Saturday, April 08, 2006
Cadbury Warehouse Sales

Mekasih KakPah sebab canangkan warehouse sales nie kat Alangz. Semalam, sempat Alangz mencuri masa untuk pergi ke Cadbury warehouse sales di Seksyen 16, Shah Alam setelah mendapat e-mail pemberitahuan daripada KakPah [hehehe.. peminat setia Bro Joe nie... ahakzz].

Ini merupakan kali pertama Alangz pergi jualan gudang yang menjual coklat. Jualan gudang pakaian selalulah. Macam manapun, Alangz ingin menceritakan serba sedikit pengalaman semasa membeli. Mungkin boleh menjadi pedoman kiranya ada lagi jualan ini. Apapun jualan ini masih lagi berlangsung sehingga 8 April 2006.

Setibanya di perkarangan pintu masuk, Alangz melihat kelibatan pembeli yang sedang beratur. Ramainya. Memandangkan sudah tiba, terus sahaja berbaris.

 

  

Huhhh!!!... jenuh juga beratur. Ingatkan sekejap sahaja tempoh untuk menunggu. Tapi, setelah sejam menunggu, rasa seperti rugi untuk meninggalkan barisan. Bak kata teman, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kalau balik lewat ke pejabat pasti kena marah.. dan alang-alang lambat.. teruskan juga beratur.Tongue

Setelah hampir 2 jam beratur barulah giliran kami untuk masuk. Itupun setelah berasak-asak di pintu masuk. Pintu itu diawasi oleh seorang pegawai keselamatan yang membenarkan sedikit demi sedikit orang untuk memasuki perkarangan kantin, tempat di mana jualan ini dilaksanakan.

 

Lihatlah betapa meriahnya kelibat orang ramai yang mahu membeli coklat. Secara kasarnya perkiraan Alangz, diskaun yang diberikan ke atas barangan ini sekitar 30-60%. Memang murah dah semasa berebut-rebut membeli produk ini, jangan lupa untuk melihat tempoh tamat coklat ini. Ini ada diantara barangan yang tempohnya hampir tamat. Sekitar dua minggu lagi. Namun itu hanya segelintir. Yang Alangz lihat, ada yang mampu lagi bertahan hingga ke tahun hadapan.

 

Apa yang Alangz borong?... lihatlah sendiri... hahahhaa

Penuh satu kotak. Dan yang paling seronok, harganya hanya RM85. Kalau dibandingkan dengan coklat yang Alangz beli dari kedai bebas cukai di Langkawi atau Labuan tempoh hari, berkali ganda harganya. Mampukah Alangz menghabiskan semua coklat ini?.. Oh tidak sama sekali. Sebenarnya niat membeli hanya mahu dalam satu dua pek sudah memadai. Tapi memikirkan anak buah Alangz, Alangz beli lebih. Selain dari itu, terfikir teman di pejabat. Kalau membeli pasti ada mata yang memandang dan pastinya mereka juga berminat dan menyatakan 'kenapa tak beli lebih.. boleh jual kat aku'.... Atas dasar itu jugalah Alangz membeli secara pukal. Dan ada juga yang diperuntukan untuk memberi kepada kenalan.

 

Setelah lebih kurang 3 jam berada di sana, Alangz dapat rasakan kelemahan yang amat ketara semasa proses pembelian adalah dari segi kaunter pembayaran. Tidak langsung bersistematik. Kalaupun masih menggunakan kiraan secara manual, rasanya mereka perlu menambahkan bilangan kakitangan. Dan rasa tidak praktikal langsung menganjurkan jualan gudang di sebahagian ruang legar kantin yang sempit dan kantin yang tidak dihentikan operasi buat sementara.

Apapun, hari ini Alangz bersarapan pagi dengan coklat.. dan di depan pc ini masih ada lagi coklat. Yum.. yum... best nyer...

Cicakz... huhuhu... macam-macam bau masa beratur tu kan?.. sesi himpit mengimpit kat pintu masuk tu pun satu ek... huhuhu....

 




Posted by alangz at 4/8/2006 12:01:42 am
Comments (6)



Friday, April 07, 2006
Iklan lagi... Candat & Canda

Sebenarnya semalam Alangz terima mail pasal candat & canda nie. Memang lama dah mengintai-ngintai untuk mencari peluang mencandat sotong. Alangz baru dapat bercakap dengan Tiger @ HIsham... masih ada kekosongan kalau sesiapa nak pergi. Tak ramai lagi.. dalam 10 orang sahaja. Cam best jer... Alangz nak pergi!!!... [away... cari borang cuti.. ahakz...]

“Candat & Canda”

Marang/Pulau Kapas, Terengganu

28 April - 1 May 2006

 

 

28 April 2006

10.00 pm           :  Berkumpul di Takaful Nasional, KL

11.30 pm           :  Bertolak ke Marang

 

29 April 2006

6.00 am            : Berenti di semejid Terapung.. Solat Subuh dan membersihkan diri.

8.00 am            :  Breakfast (OWN Expenses)

10.00 am           :  Shopping di Pasar Payang

                           Beli Keropok di Losong

1.00 pm             :  Lunch (OWN Expenses)

2.00 pm            :  Sambung Jalan2 kat Bandar Terangganu….. make sure pukul 2.30 kowang sampai   balik ke Bas utk memastikan tak tertinggal.

3.00                 : berkumpul di jeti dan pemecahan mengikut kumpulan dan bot. hehehhe. Time nih kena kowtim sesiap camana pembahagian sutun tuh nak buat.. jgn satgi ada yg bergaduh plak…. Setiap kumpulan akan diberikan perkakasan memasak yg asas sahaja untuk menggoreng sutun kat dalam bot tuh nanti.. kalau nak masak lebih2 kena prepare sendiri… dapur disediakan.

4.00 pm            :  Menaiki Boat - Mencandat Kiteeeee

                          *  Kita akan mencandat sampai keluar muntah

                          *  Sila bawak pil mabuk laut yang mencukupi

                          *  Alatan untuk mencandat disediakan, sapa nak memancing bawak sendiri

                          *  12 orang utk satu boat

                          *  Hasil tangkapan, sapa dpt dia punya, sapa yang tak dapat bole ler

                              beli dari kengkawan yang dpt tangkap banyak.  Nak kongsi2, korang

                              pakat2 ler sesama korang.  Semua org leh bawak tong memasing.

                          *  Makanan atas boat tidak disediakan. Sapa yang lapar leh ler goreng sutun

                             yg korang tangkap tu.  Alatan kami sediakan.

12.00 am           : Yg masih bertahan tuh masih meneruskan thrill mencandat sutung.. ada yang dah mula pasang joran.. ada yang dah sibuk menjeling hasil tangkapan dalam peti simpanan. Tapi tak kurang juga yang dah terlena diulit mimpi……

 

 

30 April 2006

7.00 am            : Letih dahh… ada yang masih terbongkang.. ada yang masih terlena.. ada yg masih pening lalat….Keheningan pagi dilambung gelombang ombak didalam bot masing-masing merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Pelbagai pandangan kita boleh dengar.. ada yang suka.. yang kata cam lepak kat water bed yang besar… heeh.. kalau nak tahu.. cuba sendiri.

Hurm.. pagi nih ke mana kita yer? Sotong dah banyak… ikan pun ada… tapi rasanya dah lebih setengah tong sotong dahh digoreng malam tadi.. heheh kowang tak tahu betapa besnyerrrrr rasa sotong segar yang digoreng time tengah fresh tuh.. fuhhhhhhhh.. memang masyukkkkkk…. Boleh teringat sepanjang tahun kelazatan sotong goreng tuh.. (kalau tak best… tak der laa kitaorg nak buat trip nih tetiap tahun.. hehehehheh)

8.00 am            :  Bot Mula bergerak meninggalkan lautan yang penuh dengan cerita sepanjang malam dengan hasil tangkapan masing-masing. Jom kita ke Pulau Kapas, satu lagi destinasi trip kita pada kali ini. Rasanya tak perlu lagi diceritakan kehebatan pantai dan keindahan pemandangan dipulau kapas tuh… hurmmmm trip kali nih kita akan lepak satu malam di sini dengan penuh permainan yang telah disediakan oleh komitee aktiviti kami.. hehehe selalu memain kat dalam hutan jerr kan? Haa.. kali nih kita bermain dan bersukan kat tepi pantai plak.. apa games dia? Haa.. tuh rahsia.. kita tunggu di sana nanti.

Singgah di Pulau Kapas utk bercanda di pasiran pantai setelah penat bercandat..!!!

