruskan dengan sessi ini. Puan Syarliz, wakil dari Jabatan Penyelidikan Utusan menjadi pengerusi sessi kali ini. Sasaran pembaca yang berumur 30 hingga 40 tahun. [Arrgghh tidakkk.. aku tergolong di dalam golongan ini?.. hehee.... yang pasti belum lagi mencecah 30... kira bulan lah ek...]

Sepertimana yang Alangz jangkakan, sessi ini bertujuan untuk mengenalpasti kehendak pembaca dan respon dari mereka. Data ini akan digunakan untuk memantapkan lagi persembahan dan sekaligus dapat memambahkan lagi bilangan pembaca akhbar ini.

Rasanya Alangz tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai perbandingan ini kerana sudah mengulas mengenainya sebelum ini. [Rujuk artikel Perbandingan akhbar KOSMO! dan Harian Metro.].

Seronok dapat berbincang dan mengemukakan cadangan dan idea untuk kebaikan bersama, Ditambah lagi berada di dalam kumpulan ini yang sama-sama berfikiran ke arah itu.

Apapun, jam 10.45 malam barulah berakhirnya sessi ini. Sebelum pulang kami diberi ganjaran sempena menghargai idea dan kesanggupan untuk datang. RM70 beserta beg. Alhamdulillah Wink

Cicakz... aku tengok ko Azhar.. ek.. Alangz cam busan jer kali nie... ahakzzz..

Alangz... kumpulan kali ni senior sikit.. hari tu dibawah 30.. best dapat bertegang leher dan mempertahankan idea.. kali nie.. mmmm... takmoh comment lagi....

 




Posted by alangz at 3/3/2006 5:26:08 pm
Comments (5)



Thursday, March 02, 2006
Isu dan perkembangan semasa...

Salamz sumer. Memang sudah lama Alangz tidak mengemaskini blog Alangz. Rasanya tak perlulah diulas kenapa. Alasan yang sama acapkali digunakan. Yang sebenarnya adalah kerana pengurusan masa yang tidak betul dan MALAS Big Smile.

Minggu lalu banyak sungguh perkara yang Alangz terfikir untuk berkongsi bersama. Tapi, dek kerana dua perkara diatas berlaku... terus tidak terluah melalui penulisan ini. Secara ringkasnya, Alangz ingin menyentuh isu karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW. Memang Alangz akui Alangz jahil dalam bab-bab agama ini. Cuma ingin memperkatakan sandiwara politik yang berlaku di dalam negara.

Rasanya semua sedia maklum yang "akhbar petang sarawak" telah digantung permit penerbitannya oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dalam menurut kuasa yang diberikan di bawah subseksyen 6 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) kerana menyiarkan karikatur itu. Kemudian, dengarnya akhbar ini telah 'berkubur' setelah 61 tahun usia penerbitannya.

Rentetan itu, ada juga beberapa perkara yang berlaku. Alangz petik artikel ini dari blog  Bro Fathi ;

Selasa (21 Feb) New Straits Times berdepan dengan isu panas apabila kartun yang diterbitkan dalam seksyen 'Life & Times' (edisi 20 Feb) dikatakan "menghina Nabi". Pada hari Selasa itulah, PAS dan tiga badan Islam melaporkan kepada polis agar menyiasat akhbar ini. Parti agama ini juga memohon NST memohon maaf.......

Tetapi perang antara Zainuddin dengan Kalimullah bermula lebih awal, minggu lepas lagi, malah sewaktu bekas orang kuat Utusan ini masih lagi timbalan menteri penerangan.

Tadi malam, Malaysiakini.com melaporkan bukan sahaja NST yang menyiarkan kartun yang dianggap menghina Nabi, malah RTM sendiri pernah berbuat demikian!............

Katanya, sekiranya tindakan penggantungan dikenakan, tempohnya tidak akan melebihi dua minggu. Bagaimanapun, sumber itu berkata, akhbar milik Umno itu dijangka mungkin membabitkan sama RTM dalam kontroversi tersebut.

Akhbar itu, kata sumber berkenaan, mempunyai bukti bahawa pada awal bulan ini, RTM juga didakwa telah menayangkan seorang lelaki sedang membaca akhbar yang mengandungi karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad, yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam diseluruh dunia.

Ini juga turut dinyatakan oleh Kalimullah dalam taklimat tersebut.

"Katanya, berita Mandarin dalam RTM 2 telah menfokus terhadap imej karikatur itu sebanyak dua kali dan imej itu memenuhi skrin televisyen. Salinan rakaman tayangan tersebut telah diserahkan kepada perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

OOOOOoooooooo..... patutlah dua atau tiga hari lepas Alangz pelik dan rasa semacam ketika menonton Buletin Utama. Sebelum sari berita utama, ada semacam pengumuman memohon maaf. Terpinga-pinga kenapa pembaca berita (sori.. tak ingat nama dia) mewakili TV3 memohon maaf atas isu karikatur itu. Dorang pun pernahlah tunjukkan imej tu. Mmm... politik...politik.... Tapi, sorilah.. Alangz tak memerhati pulak kalau-kalau ada RTM siarkan slot memohon maaf juga.. al-maklumlah... memang tak tergerak langsung hati untuk menonton berita dari RTM nie... Baru ku tahu semuanya gara-gara politik..

 

cicakzz... argghhh... aku nak caaabbbuuuttt... ko alangz.. degil nyer...

Allloooo.... cicakz.. saper suruh ko interprem masa alangz bagi komen Hurmph

 

Berbalik isu semasa lain pulak. Harga minyak. Malam sebelum harga minyak dinaikkan, Alangz menerima SMS dari kakak ipar menyuruh Alangz mengisi minyak segera kerana minyak akan naik 30sen. Sebelum menerima SMS tu, memang Alangz merasai bahawa harga minyak akan naik pada bila-bila masa.

Malas nak mengulas panjang lebar tentang isu ini. Sebabnya sudah 3 entries Alangz berkisar pasal isu ini. Ianya adalah;

Naik?... turun?... jangan mimpi.... Disiarkan pada 7/10/2004

Harga petrol dan diesel naik lagi... Disiarkan pada 5/5/2005

Harga minyak dan bahan petroleum Disiarkan pada 10/10/2005

Secara sinisnya, Alangz akan meniru percakapan pemimpin "Harga minyak di Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan negara Asean yang lain"... diam jap.. "kecuali Brunei".... Ahakzz... Takyah cakap banyaklah.. semua orang dah tahu alasan ini dan sikit hari lagi pasti semua bising-bising dengan kenaikan harga barangan lain.

Secara peribadinya entries Alangz sebelum ini juga pernah mencadangkan agar kenaikan minyak dinaikkan dengan sekaligus. Dan ternyata cadangan ini diterima pakai. [indirect lah.. saper lah aku cakap gini nak didengari.. hanya semut merah.. ahakzz...] Nah.. 30sen sekali naik.

Pernyataan ini Alangz sokong kerana kalau difikir secara logik, dengan sekali kenaikan dan kerajaan memberi jaminan hanya untuk setahun ini sahaja harga minyak akan dinaikkan pastinya kita tidak akan tertekan dengan isu kenaikkan barang lain dalam masa setahun. Cuba kita renungkan semula tahun lepas, kalau tidak silap Alangz 3 kali kenaikan harga minyak berlaku dan setiap kali berlakunya kenaikan, barangan lain turut naik. Tak kiralah walau hanya 3sen kenaikannya.

Dengan jaminan sekali untuk tahun ini, sekurang-kurangnya pantauan kenaikan harga barang lain boleh dikawalselia dengan berkesan.

Cicakz... [kuar paler  sambil menyampuk].. hahaha... esok lusa ko tengoklah Alangz.. mesti ada kenyataan "Kerajaan tidak berupaya mengelak kenaikan harga minyak walaupun pernah berjanji untuk tidak berlaku kenaikan dalam tahun ini kerana tidak dapat menampung kos subsidi gara-gara kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa"...... hehee....

Ekkk.. ko brani lak kuar ek cicakz.. kang ko kena lastik kang....

Cicakzz... cabbbbuuuuutttttt.....




Posted by alangz at 3/2/2006 9:43:49 am
Comments (3)



Tuesday, February 21, 2006
Jemputan ke sessi Perbincangan KOSMO!

14 Februari 2006 Alangz menerima satu panggilan telefon daripada wakil akhbar KOSMO!. Ia mengenai jemputan untuk menghadiri satu Sessi Perbincangan Fokus Berkumpulan akhbar KOSMO!. Dan hari ini Alangz menerima jemputan itu secara faksimili.

Kalau anda pembaca setia blog Alangz ini, pada 21 September 2005 Alangz juga pernah menerima undangan dari wakil pihak NSTP untuk membincangkan isu yang lebih kurang sama. Tetapi kali ini, undangan terus dari pihak KOSMO!.

Perbandingan akhbar KOSMO! dan Harian Metro.- Artikel mengenai pandangan Alangz pernah Alangz siarkan dalam blog ini pada 25 September 2005.

Insyaallah, ada kelapangan Alangz akan menghadiri sessi perbincangan ini. Memang menyeronokkan bila kita dapat berbicara mengenai akhbar dan memberi pendapat dan pandangan ke arah memantapkan lagi persembahan dan sajian kepada rakyat Malaysia khususnya.

Cicakzz: aku nak itut... nak itut.. aku nak interprem ko ek Alangz...

Alangz: Suka hati ko lah cicakz... Tongue




Posted by alangz at 2/21/2006 10:53:14 am
Comments (3)




Next Page



<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: