|
Thursday, March 30, 2006
Alangz banyak songeh?… Sebenarnya artikel ini minggu lepas patutnya Alangz kemaskini. Tapi dek kerana outstation untuk jangkamasa seminggu, tidak sempat untuk Alangz berbuat demikian. Hari ini, setelah didesak oleh TgafZa.. ahakz.. maka, Alangz pun berusaha mencuri masa untuk mengemaskini blog Alangz ----------------------------------------------- "Awak ni banyak songeh lah… itupun nak komplain." .. itulah reaksi pertama teman sepejabat Alangz, Nurul; bila mana Alangz menyuarakan rasa ketidakpuasan Alangz terhadap restoran rangkaian makanan segera yang terkenal; Pizza Hut. Ceritanya bermula begini, kebiasaannya kami akan bertanya sesama sendiri apa yang hendak dimakan semasa waktu makan tengahari. Ini adalah kerana pejabat kami terletak jauh dari sebarang gerai atau warung makan menyebabkan kami setiap hari perlu memandu keluar untuk mencari makanan. Rabu, 15 Mac 2006 Alangz mencadangkan untuk menjamu pizza di Pizza Hut. Ditambah lagi dengan promosi yang Alangz lihat di laman web Pizza mengenai "Lunch Express Set". Dengan harga serendah RM7.90 kita boleh menikmati hidangan yang pastinya mengenyangkan perut J Di laman web tertera promosi hanya valid untuk makan di restoran atau dibawa pulang sahaja. Alangz sempat mendail talian hotline 1-300-88-2525 untuk bertanya dan memastikan sama ada mereka boleh memberi khidmat penghantaraan. Dan pasti jawapannya tidak. Maka terpaksalah kami keluar. Ketika mahu melangkah keluar ada teman yang berhajat meminta tolong tapau @ bungkuskan makanan mereka. Kami tiba di Pizza Hut Sunway Piramid. Selesai mengambil pesanan, Alangz menyatakan untuk membawa pulang 2 set lagi. Apa yang mengejutkan, krew yang bertugas menyatakan "Lunch Express Set" hanya untuk dine-in atau makan di restoran sahaja. Dan bila menyatakan Alangz mendapat informasi di laman web dan menelefon talian hotline 1-300-88-2525, "Lunch Express Set" boleh dibeli untuk makan di restoran dan dibawa pulang. Krew itu mendapatkan kepastian dari Pengurus bertugas dan beliau juga menyatakan perkara yang sama. Selesai makan, pulanglah kami dengan tidak membelikan pesanan makanan teman yang lain. Alangz memang tidak berpuas hati. Dan setiba di pejabat Alangz melayari semula laman web rasmi Pizza Hut untuk memastikan Alangz tidak "lepas pandang" terhadap hal ini. Dan ternyata empat mata Alangz tepat. Keesokkan harinya, kami pergi semula di Pizza Hut Sunway Piramid. Menjamu selera sekali lagi dan bertanya soalan yang sama pada krew lain. Jawapannya masih sama. Maka bermulalah episod ketidakpuasan hati Alangz. Dan dari sini jugalah timbulnya pernyataan di awal entry ini. Alangz menghantar e-mail komplain kepada Khidmat Pelanggan Pizza Hut. Subject : Complaint again your promotions TO: General Manager, Marketing Dear Sir, During my lunch time I visited your branch at Sunway Pyramid (See attachment: pizza1.jpg). I really enjoy my meal. Thank you. But I really not satisfied with your advertising on website (See attachment pizza.jpg). In your website stated that Lunch Express meal can be purchase on Take-Away basis. But went I want to do that, one of your staff say we can't. In fact, she has made double confirm with the manager in duty. This meal can only purchase on dine-in only. For your info, I did call your toll free number before that to make an inquiry about it and confirmed that customer can purchase on Take-Away basis. Which one is right? Website and my inquiry stated we can, but Pyramid branch say we can't. Please explain it to me. Regards, Azhar Zainuddin Adress Tel : 03-xxxx HP: 017-xxxxx
Setelah dihantar untuk e-mail ini, Alangz tidak mendapat sebarang respon. Tujuan Alangz menghantar e-mail ini untuk mendapatkan kepastian, yang mana satu boleh diikut sebenarnya. Ini adalah hak pengguna. Kalau tidak ada orang yang bertindak sepertimana Alangz yang banyak songeh ini, perkara ini tiada penghujung. Genap 7 hari tiada tindakbalas dari Khidmat Pelanggan Pizza Hut, hati semakin terbakar. Sekali lagi Alangz mengajukan e-mail kepada mereka dengan menyatakan sekiranya tiada respon dari mereka selama 3 hari bekerja, Alangz akan mengemukakan aduan secara rasmi ke Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna dengan berfikrian mendakwa mereka menyiarkan iklan yang mengelirukan pengguna. Dear Sir, Today is 22 March and is has been 7 days from my date of complaining. Yet, I'm not getting any respond from your's. If I'm not getting any respond within 3 working days, I will forward an official complaint to Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna regarding this issue. Regards, Azhar Dan jangan tidak percaya, kurang dari 3 jam Alangz mendapat panggilan telefon dari Mrs. Lee, Pengurus Operasi. Beliau menyatakan memang informasi yang Alangz dapat adalah betul. "Lunch Express Set" Memang boleh di bawa pulang. Beliau meminta maaf atas kekeliruan dan beliau telahpun bertindak membetulkan informasi di cawangan Sunway Piramid. Dan Alangz pun memberi tugas tambahan kepada beliau. Memangkan beliau hanya memberi respon setelah e-mail kedua Alangz yang mahu melaporkan kepada pihak berwajib, Alangz meminta beliau membalas secara hitam putih, tidak hanya melalui panggilan telefon.
Akhirnya, Nurul yang menyatakan Alangz banyak songeh itu melemparkan senyuman dan membuat pernyataan "nanti bolehlah kita tapau ek?.. senang takyah kuar.. pesan jer kat korang". Mmmm…. Dalam banyak songeh Alangz nie ada juga kebaikannya bukan?… Cicakz… haaa.. kalau korang nak komplain apa-apa yang korang tak puas hati terhadap para peniaga, korang boleh isi borang aduan KPDHEP secara online… sekarang keluarkan suara kalau tidak puas hati….. ini bukan zaman 'Yes Sir' lagi.. banyak saluran yang ada…
Alangz.. pandai ko cicakz….
Cicakz... Tengoklah tuan aku saper....
Alangz.. takder makner nyer ko!.. Posted by alangz at 3/30/2006 11:27:32 am Comments (5) Permalink Wednesday, March 22, 2006
=AWAY= 23 / 29 Mac 2006 "To Site" Semalam Alangz diamanahkan untuk pergi ke tapak pembinaan pemancar telekomunikasi telefon (DiGi). Sebenarnya inilah projek yang syarikat tempat Alangz bekerja lakukan. Tower, cabin & TI works for DiGi. Dan sebenarnya juga tugasan Alangz sebelum ini hanyalah melakukan tugasan pejabat. Ada juga pergi melawat tapak pembinaan, tapi sekadar melawat untuk melengkapkan kerja di atas kertas. Tidak pernah melakukan tugasan seperti memasang "alarm junction box" ini. Tapi dek kerana kekurangan kakitangan dan mengejar masa, Alangz diarahkan melakukan tugasan di tapak pembinaan dalam masa seminggu ini. Selaku pembantu sahaja sebenarnya. Apapun, memang seronok sekali sekala dapat keluar dari pejabat dan melakukan tugasan ini. Dan tugasan inipun menyeronokkan Dan Alangz tidak akan berada di pejabat untuk beberapa ketika. Maka, blog ini akan bersawang kembali. Ahakz...
