|
Wednesday, March 15, 2006
Catatan perjalanan - Labuan-Brunei 7 Mac 2006 Seawal jam 6.40 pagi Alangz terjaga dari tidur. Dikejutkan dengan deruan hujan yang turun. Mmm.. memang enak untuk menyambung semula tidur. Tapi takut kesiangan, Alangz gagahkan juga diri untuk mandi. Pukul 7.30 pagi Alangz mendaftar keluar dari tempat penginapan. Singgah sebentar di kedai untuk bersarapan. Agak janggal melihat deretan kedai kain sudahpun memulakan operasi perniagaan walaupun masih awal pagi. Kelihatan kenderaan berlegar di sekitar bandar. Tiada kesesakan. Alangkah indahnya jika Kuala Lumpur juga begitu Jarak tempat penginapan dengan jeti tidaklah jauh. Rasanya hanya lima minit berjalan kaki. Tapi, Alangz terpaksa berlari anak. Hari hujan
Harga tiket dari Labuan ke Brunei adalah RM35.00. Tempoh masa perjalanan lebih kurang 40 minit sahaja. Semasa menaiki feri kedengaran suara operator feri yang berteriak menyatakan "pulang...balik"... "pulang...balik". Masih blur dengan apa yang dimaksud itu. Alangz menyatakan akan tidur di Brunei dan mereka memberi borang untuk diisi sebelum masuk ke Brunei.
Sedang leka mengisi borang, penumpang di sebelah meninjau-ninjau. Seorang wanita dalam lingkungan pertengahan 30an. Warga Indonesia. Bila Alangz menoleh, segera dia bertanya cara untuk mengisi borang itu. 'Enggak ngerti', katanya. Sempatlah menjadi guru spontan sekejap. Bila beliau selesai mengisi borang itu ada beberapa borang lagi yang perlu diisi. Borang masuk ke Brunei dan borang masuk ke Malaysia semula. Ooo... baru Alangz faham apa yang dijeritkan oleh operator feri tersebut. Mereka yang menetap di Malaysia diberi kebenaran untuk menetap selama lebih kurang 90 hari sahaja. Jadi, warga asing ini perlu keluar dari Malaysia sebelum masuk semula untuk memastikan tempoh penginapan mereka sah di Malaysia. Sudah menjadi kebiasaan untuk mereka menaiki feri seawal jam 9 pagi dan memasuki Brunei. Duduk sebentar di kawasan jeti Brunei sebelum menaiki feri kembali ke Labuan. Itulah yang sibuk dilaungkan 'Pulang.. balik". Brunei Lebih kurang jam 9.40 pagi Alangz selamat tiba di jeti Muara, Brunei. Alhamdulillah. Sampai juga Alangz disini setelah sekian lama berkira-kira untuk ke mari.
Beratur untuk mengesahkan pasport. Kehadiran Alangz di sini masih disambut dengan hujan gerimis. Ternyata kawasan pelabuhan ini sedang mengalami kerja-kerja menaiktaraf. Banyak yang sedang diperbaiki. Alangz berkira-kira untuk menghubungi rakan yang pada mulanya berjanji untuk mengambil Alangz di jeti ini. Dalam jam 10.00 pagi Alangz menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada beliau namun tidak berbalas. Sebelum itu, Alangz ada menerima satu SMS yang bertulis "DSTCom Welcomes you to Brunei Darussalam. For IDD call, please dial <+> or <095> country code><area code><number>. Please call DSTCare on 151 for inquires." Masih menunggu. Kepala memikir adakah SMS alangz tidak diterima beliau. Lalu menghantar pesanan SMS ke Nazir, teman di Kuala Lumpur. Dan SMS Alangz berbalas. Jadi, memang telefon itu sudah diaktifkan sistem perawaian antarabangsa. Cuba menghubungi teman dia Brunei semula. Yang kedengaran "Baki didalam akaun awda tidak mencukupi.. bla...bla.. bla"... ayoooo!!... baru hantar beberapa SMS ke Kuala Lumpur sudah habis kredit Alangz. Di mana hendak ku cari tambah nilai Maxis di sini?. Jumpa telefon awam. Namun boleh digunakan dengan menggunakan kad prabayar. Bila bertanya di cafe makan di jeti, mereka tidak menjual kad tersebut. Maka berjalanlah Alangz sambil merencana apa yang hendak dilakukan. Menunggu sehingga jam 11.30 pagi. Kelibat teman tidak juga kelihatan. Sebelum itu, Alangz diasak dengan khidmat pemandu 'prebet' disini yang mahu menghantar Alangz ke Bandar Seri Begawan dengan tambang B$20. Memang tidak mahu menaikinya kerana ia bukanlah teksi. Berpandukan buku Lonely Planet tambang bas ke Bandar Seri Begawan hanya B$1 sahaja. Setelah bas tiba, beliau terus menawarkan ke khidmat ke bandar dengan harga B$5. Sebenarnya pemandu 'prebet' ini adalah para pekerja yang berkhidmat di jeti. Alangz dapat kepastian menerusi pakaian seragamnya yang berwarna biru dan seluar biru gelap. Ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan teman serta pemandu teksi semasa Alangz pulang. Sudah menjadi lumrah, mereka juga mahukan pendapatan sampingan. Disebabkan sudah lama menunggu kelibatan teman tidak langsung kelihatan, Alangz mengambil keputusan untuk menaiki sahaja kereta itu sahaja. Penat berdiri. Ditambah lagi jika menaiki bas akan mengambil masa kerana berhenti-henti. Perjalanan dari jeti Muara ke Bandar Seri Begawan lebih kurang 20km. Alangz terus dihantar ke hotel yang sudah ditempah terlebih awal oleh teman Alangz. Mekasih Jufli. Bersambung.. Posted by alangz at 3/15/2006 8:09:09 am Make a comment Permalink Tuesday, March 14, 2006
Catatan perjalanan - Labuan 6 Mac 2006 (Petang) Selamat tiba di jeti Labuan lebih kurang jam 4.45 petang. Dari kaca mata Alangz, pemandangan di Labuan nampak terurus. Kebersihannya juga boleh dipuji. Cuma, yang agak mendukacitakan adalah status 'bebas cukai' menggalakkan penjualan rokok dan arak di sini. Agak banyak juga kedai yang menjual minuman keras. Melangkah kaki menuju mencari hotel untuk menginap. Melati Inn yang terletak di Jalan Perpaduan menjadi pilihan Alangz. Menawarkan harga bilik RM48 semalam. Sesuailah dengan budget dan untuk Alangz tidur seketika. Setelah meletakkan bagasi, terus kaki melangkah ingin menerokai bandar Labuan ini. Memang kecil bandar Labuan ini. Dalam kurang dari 2 jam, semua tempat sudah Alangz terokai. Secara kasarnya dapat Alangz rasakan walaupun tempat ini agak kecil, namun faktor pembangunan memang kelihatan. Pelbagai variasi dan keturunan manusia dapat dilihat di Labuan ini. Dengan ertikata lagi, pelbagai bangsa ada disini. Cuma, minda tertanya-tanya. Disini juga ada 'Mini Indonesia' kah?.. di bahagian belakang Labuan supermarket berhampiran jalan Bunga Mawar ada sebaris kedai makan papan yang kelihatan uzur dan rasanya disinilah kelihatan agak kurang kemas. Bila melintasi kedai-kedai ini kelihatan tanda 'makanan Melayu' dan bila mendengar pertuturan majoriti pengunjung dan tuan punya kedai, bahasa Indonesia dipertuturkan. Entahlah. Tapi yang pasti memang ramai warga Indonesia dan Philiphina.
Dalam perjalanan ke hotel, melintasi Jalan Muhibbah dan kelihatan pasar malam disitu. Bertanya dengan seorang peniaga disitu dan beliau menyatakan pasar malam ini hanya dibuka pada hari Isnin. Rasanya tidak sesuai dipanggil pasar malam kerana walaupun tika melintasi kawasan ini jam baru menunjukkan lebih kurang jam 8.40 malam, hampir separuh dari mereka sudah berkira-kira dan mengemas gerai untuk ditutup. Sempatlah Alangz membeli sedikit makanan untuk menjadi hidangan tengah malam. Ini adalah kerana semasa berada di Ujana Kewangan, Jalan Merdeka; Alangz sudah menjamu selera. Makan tengahari di waktu petang Sempat juga singgah di pasaraya Labuan untuk membeli air sebelum meneruskan perjalanan pulang ke hotel. Bersambung... Posted by alangz at 3/14/2006 1:56:43 pm Make a comment Permalink Tuesday, March 14, 2006
Catatan perjalanan - Kota Kinabalu-Labuan 6 Mac 2006 Pada awalnya Alangz merancang untuk ke Brunei pada hari ini. Namun setelah dicongak tempoh perjalanan dan masa yang pendek di Brunei, terus Alangz tunda jadual perjalanan. Jika benar-benar ingin ke Brunei, seawal jam 7 pagi Alangz perlu mendaftar keluar dari Seaside Travellers Inn, Kinarut untuk menaiki feri jam 8.30 pagi ke Labuan. Tempoh perjalanan mengambil masa 3 jam 15 minit. Sampai di Labuan lebih kurang jam 11.45 pagi. Feri ke Brunei jam 1 petang. Sampai ke sana lebih kurang 1.40 petang. Dari jeti Muara ke Bandar Seri Begawan jika menaiki bas mini lebih kurang 1 jam. Jadi hanya dapat mendaftar masuk ke hotel sekitar jam 3.30 petang. Berehat sebelum berjalan mengelilingi Bandar Seri Begawan tidak cukup masa rasanya. Jadi, Alangz mengambil keputusan untuk bermalam di Labuan. Selepas bersarapan Alangz mendaftar keluar sekitar jam 10.00 pagi. Sempatlah menikmati pemandangan pantai di waktu pagi di situ untuk kali terakhir. Memang mengasyikkan.
Tiba di bandar Kota Kinabalu sekitar jam 11.00 pagi. Terus menuju ke arah jeti untuk membeli tiket feri ke Labuan. Terdapat tiga jadual perjalanan feri ke Labuan iaitu jam 8.30 pagi, 1.30 petang dan 3.00 petang. Disini juga tempat transit dimana anda yang teringin ke pulau-pulau seperti Manukan, Mamutik, Sapi dan lain-lain lagi. Sabah memang terkenal dengan keindahan pulau. Perjalanan ke Labuan begitu memenatkan. Lebih lama rasanya jika dibandingkan dengan perjalanan menaiki feri ke Langkawi. Sempat melelapkan mata selama sejam sahaja sebelum berjaga dan menikmati pandangan laut. Setelah menempuh 3 jam 15 minit perjalanan ke Labuan, akhirnya kaki Alangz dapat dijejakkan di Pulau Labuan. Alhamdulillah. Berakhirnya 14 negeri di Malaysia telah berjaya Alangz jelajahi.
Bersambung... Posted by alangz at 3/14/2006 1:50:50 pm Comment (1) Permalink Monday, March 13, 2006
Catatan perjalanan - Kota Kinabalu 04 Mac 2006 (Malam) Selepas selesai meletak barangan dan berehat seketika, sempat merencana perjalanan ke bandar Kota Kinabalu. Secara peribadinya ingin bertemu dengan teman-teman yang lain. Bertemu di Waterfront. Dr Shah meninggalkan Alangz di situ. Terima kasih sekali lagi. Menikmati hidangan makan malam di Waterfront berselang dengan hembusan angin bayu. Kemudian menyusuri laluan-laluan di bandar Kota Kinabalu. Rasanya bandar Kota Kinabalu adalah seperti bandar-bandar lain. Yang membezakannya adalah identiti jualan mutiaranya. Dalam diam tak diam, hampir RM400 Alangz habiskan untuk membeli barangan mutiara ini. Semuanya untuk kaum keluarga dan teman sepejabat. Baik sungguh Alangz ini... hehehee.... Jam menunjukkan hampir jam 10.30 malam. Alangz bersama teman mengambil keputusan untuk menaiki 'bas mini' untuk pulang ke tempat penginapan. Tidak ku sangka, ajak-ajak ayam untuk tidur di chalet disambut baik oleh 2 orang teman. Anyway, katilpun bersaiz king dan ada satu katil bujang di sebelah. Jadi, tiada masalah untuk mereka tidur di situ. Agak janggal mendengar bila di Sabah van sebegini dipanggil 'bas mini'. Tapi, itulah hakikatnya. Tambang dari bandar ke tempat penginapan RM3. Terpaksa menunggu penumpang sehingga penuh sebelum mereka memulakan perjalanan. Bersesak-sesak dan cara pemanduan yang agak laju dan bahaya mengingatkan Alangz kembali zaman kegemilangan 'bas mini' di Kuala Lumpur. Senyum sendirian aku. 05 Mac 2006 Selepas bersarapan pagi, kami keluar ke bandar. Dibawa ke Pasar Gaya. Pasar yang hanya dibuka pada pagi hari Ahad. Sama seperti di Kuching. Pasar Satok. Secara asasnya pasar ini memang menawarkan pelbagai variasi barangan dari kegunaan harian hinggalah ke barangan antik dan haiwan peliharaan. Kepada mereka yang ingin membeli barangan produk tempatan, rasanya tempat sebegini lebih mudah untuk mencari barangan itu dengan harga yang berpatutan; asalkan anda tahu menawar. Perjalanan diteruskan. Menyusuri jalan-jalan dan lorong-lorong di kota ini. Banyak telatah dan perilaku manusia dapat dilihat. Yang pasti, corak pemakaian segelintir kaum wanita 'agak hebat' di sini. Ingatkan di Kuala Lumpur lebih seksi, argh tidak!!.. Destinasi berikutnya Filipino Market. Lebih kepada bazaar jualan. Tempat ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk anda membeli barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Tempat ini agak sesak dan rasanya lebih baik tidak membawa anak kecil. Harga yang tertera memang mahal. Pandailah melakukan urusan tawar menawar ini. Pastikan anda mendapat harga 60% lebih rendah sebelum membuat keputusan membeli sesuatu barangan. Memang Alangz akui, tempat ini akan menjadi kegemaran para wanita kerana banyak hiasan dari mutiara dijual disini. Keluar dari Filipino Market anda akan melihat pasar malam. Mengikut kata teman, pasar ini memang dibuka setiap hari. Apapun aneka juadah tempatan dijual. Melihat ikan bakar, memang menyelerakan. Namun bila melihat cara penyediaan dan tidak berapa yakin dengan peniaga disini menyebabkan Alangz tidak menikmati ikan bakar itu. Bukan menidakkan atau menyatakan tahap kebersihan, cuma lain orang lain cara pandangannya. Berhati-hati ketika mahu menikmati ikan bakar. Pastikan anda bertanya harganya terlebih dahulu. Kalau tidak, mungkin anda terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi. Berjalan menyusuri laluan yang berhadapan dengan lautan (Jalan Tun Fuad Stephens). Berhenti seketika melihat sekumpulan pemancing yang baru pulang dari memancing. Melihat hasil tangkapan mereka. Meneruskan aktiviti berjalan dan melihat kehidupan masyarakat setempat sebelum berkira-kira untuk pulang semula ke tempat penginapan setelah penat berjalan sekitar bandar Kota Kinabalu. Pulang menaiki 'bas mini' Sempat menikmati pemandangan matahari terbenam berlatarkan hembusan angin laut.
Bersambung..... Posted by alangz at 3/13/2006 3:45:03 pm Comments (2) Permalink Sunday, March 12, 2006
Catatan perjalanan - Seaside Travellers Inn 04 Mac 2006 Lebih kurang jam 6 petang Alangz selamat tiba di Lapangan terbang Kota Kinabalu. Dijemput oleh seorang kenalan yang sudah hampir 5 tahun Alangz kenal. Dr. Shah. Pertanyaan pertama dari beliau semasa Alangz ingin menaiki kapal terbang adakah Alangz menaiki AirAsia atau MAS. Ini adalah kerana operasi penerbangan AirAsia di lapangan terbang lama dan MAS di lapangan terbang yang baru. Oooo.. baru ku tahu
Kami menuju ke Seaside Travellers Inn, KM20 Jalan Papar, Kinarut. Alangz mendapat cadangan untuk menginap di situ menerusi Kak Yatie. Teman sekerja Alangz dahulu. Kini beliau ditempatkan di ibu pejabat. Berbalik kepada Dr. Syah yang tidak pernah mendengar tempat ini. Nasib juga ada buku "Lonely Planet: Malaysia, Singapore & Brunei". Ada alamatnya. Sebelum itu, Alangz telahpun melayari laman web chalet itu dan mencetak peta lokasinya.
Setibanya di sana, Alangz disambut oleh En.Safar. Ternyata pemilihan tempat ini memang sesuai kerana dengan budget yang rendah dan memang berbaloi dengan wang anda. Cuma nasib kurang menyebelahi Alangz kerana mendapat bilik yang tidak mengadap laut kerana sudah penuh ditempah. Apapun, dengan RM77 semalam, Alangz mendapat bilik yang cukup besar. Lengkap dengan penghawa dingin, pemanas air dan televisyen. Harga juga termasuk sarapan pagi. Memang berbaloi. Secara peribadinya, Alangz mencadangkan tempat ini kepada anda yang ingin merehatkan minda, berbulan madu dan membawa anak kecil keluar dari persekitaran bandar yang sesak. (Hehehe.. ayat nie untuk ko TgafZa). Dengan budget serendah RM70 semalam, anda pasti berpuas hati dengan chalet ini. Secara asasnya, chalet ini mempunyai restorannya sendiri. Jadi, anda tidak perlu risau jika kebuluran Pemandangan pantainya juga cukup indah. Sempat juga Alangz menikmati panorama senja dan menghirup udara segar di pagi hari. Lautnya yang bersifat landai dan memang tidak dalam, memungkinkan anda berani melepaskan anak kecil bermain-main di pantai itu. Pernyataan Alangz ini disokong berpandukan mata Alangz sendiri. Semasa menikmati makan malam, terlihat kelibat penduduk sekitar mencari ketam di tengah laut itu. Memang mengasyikkan memerhati kelibat mereka. Apapun, diwaktu pagi banyak sungguh anak-anak ketam berlarian di tepi pantai. Pasirnya cukup halus membuatkan Alangz leka menghayati suasana pantai. Argh... begitu indah! Apapun, tempat ini memang menenangkan minda. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Hilang rasa penat mengembara tika berada di sini. Bersambung.... Posted by alangz at 3/12/2006 11:40:03 am Make a comment Permalink
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||