|
Tuesday, April 04, 2006
Entry yang tidak bertajuk... Sebenarnya kepala Alangz blur. Tak tahu hendak dimula dari mana. Sepatutnya artikel mengenai kerja-kerja di site yang telah Alangz laksanakan minggu lepas patut dicatatkan. Tapi, dek kerana bebanan tugasan menyebabkan Alangz terpaksa meminggirkan blog. Yelah, seminggu lamanya kerja luar. Bila mana pulang ke pejabat, pastinya meja ditimbuni kerja-kerja lain yang terbengkalai. Hehhee... Seronok bilamana teringat SMS dari teman Yahoo Messenger. Antaranya; Lamanya o'station, jelesnye! Hehe.. amik gambo byk2 tau mcm biasa sender: TgafZa bila nak balik nie.. bosan tul laa tak chat ngan alangzz yg glamer nih.. ehhee sender: nurilhuda Hahaha... glamer ker Alangz?.. hishh.. takder makner nyerlah Untuk tidak menghampakan TgafZa... Alangz memang mengambil banyak gambar. Rasanya hari ini, Alangz akan mengemaskini gambar-gambar dari site sahaja. Insyaallah, besok lusa ada kelapangan Alangz akan menceritakan tentang catatan perjalanan di negeri Johor.
Cicakz... bosannya entry kali nie... ringkas bebeno.... Posted by alangz at 4/4/2006 4:45:43 pm Comment (1) Permalink Thursday, March 30, 2006
Alangz banyak songeh?… Sebenarnya artikel ini minggu lepas patutnya Alangz kemaskini. Tapi dek kerana outstation untuk jangkamasa seminggu, tidak sempat untuk Alangz berbuat demikian. Hari ini, setelah didesak oleh TgafZa.. ahakz.. maka, Alangz pun berusaha mencuri masa untuk mengemaskini blog Alangz ----------------------------------------------- "Awak ni banyak songeh lah… itupun nak komplain." .. itulah reaksi pertama teman sepejabat Alangz, Nurul; bila mana Alangz menyuarakan rasa ketidakpuasan Alangz terhadap restoran rangkaian makanan segera yang terkenal; Pizza Hut. Ceritanya bermula begini, kebiasaannya kami akan bertanya sesama sendiri apa yang hendak dimakan semasa waktu makan tengahari. Ini adalah kerana pejabat kami terletak jauh dari sebarang gerai atau warung makan menyebabkan kami setiap hari perlu memandu keluar untuk mencari makanan. Rabu, 15 Mac 2006 Alangz mencadangkan untuk menjamu pizza di Pizza Hut. Ditambah lagi dengan promosi yang Alangz lihat di laman web Pizza mengenai "Lunch Express Set". Dengan harga serendah RM7.90 kita boleh menikmati hidangan yang pastinya mengenyangkan perut J Di laman web tertera promosi hanya valid untuk makan di restoran atau dibawa pulang sahaja. Alangz sempat mendail talian hotline 1-300-88-2525 untuk bertanya dan memastikan sama ada mereka boleh memberi khidmat penghantaraan. Dan pasti jawapannya tidak. Maka terpaksalah kami keluar. Ketika mahu melangkah keluar ada teman yang berhajat meminta tolong tapau @ bungkuskan makanan mereka. Kami tiba di Pizza Hut Sunway Piramid. Selesai mengambil pesanan, Alangz menyatakan untuk membawa pulang 2 set lagi. Apa yang mengejutkan, krew yang bertugas menyatakan "Lunch Express Set" hanya untuk dine-in atau makan di restoran sahaja. Dan bila menyatakan Alangz mendapat informasi di laman web dan menelefon talian hotline 1-300-88-2525, "Lunch Express Set" boleh dibeli untuk makan di restoran dan dibawa pulang. Krew itu mendapatkan kepastian dari Pengurus bertugas dan beliau juga menyatakan perkara yang sama. Selesai makan, pulanglah kami dengan tidak membelikan pesanan makanan teman yang lain. Alangz memang tidak berpuas hati. Dan setiba di pejabat Alangz melayari semula laman web rasmi Pizza Hut untuk memastikan Alangz tidak "lepas pandang" terhadap hal ini. Dan ternyata empat mata Alangz tepat. Keesokkan harinya, kami pergi semula di Pizza Hut Sunway Piramid. Menjamu selera sekali lagi dan bertanya soalan yang sama pada krew lain. Jawapannya masih sama. Maka bermulalah episod ketidakpuasan hati Alangz. Dan dari sini jugalah timbulnya pernyataan di awal entry ini. Alangz menghantar e-mail komplain kepada Khidmat Pelanggan Pizza Hut. Subject : Complaint again your promotions TO: General Manager, Marketing Dear Sir, During my lunch time I visited your branch at Sunway Pyramid (See attachment: pizza1.jpg). I really enjoy my meal. Thank you. But I really not satisfied with your advertising on website (See attachment pizza.jpg). In your website stated that Lunch Express meal can be purchase on Take-Away basis. But went I want to do that, one of your staff say we can't. In fact, she has made double confirm with the manager in duty. This meal can only purchase on dine-in only. For your info, I did call your toll free number before that to make an inquiry about it and confirmed that customer can purchase on Take-Away basis. Which one is right? Website and my inquiry stated we can, but Pyramid branch say we can't. Please explain it to me. Regards, Azhar Zainuddin Adress Tel : 03-xxxx HP: 017-xxxxx
Setelah dihantar untuk e-mail ini, Alangz tidak mendapat sebarang respon. Tujuan Alangz menghantar e-mail ini untuk mendapatkan kepastian, yang mana satu boleh diikut sebenarnya. Ini adalah hak pengguna. Kalau tidak ada orang yang bertindak sepertimana Alangz yang banyak songeh ini, perkara ini tiada penghujung. Genap 7 hari tiada tindakbalas dari Khidmat Pelanggan Pizza Hut, hati semakin terbakar. Sekali lagi Alangz mengajukan e-mail kepada mereka dengan menyatakan sekiranya tiada respon dari mereka selama 3 hari bekerja, Alangz akan mengemukakan aduan secara rasmi ke Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna dengan berfikrian mendakwa mereka menyiarkan iklan yang mengelirukan pengguna. Dear Sir, Today is 22 March and is has been 7 days from my date of complaining. Yet, I'm not getting any respond from your's. If I'm not getting any respond within 3 working days, I will forward an official complaint to Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna regarding this issue. Regards, Azhar Dan jangan tidak percaya, kurang dari 3 jam Alangz mendapat panggilan telefon dari Mrs. Lee, Pengurus Operasi. Beliau menyatakan memang informasi yang Alangz dapat adalah betul. "Lunch Express Set" Memang boleh di bawa pulang. Beliau meminta maaf atas kekeliruan dan beliau telahpun bertindak membetulkan informasi di cawangan Sunway Piramid. Dan Alangz pun memberi tugas tambahan kepada beliau. Memangkan beliau hanya memberi respon setelah e-mail kedua Alangz yang mahu melaporkan kepada pihak berwajib, Alangz meminta beliau membalas secara hitam putih, tidak hanya melalui panggilan telefon.
Akhirnya, Nurul yang menyatakan Alangz banyak songeh itu melemparkan senyuman dan membuat pernyataan "nanti bolehlah kita tapau ek?.. senang takyah kuar.. pesan jer kat korang". Mmmm…. Dalam banyak songeh Alangz nie ada juga kebaikannya bukan?… Cicakz… haaa.. kalau korang nak komplain apa-apa yang korang tak puas hati terhadap para peniaga, korang boleh isi borang aduan KPDHEP secara online… sekarang keluarkan suara kalau tidak puas hati….. ini bukan zaman 'Yes Sir' lagi.. banyak saluran yang ada…
Alangz.. pandai ko cicakz….
Cicakz... Tengoklah tuan aku saper....
Alangz.. takder makner nyer ko!.. Posted by alangz at 3/30/2006 11:27:32 am Comments (5) Permalink Wednesday, March 22, 2006
=AWAY= 23 / 29 Mac 2006 "To Site" Semalam Alangz diamanahkan untuk pergi ke tapak pembinaan pemancar telekomunikasi telefon (DiGi). Sebenarnya inilah projek yang syarikat tempat Alangz bekerja lakukan. Tower, cabin & TI works for DiGi. Dan sebenarnya juga tugasan Alangz sebelum ini hanyalah melakukan tugasan pejabat. Ada juga pergi melawat tapak pembinaan, tapi sekadar melawat untuk melengkapkan kerja di atas kertas. Tidak pernah melakukan tugasan seperti memasang "alarm junction box" ini. Tapi dek kerana kekurangan kakitangan dan mengejar masa, Alangz diarahkan melakukan tugasan di tapak pembinaan dalam masa seminggu ini. Selaku pembantu sahaja sebenarnya. Apapun, memang seronok sekali sekala dapat keluar dari pejabat dan melakukan tugasan ini. Dan tugasan inipun menyeronokkan Dan Alangz tidak akan berada di pejabat untuk beberapa ketika. Maka, blog ini akan bersawang kembali. Ahakz...
Tentu anda semua pernah tertanya apa yang ada di dalam kabin di bawah menara ini. Jadi, kesempatan yang ada semalam Alangz gunakan sepenuhnya mengambil gambar-gambar ini. Ada perkakasan yang Alangz tahu dan banyak juga yang Alangz tidak tahu. Alhamdulillah, ada teman sekerja yang tidak kedekut ilmu untuk bercerita fungsi sesuatu barang di dalam kabin ini. Apapun, ada rezeki Alangz akan ceritakan kemudian hari. Tapi, rasanya lebih menekankan keadaan penduduk di sesuatu tempat itu Cicakz... huhhh.. kalo berjalan, panjang jer langkah ko ek Alangz.... Macam pernah ku dengar ayat itu... kan MM Posted by alangz at 3/22/2006 5:32:14 pm Comments (2) Permalink Monday, March 20, 2006
Perjumpaan taggers blog Joe Perantau 18th Mac 2006 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh ramai teman chatters, kenalan dari blog Bro Joe. Jam 8 malam adalah masa yang ditentukan. Lokasinya di Manhattan Fist Market, Ikano. Dan penganjur untuk perjumpaan kali ini adalah Miss Coco.
Secara asasnya ini merupakan perjumpaan teman chatters blog Bro Joe kali kedua yang Alangz hadiri. Memang meriah. Seramai 17 orang menghadirikan diri dalam perjumpaan kali ini. Mereka terdiri daripada; Coco, Puteri, Delinn, Sempoi (+ Abg Din & 2 anak), TgafZa (Amid + anak), Alangz (+ anak ikan
Walaupun Bro Joe tidak menghadiri perjumpaan ini (US... jauh tuh), tapi Alangz respect dengan beliau kerana sanggup bangun seawal pagi semata-mata untuk membuat panggilan telefon dan bersembang dengan semua yang hadir. Dan lebih mengharukan kami semua, semua makanan dibayar oleh Bro Joe. Terima kasih Bro..
Terus terang Alangz katakan yang ini merupakan kali pertama Alangz menjamu selera di Manhattan Fist Market. Sekali sekala untuk menjamu selera, rasanya Alangz boleh terima. Tapi, kalau tiap-tiap hari pasti muak dan tekak tidak boleh menerima makanan ini. Apapun, rasanya antara ramai-ramai yang hadir, 'kuali' [ahakz bilal.. memang marah orang tua tengok kita makan dalam kuali] Alangz yang betul-betul bersih. Buktinya;
Sebelum & Selepas... amin... Sebelum menerima pesanan, sesi beramah mesra dengan Bro Joe menerusi telefon. Lihatlah aksi Bilal. Mmm... memang berpotensi besar menjadi 'ibu ayam' untuk menjaga reban ayam.. ahakz... (kepada mereka yang tidak tahu, reban ayam = blog Bro Joe)
Selesai semua menjamu selera, ramai yang beransur dan mula menyempit ke arah 'ibu ayam'. Dan acara beramas mesra mula kedengaran.
Keriuhan semakin meriah. Di tambah lagi dengan keramahan antara mulut TgafZa, Bilal dan Puteri. Angah, Arc dan Delinn juga boleh tahan. Cuma yang agak menyepi Ima. Mungkin faktor pertama kali bertemu beliau kurang berinteraksi. Pastinya, kami menghargai kehadiranmu Ima. Kalau tidak dimulakan 'ice breaking' sekarang, bila lagi bukan?. Ahakz.
Sesi yang pastinya dikuasai oleh kaum Hawa ini bertambah rancak. Aksi dan gaya Puteri memang membuktikan beliau memang 'Ratu Laser'. Apapun, memang seronok dapat bersua muka dengan orang yang kita berborak dalam talian secara maya sebelum ini. Jika niat persahabatan yang baik, pastinya ia mendatangkan kebaikan. Inilah antara kelebihan interaksi dan kenalan alam siber.
Terima kasih teman... Cicakz... Wah.. wah.. wah Alangz... seronok ko ek.. tapikan aku tengok badan ko makin 'meriah' lah.. cuba diet sikit... Alangz.. huhuhu.. ku sedar cicakz... arghh.. tidakk.... Posted by alangz at 3/20/2006 9:54:05 am Comments (7) Permalink Saturday, March 18, 2006
Catatan perjalanan - Brunei-Labuan-KK-KL (Akhir) 8 Mac 2006 Seawal jam 6.30 pagi Alangz terjaga. Sebenarnya terkejut setelah langsir di hotel itu tersingkap dan memperlihatkan hari sudah cerah. Mati-mati ingatkan Alangz kesiangan. Terbabas dari tidur. Hahaha... memang di sini awal cerahnya. Apapun, Alangz berkemas. Mandi dan membuat apa-apa yang patut di pagi hari
Selesai bersarapan pagi, Alangz mendaftar keluar dari Jubliee Hotel. Malas berfikir panjang dan meminta gadis kaunter menelefon teksi untuk ke jeti. B$30. Takut terlepas feri kerana penerbangan balik ke Kuala Lumpur malam ini.
Sampai di jeti terus membeli tiket feri berharga B$15. Cukai jeti B$1. Perjalanan ke Labuan seawal jam 8.30 pagi.
Secara peribadinya Alangz rasakan memang tidak puas untuk menerokai Brunei dalam masa kurang dari 24jam. Insyaallah, ada kesempatan lagi pasti Alangz akan melawat semua. (Jufli.. Alangz nak gi Kg Ayer.. ingat ek.. hehe..). Pengalaman berada di negara Brunei Darussalam terasa seperti jam berdetik begitu perlahan. Dari segi persembahan televisyennya, dari segi amalan kerjanya, dari segi pembangunannya. Alangz terfikir pendapatan utama Brunei adalah dari hasil minyak di sekitar kawasan Seria dan Muara. Dan mengikut rezab, dijangka Brunei akan kehabisan sumber asli ini sekitar tahun 2020. Jika dicongak dari tahun ini (2006 hingga 2020) Brunei punyai masa 14 tahun untuk mencari alternatif lagi untuk pendapatan mereka. Sudah tiba masanya penduduk dan kerajaan Brunei mula merubah cara hidup mereka. Mula bekerja lebih keras untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan mutu kerja. --------------------------------------------------- Tiba di jeti Labuan sekitar jam 9.20 pagi. Terus membeli tiket untuk ke Kota Kinabalu. Jadual feri untuk perjalanan pulang ke Kota Kinabalu paling awal yang ada jam 1 petang. Jika difikir dan dicongak secara logik, rasanya kerajaan Malaysia menjaga jadual perjalanan feri ini. Yelah.. dari Brunei kita tiba sekitar jam 9.30 pagi. Feri ke Kota Kinabalu 1 petang. Kita punyai lebih kurang 3 jam setengah untuk berlegar-legar di Labuan. Dan pastinya semasa berlegar, banyak benda yang akan dibeli atau 'terbeli'. Kawasan bebas cukai
Menyesal sungguh tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur menerusi Labuan. Ini adalah kerana perjalanan ke Kota Kinabalu yang teramatlah membosankan. 3 jam lebih. Tiba di jeti Kota Kinabalu lebih kurang jam 4.30 petang. Dengan membawa bagasi, Alangz mengorak langkah menuju semula ke Filipino market. Membeli sedikit lagi barangan. Sebenarnya sebelum ini Alangz ada memberi deposit dan menyuruh pekedai di situ menyimpan beg dan barangan jualan lain kerana tidak mahu membawanya ke Labuan-Brunei. Buat berat beg jer kan?.. Jadi, tibalah saat untuk mengambilnya. Sempat juga ke Centre Point. Dan kemudiannya mengambil teksi dari situ ke lapangan terbang. Sampai di sana sekitar jam 6.40 petang. Sempatlah Alangz menukar pakaian dan menjamu selera sebelum mendaftar masuk dan penerbangan dijadualkan jam 8.20 malam. Dan paling tidak diduga, semasa menjamu selera, terlihat bos lama Alangz. Hehehe.. terus menegurnya; En. Azhar. Kelakar juga memikirkan En. Azhar bertemu Azhar.. ahakz... Tiba di KLIA lebih kurang jam 10.40 malam. Mekasih Nazir dan housemate Wan, sebab sudi menjemput Alangz di KLIA. Cicakzz... huhuhu.. aku tak sanggup ikut ko lagi Alangz.. masuk dalam beg dan bila berada dalam kawasan bagasi, dorang campak-campak jer aku. Sakit badan aku tak hilang lagi. Pastu naik feri.. perggh.. lamanya.. rasa nak termuntah aku pasal mabuk laut. Pastu ko nie suka sangat berjalanlah. Tak sempat aku nak rehat dah jalan. Letih tau.... Alangz.. You asked for it!!... ahakz... =TAMAT= Posted by alangz at 3/18/2006 8:05:44 am Make a comment Permalink
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||