Saturday, March 18, 2006
Catatan perjalanan - Brunei-Labuan-KK-KL (Akhir)

8 Mac 2006

Seawal jam 6.30 pagi Alangz terjaga. Sebenarnya terkejut setelah langsir di hotel itu tersingkap dan memperlihatkan hari sudah cerah. Mati-mati ingatkan Alangz kesiangan. Terbabas dari tidur. Hahaha... memang di sini awal cerahnya.

Apapun, Alangz berkemas. Mandi dan membuat apa-apa yang patut di pagi hari Wink. Jadual sebenarnya ingin ke Muara, menaiki feri ke Labuan semula. Jufli berjanji  untuk menghantar Alangz ke jeti pada mulanya. Kemudian, dia menelefon dan menyatakan pergi ke pejabat.

Selesai bersarapan pagi, Alangz mendaftar keluar dari Jubliee Hotel. Malas berfikir panjang dan meminta gadis kaunter menelefon teksi untuk ke jeti. B$30. Takut terlepas feri kerana penerbangan balik ke Kuala Lumpur malam ini.

 

Sampai di jeti terus membeli tiket feri berharga B$15. Cukai jeti B$1. Perjalanan ke Labuan seawal jam 8.30 pagi.

 

 

Secara peribadinya Alangz rasakan memang tidak puas untuk menerokai Brunei dalam masa kurang dari 24jam. Insyaallah, ada kesempatan lagi pasti Alangz akan melawat semua. (Jufli.. Alangz nak gi Kg Ayer.. ingat ek.. hehe..).

Pengalaman berada di negara Brunei Darussalam terasa seperti jam berdetik begitu perlahan. Dari segi persembahan televisyennya, dari segi amalan kerjanya, dari segi pembangunannya. Alangz terfikir pendapatan utama Brunei adalah dari hasil minyak di sekitar kawasan Seria dan Muara. Dan mengikut rezab, dijangka Brunei akan kehabisan sumber asli ini sekitar tahun 2020.

Jika dicongak dari tahun ini (2006 hingga 2020) Brunei punyai masa 14 tahun untuk mencari alternatif lagi untuk pendapatan mereka. Sudah tiba masanya penduduk dan kerajaan Brunei mula merubah cara hidup mereka. Mula bekerja lebih keras untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan mutu kerja.

---------------------------------------------------

Tiba di jeti Labuan sekitar jam 9.20 pagi. Terus membeli tiket untuk ke Kota Kinabalu. Jadual feri untuk perjalanan pulang ke Kota Kinabalu paling awal yang ada jam 1 petang. Jika difikir dan dicongak secara logik, rasanya kerajaan Malaysia menjaga jadual perjalanan feri ini. Yelah.. dari Brunei kita tiba sekitar jam 9.30 pagi. Feri ke Kota Kinabalu 1 petang. Kita punyai lebih kurang 3 jam setengah untuk berlegar-legar di Labuan. Dan pastinya semasa berlegar, banyak benda yang akan dibeli atau 'terbeli'. Kawasan bebas cukai Tongue. Dari situ pendapatan dijana. Bijak.. bijak.. Alangz pun sama 'terbeli' coklat. Melayanglah dekat RM100. Ahakz...

Menyesal sungguh tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur menerusi Labuan. Ini adalah kerana perjalanan ke Kota Kinabalu yang teramatlah membosankan. 3 jam lebih.

Tiba di jeti Kota Kinabalu lebih kurang jam 4.30 petang. Dengan membawa bagasi, Alangz mengorak langkah menuju semula ke Filipino market. Membeli sedikit lagi barangan. Sebenarnya sebelum ini Alangz ada memberi deposit dan menyuruh pekedai di situ menyimpan beg dan barangan jualan lain kerana tidak mahu membawanya ke Labuan-Brunei. Buat berat beg jer kan?.. Jadi, tibalah saat untuk mengambilnya.

Sempat juga ke Centre Point. Dan kemudiannya mengambil teksi dari situ ke lapangan terbang. Sampai di sana sekitar jam 6.40 petang. Sempatlah Alangz menukar pakaian dan menjamu selera sebelum mendaftar masuk dan penerbangan dijadualkan jam 8.20 malam. Dan paling tidak diduga, semasa menjamu selera, terlihat bos lama Alangz. Hehehe.. terus menegurnya; En. Azhar. Kelakar juga memikirkan En. Azhar bertemu Azhar.. ahakz...

Tiba di KLIA lebih kurang jam 10.40 malam. Mekasih Nazir dan housemate Wan, sebab sudi menjemput Alangz di KLIA.

Cicakzz... huhuhu.. aku tak sanggup ikut ko lagi Alangz.. masuk dalam beg dan bila berada dalam kawasan bagasi, dorang campak-campak jer aku. Sakit badan aku tak hilang lagi. Pastu naik feri.. perggh.. lamanya.. rasa nak termuntah aku pasal mabuk laut. Pastu ko nie suka sangat berjalanlah. Tak sempat aku nak rehat dah jalan. Letih tau....

Alangz.. You asked for it!!... ahakz...

=TAMAT=




Posted by alangz at 3/18/2006 8:05:44 am
Make a comment



Friday, March 17, 2006
Catatan perjalanan - Brunei

7 Mac 2006 (Aktiviti selepas Maghrib)

Lebih kurang jam 7.40 malam, teman Alangz; Jufli muncul. Dan berkali-kali juga beliau meminta maaf kerana terlewat dari janjinya yang sepatutnya pada jam 7.20 malam. Dengan laju katanya memandu semata-mata mahu mengejar masa. That's OK friend...

Banyak juga nama Jufli dicanangkan didalam blog ini. Tongue. Hahahhaa... promo sikit.. masih bujang, sapa nak kenalan hantarlah e-mail ke cicakzzzz@yahoo.com.my Nanti Alangz foward kan e-mail itu kepada dia. Sebenarnya ini merupakan pertama kali Alangz bertemu dengan Jufli. Beliau Alangz kenal melalui e-mail yang beliau kirimkan setelah melayari blog Alangz ini. Kiranya peminat dan pembaca blog Alangz lah... hahahha.. perasan glamour aku kejap... Apapun, Alangz cukup terharu mendengar cerita beliau di mana beliau mencetak blog Alangz dan berkongsi cerita dengan teman sepejabatnya. Huhuhu.. terima kasih Jufli... (Alangz sebelum ini pernah mencetak blog Bro Joe. Kiranya.. cam idola jer blog nie... ahakz... bila orang buat cam... rasa seronoknya ada orang yang suka dengan corak penulisan Alangz..). Apa-apa hal pun, kepada yang membaca secara senyap, Alangz juga hargai anda. Yang memasukkan alamat e-mail ke dalam "notification mail" juga Alangz hargai. Terima kasih banyak-banyak.

OK. Berbalik kepada pertemuan Alangz dengan Jufli. Dia membawa Alangz menerokai Brunei. Destinasi pertama kami adalah di Gadong. Terletak 4.5km dari Bandar Seri Begawan. Memang Gadong lebih meriah dari pusat bandar. Banyak kedai dan variasi perniagaan di sini.

Kalau tidak silap Alangz, nama pusat membeli belah ini adalah Centrepoint. (Jufli, kalau silap inform balik ek..Wink ) Tujuan utama ke mari adalah untuk mencari sedikit cenderahati. Hanya beberapa orang sahaja yang mendapat cenderahati produk Brunei dari Alangz. Rasanya selepas matawang ditukar ke RM, agak tidak berbaloi untuk membelinya secara pukal. Membeli magnet peti ais untuk koleksi peribadi dan kepada dua orang teman yang punyai hobi yang sama Kak Yatie dan Didie. Yang paling best Kak Yatie. Siap berpesan agar mencari barangan yang punyai nama "Brunei". Big Smile Ahakz... (Kak Yatie.. cukup tak promo nama Kak Yatie nie...)

Keluar dari Centrepoint dan Jufli menyatakan kawasan ini lebih banyak 'meriah' jika dibandingkan dengan pusat bandar. Alangz akui kebenaran ini. Dan beliau juga menunjukkan satu hotel iaitu The Centrepoint Hotel yang terletak di Abdul Razak Kompleks. Pakej bilik penginapan bermula dari B$150. Hehhee.. dengan mengamalkan mengembara secara solo dan berkonsepkan bagpackers rasanya tidaklah berbaloi untuk Alangz tinggal di sini.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang kami singgah. Alangz tidak membawa sebarang buku catitan dan menulis hanya berdasarkan ingatan. Melintasi Istana Nurul Iman. Melawati persekitaran Jerudong Park. Sebelum itu Alangz ada bertanya tentang makanan popular di Brunei. Jufli menyatakan Nasi Katok. Sebelum ini ada Alangz perasan papan tanda di sekitar warung dan kedai. Pastinya Alangz mencuba nasi ini.

Menaiki kenderaan dan dibawa ke bangunan paling tinggi di Brunei. Kementerian Kewangan. Bangunan setinggi 17 tingkat. Sebenarnya itulah tempat Jufli bertugas.Tongue (promo lagi nie.. haa.. awek-aweks diluar yang ingin mencari teman... hantar e-mail kan Alangz ek.. nanti Alangz majukan ke Jufli.... hehehehe.. ).

Menyusuri lebuhraya di Brunei lebih kurang sama dengan Malaysia. Cuma yang membezakannya adalah tiada TOL dan harga MINYAK yang murah. Melewati kawasan penduduk di Sengkurong "B". Teringat adik angkat yang tinggal disini. Memang tiada rezeki untuk Alangz bertemu dengannya. Beberapa kali menelefon namun tiada jawapan. Apapun, bulan depan "Selamat pengantin baru adik".

Singgah di pasar malam Gadong. Sempatlah menerokai dan melihat kemeriah para peniaga disini. Alangz seperti biasa, dengan misi mencari makanan tempatan yang tidak pernah Alangz rasa.

 

Sempat Alangz membeli Kelupis dan mmm... lupalah namanya. Gambar sebelah kanan. Pais kot. Kalau tak salah. Apapun makanan menjadi hidangan makan malam Alangz di hotel nanti.

Ha.. gambar diatas itulah En. Jufli. Gambar diambil di persekitaran lobi hotel Empire Hotel & Country Club. So, berminat?.. email kepada cicakzzzz@yahoo.com.my Hehhehee... jangan marah Jufli. Tengah mencari temankan?... Alangz tolong pukul canang jer.. hehehe..

 

 

Hotel Empire Hotel & Country Club merupakan world-class luxury hotel yang sememangnya sungguh indah rekaan dan Alangz rasakan cukup mewah. Kos pembinaan hotel ini menelan belanja sebanyak US$1.1 billion. Jadi, janganlah terkejut dengan harga penginapan di hotel ini.

Bilik ini berharga B$485 semalam. Selepas ditukar kepada ringgit Malaysia lebih kurang RM1105! Memang Alangz akui akan gaya dan perabot mewah di hotel ini. Tilamnya juga begitu empuk.

 

Ruangan bilik air dan tandasnya begitu luas.

 

Jika dilihat pada keindahan ini, mengingatkan Alangz kepada satu petikan dari Buku Lonely Planet; Malaysia, Singapore & Brunei. Muka surat 523. Artikel ini berbunyi;

The Empire Strikes Back

The Empire Hotel was just one among many Prince Jefri's projects that got him into trouble with the Sultan. The lost of his acquisitions makes Imelda Marcos seem like a penny-pinching grandmother. Under the auspices of the Amedeo Development Corporation, Prince Jefri bought five luxurious hotels overseas, including the Beverly Hills Hotel in Los Angeles. But that's nothing compared to some Jefri's possessions audited in the wake of the Sultan's lawsuit against the prince in 2000. It's one thing to covet Asprey's, the jeweller for the British royal family, but what about the gold-plated toilet brushes included among his household items? Wasn't he satified with the usual accoutrements of wealth, like his 2000 cars, private jets and lavish residences around the world?

It's difficult to reconcile the relatively devout and quietly conservative Brunei with a man who names his 50m yacht Tits and its two accompanying speedboats Nipple I and Nipple II. But then again, maybe Prince Jefri is a symbol of Brunei's alter ego, an adolescent nation stuggling to get out and party. The problem is what to do with the morning after.

Rasanya tidak perlu Alangz buat ulasan mengenai artikel ini. Cukuplah sekadar renungan dan menjadi pengajaran kepada kita semua. Berbalik kepada hotel itu. Siapalah Alangz untuk membayar RM1105 untuk tidur semalam disana. Sekadar menjejakkan kaki dan melihat bangunan hotel yang diagung-agungkan ini.

Apapun, untuk tidak mengelirukan anda, Alangz menetap di Jublie hotel yang terletak di Jalan Kampung Kianggeh dengan bayaran B$70 semalam. Kami pulang dan menikmati hidangan yang dibeli di pasar malam Gadong dan nasi katok.

 

Ingatkan nasi katok ini seperti nasi impit (sebab nama katok = ketuk) tapi nasi biasa, sambal dan ayam goreng. Baunya memang sedap. Alangz tidak tahu ramuan apa yang digunapakai. Namun, memang Alangz akui akan kesedapan nasi ini. Ditambah lagi dengan keenakan beras berkualiti tinggi.

Jufli pulang dan Alangz pun menarik selimut.

Bersambung...




Posted by alangz at 3/17/2006 8:17:46 am
Make a comment



Thursday, March 16, 2006
Catatan perjalanan - Brunei (BSB)

7 Mac 2006 (Tengahari)

Selesai mendaftar masuk di hotel sempat berehat seketika sebelum mengatur langkat untuk menerokai Bandar Seri Begawan. Dari Jalan Kampung Kianggeh Alangz berjalan ke Jalan Sultan. Melintasi Taman Hj Sir Muda Omar Ali Saifuddien. Kelihatan pintu gerbang yag dihiasi indah. Rupanya Brunei baru sahaja selesai menyambut Ulangtahun Kemerdekaan negara itu. (mekasih Jufli atas pembetulan info ini).

  

Banyak sungguh model kereta yang boleh dikatakan tergolong dalam keluarga mewah di sini. Proton?... Tongue Sepanjang Alangz di sini, adalah nampak wira sebiji. Walaupun kereta dan petrol murah disini, namun tiada kesesakan yang kelihatan. Mungkin faktor kepadatan penduduk yang rendah iaitu seramai 354,500 orang dan merangkumi 5770 kilometer persegi kawasan menyebabkan ia tidak berlaku. Tenangnya tinggal di sini.

Singgah di kedai makan berhampiran Jalan MacArthur untuk menikmati hidangan makan tengahari. Sengaja Alangz memilih tempat duduk bertentangan dengan Sungai Brunei. Ingin menikmati makan tengahari sambil memerhati kelibatan dan tingkah laku penduduk di Kampung Ayer menaiki teksi air (bot laju).

 

 

Ternyata teksi air itu memang laju. Ahakzz.. pada mulanya memang Alangz teringin sangat untuk menjejakkan kaki ke Kampung Ayer. Tapi melihat cara bot dipandu, memang menakutkan. Yelah, kita tidak biasa dengan air ini. Bagi mereka ini sudah menjadi rutin kehidupan. Tambah lagi ketika sedang menjamu selera, hujan turun agak lebat. Lagilah kecut perut Tongue hahahaa.... Anyway tiada kenalan pun di sana. Maka terbantutlah niat untuk melihat sendiri kehidupan di Kampung Ayer. Jufli pun takut nak naik bot tu kan?.. hehehe... insyaallah, ada rezeki Alangz akan cuba juga mencari jalan untuk meninjau Kampung Ayer ini.

Sebelum itu, semasa memesan makanan sempat Alangz beramas mesra (ahakz... memfofulerkan statment bilal) dengan seorang kakak iaitu pemilik warung makan di situ. Beria-ia bertanya Alangz datang dari mana, berapa hari disini, duduk di mana. Dan yang paling Alangz tidak boleh lupakan adalah pernyataan beliau "ooo.. akak tahu.. adik akak kawin dengan orang Johor..." tiba-tiba... dengan penuh semangat dia menjerit "MAWI Worlddd!!"..... hahhahaa... sabar jerlah Alangz. Popular kau Mawi. Dah rezeki kau. Sampai ke Brunei orang minat.

Selesai makan dan selepas hujan betul-betul reda, Alangz meneruskan langkah. Menyusuri Jalan MacArthur. Terlihat produk Malaysia; Maybank. Senyum sendirian Alangz. Wink Sempatlah singgah di Teck Guan Plaza, Gock Tee Building dan Yayasan (YSHHB) Complex meninjau-ninjau kompleks membeli belah disini. 

Berjalan sendiri berpusing-pusing di Bandar Seri Begawan ini. Ternyata tiada banyak tempat yang boleh diterokai. Rasanya, jika anda orang yang suka ke Muzium, disini anda boleh menghabiskan masa. Pergilah ke Muzium Brunei, Malay Technology Museum, Royal Regalia Museum dan Brunei History Centre. Masuk percuma jer.. Tongue Namun tidak bagi Alangz. Alangz lebih minat memerhati tingkahlaku dan corak kehidupan di sesuatu tempat.

Berjalan lagi dan bertemu pasar Tamu Kianggeh. Masuk seketika dan melihat keadaan kawasan ini. Makanan dan keropok banyak terdapat di sini. Produk pertanian juga boleh didapati di sini.

 

Pulang semula ke hotel setelah penat berjalan. Sebelum itu, semasa di hotel Alangz dapat menghubungi teman; Jufli yang memang Alangz tahu sibuk dengan tugasan beliau.Wink Melayan Dr. Zeti (Gabenor BNM) katanya. Apapun, beliau berjanji untuk membawa Alangz sekitar Brunei dalam jam 7.30 malam. Berkali-kali beliau meminta maaf sebab tidak mengambil Alangz di jeti; terikat dengan jadual kerja. Apapun, Alangz steady jer Jufli. Gerek seh!!... ahakz..

Bersambung.....




Posted by alangz at 3/16/2006 8:05:06 am
Make a comment



Wednesday, March 15, 2006
Catatan perjalanan - Labuan-Brunei

7 Mac 2006

Seawal jam 6.40 pagi Alangz terjaga dari tidur. Dikejutkan dengan deruan hujan yang turun. Mmm.. memang enak untuk menyambung semula tidur. Tapi takut kesiangan, Alangz gagahkan juga diri untuk mandi.

Pukul 7.30 pagi Alangz mendaftar keluar dari tempat penginapan. Singgah sebentar di kedai untuk bersarapan. Agak janggal melihat deretan kedai kain sudahpun memulakan operasi perniagaan walaupun masih awal pagi. Kelihatan kenderaan berlegar di sekitar bandar. Tiada kesesakan. Alangkah indahnya jika Kuala Lumpur juga begitu Wink. Ahh.. berangan sahajalah kau Alangz...

Jarak tempat penginapan dengan jeti tidaklah jauh. Rasanya hanya lima minit berjalan kaki. Tapi, Alangz terpaksa berlari anak. Hari hujan Tongue. Membeli tiket dan feri ke Brunei hanya bertolak jam 9 pagi. Itulah yang paling awal.

Harga tiket dari Labuan ke Brunei adalah RM35.00. Tempoh masa perjalanan lebih kurang 40 minit sahaja. Semasa menaiki feri kedengaran suara operator feri yang berteriak menyatakan "pulang...balik"... "pulang...balik". Masih blur dengan apa yang dimaksud itu. Alangz menyatakan akan tidur di Brunei dan mereka memberi borang untuk diisi sebelum masuk ke Brunei.

Sedang leka mengisi borang, penumpang di sebelah meninjau-ninjau. Seorang wanita dalam lingkungan pertengahan 30an. Warga Indonesia. Bila Alangz menoleh, segera dia bertanya cara untuk mengisi borang itu. 'Enggak ngerti', katanya. Sempatlah menjadi guru spontan sekejap. Bila beliau selesai mengisi borang itu ada beberapa borang lagi yang perlu diisi. Borang masuk ke Brunei dan borang masuk ke Malaysia semula. Ooo... baru Alangz faham apa yang dijeritkan oleh operator feri tersebut.

Mereka yang menetap di Malaysia diberi kebenaran untuk menetap selama lebih kurang 90 hari sahaja. Jadi, warga asing ini perlu keluar dari Malaysia sebelum masuk semula untuk memastikan tempoh penginapan mereka sah di Malaysia. Sudah menjadi kebiasaan untuk mereka menaiki feri seawal jam 9 pagi dan memasuki Brunei. Duduk sebentar di kawasan jeti Brunei sebelum menaiki feri kembali ke Labuan. Itulah yang sibuk dilaungkan 'Pulang.. balik".

Brunei

Lebih kurang jam 9.40 pagi Alangz selamat tiba di jeti Muara, Brunei. Alhamdulillah. Sampai juga Alangz disini setelah sekian lama berkira-kira untuk ke mari.

Beratur untuk mengesahkan pasport. Kehadiran Alangz di sini masih disambut dengan hujan gerimis. Ternyata kawasan pelabuhan ini sedang mengalami kerja-kerja menaiktaraf. Banyak yang sedang diperbaiki.

Alangz berkira-kira untuk menghubungi rakan yang pada mulanya berjanji untuk mengambil Alangz di jeti ini. Dalam jam 10.00 pagi Alangz menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada beliau namun tidak berbalas. Sebelum itu, Alangz ada menerima satu SMS yang bertulis "DSTCom Welcomes you to Brunei Darussalam. For IDD call, please dial <+> or <095> country code><area code><number>. Please call DSTCare on 151 for inquires."

Masih menunggu. Kepala memikir adakah SMS alangz tidak diterima beliau. Lalu menghantar pesanan SMS ke Nazir, teman di Kuala Lumpur. Dan SMS Alangz berbalas. Jadi, memang telefon itu sudah diaktifkan sistem perawaian antarabangsa. Cuba menghubungi teman dia Brunei semula. Yang kedengaran "Baki didalam akaun awda tidak mencukupi.. bla...bla.. bla"... ayoooo!!... baru hantar beberapa SMS ke Kuala Lumpur sudah habis kredit Alangz. Di mana hendak ku cari tambah nilai Maxis di sini?.

Jumpa telefon awam. Namun boleh digunakan dengan menggunakan kad prabayar. Bila bertanya di cafe makan di jeti, mereka tidak menjual kad tersebut. Maka berjalanlah Alangz sambil merencana apa yang hendak dilakukan.

Menunggu sehingga jam 11.30 pagi. Kelibat teman tidak juga kelihatan. Sebelum itu, Alangz diasak dengan khidmat pemandu 'prebet' disini yang mahu menghantar Alangz ke Bandar Seri Begawan dengan tambang B$20. Memang tidak mahu menaikinya kerana ia bukanlah teksi. Berpandukan buku Lonely Planet tambang bas ke Bandar Seri Begawan hanya B$1 sahaja.

Setelah bas tiba, beliau terus menawarkan ke khidmat ke bandar dengan harga B$5. Sebenarnya pemandu 'prebet' ini adalah para pekerja yang berkhidmat di jeti. Alangz dapat kepastian menerusi pakaian seragamnya yang berwarna biru dan seluar biru gelap. Ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan teman serta pemandu teksi semasa Alangz pulang. Sudah menjadi lumrah, mereka juga mahukan pendapatan sampingan.

Disebabkan sudah lama menunggu kelibatan teman tidak langsung kelihatan, Alangz mengambil keputusan untuk menaiki sahaja kereta itu sahaja. Penat berdiri. Ditambah lagi jika menaiki bas akan mengambil masa kerana berhenti-henti.

Perjalanan dari jeti Muara ke Bandar Seri Begawan lebih kurang 20km. Alangz terus dihantar ke hotel yang sudah ditempah terlebih awal oleh teman Alangz. Mekasih Jufli.

Bersambung..




Posted by alangz at 3/15/2006 8:09:09 am
Make a comment



Tuesday, March 14, 2006
Catatan perjalanan - Labuan

6 Mac 2006 (Petang)

 

Selamat tiba di jeti Labuan lebih kurang jam 4.45 petang. Dari kaca mata Alangz, pemandangan di Labuan nampak terurus. Kebersihannya juga boleh dipuji. Cuma, yang agak mendukacitakan adalah status 'bebas cukai' menggalakkan penjualan rokok dan arak di sini. Agak banyak juga kedai yang menjual minuman keras.

Melangkah kaki menuju mencari hotel untuk menginap. Melati Inn yang terletak di Jalan Perpaduan menjadi pilihan Alangz. Menawarkan harga bilik RM48 semalam. Sesuailah dengan budget dan untuk Alangz tidur seketika.

Setelah meletakkan bagasi, terus kaki melangkah ingin menerokai bandar Labuan ini.

  

  

  

 

  

Memang kecil bandar Labuan ini. Dalam kurang dari 2 jam, semua tempat sudah Alangz terokai. Secara kasarnya dapat Alangz rasakan walaupun tempat ini agak kecil, namun faktor pembangunan memang kelihatan. Pelbagai variasi dan keturunan manusia dapat dilihat di Labuan ini. Dengan ertikata lagi, pelbagai bangsa ada disini.

Cuma, minda tertanya-tanya. Disini juga ada 'Mini Indonesia' kah?.. di bahagian belakang Labuan supermarket berhampiran jalan Bunga Mawar ada sebaris kedai makan papan yang kelihatan uzur dan rasanya disinilah kelihatan agak kurang kemas. Bila melintasi kedai-kedai ini kelihatan tanda 'makanan Melayu' dan bila mendengar pertuturan majoriti pengunjung dan tuan punya kedai, bahasa Indonesia dipertuturkan. Entahlah. Tapi yang pasti memang ramai warga Indonesia dan Philiphina. 

 

Dalam perjalanan ke hotel, melintasi Jalan Muhibbah dan kelihatan pasar malam disitu. Bertanya dengan seorang peniaga disitu dan beliau menyatakan pasar malam ini hanya dibuka pada hari Isnin. Rasanya tidak sesuai dipanggil pasar malam kerana walaupun tika melintasi kawasan ini jam baru menunjukkan lebih kurang jam 8.40 malam, hampir separuh dari mereka sudah berkira-kira dan mengemas gerai untuk ditutup. Sempatlah Alangz membeli sedikit makanan untuk menjadi hidangan  tengah malam. Ini adalah kerana semasa berada di Ujana Kewangan, Jalan Merdeka; Alangz sudah menjamu selera. Makan tengahari di waktu petang Tongue. Jadi perut masih lagi kenyang.

Sempat juga singgah di pasaraya Labuan untuk membeli air sebelum meneruskan perjalanan pulang ke hotel.

Bersambung...




Posted by alangz at 3/14/2006 1:56:43 pm
Make a comment




Next Page



<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: