|
Thursday, April 13, 2006
Bandar Kluang Ini merupakan sambungan dari entry Alangz "Segamat & Muar" yang mana semasa Alangz melaksanakan tugasan luar tempoh hari. Sepertimana yang Alangz nyatakan sebelum ini, Alangz akan menekankan faktor persekitaran bandar yang Alangz singgahi, dan tidak menekankan cerita tentang kerja yang Alangz lakukan. Dan Kluang merupakan destinasi terakhir sempat Alangz singgahi walaupun pada asal perancangan mahu tinggal di Kota Tinggi. Kami tiba di bandar Kluang juga sudah lewat malam. Mencari-cari hotel di mana hendak melelapkan mata. Ternyata memang banyak perubahan yang berlaku sepanjang 12 tahun yang lalu. Alangz tidak dapat mengesan di mana hotel penginapan Alangz dulu semasa melakukan tugasan bersama LPPKN.
Hotek Anika menjadi pilihan. Dengan harga RM158 dan bilik tiga katil bujang, memang memuaskan. Apapun, kepala merencana apa yang ada di bandar ini. Meninjau ke luar sementara menunggu teman selesai mandi.
Jam hampir pukul 10.00 malam. Kami sempat menjamu selera dan ketika bertolak semua ke hotel, kebanyakan kedai-kedai telahpun menamatkan operasi perniagaan mereka. Kembali ke hotel dan melayan TP Indonesia. Waduh... kelakar bangat lor... hehee.. agak janggal menonton rangkaian televisyen Indonesia terutama sewaktu slot iklan mereka. Memang mencuit hati. Pernyataan ini juga menjawap segala kemusykilan teman Alangz tentang areal TV yang tinggi di hampir setiap rumah di kawasan Johor. Mau nonton siaran Indonesia dan Singapura loh.... Keesokan harinya, seperti biasa; Alangz bangun seawal jam 6.30 pagi. Ketika teman yang lain sedang enak dibuai mimpi, Alangz mandi dan bersiap. Apa lagi, mahu menjelajahi bandar Kluang inilah.
Namun perjalanan menyusuri lorong-lorong dan jalan agak mendukacitakan Alangz. Aktiviti penduduk masih belum rancak di awal pagi. Kembali Alangz semula ke hotel untuk menikmati hidangan pagi di hotel setelah membeli surat khabar. Yang menambahkan ketidak seronokan bila baru terjumpa artikel ini: Kluang is a town and district located roughly in the middle of the state of Johor in Malaysia. Kluang lies about 110km north of Johor Bahru, east-southeast of Batu Pahat, west of Mersing and south of Segamat. The population of Kluang district now exceeds 250,000 residents and the town itself has over 140,000 residents. Today, the trains continue ferrying its passengers and passing through Kluang town, noisily but faithfully. Though trainspotting may not be a popular local pastime, take a walk to the canteen on nearby Jalan Omar, and you will find something else that will trigger old memories - really good coffee (reputedly the best local coffee in Malaysia), toasted breads and half boiled eggs. No visitors to Kluang should miss this local dish that is available for breakfast between 7.00am and 12.00noon and for afternoon tea between 2.30pm and 6.00pm. Source: www.world66.com No visitors to Kluang should miss this local dish?.. huhuhu.... dah miss pun... baru jer dapat info itu tadi. Memang pernah dengar kopi sana popular, tak tahu pulak roti ngan telur itupun popular. Tak kisahlah... Selepas menjamu selera di hotel, Alangz membaca surat khabar dan menghabiskan masa di lobi hotel. Jam 9.30 pagi, kelibat deretan kedai masih tertutup rapi.Alangz membuat panggilan telefon mengejutkan teman; mandi dan bersiap. Sempat mengambil kunci kereta dan menyusuri jalan dan lorong di bandar Kluang. Tiba-tiba mata telihat;
Waaaa liauuu... Alang Hotel?!!..... hahahahaa..... terasa glamour sangat... hehehe... sebenarnya nama hotel ini adalah Ailang Hotel.... dari jauh nampak seperti Alang... kalau ada z kat belakangnya kan lebih meriah... hehehee... Apapun, perjalanan merentasi bandar Kluang terpaksa Alangz hentikan kerana panggilan telefon dari teman menyatakan mereka sudah siap sedia untuk mendaftar keluar. Dari Kampung Melayu Kluang Alangz kembali ke tempat penginapan. Masa untuk bertugas Destinasinya di Bandar Tenggara...
Peringatan kepada anda.... ketika memandu, patuhilah Arahan lalu lintas. Jangan memandu melebihi had laju. Jangan memotong di barisan berkembar.. INGATLAH ORANG TERSAYANG.. kalau anda masih berdegil, lihatlah;
Mintak lesen Encik "Encik melakukan 2 kesalahan... memandu 90km sejam di jalan yang sepatutnya 65km dan memotong di barisan berkembar..." Hahhahaa... gelak jahat Alangz....itulah nasib yang kami terima di Bandar Tenggara. Apapun, memang diakui kerana mengejar masa dan kerja, teman sekerja memandu agak laju. Selasai bekerja, sempat Alangz membeli kain... sebenarnya kerana mahu memberi kepada yang tersayang @ tercinta sempena hari lahirnya...
Selamat Hari Lahir Mak!!.. Apapun, pengalaman mengembara di negeri orang tak akan lengkap kalau Alangz tidak mencari makanan popular di sesebuah negeri itu. Antara makan time dan yang telah Alangz layanzz..
Mee rebus yang sedap!! yum.. yum... Kembung masak asam pedas... yum.. yum..
Otak-otak...yumm.. yumm... sate... yumm.. yumm.. Hehhee.... memang menyelerakan terutama mee rebus itu. Sedap bangat seh!!... Wakame.. amacam?.. terliur tak tengok?.. kat Jepun sushi banyak argh.... meh balik cepat... hahahhaa... Cicakz... hushhh.. lapo pulak aku tengok gambar-gambar nie.... hehehee..... Posted by alangz at 4/13/2006 5:24:12 pm Comments (8) Permalink Monday, April 10, 2006
Aktiviti menderma darah Semalam Alangz ke South City Plaza, Seri Kembangan. Tujuan utamanya adalah untuk menderma darah. Kebetulan terlihat banner kempen menderma darah yang akan dilangsungkan di situ beberapa hari lepas.
Cerita sedikit tentang South City Plaza. Entahlah, Alangz rasa semenjak pembukaannya masih lagi tidak dapat menawan hati Alangz untuk kembali berulang ke sana. Mungkin faktor persekitaran dan majoriti kedai-kedai yang menjual produk.. mmm... entahlah. Bau ginseng dan alatan sembahyang kaum cina juga amatlah meriah di sini. Ini hanya dari pendapat peribadi Alangz. Apapun, setibanya di sana Alangz melihat kemeriah aktiviti ini. Dan baru Alangz nampak yang kempen ini dianjurkan oleh kumpulan Buddha;Tzu Chi dengan kerjasama Hospital Universiti. Apapun, jika niat ikhlas hendak menderma darah, diteruskan juga niat itu.
Meriah betul. Cukup ramai penderma yang muncul pada hari itu. Alangz yang tiba dalam jam 11.50 pagi merupakan orang yang ke 99 menderma. Waahh.. cukup ramai.
Dalam menunggu proses giliran, Alangz melihat betapa sistematiknya mereka bertindak. Kumpulan Tzu Chi mempunyai ramai sukarelawan. Asasnya Alangz dapat melihat kumpulan ini ditubuhkan dengan niat untuk membantu orang kurang berkeupayaan yang sakit mendapat rawatan. Begitupun, mereka merupakan sukarelawan. Mengumpul derma bersama, melakukan aktiviti kebajikan. Mmm. mulia sungguh hati mereka. Kenapalah orang melayu tidak boleh melakukan perkara yang sama?.. Ada kumpulan sibuk berebut jawatan presiden. Entahlah...
Kembali kepada cerita derma darah. Mmmm.. baru Alangz perasan yang kali terakhir Alangz menderma darah adalah pada 22 Februari 2005. Semuanya angkara sibuk dengan tugasan harian dan masa untuk menderma di Pusat Darah Negara amat terbatas. Apapun, ini merupakan kali ke 68 Alangz menderma.
Tengoklah, betapa lusuhnya buku menderma darah yang telah digunakan lebih 11 tahun.
Apapun, memang seronok melakukan kerja amal ini. Sepanjang 11 tahun melakukan aktiviti menderma darah, pelbagai ragam dan orang dapat dilihat. Namun, agak mendukacitakan bila mana melihat statistik majoriti penderma darah merupakan kaum Cina walaupun majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu. Kepada anda yang berkelapangan, rajin-rajinkanlah diri untuk melakukan aktiviti ini. Bukan hanya diri menjadi lebih sihat kerana bekalan darah dikeluarkan dan darah baru dapat terhasil, ia juga amat berguna kepada mereka yang memerlukannya. Cicakz.. ekk... cicakz leh derma darah tak?.. kuang...kuang...kuang... Posted by alangz at 4/10/2006 3:46:08 pm Comments (4) Permalink Sunday, April 09, 2006
Mari memasak bersama Alangz... Hahahaaa... sekian lama tidak memasak di rumah, Alangz memecahkan rekod memasak malam sabtu lalu. Bukan tak mahu memasak, tapi setakat nak mengisi perut Alangz dan housemate sorang jer, rasanya tak berbaloi untuk melakukan aktiviti memasak ini. Tapi, housemate sorang nie rajin masak.. masak mee memanjang. Untuk dia sorang jerlah. Tak larat nak mengikutkan selera dia. K... tak payah nak berceloteh panjang lebar. Ingat perencah mee bandung yang Alangz beli di Muar tempoh hari?... yup. Alangz masak mee bandung. [TgafZa!!.. bilalah nak masak mee bandung / asam pedas nie.. terliur nak rasa sedapnya camner... huhuuu]. Bila fikirkan Alangz tinggal berdua sahaja sekarang, maka mencanangkanlah kepada kawan-kawan yang lain untuk turut serta menghabiskan mee bandung yang bakal Alangz masak itu. Sabtu, sempat membeli barangan di Giant, Mines Shopping Centre. Maka bermulalah episod masak memasak ini... Mula-mula rebus dulu daging. Biar betul2 empuk ek.. ahakz...
Sesambil menunggu daging nie direbus, kita sediakan bahan 'pemeriah' yang lain.
Kalau diikut dari aturan label perencah mee bandung itu, hanya sayur sawi dan tauhu sahaja diperlukan. Tapi, memandangkan kita menjemput orang luar, biarlah nampak meriah sedikitkan. Jadi, Alangz menambah udang besar dan bebola ikan. Setelah daging empuk, jangan dibuang air rebusan itu. Air itu bakal digunakan dalam menu masakan kita nanti. Bukalah perencah segara mee bandung itu. Tumiskan terlebih dahulu sehingga naik bau.
Yum..yum... bau bahan tumisan terutama udang kering cukup menyemarakkan nafsu makan. Ahakz... Agak-agak dah cukup masak, kita tambahkan air rebusan daging tadi. Biarkan sehingga mendidih sebelum bebola ikan dimasukkan. Kemudian terjunkan udang, dan biarkan mereka berenang-renang di air merah. Hahaha..
Bila agak-agak dah nak masak tu.. campakkan batang sayur sawi yang keras tu. Kalau Alangz masak bebatang nie.. biasanya Alangz akan titikkan sedikit. Biar cepat masaknya. Kemudian masukkan tauhu goreng tu. Barulah masukkan daun hijaunya pulak. Dah mesra semua, sebelum nak tutup air tu, masukkan dua biji telur. Pecahkanlah.. jangan lak masukkan terus telur tu. Siap!!
Sebelum tu... Alangz dah siap celurkan kuew tiaw. Almaklum lah, semenjak kes asid borik nie, dah kurang makan mee. Tapi, kuew tiaw pun ada gak kan?. hahaha... dah takder pilihan. Takkan lah makan dengan spaghetti pulak kan?.. hahaha.... Wokey... time makan.... jeng-jeng-jeng....
Bluurrrppp...... kekenyangan...
Bukan sorang jer tau...
Antara teman yang makan bersama. Alhamdulillah.... rezeki untuk hari tu.... Apapun.. kalau kita nak segera, perancah mee bandung nie memang sedap. Cuma, masa Alangz masak, ada kurang sikitlah.. terlebih ayor.. hahahaa... yang penting, semua habis. Tidak terbuang. Amin... Cubalah...
Cicakz... Dobot... kalau awek ko balik kampung kat Muar tu, aku nak pesan suruh dia beli perencah nie lagi boleh tak?.. hehehehe... Posted by alangz at 4/9/2006 9:53:53 am Comments (4) Permalink Saturday, April 08, 2006
Cadbury Warehouse Sales Mekasih KakPah sebab canangkan warehouse sales nie kat Alangz. Semalam, sempat Alangz mencuri masa untuk pergi ke Cadbury warehouse sales di Seksyen 16, Shah Alam setelah mendapat e-mail pemberitahuan daripada KakPah [hehehe.. peminat setia Bro Joe nie... ahakzz].
Ini merupakan kali pertama Alangz pergi jualan gudang yang menjual coklat. Jualan gudang pakaian selalulah. Macam manapun, Alangz ingin menceritakan serba sedikit pengalaman semasa membeli. Mungkin boleh menjadi pedoman kiranya ada lagi jualan ini. Apapun jualan ini masih lagi berlangsung sehingga 8 April 2006. Setibanya di perkarangan pintu masuk, Alangz melihat kelibatan pembeli yang sedang beratur. Ramainya. Memandangkan sudah tiba, terus sahaja berbaris.
Huhhh!!!... jenuh juga beratur. Ingatkan sekejap sahaja tempoh untuk menunggu. Tapi, setelah sejam menunggu, rasa seperti rugi untuk meninggalkan barisan. Bak kata teman, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kalau balik lewat ke pejabat pasti kena marah.. dan alang-alang lambat.. teruskan juga beratur.
Lihatlah betapa meriahnya kelibat orang ramai yang mahu membeli coklat. Secara kasarnya perkiraan Alangz, diskaun yang diberikan ke atas barangan ini sekitar 30-60%. Memang murah dah semasa berebut-rebut membeli produk ini, jangan lupa untuk melihat tempoh tamat coklat ini. Ini ada diantara barangan yang tempohnya hampir tamat. Sekitar dua minggu lagi. Namun itu hanya segelintir. Yang Alangz lihat, ada yang mampu lagi bertahan hingga ke tahun hadapan.
Apa yang Alangz borong?... lihatlah sendiri... hahahhaa
Penuh satu kotak. Dan yang paling seronok, harganya hanya RM85. Kalau dibandingkan dengan coklat yang Alangz beli dari kedai bebas cukai di Langkawi atau Labuan tempoh hari, berkali ganda harganya. Mampukah Alangz menghabiskan semua coklat ini?.. Oh tidak sama sekali. Sebenarnya niat membeli hanya mahu dalam satu dua pek sudah memadai. Tapi memikirkan anak buah Alangz, Alangz beli lebih. Selain dari itu, terfikir teman di pejabat. Kalau membeli pasti ada mata yang memandang dan pastinya mereka juga berminat dan menyatakan 'kenapa tak beli lebih.. boleh jual kat aku'.... Atas dasar itu jugalah Alangz membeli secara pukal. Dan ada juga yang diperuntukan untuk memberi kepada kenalan.
Setelah lebih kurang 3 jam berada di sana, Alangz dapat rasakan kelemahan yang amat ketara semasa proses pembelian adalah dari segi kaunter pembayaran. Tidak langsung bersistematik. Kalaupun masih menggunakan kiraan secara manual, rasanya mereka perlu menambahkan bilangan kakitangan. Dan rasa tidak praktikal langsung menganjurkan jualan gudang di sebahagian ruang legar kantin yang sempit dan kantin yang tidak dihentikan operasi buat sementara. Apapun, hari ini Alangz bersarapan pagi dengan coklat.. dan di depan pc ini masih ada lagi coklat. Yum.. yum... best nyer... Cicakz... huhuhu... macam-macam bau masa beratur tu kan?.. sesi himpit mengimpit kat pintu masuk tu pun satu ek... huhuhu....
Posted by alangz at 4/8/2006 12:01:42 am Comments (6) Permalink Friday, April 07, 2006
Iklan lagi... Candat & Canda Sebenarnya semalam Alangz terima mail pasal candat & canda nie. Memang lama dah mengintai-ngintai untuk mencari peluang mencandat sotong. Alangz baru dapat bercakap dengan Tiger @ HIsham... masih ada kekosongan kalau sesiapa nak pergi. Tak ramai lagi.. dalam 10 orang sahaja. Cam best jer... Alangz nak pergi!!!... [away... cari borang cuti.. ahakz...] “Candat & Canda” Marang/Pulau Kapas, Terengganu 28 April - 1 May 2006 28 April 2006 29 April 2006 Beli Keropok di Losong 2.00 pm : Sambung Jalan2 kat Bandar Terangganu….. make sure pukul 2.30 kowang sampai balik ke Bas utk memastikan tak tertinggal. 3.00 : berkumpul di jeti dan pemecahan mengikut kumpulan dan bot. hehehhe. Time nih kena kowtim sesiap camana pembahagian sutun tuh nak buat.. jgn satgi ada yg bergaduh plak…. Setiap kumpulan akan diberikan perkakasan memasak yg asas sahaja untuk menggoreng sutun kat dalam bot tuh nanti.. kalau nak masak lebih2 kena prepare sendiri… dapur disediakan. * Kita akan mencandat sampai keluar muntah * Sila bawak pil mabuk laut yang mencukupi * Alatan untuk mencandat disediakan, sapa nak memancing bawak sendiri * 12 orang utk satu boat * Hasil tangkapan, sapa dpt dia punya, sapa yang tak dapat bole ler beli dari kengkawan yang dpt tangkap banyak. Nak kongsi2, korang pakat2 ler sesama korang. Semua org leh bawak tong memasing. * Makanan atas boat tidak disediakan. Sapa yang lapar leh ler goreng sutun yg korang tangkap tu. Alatan kami sediakan. 30 April 2006 7.00 am : Letih dahh… ada yang masih terbongkang.. ada yang masih terlena.. ada yg masih pening lalat….Keheningan pagi dilambung gelombang ombak didalam bot masing-masing merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Pelbagai pandangan kita boleh dengar.. ada yang suka.. yang kata cam lepak kat water bed yang besar… heeh.. kalau nak tahu.. cuba sendiri. Hurm.. pagi nih ke mana kita yer? Sotong dah banyak… ikan pun ada… tapi rasanya dah lebih setengah tong sotong dahh digoreng malam tadi.. heheh kowang tak tahu betapa besnyerrrrr rasa sotong segar yang digoreng time tengah fresh tuh.. fuhhhhhhhh.. memang masyukkkkkk…. Boleh teringat sepanjang tahun kelazatan sotong goreng tuh.. (kalau tak best… tak der laa kitaorg nak buat trip nih tetiap tahun.. hehehehheh) Singgah di Pulau Kapas utk bercanda di pasiran pantai setelah penat bercandat..!!! * Gotong royong setup campsite dan memasak nasi lemak sambal sotong. Sotong sorang kena derma sikit termasuk committee. Alatan dan bahan memasak kami sediakan. 10.00 am : Dah nama pun lepak pantai kan? Hurmmm… apa lagi…. Kita buat aktiviti bebas dulu.. tapi sebelum tuh.. moh lerr kita main games skit.. dna buat acara suaikenal lebih kurang.. yelah… semalam tak sempat nak kenal mesra.. dah kena naik bot kan? Hurmm…….. sebelum masing2 nak mandi manda… kita beriadah sebentar….. dan lepas tuh.. main lerr pantai kowang semuaa sampai terbirat bibir… terentung kulit.. hehehe.. jgn lupa bawak losyen sunburn.. satgi kalau tak bawak.. balik umah mak bapak dah tak kenal karang susah….. Memacam aktiviti yang boleh kowang lakukan di sini (tapi kena bayar sendiri laa ek!!)… sesapa nak snorkeling kerr.. nak diving kerr.. nak sleeping kerr….. silakan…….. sesapa yang tak puas lagi memancing, boleh teruskan aktiviti anda… kalau tak puas kat jeti jerr.. haa… amik bot….. pastuh pergi ke lubuk-lubuk ikan yang banyak yg best2 kat sekitar pulau kapas nih….. 2.00 pm : Perut dah lapar ker? Lahaii.. siannyerrrr.. main pantai sampai lapar perut…. Hehehe.. moh kiter makan tengahari dulu…. Tapi mana pergi ramai2 bebudak nih? Ishh.. ntah kemana-mana diaorg nih… ada yg masih sibuk bertenet.. ada yang sibuk dok mancing.. dan ada juga yang sedang mencuba buat rekod dunia acara berendam paling lama.. hurmm.. suka hati kowang lerr…….. tiada sebarang aktiviti rasmi yang akan diatur sepanjang tengahari hingga ke petang nih… saja nak bagi kowang berehat dan menikmati keindahan pulau kapas nih dengan cara yang tersendiri…. 5.30 pm : Dah puas memain 1 May 2006 7.00 am : Cam biasa, sarapan time..... sebelum mandi manda dan berkemas utk balik ke KL. 8.00 am : Rehat dan aktiviti sendiri disepanjang pagi sebelum bertolak pulang. 9.30 am : Moh kiter beratur naik bot pulang ke Jeti Marang... jgn ada yg masih dok layan mandi pantai lagi udah..... satgi tak balik kiter.. jgn pula ada yg tersangkut ngan anak Makcik Gemuk plak... hehheheheh.. mana lerr tahu.. kalau2 dapat pergi makan kenduri kat Pulau Kapas plak next trip...!!! 11.00 am : Naik Bas dan Bergerak pulang ke KL 12.30 pm : Kita berenti makan tengahari di Kemaman atau pun Kuantan bergantung pada perut memasing. 8.00 pm : Di jangka Tiba Di Kuala Lumpur… Arrghhhhh.. tensennnnnnnn kena keje esok harinyaa……!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Harapan kami agar Trip kali ini dapat membuahkan senyuman dan kepuasan pada semua peserta. Kami telah cuba menyusun dan mengatur sebaik mungkin aturcara bagi trip mencandat kali ini bagi memastikan ianya berbeza dan berlainan dari trip-trip kami yang sebelum ini. Jgn lepaskan peluang dan mari bersama kami kita meneroka keindahan bumi ciptaan tuhan ini…………. Berapa yer nak kena bayar?????? Semua ini hanya RM179.00 sahaja (tertakluk pada 35 orang penyertaan)
So... kalau korang berminat nak join skali ngan Alangz... call Tiger @ Hisham kat 0193614188 atau email ke group_xtreme@yahoogroups.com Posted by alangz at 4/7/2006 12:05:46 pm Comments (2) Permalink
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||