|
Friday, April 07, 2006
Iklan lagi... Candat & Canda Sebenarnya semalam Alangz terima mail pasal candat & canda nie. Memang lama dah mengintai-ngintai untuk mencari peluang mencandat sotong. Alangz baru dapat bercakap dengan Tiger @ HIsham... masih ada kekosongan kalau sesiapa nak pergi. Tak ramai lagi.. dalam 10 orang sahaja. Cam best jer... Alangz nak pergi!!!... [away... cari borang cuti.. ahakz...] “Candat & Canda” Marang/Pulau Kapas, Terengganu 28 April - 1 May 2006 28 April 2006 29 April 2006 Beli Keropok di Losong 2.00 pm : Sambung Jalan2 kat Bandar Terangganu….. make sure pukul 2.30 kowang sampai balik ke Bas utk memastikan tak tertinggal. 3.00 : berkumpul di jeti dan pemecahan mengikut kumpulan dan bot. hehehhe. Time nih kena kowtim sesiap camana pembahagian sutun tuh nak buat.. jgn satgi ada yg bergaduh plak…. Setiap kumpulan akan diberikan perkakasan memasak yg asas sahaja untuk menggoreng sutun kat dalam bot tuh nanti.. kalau nak masak lebih2 kena prepare sendiri… dapur disediakan. * Kita akan mencandat sampai keluar muntah * Sila bawak pil mabuk laut yang mencukupi * Alatan untuk mencandat disediakan, sapa nak memancing bawak sendiri * 12 orang utk satu boat * Hasil tangkapan, sapa dpt dia punya, sapa yang tak dapat bole ler beli dari kengkawan yang dpt tangkap banyak. Nak kongsi2, korang pakat2 ler sesama korang. Semua org leh bawak tong memasing. * Makanan atas boat tidak disediakan. Sapa yang lapar leh ler goreng sutun yg korang tangkap tu. Alatan kami sediakan. 30 April 2006 7.00 am : Letih dahh… ada yang masih terbongkang.. ada yang masih terlena.. ada yg masih pening lalat….Keheningan pagi dilambung gelombang ombak didalam bot masing-masing merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Pelbagai pandangan kita boleh dengar.. ada yang suka.. yang kata cam lepak kat water bed yang besar… heeh.. kalau nak tahu.. cuba sendiri. Hurm.. pagi nih ke mana kita yer? Sotong dah banyak… ikan pun ada… tapi rasanya dah lebih setengah tong sotong dahh digoreng malam tadi.. heheh kowang tak tahu betapa besnyerrrrr rasa sotong segar yang digoreng time tengah fresh tuh.. fuhhhhhhhh.. memang masyukkkkkk…. Boleh teringat sepanjang tahun kelazatan sotong goreng tuh.. (kalau tak best… tak der laa kitaorg nak buat trip nih tetiap tahun.. hehehehheh) Singgah di Pulau Kapas utk bercanda di pasiran pantai setelah penat bercandat..!!! * Gotong royong setup campsite dan memasak nasi lemak sambal sotong. Sotong sorang kena derma sikit termasuk committee. Alatan dan bahan memasak kami sediakan. 10.00 am : Dah nama pun lepak pantai kan? Hurmmm… apa lagi…. Kita buat aktiviti bebas dulu.. tapi sebelum tuh.. moh lerr kita main games skit.. dna buat acara suaikenal lebih kurang.. yelah… semalam tak sempat nak kenal mesra.. dah kena naik bot kan? Hurmm…….. sebelum masing2 nak mandi manda… kita beriadah sebentar….. dan lepas tuh.. main lerr pantai kowang semuaa sampai terbirat bibir… terentung kulit.. hehehe.. jgn lupa bawak losyen sunburn.. satgi kalau tak bawak.. balik umah mak bapak dah tak kenal karang susah….. Memacam aktiviti yang boleh kowang lakukan di sini (tapi kena bayar sendiri laa ek!!)… sesapa nak snorkeling kerr.. nak diving kerr.. nak sleeping kerr….. silakan…….. sesapa yang tak puas lagi memancing, boleh teruskan aktiviti anda… kalau tak puas kat jeti jerr.. haa… amik bot….. pastuh pergi ke lubuk-lubuk ikan yang banyak yg best2 kat sekitar pulau kapas nih….. 2.00 pm : Perut dah lapar ker? Lahaii.. siannyerrrr.. main pantai sampai lapar perut…. Hehehe.. moh kiter makan tengahari dulu…. Tapi mana pergi ramai2 bebudak nih? Ishh.. ntah kemana-mana diaorg nih… ada yg masih sibuk bertenet.. ada yang sibuk dok mancing.. dan ada juga yang sedang mencuba buat rekod dunia acara berendam paling lama.. hurmm.. suka hati kowang lerr…….. tiada sebarang aktiviti rasmi yang akan diatur sepanjang tengahari hingga ke petang nih… saja nak bagi kowang berehat dan menikmati keindahan pulau kapas nih dengan cara yang tersendiri…. 5.30 pm : Dah puas memain 1 May 2006 7.00 am : Cam biasa, sarapan time..... sebelum mandi manda dan berkemas utk balik ke KL. 8.00 am : Rehat dan aktiviti sendiri disepanjang pagi sebelum bertolak pulang. 9.30 am : Moh kiter beratur naik bot pulang ke Jeti Marang... jgn ada yg masih dok layan mandi pantai lagi udah..... satgi tak balik kiter.. jgn pula ada yg tersangkut ngan anak Makcik Gemuk plak... hehheheheh.. mana lerr tahu.. kalau2 dapat pergi makan kenduri kat Pulau Kapas plak next trip...!!! 11.00 am : Naik Bas dan Bergerak pulang ke KL 12.30 pm : Kita berenti makan tengahari di Kemaman atau pun Kuantan bergantung pada perut memasing. 8.00 pm : Di jangka Tiba Di Kuala Lumpur… Arrghhhhh.. tensennnnnnnn kena keje esok harinyaa……!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Harapan kami agar Trip kali ini dapat membuahkan senyuman dan kepuasan pada semua peserta. Kami telah cuba menyusun dan mengatur sebaik mungkin aturcara bagi trip mencandat kali ini bagi memastikan ianya berbeza dan berlainan dari trip-trip kami yang sebelum ini. Jgn lepaskan peluang dan mari bersama kami kita meneroka keindahan bumi ciptaan tuhan ini…………. Berapa yer nak kena bayar?????? Semua ini hanya RM179.00 sahaja (tertakluk pada 35 orang penyertaan)
So... kalau korang berminat nak join skali ngan Alangz... call Tiger @ Hisham kat 0193614188 atau email ke group_xtreme@yahoogroups.com Posted by alangz at 4/7/2006 12:05:46 pm Comments (2) Permalink Thursday, April 06, 2006
IKLAN - BILIK UNTUK DI SEWA (LELAKI SAHAJA) Copppp.... nanti sambung citer Johor. Iklan japz... Hahahaha.... rasa semacam jer publish iklan dalam blog sendiri. Wokey... sebenarnya Alangz sedang mecari teman untuk menyewa bilik di rumah Alangz sekarang. Teman yang telah menyewa selama lebih 3 tahun ingin keluar kerana mahu memulakan perniagaan di Kuantan. Jadi, biliknya kosong. Wokey.... terletak di Taman Sungai Besi Indah. Jalan ke Balakong. 5 minit berjalan kaki ke Mines Shopping Complex. 15 minit berjalan kaki ke stesen komuter Serdang. Rumah bujang. Tapi bukan jenis tunggang-langgang ek... lengkap dah. Simple jer. Tapi ada TV, Astro, peti ais, dapur, mesih basuh, katil, tilam.. kiranya kalau nak masuk bawak kain baju jer... hahaha... tengok gambar kat bawah.
Lebih kurang ler gitu ler.. tapi skrang berselerak sikit kat depan. Tengah dok baiki pc adik. Sekarang tinggal berdua. Kira sorang sebilik. Dan nak cari sorang lagi. Rumah ada 3 bilik (tak termasuk bilik air OK, cerita pasal kemasukan. Sebelum nie housemate sorang lagi cakap adik dia nak masuk, tapi semalam dia cakap tak jadi pulak. Kira member secara rasminya keluar akhir bulan ini. Tapi, barang katanya hari Ahad nie dia nak angkat semua. So.. dalam awal bulan depan bolehlah orang baru masuk. Pasal sewa lak. Alangz tak pasti nak sewakan bilik tengah atau bilik nombor 3. Korang datang bincangkan. Secara asasnya sewa dalam RM150-RM180. Termasuk bil aip, air, maintainance dan Astro. Ni harga seoranglah. Syarat lain... kalau boleh nak cari non-smoker. Tapi kalau yang merokok tu, boleh gak. Tapi hisap kat beranda lah K... ringkasnya begini... Bilik untuk disewa. Lelaki sahaja. Lokasi: Tmn Sg Besi Indah, Jalan Balakong, Seri Kembangan (5 minit ke Mines Shopping Complex) Kemasukan : Mei 2006 Sewa : RM150-RM180 (bergantung pada bilik) Jika berminat; hubungi Alangz di: cicakzzzz@yahoo.com.my Sertakan nombor untuk dihubungi. Habis dah iklan.... Posted by alangz at 4/6/2006 11:15:25 am Comments (9) Permalink Wednesday, April 05, 2006
Segamat & Muar "Ekkk... aku pernah sampai sini.... ": "Yelah... aku ingat tempat nie..." "Gunung Ledang... mengingatkan Alangz kat Ladang Sagil..." "Oooo.. kat sini Ladang Agro Maju, tempat yang menyebabkan teman sekerja masuk hospital...." Huhuhu.... itulah antara dialog yang bermain di minda Alangz takala melintasi kawasan sekitar Johor ketika melakukan tugasan luar dua minggu lalu. Sebenarnya Alangz memang pernah menjejakkan kaki dan mengunjungi tempat ini agak lama dahulu. Pada tahun 1994/5 semasa melakukan tugasan sebagai Pembantu Perangkaan dalam melaksanakan kajian Kependudukan yang dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Yup, Alangz pernah berkhidmat dalam sektor kerajaan sebelum ini.
Dari Palong kami menyusuri jalan lama ke arah Segamat. Sebelum itu melintasi kawasan Ladang Sagil dan sempat Alangz mengambil gambar sebuah rumah yang diduduki oleh pekerja ladang itu. Terletak berhampiran dengan jalan besar.
Tiba di Segamat, mengamit semula kenangan lalu. Midway Hotel!!! yes... kami pernah tinggal di sini. Alangz ada gambar yang berlatar belakangkan papan tanda hotel ini. Tak sabar mencarinya dalam album lama. Apapun, memang terlalu lama tidak ke mari. Insyaallah, perancangan diri untuk meneruskan aktiviti bagpackers dan menerokai semula bandar-bandar kecil sekitar semenanjung semula. Meneruskan perjalanan menyusuri pekan-pekan kecil dan sempat singgah di satu site di Parit 3, Muar untuk melakukan tugas sebelum masuk ke bandar Muar untuk bermalam di sana. Semasa tiba, hari agak gelap. Hampir jam 9.30 malam baru kami dapat mencari hotel. Selesai mandi, mencari tempat untuk menjamu selera. Dan lebih kurang jam 11 malam barulah dapat merehatkan diri. Alangz tidak dapat meneruskan niat untuk menerokai bandar Muar pada malam hari kerana rasanya terlalu lewat untuk keluar. Namun ini tidak mematahkan semangat kembara dalam diri Alangz. Keesokan pagi seawal jam 7 pagi Alangz sudah bersiap sedia untuk berjalan menerokai bandar ini. Teman sekerja masih lagi enak dibuai mimpi. Alangz keluar dari bilik hotel. Akhirnya...
Sempatlah Alangz menerokai bandar Muar ini. Aktiviti perniagaan kelihatan seawal jam 8 pagi. Tampak jelas pembangunan agak drastik di sini. Tidak hairanlah pernyataan ini kerana Muar adalah bandar ketiga terbesar di negeri Johor selepas Johor Bahru dan Batu Pahat. Alangz sempat menyusuri kawasan Bentayan (perhentian teksi). Tempat ini dikatakan tempat terakhir kubu pertahanan Melaka sebelum di tawan oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Antara sejarah yang boleh dikongsi bersama... (artikel ini Alangz dapat dari Wikipedia) Muar adalah kaya dengan sejarah tetapi disebabkan ketiadaan catatan sejarah yang sempurna dan bukti-bukti arkeologi, kebanyakan sejarah silam Muar tidak diketahui. Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka. Pada tahun 1361, terdapat catatan yang menyatakan Muar adalah sebahagian daripada wilayah empayar Majapahit. Catatan lain pula ada menyebut bahawa Parameswara, pengasas empayar Melaka, pernah menubuhkan penempatan di Pagoh, Ulu Muar selepas melarikan diri dari Temasik sebelum menuju ke Melaka. Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (1477-1488). Makam kesultanan Melaka yang lain telah dibinasakan dengan kejam oleh Portugis semasa penaklukan mereka ke atas Melaka. Muar turut memainkan peranan dalam mengekang kemaraan tentera Portugis pada tahun 1511. Bagi menangani serangan armada Portugis, Kubu Bentayan telah dibina oleh Sultan Melaka untuk mematahkan serangan dari arah laut. Muar di era Portugis juga menempatkan sebuah kubu iaitu 'Fortaleza de Muar' bagi mempertahankan koloni Portugis daripada serangan Belanda dan Aceh. Muar adalah bandar di-Raja di utara Johor. Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali dalam masa yang singkat (1855 – 1877), apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar) telah diserahkan kepada Dato' Temenggong Daing Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali. Sultan Ali adalah pewaris sebenar kesultanan Johor tetapi kelemahan beliau telah menyebabkan pemerintahan Johor dikuasai oleh Temenggong. Setelah beliau mangkat pada 1877, Muar akhirnya menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, nama yang diberikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1884. Muar selama bertahun-tahun adalah bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat. Namun demikian, Muar masih merupakan bandar kedua terpenting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru. Mmmm... bersejarah sungguh tempat yang ku jejaki ini. Kepada anak Muar, berbanggalah anda dan pelajari sejarah atau paling tidak anda tahu seba sedikit sejarah tanah kelahiran anda. Kembali menyusuri kawasan Bentayan ini dan terlihat Astaka. Rasanya lebih kepada pasar. Melihat-lihat produk makanan harian yang tiada bezanya dengan tempat lain. Dan yang pasti, Alangz akan mencari-cari kalau ada produk tempatan yang boleh di bawa pulang.
Dan mata terpandang satu produk. Hehhee..
Perencah Mee bandung!!.. Muar memang terkenal dengan mee bandung. Ini produk wajib untuk Alangz cuba. Maka terus membeli 2 pek. Satu untuk ibu tercinta Langkah untuk meneruskan penerokaan bandar Muar terencat setelah menerima panggilan telefon dari teman sekerja. Mereka sudah berkemas untuk mendaftar keluar dari hotel. Kerja harus dilaksanakan Posted by alangz at 4/5/2006 1:57:24 pm Comments (3) Permalink Tuesday, April 04, 2006
Entry yang tidak bertajuk... Sebenarnya kepala Alangz blur. Tak tahu hendak dimula dari mana. Sepatutnya artikel mengenai kerja-kerja di site yang telah Alangz laksanakan minggu lepas patut dicatatkan. Tapi, dek kerana bebanan tugasan menyebabkan Alangz terpaksa meminggirkan blog. Yelah, seminggu lamanya kerja luar. Bila mana pulang ke pejabat, pastinya meja ditimbuni kerja-kerja lain yang terbengkalai. Hehhee... Seronok bilamana teringat SMS dari teman Yahoo Messenger. Antaranya; Lamanya o'station, jelesnye! Hehe.. amik gambo byk2 tau mcm biasa sender: TgafZa bila nak balik nie.. bosan tul laa tak chat ngan alangzz yg glamer nih.. ehhee sender: nurilhuda Hahaha... glamer ker Alangz?.. hishh.. takder makner nyerlah Untuk tidak menghampakan TgafZa... Alangz memang mengambil banyak gambar. Rasanya hari ini, Alangz akan mengemaskini gambar-gambar dari site sahaja. Insyaallah, besok lusa ada kelapangan Alangz akan menceritakan tentang catatan perjalanan di negeri Johor.
Cicakz... bosannya entry kali nie... ringkas bebeno.... Posted by alangz at 4/4/2006 4:45:43 pm Comment (1) Permalink Thursday, March 30, 2006
Alangz banyak songeh?… Sebenarnya artikel ini minggu lepas patutnya Alangz kemaskini. Tapi dek kerana outstation untuk jangkamasa seminggu, tidak sempat untuk Alangz berbuat demikian. Hari ini, setelah didesak oleh TgafZa.. ahakz.. maka, Alangz pun berusaha mencuri masa untuk mengemaskini blog Alangz ----------------------------------------------- "Awak ni banyak songeh lah… itupun nak komplain." .. itulah reaksi pertama teman sepejabat Alangz, Nurul; bila mana Alangz menyuarakan rasa ketidakpuasan Alangz terhadap restoran rangkaian makanan segera yang terkenal; Pizza Hut. Ceritanya bermula begini, kebiasaannya kami akan bertanya sesama sendiri apa yang hendak dimakan semasa waktu makan tengahari. Ini adalah kerana pejabat kami terletak jauh dari sebarang gerai atau warung makan menyebabkan kami setiap hari perlu memandu keluar untuk mencari makanan. Rabu, 15 Mac 2006 Alangz mencadangkan untuk menjamu pizza di Pizza Hut. Ditambah lagi dengan promosi yang Alangz lihat di laman web Pizza mengenai "Lunch Express Set". Dengan harga serendah RM7.90 kita boleh menikmati hidangan yang pastinya mengenyangkan perut J Di laman web tertera promosi hanya valid untuk makan di restoran atau dibawa pulang sahaja. Alangz sempat mendail talian hotline 1-300-88-2525 untuk bertanya dan memastikan sama ada mereka boleh memberi khidmat penghantaraan. Dan pasti jawapannya tidak. Maka terpaksalah kami keluar. Ketika mahu melangkah keluar ada teman yang berhajat meminta tolong tapau @ bungkuskan makanan mereka. Kami tiba di Pizza Hut Sunway Piramid. Selesai mengambil pesanan, Alangz menyatakan untuk membawa pulang 2 set lagi. Apa yang mengejutkan, krew yang bertugas menyatakan "Lunch Express Set" hanya untuk dine-in atau makan di restoran sahaja. Dan bila menyatakan Alangz mendapat informasi di laman web dan menelefon talian hotline 1-300-88-2525, "Lunch Express Set" boleh dibeli untuk makan di restoran dan dibawa pulang. Krew itu mendapatkan kepastian dari Pengurus bertugas dan beliau juga menyatakan perkara yang sama. Selesai makan, pulanglah kami dengan tidak membelikan pesanan makanan teman yang lain. Alangz memang tidak berpuas hati. Dan setiba di pejabat Alangz melayari semula laman web rasmi Pizza Hut untuk memastikan Alangz tidak "lepas pandang" terhadap hal ini. Dan ternyata empat mata Alangz tepat. Keesokkan harinya, kami pergi semula di Pizza Hut Sunway Piramid. Menjamu selera sekali lagi dan bertanya soalan yang sama pada krew lain. Jawapannya masih sama. Maka bermulalah episod ketidakpuasan hati Alangz. Dan dari sini jugalah timbulnya pernyataan di awal entry ini. Alangz menghantar e-mail komplain kepada Khidmat Pelanggan Pizza Hut. Subject : Complaint again your promotions TO: General Manager, Marketing Dear Sir, During my lunch time I visited your branch at Sunway Pyramid (See attachment: pizza1.jpg). I really enjoy my meal. Thank you. But I really not satisfied with your advertising on website (See attachment pizza.jpg). In your website stated that Lunch Express meal can be purchase on Take-Away basis. But went I want to do that, one of your staff say we can't. In fact, she has made double confirm with the manager in duty. This meal can only purchase on dine-in only. For your info, I did call your toll free number before that to make an inquiry about it and confirmed that customer can purchase on Take-Away basis. Which one is right? Website and my inquiry stated we can, but Pyramid branch say we can't. Please explain it to me. Regards, Azhar Zainuddin Adress Tel : 03-xxxx HP: 017-xxxxx
Setelah dihantar untuk e-mail ini, Alangz tidak mendapat sebarang respon. Tujuan Alangz menghantar e-mail ini untuk mendapatkan kepastian, yang mana satu boleh diikut sebenarnya. Ini adalah hak pengguna. Kalau tidak ada orang yang bertindak sepertimana Alangz yang banyak songeh ini, perkara ini tiada penghujung. Genap 7 hari tiada tindakbalas dari Khidmat Pelanggan Pizza Hut, hati semakin terbakar. Sekali lagi Alangz mengajukan e-mail kepada mereka dengan menyatakan sekiranya tiada respon dari mereka selama 3 hari bekerja, Alangz akan mengemukakan aduan secara rasmi ke Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna dengan berfikrian mendakwa mereka menyiarkan iklan yang mengelirukan pengguna. Dear Sir, Today is 22 March and is has been 7 days from my date of complaining. Yet, I'm not getting any respond from your's. If I'm not getting any respond within 3 working days, I will forward an official complaint to Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna regarding this issue. Regards, Azhar Dan jangan tidak percaya, kurang dari 3 jam Alangz mendapat panggilan telefon dari Mrs. Lee, Pengurus Operasi. Beliau menyatakan memang informasi yang Alangz dapat adalah betul. "Lunch Express Set" Memang boleh di bawa pulang. Beliau meminta maaf atas kekeliruan dan beliau telahpun bertindak membetulkan informasi di cawangan Sunway Piramid. Dan Alangz pun memberi tugas tambahan kepada beliau. Memangkan beliau hanya memberi respon setelah e-mail kedua Alangz yang mahu melaporkan kepada pihak berwajib, Alangz meminta beliau membalas secara hitam putih, tidak hanya melalui panggilan telefon.
Akhirnya, Nurul yang menyatakan Alangz banyak songeh itu melemparkan senyuman dan membuat pernyataan "nanti bolehlah kita tapau ek?.. senang takyah kuar.. pesan jer kat korang". Mmmm…. Dalam banyak songeh Alangz nie ada juga kebaikannya bukan?… Cicakz… haaa.. kalau korang nak komplain apa-apa yang korang tak puas hati terhadap para peniaga, korang boleh isi borang aduan KPDHEP secara online… sekarang keluarkan suara kalau tidak puas hati….. ini bukan zaman 'Yes Sir' lagi.. banyak saluran yang ada…
Alangz.. pandai ko cicakz….
Cicakz... Tengoklah tuan aku saper....
Alangz.. takder makner nyer ko!.. Posted by alangz at 3/30/2006 11:27:32 am Comments (5) Permalink
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||