   *  Gotong royong setup campsite dan memasak nasi lemak sambal sotong. Sotong sorang kena derma sikit termasuk committee.  Alatan dan bahan memasak   kami  sediakan. Cam biasa.. kita masak sama2.. kalau tak larat nak masak.. kowang tunggu jer laa chef2 kami yang berwibawa untuk menyajikan masakan untuk breakfast dan lunch sekali.

10.00 am           : Dah nama pun lepak pantai kan? Hurmmm… apa lagi…. Kita buat aktiviti bebas dulu.. tapi sebelum tuh.. moh lerr kita main games skit.. dna buat acara suaikenal lebih kurang.. yelah… semalam tak sempat nak kenal mesra.. dah kena naik bot kan? Hurmm…….. sebelum masing2 nak mandi manda… kita beriadah sebentar….. dan lepas tuh.. main lerr pantai kowang semuaa sampai terbirat bibir… terentung kulit.. hehehe.. jgn lupa bawak losyen sunburn.. satgi kalau tak bawak.. balik umah mak bapak dah tak kenal karang susah….. Memacam aktiviti yang boleh kowang lakukan di sini (tapi kena bayar sendiri laa ek!!)… sesapa nak snorkeling kerr.. nak diving kerr.. nak sleeping kerr….. silakan…….. sesapa yang tak puas lagi memancing, boleh teruskan aktiviti anda… kalau tak puas kat jeti jerr.. haa… amik bot….. pastuh pergi ke lubuk-lubuk ikan yang banyak yg best2 kat sekitar pulau kapas nih…..

2.00 pm            : Perut dah lapar ker? Lahaii.. siannyerrrr.. main pantai sampai lapar perut…. Hehehe.. moh kiter makan tengahari dulu….  Tapi mana pergi ramai2 bebudak nih? Ishh.. ntah kemana-mana diaorg nih… ada yg masih sibuk bertenet.. ada yang sibuk dok mancing.. dan ada juga yang sedang mencuba buat rekod dunia acara berendam paling lama.. hurmm.. suka hati kowang lerr…….. tiada sebarang aktiviti rasmi yang akan diatur sepanjang tengahari hingga ke petang nih… saja nak bagi kowang berehat dan menikmati keindahan pulau kapas nih dengan cara yang tersendiri….

 

5.30 pm            : Dah puas memain kan? Hehehhehe dok cap kalicapp jerr dari tadi.. so petang2 nig….. kita layan dulu games berkumpulan seround dua dului… kasi happening skitt.. kasi ada acara skit petang2 nih.. baru rasa cam pergi trip bebudak tadika… hehehhe yelah.. bila lagi nak mengembalikan nostalgia zaman silam.. so petang2 nih kita akan main games dulu2… games tradisi yang kian dilupakan… (best gak kan kalau kita layan main galah panjang kat pasir yang tebal2 nih kan? Hehehhe…. Kalau ada kelengkapan.. kita layan bola tampar pantai pung best gak… so tunggu jerr acara petang dari kita org.. yang pasti menghiburkan.. dan tak kurang juga meletihkan…) Lepas main2 games.. kita mandi manda sekali lagi… sebelum kita lepak2 berehat utk menyaksikan sendiri keindahan matahari terbenam………..(fuhhhh cam best jer kan view dia…!!)

8.00 pm            : Malam menjelang…. Apa lagis… kita cuba plak main cap kalicap kat tepi pantai nun……. Baru cam bess jerr rasanya.. tapi tu terpulang kepada perancangan komittee aktiviti, samada dia nak layan cap kalicap kerr atau nak layan games yg mendebarkan jiwa…. Dan lepas tuh, kitaorg tanak susahkan kowang semua… bagi membolehkan masing2 melayan perasaan sendiri, pergilah semua lepas bebas merencana aktiviti masing-masing. Hurmm.. lepak layan syahdu bayu malam kat tepi laut… sambil rileks2 santai mendengar desiran angin yang berlalu bersama hempasan bunyi ombak…  hurmm.. kalau nak lagi best.. lepak jerr ngan gang komittee.. kita sembang2.. kita cerita2... sampai mata terlelap......

12.00 am           : Tido time bagi yg nak tido........

 

1 May 2006

7.00 am            : Cam biasa, sarapan time..... sebelum mandi manda dan berkemas utk balik ke KL.

8.00 am            : Rehat dan aktiviti sendiri disepanjang pagi sebelum bertolak pulang.

9.30 am            : Moh kiter beratur naik bot pulang ke Jeti Marang... jgn ada yg masih dok layan mandi pantai lagi udah..... satgi tak balik kiter.. jgn pula ada yg tersangkut ngan anak Makcik Gemuk plak... hehheheheh.. mana lerr tahu.. kalau2 dapat pergi makan kenduri kat Pulau Kapas plak next trip...!!!

11.00 am           :   Naik Bas dan Bergerak pulang ke KL

12.30 pm           :  Kita berenti makan tengahari di Kemaman atau pun Kuantan bergantung

                           pada perut memasing.

8.00 pm            : Di jangka Tiba Di Kuala Lumpur… Arrghhhhh.. tensennnnnnnn kena keje esok harinyaa……!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

Harapan kami agar Trip kali ini dapat membuahkan senyuman dan kepuasan pada semua peserta. Kami telah cuba menyusun dan mengatur sebaik mungkin aturcara bagi trip mencandat kali ini bagi memastikan ianya berbeza dan berlainan dari trip-trip kami yang sebelum ini. Jgn lepaskan peluang dan mari bersama kami kita meneroka keindahan bumi ciptaan tuhan ini………….

 

Berapa yer nak kena bayar??????

Semua ini hanya RM179.00 sahaja

(tertakluk pada 35 orang penyertaan)

 

So... kalau korang berminat nak join skali ngan Alangz... call Tiger @ Hisham kat 0193614188 atau email ke group_xtreme@yahoogroups.com




Posted by alangz at 4/7/2006 12:05:46 pm
Comments (2)



Thursday, April 06, 2006
IKLAN - BILIK UNTUK DI SEWA (LELAKI SAHAJA)

Copppp.... nanti sambung citer Johor. Iklan japz... Hahahaha.... rasa semacam jer publish iklan dalam blog sendiri. Wokey... sebenarnya Alangz sedang mecari teman untuk menyewa bilik di rumah Alangz sekarang. Teman yang telah menyewa selama lebih 3 tahun ingin keluar kerana mahu memulakan perniagaan di Kuantan. Jadi, biliknya kosong.

Wokey.... terletak di Taman Sungai Besi Indah. Jalan ke Balakong. 5 minit berjalan kaki ke Mines Shopping Complex. 15 minit berjalan kaki ke stesen komuter Serdang.

Rumah bujang. Tapi bukan jenis tunggang-langgang ek... lengkap dah. Simple jer. Tapi ada TV, Astro, peti ais, dapur, mesih basuh, katil, tilam.. kiranya kalau nak masuk bawak kain baju jer... hahaha... tengok gambar kat bawah.

 

Lebih kurang ler gitu ler.. tapi skrang berselerak sikit kat depan. Tengah dok baiki pc adik. Sekarang tinggal berdua. Kira sorang sebilik. Dan nak cari sorang lagi. Rumah ada 3 bilik (tak termasuk bilik air Tongue). Apartment. Tapi, tinggi sikitlah nak mendaki. Tingkat 5. Penthouse gituh... hahahaha....

OK, cerita pasal kemasukan. Sebelum nie housemate sorang lagi cakap adik dia nak masuk, tapi semalam dia cakap tak jadi pulak. Kira member secara rasminya keluar akhir bulan ini. Tapi, barang katanya hari Ahad nie dia nak angkat semua. So.. dalam awal bulan depan bolehlah orang baru masuk.

Pasal sewa lak. Alangz tak pasti nak sewakan bilik tengah atau bilik nombor 3. Korang datang bincangkan. Secara asasnya sewa dalam RM150-RM180. Termasuk bil aip, air, maintainance dan Astro. Ni harga seoranglah.

Syarat lain... kalau boleh nak cari non-smoker. Tapi kalau yang merokok tu, boleh gak. Tapi hisap kat beranda lah Wink. Bagus gak. Paling tidak sure korang jimat sebab tak kerap merokok. Lagi satu, rumah duduk sama-sama. Alangz jenis tak berkira pada orang yang tidak berkira. Masing-masing faham, sudah.

K... ringkasnya begini...

Bilik untuk disewa. Lelaki sahaja.

Lokasi: Tmn Sg Besi Indah, Jalan Balakong, Seri Kembangan (5 minit ke Mines Shopping Complex)

Kemasukan : Mei 2006

Sewa : RM150-RM180 (bergantung pada bilik)

Jika berminat; hubungi Alangz di: cicakzzzz@yahoo.com.my

Sertakan nombor untuk dihubungi.

Habis dah iklan....




Posted by alangz at 4/6/2006 11:15:25 am
Comments (9)



Wednesday, April 05, 2006
Segamat & Muar

"Ekkk... aku pernah sampai sini.... ":

"Yelah... aku ingat tempat nie..."

"Gunung Ledang... mengingatkan Alangz kat Ladang Sagil..."

"Oooo.. kat sini Ladang Agro Maju, tempat yang menyebabkan teman sekerja masuk hospital...."

Huhuhu.... itulah antara dialog yang bermain di minda Alangz takala melintasi kawasan sekitar Johor ketika melakukan tugasan luar dua minggu lalu.

Sebenarnya Alangz memang pernah menjejakkan kaki dan mengunjungi tempat ini agak lama dahulu. Pada tahun 1994/5 semasa melakukan tugasan sebagai Pembantu Perangkaan dalam melaksanakan kajian Kependudukan yang dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Yup, Alangz pernah berkhidmat dalam sektor kerajaan sebelum ini. Wink Alangz berkhidmat dalam menjalankan Kaji Selidik Penduduk dan Keluarga Malaysia / Kaji Selidik tentang Tingkah Laku Sosial Remaja, Malaysia. Insyaallah, ada kelapangan Alangz bercadang untuk membuka semula album-album gambar lama untuk menyatakan kebenaran dalam pembabitan diri Alangz dan pastinya ia bukan omongan kosong. Adat di dalam dunia ini, tanpa disertakan bukti, pasti ada yang suara-suara yang menyatakan ini hanya rekaan semata-mata. Tak gitu En ..... mmm.. lupakan sahaja.

Dari Palong kami menyusuri jalan lama ke arah Segamat. Sebelum itu melintasi kawasan Ladang Sagil dan sempat Alangz mengambil gambar sebuah rumah yang diduduki oleh pekerja ladang itu. Terletak berhampiran dengan jalan besar.

 

Tiba di Segamat, mengamit semula kenangan lalu. Midway Hotel!!! yes... kami pernah tinggal di sini. Alangz ada gambar yang berlatar belakangkan papan tanda hotel ini. Tak sabar mencarinya dalam album lama. Apapun, memang terlalu lama tidak ke mari. Insyaallah, perancangan diri untuk meneruskan aktiviti bagpackers dan menerokai semula bandar-bandar kecil sekitar semenanjung semula.

Meneruskan perjalanan menyusuri pekan-pekan kecil dan sempat singgah di satu site di Parit 3, Muar untuk melakukan tugas sebelum masuk ke bandar Muar untuk bermalam di sana. Semasa tiba, hari agak gelap. Hampir jam 9.30 malam baru kami dapat mencari hotel. Selesai mandi, mencari tempat untuk menjamu selera. Dan lebih kurang jam 11 malam barulah dapat merehatkan diri. Alangz tidak dapat meneruskan niat untuk menerokai bandar Muar pada malam hari kerana rasanya terlalu lewat untuk keluar. Namun ini tidak mematahkan semangat kembara dalam diri Alangz.

Keesokan pagi seawal jam 7 pagi Alangz sudah bersiap sedia untuk berjalan menerokai bandar ini. Teman sekerja masih lagi enak dibuai mimpi. Alangz keluar dari bilik hotel. Akhirnya...

 

 

 

Sempatlah Alangz menerokai bandar Muar ini. Aktiviti perniagaan kelihatan seawal jam 8 pagi. Tampak jelas pembangunan agak drastik di sini. Tidak hairanlah pernyataan  ini kerana Muar adalah bandar ketiga terbesar di negeri Johor selepas Johor Bahru dan Batu Pahat. Alangz sempat menyusuri kawasan Bentayan (perhentian teksi). Tempat ini dikatakan tempat terakhir kubu pertahanan Melaka sebelum di tawan oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Antara sejarah yang boleh dikongsi bersama...

(artikel ini Alangz dapat dari Wikipedia)

Muar adalah kaya dengan sejarah tetapi disebabkan ketiadaan catatan sejarah yang sempurna dan bukti-bukti arkeologi, kebanyakan sejarah silam Muar tidak diketahui. Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka. Pada tahun 1361, terdapat catatan yang menyatakan Muar adalah sebahagian daripada wilayah empayar Majapahit. Catatan lain pula ada menyebut bahawa Parameswara, pengasas empayar Melaka, pernah menubuhkan penempatan di Pagoh, Ulu Muar selepas melarikan diri dari Temasik sebelum menuju ke Melaka. Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (1477-1488). Makam kesultanan Melaka yang lain telah dibinasakan dengan kejam oleh Portugis semasa penaklukan mereka ke atas Melaka. Muar turut memainkan peranan dalam mengekang kemaraan tentera Portugis pada tahun 1511. Bagi menangani serangan armada Portugis, Kubu Bentayan telah dibina oleh Sultan Melaka untuk mematahkan serangan dari arah laut.

Muar di era Portugis juga menempatkan sebuah kubu iaitu 'Fortaleza de Muar' bagi mempertahankan koloni Portugis daripada serangan Belanda dan Aceh.

Muar adalah bandar di-Raja di utara Johor. Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali dalam masa yang singkat (1855 – 1877), apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar) telah diserahkan kepada Dato' Temenggong Daing Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali. Sultan Ali adalah pewaris sebenar kesultanan Johor tetapi kelemahan beliau telah menyebabkan pemerintahan Johor dikuasai oleh Temenggong. Setelah beliau mangkat pada 1877, Muar akhirnya menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, nama yang diberikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1884. Muar selama bertahun-tahun adalah bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat. Namun demikian, Muar masih merupakan bandar kedua terpenting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru.

Mmmm... bersejarah sungguh tempat yang ku jejaki ini. Kepada anak Muar, berbanggalah anda dan pelajari sejarah atau paling tidak anda tahu seba sedikit sejarah tanah kelahiran anda.

Kembali menyusuri kawasan Bentayan ini dan terlihat Astaka. Rasanya lebih kepada pasar. Melihat-lihat produk makanan harian yang tiada bezanya dengan tempat lain. Dan yang pasti, Alangz akan mencari-cari kalau ada produk tempatan yang boleh di bawa pulang.

 

Dan mata terpandang satu produk. Hehhee..

 

Perencah Mee bandung!!.. Muar memang terkenal dengan mee bandung. Ini produk wajib untuk Alangz cuba. Maka terus membeli 2 pek. Satu untuk ibu tercinta Tongue dan satu lagi kononnya untuk Alangz masak di rumah. Tapi, yang pasti ia masih lagi berbungkus dan berada di dalam peti sejuk Alangz tanpa di sentuh. Big Smile Menunggu TgafZa menjemput ke rumah untuk merasa masakan mee bandung & ikan pedas yang dicanangkan best tidak kunjung tiba lagi. Bila agaknya tuh?.. hehehe. Rasanya, cuti hujung minggu ini Alangz kena mencuba perencah ini.

Langkah untuk meneruskan penerokaan bandar Muar terencat setelah menerima panggilan telefon dari teman sekerja. Mereka sudah berkemas untuk mendaftar keluar dari hotel.

Kerja harus dilaksanakan Wink. Ini bukan masa bercuti-cuti Malaysia.. hahahaa..




Posted by alangz at 4/5/2006 1:57:24 pm
Comments (3)



Tuesday, April 04, 2006
Entry yang tidak bertajuk...

Sebenarnya kepala Alangz blur. Tak tahu hendak dimula dari mana. Sepatutnya artikel mengenai kerja-kerja di site yang telah Alangz laksanakan minggu lepas patut dicatatkan. Tapi, dek kerana bebanan tugasan menyebabkan Alangz terpaksa meminggirkan blog. Yelah, seminggu lamanya kerja luar. Bila mana pulang ke pejabat, pastinya meja ditimbuni kerja-kerja lain yang terbengkalai. Hehhee... Seronok bilamana teringat SMS dari teman Yahoo Messenger. Antaranya;

Lamanya o'station, jelesnye! Hehe.. amik gambo byk2 tau mcm biasa              sender: TgafZa

bila nak balik nie.. bosan tul laa tak chat ngan alangzz yg glamer nih.. ehhee sender: nurilhuda

Hahaha... glamer ker Alangz?.. hishh.. takder makner nyerlah Tongue MM. Anyway, mekasih sebab ingatkan Alangz.

Untuk tidak menghampakan TgafZa... Alangz memang mengambil banyak gambar. Rasanya hari ini, Alangz akan mengemaskini gambar-gambar dari site sahaja. Insyaallah, besok lusa ada kelapangan Alangz akan menceritakan tentang catatan perjalanan di negeri Johor.

 

 

 

Cicakz... bosannya entry kali nie... ringkas bebeno....




Posted by alangz at 4/4/2006 4:45:43 pm
Comment (1)




Next Page



<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: