Wednesday, April 19, 2006
Lirik lagu - Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza

 Nantikan pelancaran album terbaru Siti Nurhaliza ; Transkripsi pada 24 April 2006.

 Biarlah Rahsia

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu


Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Chorus

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Bridge
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Ulang chorus

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku




Posted by alangz at 4/19/2006 4:27:23 pm
Comments (2)



Saturday, April 15, 2006
Sekadar renungan

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia di masa muda yg abadi

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberi Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang mengetar jiwa

Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju Syurga.

Cicakz... P/S: Terima kasih cekedess atas renungan ini...




Posted by alangz at 4/15/2006 2:42:43 pm
Make a comment



Thursday, April 13, 2006
Bandar Kluang

Ini merupakan sambungan dari entry Alangz "Segamat & Muar" yang mana semasa Alangz melaksanakan tugasan luar tempoh hari. Sepertimana yang Alangz nyatakan sebelum ini, Alangz akan menekankan faktor persekitaran bandar yang Alangz singgahi, dan tidak menekankan cerita tentang kerja yang Alangz lakukan. Dan Kluang merupakan destinasi terakhir sempat Alangz singgahi walaupun pada asal perancangan mahu tinggal di Kota Tinggi.

Kami tiba di bandar Kluang juga sudah lewat malam. Mencari-cari hotel di mana hendak melelapkan mata. Ternyata memang banyak perubahan yang berlaku sepanjang 12 tahun yang lalu. Alangz tidak dapat mengesan di mana hotel penginapan Alangz dulu semasa melakukan tugasan bersama LPPKN.

 

Hotek Anika menjadi pilihan. Dengan harga RM158 dan bilik tiga katil bujang, memang memuaskan. Apapun, kepala merencana apa yang ada di bandar ini. Meninjau ke luar sementara menunggu teman selesai mandi.

Jam hampir pukul 10.00 malam. Kami sempat menjamu selera dan ketika bertolak semua ke hotel, kebanyakan kedai-kedai telahpun menamatkan operasi perniagaan mereka. Kembali ke hotel dan melayan TP Indonesia. Waduh... kelakar bangat lor... hehee.. agak janggal menonton rangkaian televisyen Indonesia terutama sewaktu slot iklan mereka. Memang mencuit hati. Pernyataan ini juga menjawap segala kemusykilan teman Alangz tentang areal TV yang tinggi di hampir setiap rumah di kawasan Johor. Mau nonton siaran Indonesia dan Singapura loh....

Keesokan harinya, seperti biasa; Alangz bangun seawal jam 6.30 pagi. Ketika teman yang lain sedang enak dibuai mimpi, Alangz mandi dan bersiap. Apa lagi, mahu menjelajahi bandar Kluang inilah.

 

Namun perjalanan menyusuri lorong-lorong dan jalan agak mendukacitakan Alangz. Aktiviti penduduk masih belum rancak di awal pagi. Kembali Alangz semula ke hotel untuk menikmati hidangan pagi di hotel setelah membeli surat khabar. Yang menambahkan ketidak seronokan bila baru terjumpa artikel ini:

Kluang is a town and district located roughly in the middle of the state of Johor in Malaysia. Kluang lies about 110km north of Johor Bahru, east-southeast of Batu Pahat, west of Mersing and south of Segamat. The population of Kluang district now exceeds 250,000 residents and the town itself has over 140,000 residents.

One of the charming places to visit in Kluang is the Kluang Railway station, in service since 1915. Like nearby Sungai Mengkibol, the railway passes through Kluang town, basically cutting it into two halves. As the main road into town regularly temporarily closes for trains to pass, local residents once said that when the trains approach Kluang Railway station, the entire Kluang town stands still; nowadays there are two railway bridges that bypass this bottleneck but the story remains. The station itself withstood the test of time and should be of interest for those who have passion for nostalgic photographs.

Today, the trains continue ferrying its passengers and passing through Kluang town, noisily but faithfully. Though trainspotting may not be a popular local pastime, take a walk to the canteen on nearby Jalan Omar, and you will find something else that will trigger old memories - really good coffee (reputedly the best local coffee in Malaysia), toasted breads and half boiled eggs. No visitors to Kluang should miss this local dish that is available for breakfast between 7.00am and 12.00noon and for afternoon tea between 2.30pm and 6.00pm.

Source: www.world66.com

No visitors to Kluang should miss this local dish?.. huhuhu.... dah miss pun... baru jer dapat info itu tadi. Memang pernah dengar kopi sana popular, tak tahu pulak roti ngan telur itupun popular. Tak kisahlah...

Selepas menjamu selera di hotel, Alangz membaca surat khabar dan menghabiskan masa di lobi hotel. Jam 9.30 pagi, kelibat deretan kedai masih tertutup rapi.Alangz membuat panggilan telefon mengejutkan teman; mandi dan bersiap. Sempat mengambil kunci kereta dan menyusuri jalan dan lorong di bandar Kluang. Tiba-tiba mata telihat;

Waaaa liauuu... Alang Hotel?!!..... hahahahaa..... terasa glamour sangat... hehehe... sebenarnya nama hotel ini adalah Ailang Hotel.... dari jauh nampak seperti Alang... kalau ada z kat belakangnya kan lebih meriah... hehehee...

Apapun, perjalanan merentasi bandar Kluang terpaksa Alangz hentikan kerana panggilan telefon dari teman menyatakan mereka sudah siap sedia untuk mendaftar keluar. Dari Kampung Melayu Kluang Alangz kembali ke tempat penginapan. Masa untuk bertugas Destinasinya di Bandar Tenggara...

Peringatan kepada anda.... ketika memandu, patuhilah Arahan lalu lintas. Jangan memandu melebihi had laju. Jangan memotong di barisan berkembar.. INGATLAH ORANG TERSAYANG.. kalau anda masih berdegil, lihatlah;

Mintak lesen Encik Tongue

"Encik melakukan 2 kesalahan... memandu 90km sejam di jalan yang sepatutnya 65km dan memotong di barisan berkembar..."

Hahhahaa... gelak jahat Alangz....itulah nasib yang kami terima di Bandar Tenggara. Apapun, memang diakui kerana mengejar masa dan kerja, teman sekerja memandu agak laju.

Selasai bekerja, sempat Alangz membeli kain... sebenarnya kerana mahu memberi kepada yang tersayang @ tercinta sempena hari lahirnya...

Selamat Hari Lahir Mak!!.. Wink semoga Allah memberkati hidup kita... Amin.... Ahakz... satu jer bagi mak, yang dua lagi tu Alangz bagi kat adik-adik Alangz.

Apapun, pengalaman mengembara di negeri orang tak akan lengkap kalau Alangz tidak mencari makanan popular di sesebuah negeri itu. Antara makan time dan yang telah Alangz layanzz..

 

Mee rebus yang sedap!! yum.. yum...   Kembung masak asam pedas... yum.. yum..

 

Otak-otak...yumm.. yumm...                   sate... yumm.. yumm..

Hehhee.... memang menyelerakan terutama mee rebus itu. Sedap bangat seh!!... Wakame.. amacam?.. terliur tak tengok?.. kat Jepun sushi banyak argh.... meh balik cepat... hahahhaa...

Cicakz... hushhh.. lapo pulak aku tengok gambar-gambar nie.... hehehee.....




Posted by alangz at 4/13/2006 5:24:12 pm
Comments (8)



Monday, April 10, 2006
Aktiviti menderma darah

Semalam Alangz ke South City Plaza, Seri Kembangan. Tujuan utamanya adalah untuk menderma darah. Kebetulan terlihat banner kempen menderma darah yang akan dilangsungkan di situ beberapa hari lepas.

Cerita sedikit tentang South City Plaza. Entahlah, Alangz rasa semenjak pembukaannya masih lagi tidak dapat menawan hati Alangz untuk kembali berulang ke sana. Mungkin faktor persekitaran dan majoriti kedai-kedai yang menjual produk.. mmm... entahlah. Bau ginseng dan alatan sembahyang kaum cina juga amatlah meriah di sini. Ini hanya dari pendapat peribadi Alangz.

Apapun, setibanya di sana Alangz melihat kemeriah aktiviti ini. Dan baru Alangz nampak yang kempen ini dianjurkan oleh kumpulan Buddha;Tzu Chi dengan kerjasama Hospital Universiti. Apapun, jika niat ikhlas hendak menderma darah, diteruskan juga niat itu.

 

Meriah betul. Cukup ramai penderma yang muncul pada hari itu. Alangz yang tiba dalam jam 11.50 pagi merupakan orang yang ke 99 menderma. Waahh.. cukup ramai.

 

Dalam menunggu proses giliran, Alangz melihat betapa sistematiknya mereka bertindak. Kumpulan Tzu Chi mempunyai ramai sukarelawan. Asasnya Alangz dapat melihat kumpulan ini ditubuhkan dengan niat untuk membantu orang kurang berkeupayaan yang sakit mendapat rawatan. Begitupun, mereka merupakan sukarelawan. Mengumpul derma bersama, melakukan aktiviti kebajikan. Mmm. mulia sungguh hati mereka. Kenapalah orang melayu tidak boleh melakukan perkara yang sama?.. Ada kumpulan sibuk berebut jawatan presiden. Entahlah...

 

Kembali kepada cerita derma darah. Mmmm.. baru Alangz perasan yang kali terakhir Alangz menderma darah adalah pada 22 Februari 2005. Semuanya angkara sibuk dengan tugasan harian dan masa untuk menderma di Pusat Darah Negara amat terbatas. Apapun, ini merupakan kali ke 68 Alangz menderma.