Tentu anda semua pernah tertanya apa yang ada di dalam kabin di bawah menara ini. Jadi, kesempatan yang ada semalam Alangz gunakan sepenuhnya mengambil gambar-gambar ini. Ada perkakasan yang Alangz tahu dan banyak juga yang Alangz tidak tahu. Alhamdulillah, ada teman sekerja yang tidak kedekut ilmu untuk bercerita fungsi sesuatu barang di dalam kabin ini. Apapun, ada rezeki Alangz akan ceritakan kemudian hari. Tapi, rasanya lebih menekankan keadaan penduduk di sesuatu tempat itu Cicakz... huhhh.. kalo berjalan, panjang jer langkah ko ek Alangz.... Macam pernah ku dengar ayat itu... kan MM Posted by alangz at 3/22/2006 5:32:14 pm Comments (2) Permalink Monday, March 20, 2006
Perjumpaan taggers blog Joe Perantau 18th Mac 2006 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh ramai teman chatters, kenalan dari blog Bro Joe. Jam 8 malam adalah masa yang ditentukan. Lokasinya di Manhattan Fist Market, Ikano. Dan penganjur untuk perjumpaan kali ini adalah Miss Coco.
Secara asasnya ini merupakan perjumpaan teman chatters blog Bro Joe kali kedua yang Alangz hadiri. Memang meriah. Seramai 17 orang menghadirikan diri dalam perjumpaan kali ini. Mereka terdiri daripada; Coco, Puteri, Delinn, Sempoi (+ Abg Din & 2 anak), TgafZa (Amid + anak), Alangz (+ anak ikan
Walaupun Bro Joe tidak menghadiri perjumpaan ini (US... jauh tuh), tapi Alangz respect dengan beliau kerana sanggup bangun seawal pagi semata-mata untuk membuat panggilan telefon dan bersembang dengan semua yang hadir. Dan lebih mengharukan kami semua, semua makanan dibayar oleh Bro Joe. Terima kasih Bro..
Terus terang Alangz katakan yang ini merupakan kali pertama Alangz menjamu selera di Manhattan Fist Market. Sekali sekala untuk menjamu selera, rasanya Alangz boleh terima. Tapi, kalau tiap-tiap hari pasti muak dan tekak tidak boleh menerima makanan ini. Apapun, rasanya antara ramai-ramai yang hadir, 'kuali' [ahakz bilal.. memang marah orang tua tengok kita makan dalam kuali] Alangz yang betul-betul bersih. Buktinya;
Sebelum & Selepas... amin... Sebelum menerima pesanan, sesi beramah mesra dengan Bro Joe menerusi telefon. Lihatlah aksi Bilal. Mmm... memang berpotensi besar menjadi 'ibu ayam' untuk menjaga reban ayam.. ahakz... (kepada mereka yang tidak tahu, reban ayam = blog Bro Joe)
Selesai semua menjamu selera, ramai yang beransur dan mula menyempit ke arah 'ibu ayam'. Dan acara beramas mesra mula kedengaran.
Keriuhan semakin meriah. Di tambah lagi dengan keramahan antara mulut TgafZa, Bilal dan Puteri. Angah, Arc dan Delinn juga boleh tahan. Cuma yang agak menyepi Ima. Mungkin faktor pertama kali bertemu beliau kurang berinteraksi. Pastinya, kami menghargai kehadiranmu Ima. Kalau tidak dimulakan 'ice breaking' sekarang, bila lagi bukan?. Ahakz.
Sesi yang pastinya dikuasai oleh kaum Hawa ini bertambah rancak. Aksi dan gaya Puteri memang membuktikan beliau memang 'Ratu Laser'. Apapun, memang seronok dapat bersua muka dengan orang yang kita berborak dalam talian secara maya sebelum ini. Jika niat persahabatan yang baik, pastinya ia mendatangkan kebaikan. Inilah antara kelebihan interaksi dan kenalan alam siber.
Terima kasih teman... Cicakz... Wah.. wah.. wah Alangz... seronok ko ek.. tapikan aku tengok badan ko makin 'meriah' lah.. cuba diet sikit... Alangz.. huhuhu.. ku sedar cicakz... arghh.. tidakk.... Posted by alangz at 3/20/2006 9:54:05 am Comments (7) Permalink Saturday, March 18, 2006
Catatan perjalanan - Brunei-Labuan-KK-KL (Akhir) 8 Mac 2006 Seawal jam 6.30 pagi Alangz terjaga. Sebenarnya terkejut setelah langsir di hotel itu tersingkap dan memperlihatkan hari sudah cerah. Mati-mati ingatkan Alangz kesiangan. Terbabas dari tidur. Hahaha... memang di sini awal cerahnya. Apapun, Alangz berkemas. Mandi dan membuat apa-apa yang patut di pagi hari
Selesai bersarapan pagi, Alangz mendaftar keluar dari Jubliee Hotel. Malas berfikir panjang dan meminta gadis kaunter menelefon teksi untuk ke jeti. B$30. Takut terlepas feri kerana penerbangan balik ke Kuala Lumpur malam ini.
Sampai di jeti terus membeli tiket feri berharga B$15. Cukai jeti B$1. Perjalanan ke Labuan seawal jam 8.30 pagi.
Secara peribadinya Alangz rasakan memang tidak puas untuk menerokai Brunei dalam masa kurang dari 24jam. Insyaallah, ada kesempatan lagi pasti Alangz akan melawat semua. (Jufli.. Alangz nak gi Kg Ayer.. ingat ek.. hehe..). Pengalaman berada di negara Brunei Darussalam terasa seperti jam berdetik begitu perlahan. Dari segi persembahan televisyennya, dari segi amalan kerjanya, dari segi pembangunannya. Alangz terfikir pendapatan utama Brunei adalah dari hasil minyak di sekitar kawasan Seria dan Muara. Dan mengikut rezab, dijangka Brunei akan kehabisan sumber asli ini sekitar tahun 2020. Jika dicongak dari tahun ini (2006 hingga 2020) Brunei punyai masa 14 tahun untuk mencari alternatif lagi untuk pendapatan mereka. Sudah tiba masanya penduduk dan kerajaan Brunei mula merubah cara hidup mereka. Mula bekerja lebih keras untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan mutu kerja. --------------------------------------------------- Tiba di jeti Labuan sekitar jam 9.20 pagi. Terus membeli tiket untuk ke Kota Kinabalu. Jadual feri untuk perjalanan pulang ke Kota Kinabalu paling awal yang ada jam 1 petang. Jika difikir dan dicongak secara logik, rasanya kerajaan Malaysia menjaga jadual perjalanan feri ini. Yelah.. dari Brunei kita tiba sekitar jam 9.30 pagi. Feri ke Kota Kinabalu 1 petang. Kita punyai lebih kurang 3 jam setengah untuk berlegar-legar di Labuan. Dan pastinya semasa berlegar, banyak benda yang akan dibeli atau 'terbeli'. Kawasan bebas cukai
Menyesal sungguh tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur menerusi Labuan. Ini adalah kerana perjalanan ke Kota Kinabalu yang teramatlah membosankan. 3 jam lebih. Tiba di jeti Kota Kinabalu lebih kurang jam 4.30 petang. Dengan membawa bagasi, Alangz mengorak langkah menuju semula ke Filipino market. Membeli sedikit lagi barangan. Sebenarnya sebelum ini Alangz ada memberi deposit dan menyuruh pekedai di situ menyimpan beg dan barangan jualan lain kerana tidak mahu membawanya ke Labuan-Brunei. Buat berat beg jer kan?.. Jadi, tibalah saat untuk mengambilnya. Sempat juga ke Centre Point. Dan kemudiannya mengambil teksi dari situ ke lapangan terbang. Sampai di sana sekitar jam 6.40 petang. Sempatlah Alangz menukar pakaian dan menjamu selera sebelum mendaftar masuk dan penerbangan dijadualkan jam 8.20 malam. Dan paling tidak diduga, semasa menjamu selera, terlihat bos lama Alangz. Hehehe.. terus menegurnya; En. Azhar. Kelakar juga memikirkan En. Azhar bertemu Azhar.. ahakz... Tiba di KLIA lebih kurang jam 10.40 malam. Mekasih Nazir dan housemate Wan, sebab sudi menjemput Alangz di KLIA. Cicakzz... huhuhu.. aku tak sanggup ikut ko lagi Alangz.. masuk dalam beg dan bila berada dalam kawasan bagasi, dorang campak-campak jer aku. Sakit badan aku tak hilang lagi. Pastu naik feri.. perggh.. lamanya.. rasa nak termuntah aku pasal mabuk laut. Pastu ko nie suka sangat berjalanlah. Tak sempat aku nak rehat dah jalan. Letih tau.... Alangz.. You asked for it!!... ahakz... =TAMAT= Posted by alangz at 3/18/2006 8:05:44 am Make a comment Permalink Friday, March 17, 2006
Catatan perjalanan - Brunei 7 Mac 2006 (Aktiviti selepas Maghrib) Lebih kurang jam 7.40 malam, teman Alangz; Jufli muncul. Dan berkali-kali juga beliau meminta maaf kerana terlewat dari janjinya yang sepatutnya pada jam 7.20 malam. Dengan laju katanya memandu semata-mata mahu mengejar masa. That's OK friend... Banyak juga nama Jufli dicanangkan didalam blog ini. OK. Berbalik kepada pertemuan Alangz dengan Jufli. Dia membawa Alangz menerokai Brunei. Destinasi pertama kami adalah di Gadong. Terletak 4.5km dari Bandar Seri Begawan. Memang Gadong lebih meriah dari pusat bandar. Banyak kedai dan variasi perniagaan di sini.
Kalau tidak silap Alangz, nama pusat membeli belah ini adalah Centrepoint. (Jufli, kalau silap inform balik ek.. Keluar dari Centrepoint dan Jufli menyatakan kawasan ini lebih banyak 'meriah' jika dibandingkan dengan pusat bandar. Alangz akui kebenaran ini. Dan beliau juga menunjukkan satu hotel iaitu The Centrepoint Hotel yang terletak di Abdul Razak Kompleks. Pakej bilik penginapan bermula dari B$150. Hehhee.. dengan mengamalkan mengembara secara solo dan berkonsepkan bagpackers rasanya tidaklah berbaloi untuk Alangz tinggal di sini. Sebenarnya banyak lagi tempat yang kami singgah. Alangz tidak membawa sebarang buku catitan dan menulis hanya berdasarkan ingatan. Melintasi Istana Nurul Iman. Melawati persekitaran Jerudong Park. Sebelum itu Alangz ada bertanya tentang makanan popular di Brunei. Jufli menyatakan Nasi Katok. Sebelum ini ada Alangz perasan papan tanda di sekitar warung dan kedai. Pastinya Alangz mencuba nasi ini.
Menaiki kenderaan dan dibawa ke bangunan paling tinggi di Brunei. Kementerian Kewangan. Bangunan setinggi 17 tingkat. Sebenarnya itulah tempat Jufli bertugas. Menyusuri lebuhraya di Brunei lebih kurang sama dengan Malaysia. Cuma yang membezakannya adalah tiada TOL dan harga MINYAK yang murah. Melewati kawasan penduduk di Sengkurong "B". Teringat adik angkat yang tinggal disini. Memang tiada rezeki untuk Alangz bertemu dengannya. Beberapa kali menelefon namun tiada jawapan. Apapun, bulan depan "Selamat pengantin baru adik". Singgah di pasar malam Gadong. Sempatlah menerokai dan melihat kemeriah para peniaga disini. Alangz seperti biasa, dengan misi mencari makanan tempatan yang tidak pernah Alangz rasa.
Sempat Alangz membeli Kelupis dan mmm... lupalah namanya. Gambar sebelah kanan. Pais kot. Kalau tak salah. Apapun makanan menjadi hidangan makan malam Alangz di hotel nanti.
Ha.. gambar diatas itulah En. Jufli. Gambar diambil di persekitaran lobi hotel Empire Hotel & Country Club. So, berminat?.. email kepada cicakzzzz@yahoo.com.my Hehhehee... jangan marah Jufli. Tengah mencari temankan?... Alangz tolong pukul canang jer.. hehehe..
Hotel Empire Hotel & Country Club merupakan world-class luxury hotel yang sememangnya sungguh indah rekaan dan Alangz rasakan cukup mewah. Kos pembinaan hotel ini menelan belanja sebanyak US$1.1 billion. Jadi, janganlah terkejut dengan harga penginapan di hotel ini.
Bilik ini berharga B$485 semalam. Selepas ditukar kepada ringgit Malaysia lebih kurang RM1105! Memang Alangz akui akan gaya dan perabot mewah di hotel ini. Tilamnya juga begitu empuk.
Ruangan bilik air dan tandasnya begitu luas.
Jika dilihat pada keindahan ini, mengingatkan Alangz kepada satu petikan dari Buku Lonely Planet; Malaysia, Singapore & Brunei. Muka surat 523. Artikel ini berbunyi; The Empire Strikes Back The Empire Hotel was just one among many Prince Jefri's projects that got him into trouble with the Sultan. The lost of his acquisitions makes Imelda Marcos seem like a penny-pinching grandmother. Under the auspices of the Amedeo Development Corporation, Prince Jefri bought five luxurious hotels overseas, including the Beverly Hills Hotel in Los Angeles. But that's nothing compared to some Jefri's possessions audited in the wake of the Sultan's lawsuit against the prince in 2000. It's one thing to covet Asprey's, the jeweller for the British royal family, but what about the gold-plated toilet brushes included among his household items? Wasn't he satified with the usual accoutrements of wealth, like his 2000 cars, private jets and lavish residences around the world? It's difficult to reconcile the relatively devout and quietly conservative Brunei with a man who names his 50m yacht Tits and its two accompanying speedboats Nipple I and Nipple II. But then again, maybe Prince Jefri is a symbol of Brunei's alter ego, an adolescent nation stuggling to get out and party. The problem is what to do with the morning after. Rasanya tidak perlu Alangz buat ulasan mengenai artikel ini. Cukuplah sekadar renungan dan menjadi pengajaran kepada kita semua. Berbalik kepada hotel itu. Siapalah Alangz untuk membayar RM1105 untuk tidur semalam disana. Sekadar menjejakkan kaki dan melihat bangunan hotel yang diagung-agungkan ini. Apapun, untuk tidak mengelirukan anda, Alangz menetap di Jublie hotel yang terletak di Jalan Kampung Kianggeh dengan bayaran B$70 semalam. Kami pulang dan menikmati hidangan yang dibeli di pasar malam Gadong dan nasi katok.
Ingatkan nasi katok ini seperti nasi impit (sebab nama katok = ketuk) tapi nasi biasa, sambal dan ayam goreng. Baunya memang sedap. Alangz tidak tahu ramuan apa yang digunapakai. Namun, memang Alangz akui akan kesedapan nasi ini. Ditambah lagi dengan keenakan beras berkualiti tinggi. Jufli pulang dan Alangz pun menarik selimut. Bersambung... Posted by alangz at 3/17/2006 8:17:46 am Make a comment Permalink
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||