|
Monday, March 13, 2006
Catatan perjalanan - Kota Kinabalu 04 Mac 2006 (Malam) Selepas selesai meletak barangan dan berehat seketika, sempat merencana perjalanan ke bandar Kota Kinabalu. Secara peribadinya ingin bertemu dengan teman-teman yang lain. Bertemu di Waterfront. Dr Shah meninggalkan Alangz di situ. Terima kasih sekali lagi. Menikmati hidangan makan malam di Waterfront berselang dengan hembusan angin bayu. Kemudian menyusuri laluan-laluan di bandar Kota Kinabalu. Rasanya bandar Kota Kinabalu adalah seperti bandar-bandar lain. Yang membezakannya adalah identiti jualan mutiaranya. Dalam diam tak diam, hampir RM400 Alangz habiskan untuk membeli barangan mutiara ini. Semuanya untuk kaum keluarga dan teman sepejabat. Baik sungguh Alangz ini... hehehee.... Jam menunjukkan hampir jam 10.30 malam. Alangz bersama teman mengambil keputusan untuk menaiki 'bas mini' untuk pulang ke tempat penginapan. Tidak ku sangka, ajak-ajak ayam untuk tidur di chalet disambut baik oleh 2 orang teman. Anyway, katilpun bersaiz king dan ada satu katil bujang di sebelah. Jadi, tiada masalah untuk mereka tidur di situ. Agak janggal mendengar bila di Sabah van sebegini dipanggil 'bas mini'. Tapi, itulah hakikatnya. Tambang dari bandar ke tempat penginapan RM3. Terpaksa menunggu penumpang sehingga penuh sebelum mereka memulakan perjalanan. Bersesak-sesak dan cara pemanduan yang agak laju dan bahaya mengingatkan Alangz kembali zaman kegemilangan 'bas mini' di Kuala Lumpur. Senyum sendirian aku. 05 Mac 2006 Selepas bersarapan pagi, kami keluar ke bandar. Dibawa ke Pasar Gaya. Pasar yang hanya dibuka pada pagi hari Ahad. Sama seperti di Kuching. Pasar Satok. Secara asasnya pasar ini memang menawarkan pelbagai variasi barangan dari kegunaan harian hinggalah ke barangan antik dan haiwan peliharaan. Kepada mereka yang ingin membeli barangan produk tempatan, rasanya tempat sebegini lebih mudah untuk mencari barangan itu dengan harga yang berpatutan; asalkan anda tahu menawar. Perjalanan diteruskan. Menyusuri jalan-jalan dan lorong-lorong di kota ini. Banyak telatah dan perilaku manusia dapat dilihat. Yang pasti, corak pemakaian segelintir kaum wanita 'agak hebat' di sini. Ingatkan di Kuala Lumpur lebih seksi, argh tidak!!.. Destinasi berikutnya Filipino Market. Lebih kepada bazaar jualan. Tempat ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk anda membeli barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Tempat ini agak sesak dan rasanya lebih baik tidak membawa anak kecil. Harga yang tertera memang mahal. Pandailah melakukan urusan tawar menawar ini. Pastikan anda mendapat harga 60% lebih rendah sebelum membuat keputusan membeli sesuatu barangan. Memang Alangz akui, tempat ini akan menjadi kegemaran para wanita kerana banyak hiasan dari mutiara dijual disini. Keluar dari Filipino Market anda akan melihat pasar malam. Mengikut kata teman, pasar ini memang dibuka setiap hari. Apapun aneka juadah tempatan dijual. Melihat ikan bakar, memang menyelerakan. Namun bila melihat cara penyediaan dan tidak berapa yakin dengan peniaga disini menyebabkan Alangz tidak menikmati ikan bakar itu. Bukan menidakkan atau menyatakan tahap kebersihan, cuma lain orang lain cara pandangannya. Berhati-hati ketika mahu menikmati ikan bakar. Pastikan anda bertanya harganya terlebih dahulu. Kalau tidak, mungkin anda terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi. Berjalan menyusuri laluan yang berhadapan dengan lautan (Jalan Tun Fuad Stephens). Berhenti seketika melihat sekumpulan pemancing yang baru pulang dari memancing. Melihat hasil tangkapan mereka. Meneruskan aktiviti berjalan dan melihat kehidupan masyarakat setempat sebelum berkira-kira untuk pulang semula ke tempat penginapan setelah penat berjalan sekitar bandar Kota Kinabalu. Pulang menaiki 'bas mini' Sempat menikmati pemandangan matahari terbenam berlatarkan hembusan angin laut.
Bersambung..... Posted by alangz at 3/13/2006 3:45:03 pm Comments (2) Permalink Sunday, March 12, 2006
Catatan perjalanan - Seaside Travellers Inn 04 Mac 2006 Lebih kurang jam 6 petang Alangz selamat tiba di Lapangan terbang Kota Kinabalu. Dijemput oleh seorang kenalan yang sudah hampir 5 tahun Alangz kenal. Dr. Shah. Pertanyaan pertama dari beliau semasa Alangz ingin menaiki kapal terbang adakah Alangz menaiki AirAsia atau MAS. Ini adalah kerana operasi penerbangan AirAsia di lapangan terbang lama dan MAS di lapangan terbang yang baru. Oooo.. baru ku tahu
Kami menuju ke Seaside Travellers Inn, KM20 Jalan Papar, Kinarut. Alangz mendapat cadangan untuk menginap di situ menerusi Kak Yatie. Teman sekerja Alangz dahulu. Kini beliau ditempatkan di ibu pejabat. Berbalik kepada Dr. Syah yang tidak pernah mendengar tempat ini. Nasib juga ada buku "Lonely Planet: Malaysia, Singapore & Brunei". Ada alamatnya. Sebelum itu, Alangz telahpun melayari laman web chalet itu dan mencetak peta lokasinya.
Setibanya di sana, Alangz disambut oleh En.Safar. Ternyata pemilihan tempat ini memang sesuai kerana dengan budget yang rendah dan memang berbaloi dengan wang anda. Cuma nasib kurang menyebelahi Alangz kerana mendapat bilik yang tidak mengadap laut kerana sudah penuh ditempah. Apapun, dengan RM77 semalam, Alangz mendapat bilik yang cukup besar. Lengkap dengan penghawa dingin, pemanas air dan televisyen. Harga juga termasuk sarapan pagi. Memang berbaloi. Secara peribadinya, Alangz mencadangkan tempat ini kepada anda yang ingin merehatkan minda, berbulan madu dan membawa anak kecil keluar dari persekitaran bandar yang sesak. (Hehehe.. ayat nie untuk ko TgafZa). Dengan budget serendah RM70 semalam, anda pasti berpuas hati dengan chalet ini. Secara asasnya, chalet ini mempunyai restorannya sendiri. Jadi, anda tidak perlu risau jika kebuluran Pemandangan pantainya juga cukup indah. Sempat juga Alangz menikmati panorama senja dan menghirup udara segar di pagi hari. Lautnya yang bersifat landai dan memang tidak dalam, memungkinkan anda berani melepaskan anak kecil bermain-main di pantai itu. Pernyataan Alangz ini disokong berpandukan mata Alangz sendiri. Semasa menikmati makan malam, terlihat kelibat penduduk sekitar mencari ketam di tengah laut itu. Memang mengasyikkan memerhati kelibat mereka. Apapun, diwaktu pagi banyak sungguh anak-anak ketam berlarian di tepi pantai. Pasirnya cukup halus membuatkan Alangz leka menghayati suasana pantai. Argh... begitu indah! Apapun, tempat ini memang menenangkan minda. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Hilang rasa penat mengembara tika berada di sini. Bersambung.... Posted by alangz at 3/12/2006 11:40:03 am Make a comment Permalink Friday, March 10, 2006
Catatan perjalanan - KLIA Alhamdulillah... yes!!!... misi Alangz untuk pergi ke 14 negeri di Malaysia akhirnya tercapai. Sabah, destinasi kedua terakhir sebelum Wilayah Persekutuan Labuan. Dan sempat juga menjejakkan kaki ke negara Brunei. 04 Mac 2006 (Sabtu) Alangz bekerja pada hari itu. Dan alhamdulillah, nasib baiklah mempunyai bos yang begitu memahami. Membenarkan Alangz pulang seawal jam 12 tengahari. Kalau di kira waktu bekerja pada hari sabtu, kami biasanya pulang sekitar jam 3 petang. Terima kasih banyak-banyak Bro Roslan, menghantar Alangz ke stesen ERL di Bandar Tasik Selatan. Harga tiket dari stesen Bandar Tasik Selatan ke KLIA adalah RM26.50. Alangz mendapat tip dari teman sekiranya anda punyai masa dan ingin berjimat, dari stesen Bandar Tasik Selatan kita turun di stesen Putrajaya. Keluar dan beli semula tiket ke KLIA. Tunggu lebih kurang 20 minit untuk ERL KLIA Transit ini tiba dan anda akan dapat menjimatkan RM15. (Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya = RM5.30. Dari Putrajaya ke KLIA = RM6.20) Jadi RM5.30+RM6.20 = RM 11.50. RM11.50 - RM 26.50 = RM15. Banyak jugak tu. [Rujuk jadual]. Memandangkan jadual penerbangan yang hampir tiba, Alangz tidak mahu mengambil risiko.
Jadi, sekarang anda sudah tahu tip ini. Rasanya setakat menunggu selama 20 minit memang berbaloi ditambah lagi kiranya anda menaiki ERL secara berkumpulan. Tiba di KLIA. Alangz mendaftar masuk. Menaiki penerbangan AirAsia. Rasanya pada 26 Mac 2006, AirAsia akan beroperasi di terminal tambang murah. Kita nantikan perkembangannya.
Satu perkara yang ingin Alangz nyatakan. Tentang syarikat penerbangan iaitu di antara AirAsia dan MAS. Banyak sudah suara-suara yang Alangz dengar tentang perbezaan dia syarikat ini. Kita sendiri sedia maklum bahawa keuntungan syarikat AirAsia sebelum cukai sebanyak RM125.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2005 berbanding RM58.0 juta tahun sebelumnya. Hal ini berbeza dengan syarikat penerbangan MAS yang mengalami kerugian bersih sebanyak RM367.7 juta bagi suku kedua pada tahun kewangan berakhir 30 September 2005. Memang banyak desas-desus yang kedengaran ekoran dari kerugian syarikat MAS. Rasanya tidak perlu Alangz ulas panjang lebar kerana isu ini telah diketahui umum. Harapan agar Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru, Idris Jala dapat mengkaji dan mengambil ikhtibar bagaimana syarikat AirAsia yang boleh dikatakan masih setahun jagung, mampu membuat keuntungan sebegitu. Hakikatnya, ramai di kalangan rakyat yang menyatakan faktor harga memainkan peranan utama dalam pemilihan AirAsia. Bukan semua di kalangan kita mampu membayar dengan harga yang tinggi. Yang penting, mereka dapat pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan selamat. Keselesaan memang Alangz akui penting, tapi itu adalah kehendak. Kita rujuk hiraki kehidupan. Harga seperti keperluan asas individu. Keselesaan, bergaya, kemewahan, dan lain-lain hanyalah kehendak. Pentingnya, kita ukur baju di badan sendiri. Untuk AirAsia pula, jangan terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Banyak perkara yang perlu diperbaiki. Alangz yakin dengan pengurusan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tony Fernandes. Mungkin dari segi kemasukan penumpang ke pesawat perlu diperbaiki. Memanglah dapat dilihat orang tua, kurang berkeupayaan dan kanak-kanak diutamakan. Tapi, telatah dan kelakuan penumpang seperti kambing yang terlepas kandang. Mereka perlu memikirkan penyelesaiannya. Kalau dilihat kelakuan begini, sungguh mengaibkan jika dilihat dari rakyat Malaysia yang dikatakan punyai budi bahasa yang tinggi. Janganlah isu ini berlanjutan seperti isu tandas awam. Menjatuhkan lagi imej rakyat Malaysia yang dikatakan pengotor itu. Bersambung.. Cicakzz... zz...zzzz... argghh... aku pening dan sakit badan aku lagilah Alangz.. jalan jauh-jauh nie.. tak sanggup aku duduk dalam beg dan di ruangan bagasi lagi.. arghh.. dicampak begitu sahaja... nak mati aku rasa.... Alangz... cian ko cicakz.. ko boleh bersuara. Bayangkan beg-beg... kotak-kotak tu. Kalau dorang boleh bersuara.. dah meraung dorang
Posted by alangz at 3/10/2006 4:24:45 pm Make a comment Permalink Saturday, March 04, 2006
NOTICE - Away - Bercuti Alangz akan bercuti selama 5 hari. Perancangan ingin ke Kota Kinabalu, Labuan dan Brunei. Insyaallah kalau tiada apa-apa halangan. Mungkin tidak akan meng'access' internet. Apapun, tinggalkan sahaja pesanan di ruangan komen atau email : cicakzzzz@yahoo.com.my cicakz.. ahakzz.. tak pernah-pernah ko canangkan dahulu sebelum ko pergi bercuti.... hehehe.. nie mesti indirect nak bawak aku sekali kan??.. Alangz.. yelah cicakz... baik ko masuk dan dok diam-diam dalam beg aku tu. Kang aku ubah fikiran tak nak bawak ko kang... Posted by alangz at 3/4/2006 11:08:06 am Comments (6) Permalink Friday, March 03, 2006
Laporan di sessi perbincangan akhbar KOSMO! Seperti yang dinyatakan pada entry Alangz mengenai jemputan untuk menghadiri sessi perbincangan berkumpulan KOSMO!, disini Alangz kemukakan dari ketibaan Alangz, beberapa perkara yang diperbincangkan semalam dan suasana kumpulan itu.
Alangz tiba tepat Jam 6.30 petang di Hotel Armada. Walaupun pada dasarnya tahu yang perbincangan ini akan bermula pada jam 7.30 malam. Faktor pejabat yang terletak berhampiran dengan hotel ini dan juga menaiki motorsikal [jimat duit minyak orrr....] antara faktor utama penyumbang kepada ketibaan awal. Berlegar sekitar hotel dan kemudian duduk sebentar di kerusi di lobi utama sebelum menerima panggilan telefon dari salah seorang wakil dari jabatan penyelidikan Utusan bertanya di mana Alangz berada. Tepat jam 7 malam Alangz menaiki lif menuju ke bilik Nakhoda 5 yang berada di tingkat 3.
Ternyata Alangz peserta pertama yang tiba. Mmm... sempat juga mencuri-curi mengambil gambar suasana di dalam bilik ini. Ahakzz... Kemudian tiba seorang wanita, juga peserta. Sudah ada kawan maka muncullah keramahan mulut untuk berbicara dan mengajaknya makan bersama kerana Alangz sudah mempunyai kawan. Yelah, memang mula-mula masuk mereka menjemput Alangz untuk menjamu selera sementara menunggu ketibaan teman yang lain. Tapi biasalah, adat orang kita. Haaaaaaaa... sahaja mengambil gambar itu. Kepada mereka-mereka yang tertanya-tanya nama sebenar Alangz.. maka terjawab sudah persoalan anda. AZHAR. [puas hati Wakame?] Maka, terdedah lagi tentang diri Alangz Menunggu para peserta yang lain [10 orang ke semuanya] sempat Alangz membaca akhbar KOSMO! percuma itu. Walaupun jam sudah melepasi 7.40 malam, namun tiada tanda-tanda akan bermulanya sessi ini. Sehinggalah tepat jam 8 malam, barulah ia bermula. Huh!.. satu perkara yang paling Alangz tidak suka. Kalau sudah tertera di jemputan sessi akan bermula jam 7.30 malam, teruskan sahaja. Inilah yang dikatakan 'janji melayu'. Dek kerana segelintir, habis semua melayu dilabelkan begitu. Apapun kita teruskan dengan sessi ini. Puan Syarliz, wakil dari Jabatan Penyelidikan Utusan menjadi pengerusi sessi kali ini. Sasaran pembaca yang berumur 30 hingga 40 tahun. [Arrgghh tidakkk.. aku tergolong di dalam golongan ini?.. hehee.... yang pasti belum lagi mencecah 30... kira bulan lah ek...] Sepertimana yang Alangz jangkakan, sessi ini bertujuan untuk mengenalpasti kehendak pembaca dan respon dari mereka. Data ini akan digunakan untuk memantapkan lagi persembahan dan sekaligus dapat memambahkan lagi bilangan pembaca akhbar ini. Rasanya Alangz tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai perbandingan ini kerana sudah mengulas mengenainya sebelum ini. [Rujuk artikel Perbandingan akhbar KOSMO! dan Harian Metro.]. Seronok dapat berbincang dan mengemukakan cadangan dan idea untuk kebaikan bersama, Ditambah lagi berada di dalam kumpulan ini yang sama-sama berfikiran ke arah itu. Apapun, jam 10.45 malam barulah berakhirnya sessi ini. Sebelum pulang kami diberi ganjaran sempena menghargai idea dan kesanggupan untuk datang. RM70 beserta beg. Alhamdulillah Cicakz... aku tengok ko Azhar.. ek.. Alangz cam busan jer kali nie... ahakzzz.. Alangz... kumpulan kali ni senior sikit.. hari tu dibawah 30.. best dapat bertegang leher dan mempertahankan idea.. kali nie.. mmmm... takmoh comment lagi....
Posted by alangz at 3/3/2006 5:26:08 pm Comments (5) Permalink
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||