Tengoklah, betapa lusuhnya buku menderma darah yang telah digunakan lebih 11 tahun.

 

 

Apapun, memang seronok melakukan kerja amal ini. Sepanjang 11 tahun melakukan aktiviti menderma darah, pelbagai ragam dan orang dapat dilihat. Namun, agak mendukacitakan bila mana melihat statistik majoriti penderma darah merupakan kaum Cina walaupun majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu.

Kepada anda yang berkelapangan, rajin-rajinkanlah diri untuk melakukan aktiviti ini. Bukan hanya diri menjadi lebih sihat kerana bekalan darah dikeluarkan dan darah baru dapat terhasil, ia juga amat berguna kepada mereka yang memerlukannya.

Cicakz.. ekk... cicakz leh derma darah tak?.. kuang...kuang...kuang...




Posted by alangz at 4/10/2006 3:46:08 pm
Comments (4)



Sunday, April 09, 2006
Mari memasak bersama Alangz...

Hahahaaa... sekian lama tidak memasak di rumah, Alangz memecahkan rekod memasak malam sabtu lalu. Bukan tak mahu memasak, tapi setakat nak mengisi perut Alangz dan housemate sorang jer, rasanya tak berbaloi untuk melakukan aktiviti memasak ini. Tapi, housemate sorang nie rajin masak.. masak mee memanjang. Untuk dia sorang jerlah. Tak larat nak mengikutkan selera dia.

K... tak payah nak berceloteh panjang lebar. Ingat perencah mee bandung yang Alangz beli di Muar tempoh hari?... yup. Alangz masak mee bandung. [TgafZa!!.. bilalah nak masak mee bandung / asam pedas nie.. terliur nak rasa sedapnya camner... huhuuu].

Bila fikirkan Alangz tinggal berdua sahaja sekarang, maka mencanangkanlah kepada kawan-kawan yang lain untuk turut serta menghabiskan mee bandung yang bakal Alangz masak itu.

Sabtu, sempat membeli barangan di Giant, Mines Shopping Centre. Maka bermulalah episod masak memasak ini...

Mula-mula rebus dulu daging. Biar betul2 empuk ek.. ahakz...

Sesambil menunggu daging nie direbus, kita sediakan bahan 'pemeriah' yang lain.

 

Kalau diikut dari aturan label perencah mee bandung itu, hanya sayur sawi dan tauhu sahaja diperlukan. Tapi, memandangkan kita menjemput orang luar, biarlah nampak meriah sedikitkan. Jadi, Alangz menambah udang besar dan bebola ikan.

Setelah daging empuk, jangan dibuang air rebusan itu. Air itu bakal digunakan dalam menu masakan kita nanti.

Bukalah perencah segara mee bandung itu. Tumiskan terlebih dahulu sehingga naik bau.

 

Yum..yum... bau bahan tumisan terutama udang kering cukup menyemarakkan nafsu makan. Ahakz... Agak-agak dah cukup masak, kita tambahkan air rebusan daging tadi. Biarkan sehingga mendidih sebelum bebola ikan dimasukkan. Kemudian terjunkan udang, dan biarkan mereka berenang-renang di air merah. Hahaha..

 

 

Bila agak-agak dah nak masak tu.. campakkan batang sayur sawi yang keras tu. Kalau Alangz masak bebatang nie.. biasanya Alangz akan titikkan sedikit. Biar cepat masaknya. Kemudian masukkan tauhu goreng tu. Barulah masukkan daun hijaunya pulak. Dah mesra semua, sebelum nak tutup air tu, masukkan dua biji telur. Pecahkanlah.. jangan lak masukkan terus telur tu. Siap!!

  

  

Sebelum tu... Alangz dah siap celurkan kuew tiaw. Almaklum lah, semenjak kes asid borik nie, dah kurang makan mee. Tapi, kuew tiaw pun ada gak kan?. hahaha... dah takder pilihan. Takkan lah makan dengan spaghetti pulak kan?.. hahaha....

Wokey... time makan.... jeng-jeng-jeng....

 

Bluurrrppp...... kekenyangan...

Bukan sorang jer tau...

Antara teman yang makan bersama. Alhamdulillah.... rezeki untuk hari tu.... Apapun.. kalau kita nak segera, perancah mee bandung nie memang sedap. Cuma, masa Alangz masak, ada kurang sikitlah.. terlebih ayor.. hahahaa... yang penting, semua habis. Tidak terbuang. Amin...

Cubalah... Tongue

Cicakz... Dobot... kalau awek ko balik kampung kat Muar tu, aku nak pesan suruh dia beli perencah nie lagi boleh tak?.. hehehehe...




Posted by alangz at 4/9/2006 9:53:53 am
Comments (4)




Next Page



<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: