|
Friday, April 21, 2006
Alangz nak kahwin??... Yup... Alangz nak kahwin.... pengakuan ikhlas dalam blog ini. Insyaallah, kalau sudah sampai serunya, pasti ia akan terlaksana. Rasanya anda semua perasan yang sejak seminggu sudah, Alangz ada meletakkan banner mempromosikan buku "Mas kahwin yang hilang". Sebenarnya Alangz sudah mendapatkan buku itu melalui pesanan dari internet dan melakukan transaksi secara online juga. Minggu lepas, Alangz sempat menghabiskan bacaan buku ini sebanyak 2 kali. Secara asasnya buku ini mendedahkan kita dengan teknik pengurusan kewangan yang betul dan mendedahkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh anak-anak muda masa kini di dalam menguruskan kewangan mereka.
Terus terang Alangz nyatakan yang buku ini memang agak nipis. 72 muka surat sahaja. Kandungannya tidak padat dan menyeluruh. Cuma asas sahaja. Namun begitu, kita sudah dewasa dan boleh merencana perlakuan berikut setelah selesai melakukan apa yang dicadangkan. Dan pastinya kita memang tahu bagaimana dan apa puncanya pendapatan habis begitu sahaja tanpa dapat disimpan. Dengan adanya buku ini, kita secara tidak langsung dapat merancang perbelanjaan untuk hari bahagia, Insyaallah. Kenapa Alangz sibuk mempromosikan buku ini?... sebenarnya Alangz mengikuti Affiliate Program mereka. Apa tu?.. hehe.. korang carilah info ini kat internet. Secara asasnya Alangz akan mendapat komisen sekiranya link dari blog Alangz ini digunakan oleh anda untuk membeli buku ini secara online. Harga buku ini RM18 dan kalau anda membeli, Alangz akan mendapat RM5. Jadi, korang belilah. Pastu buat cam Alangz buat. Dapat 4 orang yang membeli, Alangz sudah mendapat pulangan pembelian buku itu. Memang margin keuntungan dia kecil, tapi yang penting ilmu itu kita dapat berkongsi sama. Apa salahnya anda melabur RM18 untuk mendapatkan ilmu dan sekaligus membuka jalan ke arah alam rumahtangga. Jadi.. tunggu apa lagi?... klik di sini untuk menempah buku itu sekarang!!.. belilah.. belilah... hahaha... Yang dah kahwin tu... belilah buku ini. Buat hadiah untuk adik atau kenalan anda yang tak kahwin-kahwin lagi.. dapat pahala... [betul wei...] hehehe... Cicakz... wei... alangz.. tajuk ko cakap ko nak kahwin.. tak citer pasal ko nak kahwin pon?.. Alangz.. yup.. memang ler aku nak kahwin.. betullah tu.. yang aku maksudkan "alangz nak kahwin?." tu NIAT aku.. memang NAK sangat kahwin.. tapi tarak budget dan CALONnya lagi.... kuang... kuang.. kuang... Cicak... cishh.. cishh... cishhh.... Posted by alangz at 4/21/2006 3:43:09 pm Comments (5) Permalink Wednesday, April 19, 2006
Lirik lagu - Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza Nantikan pelancaran album terbaru Siti Nurhaliza ; Transkripsi pada 24 April 2006. Biarlah Rahsia Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Chorus Keheningan Malam Membangunkan Dan Kisahku Yang Masih Panjang Bridge Ulang chorus Pernahkah Kau Bermimpi Seketika Posted by alangz at 4/19/2006 4:27:23 pm Comments (2) Permalink Saturday, April 15, 2006
Sekadar renungan Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia di masa muda yg abadi Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberi Tuhan Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang mengetar jiwa Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju Syurga. Cicakz... P/S: Terima kasih cekedess atas renungan ini... Posted by alangz at 4/15/2006 2:42:43 pm Make a comment Permalink Thursday, April 13, 2006
Bandar Kluang Ini merupakan sambungan dari entry Alangz "Segamat & Muar" yang mana semasa Alangz melaksanakan tugasan luar tempoh hari. Sepertimana yang Alangz nyatakan sebelum ini, Alangz akan menekankan faktor persekitaran bandar yang Alangz singgahi, dan tidak menekankan cerita tentang kerja yang Alangz lakukan. Dan Kluang merupakan destinasi terakhir sempat Alangz singgahi walaupun pada asal perancangan mahu tinggal di Kota Tinggi. Kami tiba di bandar Kluang juga sudah lewat malam. Mencari-cari hotel di mana hendak melelapkan mata. Ternyata memang banyak perubahan yang berlaku sepanjang 12 tahun yang lalu. Alangz tidak dapat mengesan di mana hotel penginapan Alangz dulu semasa melakukan tugasan bersama LPPKN.
Hotek Anika menjadi pilihan. Dengan harga RM158 dan bilik tiga katil bujang, memang memuaskan. Apapun, kepala merencana apa yang ada di bandar ini. Meninjau ke luar sementara menunggu teman selesai mandi.
Jam hampir pukul 10.00 malam. Kami sempat menjamu selera dan ketika bertolak semua ke hotel, kebanyakan kedai-kedai telahpun menamatkan operasi perniagaan mereka. Kembali ke hotel dan melayan TP Indonesia. Waduh... kelakar bangat lor... hehee.. agak janggal menonton rangkaian televisyen Indonesia terutama sewaktu slot iklan mereka. Memang mencuit hati. Pernyataan ini juga menjawap segala kemusykilan teman Alangz tentang areal TV yang tinggi di hampir setiap rumah di kawasan Johor. Mau nonton siaran Indonesia dan Singapura loh.... Keesokan harinya, seperti biasa; Alangz bangun seawal jam 6.30 pagi. Ketika teman yang lain sedang enak dibuai mimpi, Alangz mandi dan bersiap. Apa lagi, mahu menjelajahi bandar Kluang inilah.
Namun perjalanan menyusuri lorong-lorong dan jalan agak mendukacitakan Alangz. Aktiviti penduduk masih belum rancak di awal pagi. Kembali Alangz semula ke hotel untuk menikmati hidangan pagi di hotel setelah membeli surat khabar. Yang menambahkan ketidak seronokan bila baru terjumpa artikel ini: Kluang is a town and district located roughly in the middle of the state of Johor in Malaysia. Kluang lies about 110km north of Johor Bahru, east-southeast of Batu Pahat, west of Mersing and south of Segamat. The population of Kluang district now exceeds 250,000 residents and the town itself has over 140,000 residents. Today, the trains continue ferrying its passengers and passing through Kluang town, noisily but faithfully. Though trainspotting may not be a popular local pastime, take a walk to the canteen on nearby Jalan Omar, and you will find something else that will trigger old memories - really good coffee (reputedly the best local coffee in Malaysia), toasted breads and half boiled eggs. No visitors to Kluang should miss this local dish that is available for breakfast between 7.00am and 12.00noon and for afternoon tea between 2.30pm and 6.00pm. Source: www.world66.com No visitors to Kluang should miss this local dish?.. huhuhu.... dah miss pun... baru jer dapat info itu tadi. Memang pernah dengar kopi sana popular, tak tahu pulak roti ngan telur itupun popular. Tak kisahlah... Selepas menjamu selera di hotel, Alangz membaca surat khabar dan menghabiskan masa di lobi hotel. Jam 9.30 pagi, kelibat deretan kedai masih tertutup rapi.Alangz membuat panggilan telefon mengejutkan teman; mandi dan bersiap. Sempat mengambil kunci kereta dan menyusuri jalan dan lorong di bandar Kluang. Tiba-tiba mata telihat;
Waaaa liauuu... Alang Hotel?!!..... hahahahaa..... terasa glamour sangat... hehehe... sebenarnya nama hotel ini adalah Ailang Hotel.... dari jauh nampak seperti Alang... kalau ada z kat belakangnya kan lebih meriah... hehehee... Apapun, perjalanan merentasi bandar Kluang terpaksa Alangz hentikan kerana panggilan telefon dari teman menyatakan mereka sudah siap sedia untuk mendaftar keluar. Dari Kampung Melayu Kluang Alangz kembali ke tempat penginapan. Masa untuk bertugas Destinasinya di Bandar Tenggara...
Peringatan kepada anda.... ketika memandu, patuhilah Arahan lalu lintas. Jangan memandu melebihi had laju. Jangan memotong di barisan berkembar.. INGATLAH ORANG TERSAYANG.. kalau anda masih berdegil, lihatlah;
Mintak lesen Encik "Encik melakukan 2 kesalahan... memandu 90km sejam di jalan yang sepatutnya 65km dan memotong di barisan berkembar..." Hahhahaa... gelak jahat Alangz....itulah nasib yang kami terima di Bandar Tenggara. Apapun, memang diakui kerana mengejar masa dan kerja, teman sekerja memandu agak laju. Selasai bekerja, sempat Alangz membeli kain... sebenarnya kerana mahu memberi kepada yang tersayang @ tercinta sempena hari lahirnya...
Selamat Hari Lahir Mak!!.. Apapun, pengalaman mengembara di negeri orang tak akan lengkap kalau Alangz tidak mencari makanan popular di sesebuah negeri itu. Antara makan time dan yang telah Alangz layanzz..
Mee rebus yang sedap!! yum.. yum... Kembung masak asam pedas... yum.. yum..
Otak-otak...yumm.. yumm... sate... yumm.. yumm.. Hehhee.... memang menyelerakan terutama mee rebus itu. Sedap bangat seh!!... Wakame.. amacam?.. terliur tak tengok?.. kat Jepun sushi banyak argh.... meh balik cepat... hahahhaa... Cicakz... hushhh.. lapo pulak aku tengok gambar-gambar nie.... hehehee..... Posted by alangz at 4/13/2006 5:24:12 pm Comments (8) Permalink Monday, April 10, 2006
Aktiviti menderma darah Semalam Alangz ke South City Plaza, Seri Kembangan. Tujuan utamanya adalah untuk menderma darah. Kebetulan terlihat banner kempen menderma darah yang akan dilangsungkan di situ beberapa hari lepas.
Cerita sedikit tentang South City Plaza. Entahlah, Alangz rasa semenjak pembukaannya masih lagi tidak dapat menawan hati Alangz untuk kembali berulang ke sana. Mungkin faktor persekitaran dan majoriti kedai-kedai yang menjual produk.. mmm... entahlah. Bau ginseng dan alatan sembahyang kaum cina juga amatlah meriah di sini. Ini hanya dari pendapat peribadi Alangz. Apapun, setibanya di sana Alangz melihat kemeriah aktiviti ini. Dan baru Alangz nampak yang kempen ini dianjurkan oleh kumpulan Buddha;Tzu Chi dengan kerjasama Hospital Universiti. Apapun, jika niat ikhlas hendak menderma darah, diteruskan juga niat itu.
Meriah betul. Cukup ramai penderma yang muncul pada hari itu. Alangz yang tiba dalam jam 11.50 pagi merupakan orang yang ke 99 menderma. Waahh.. cukup ramai.
Dalam menunggu proses giliran, Alangz melihat betapa sistematiknya mereka bertindak. Kumpulan Tzu Chi mempunyai ramai sukarelawan. Asasnya Alangz dapat melihat kumpulan ini ditubuhkan dengan niat untuk membantu orang kurang berkeupayaan yang sakit mendapat rawatan. Begitupun, mereka merupakan sukarelawan. Mengumpul derma bersama, melakukan aktiviti kebajikan. Mmm. mulia sungguh hati mereka. Kenapalah orang melayu tidak boleh melakukan perkara yang sama?.. Ada kumpulan sibuk berebut jawatan presiden. Entahlah...
Kembali kepada cerita derma darah. Mmmm.. baru Alangz perasan yang kali terakhir Alangz menderma darah adalah pada 22 Februari 2005. Semuanya angkara sibuk dengan tugasan harian dan masa untuk menderma di Pusat Darah Negara amat terbatas. Apapun, ini merupakan kali ke 68 Alangz menderma.
Tengoklah, betapa lusuhnya buku menderma darah yang telah digunakan lebih 11 tahun.
Apapun, memang seronok melakukan kerja amal ini. Sepanjang 11 tahun melakukan aktiviti menderma darah, pelbagai ragam dan orang dapat dilihat. Namun, agak mendukacitakan bila mana melihat statistik majoriti penderma darah merupakan kaum Cina walaupun majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu. Kepada anda yang berkelapangan, rajin-rajinkanlah diri untuk melakukan aktiviti ini. Bukan hanya diri menjadi lebih sihat kerana bekalan darah dikeluarkan dan darah baru dapat terhasil, ia juga amat berguna kepada mereka yang memerlukannya. Cicakz.. ekk... cicakz leh derma darah tak?.. kuang...kuang...kuang... Posted by alangz at 4/10/2006 3:46:08 pm Comments (4) Permalink
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||