|
Thursday, October 07, 2004
Naik?... turun?... jangan mimpi.... Sekarang nie media massa acapkali menyiarkan berita tentang kenaikan harga barang. Kalau diimbas kembali, rentetan daripada belanjawan yang dibentangkan oleh Bendahara Malaysia maka, meriahlah kenaikan harga barangan. Tentu penghisap rokok mengeluh kerana kenaikan harga tembakau. Namun, mereka yang memang kaki rokok tetap dengan tabiat itu. Cuma segelintir yang cuba untuk mengurangkan atau menghentikan 'hisapan' rokok ini. Kalau dilihat daripada peristiwa sekarang, kerajaan benar-benar serius menangani tabiat rokok di kalangan rakyat. So, sendiri mau ingatlah. Kekecohan kenaikan harga barang semakin hari semakin meriah pula. Dari rokok, beralih kepada isu air. Yup, isu ini yang memulakan suasana 'meriah' ini sebelum rokok. Kenaikan takrif air yang telah diwarwarkan oleh Jabatan Bekalan Air Selangor (PUAS). Aku ada menulis artikel berkenaan dengan rokok dan air sebelum ini. Yang pasti, walau sekuat manapun 'lalakan' kita kenaikan harga barangan memang akan diteruskan. Bak kata pepatah; seperti anjing menyalak ke gunung, luaknya tidak.... Cicakz melaporkan untuk weblog alangz.... Posted by alangz at 10/7/2004 5:05:41 pm Comments (2) Monday, October 04, 2004
Makanan ‘Halal’ yang tak halal… Huhuhuhu… meriah sungguh berita di dada-dada akhbar dan media eletronik sekarang ini berkaitan dengan isu ‘Halal’ ini. Semuanya semakin panas akibat isu tempat simpanan sejukbeku anak babi yang dicampurkan dengan ayam yang dikesan di Serdang, Selangor… (Huh!!.. dekat dah dengan area rumah aku…) Ayam disitu juga dipercayai disembelih dengan menggunakan teknik cucuk.. (camner ek teknik nie dilakukan?..)… dan yang paling menyakitkan hati adalah penggunaan logo ‘Halal’ terhadap haiwan tu. Terbaru, isu kuih bulan yang menggunakan serunding babi juga meletakkan label ‘halal’ di bungkusannya. Keadaan ini membuatkan aku semakin tertekan dengan pemilihan makanan terutama yang disediakan oleh bukan Islam. Kerana terlalu mengejar keuntungan, kaum-kaum lain ini tanpa rasa bersalah terusan menggunakan logo ‘Halal’ walaupun sedar orang Islam tidak boleh makan babi. Babi betullah dia orang tu. Isu makanan tidak halal ini tidak boleh dipandang enteng. Makanan yang dimakan oleh umat Islam amnya, akan menjadi darah daging. Patutlah sekarang nie banyak sangat masalah sosial di kalangan orang melayu. Makan babi punya pasal. Akupun rasa aku dah makan babi secara tidak disedari. Puncanya?.. sebab aku nie kan rajin mencuba sesuatu masakan dan pernah menggunakan pek herba ‘Bah Ku Teh’ untuk memasak ayam. Hasilnya; aku makan BAYAM = (babi + ayam). BAYAM betullah dia orang tu. Lagi satu; korang semua tentu pernah makan makanan yang dimasak di gerai-gerai yang berada di Food Court, dalam pasaraya besar. Kalau korang perasan, tanda ‘halal’ juga diguna pakai untuk menjual makanan walaupun secara terangan kita lihat orang cina yang masak dan menyediakan makanan tersebut. Aku pernah diberitahu oleh seseorang supaya tidak menjamu ‘Sizzling noodle’ yang dijual di salah satu pasaraya terkenal di Malaysia ini kerana walaupun pada dasarnya perempuan Islam Indonesia yang diletakkan menjaga bahagian depan, namun kuah yang disediakan terlebih awal oleh peniaga cina ini juga diletakkan bahan rahsia (secret ingredients) yang mengandungi babi. Ya, pada luarannya pemilik pasaraya terkenal ini meyakinkan bahawa tiada bahan masakan yang tidak halal dibenarkan melepasi pintu masuk dibelakang pasaraya ini kerana kawalan ketat, namun peniaga yang tidak bertanggungjawab ini menggunakan pintu masuk pelanggan untuk menghantar babi itu ke kedai mereka secara senyap-senyap. Mangkuk hayun betullah dia orang tu. Pemimpin negara beria-ia dengan niat untuk menjadikan Malaysia in hub makanan ‘Halal’ di seluruh dunia. Namun, kalau dalam negara sendiri penggunaan logo ‘Halal’ ini boleh di permain-mainkan… siapa yang boleh yakin perancangan ini akan berjaya?.. Yang aku musykil, JAKIM (Jabatan Agama Islam Malaysia) tidak punyai kuasa ke atas pendakwaan syarikat-syarikat mangkuk hayun itu yang secara terangan menyalahgunakan logo ‘Halal’ yang dikeluarkan oleh JAKIM kerana ia terletak di bawah tanggungan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Boleh camtu?.. Bagi akulah; untuk menyelesaikan isu makanan halal yang tak halal ini JAKIM haruslah diberi kuasa untuk memantau penggunaan logo ini dan boleh melakukan proses mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang bersalah. Moral of the story; lepas ini kalau nak makan apa-apapun, kita kenalah lebih peka dan buka mata lebih luas untuk memastikan makanan itu halal. Jangan makan di permis perniagaan yang diusahakan oleh selain daripada orang Islam. Cicak; habislah aku.. lepas nie ada ura-ura peniaga nak jual ‘cicak panggang / rebus / goreng’ …. Siap dengan logo ‘Halal’ lagi…… huhuhuhu…. Posted by alangz at 10/4/2004 12:43:16 pm Comments (4) Friday, October 01, 2004
Nasib dan keluhan penunggang motosikal Motosikal merupakan pengangkutan yang cukup sinonim untuk rakyat Malaysia amnya. Pengangkutan ini kebiasaannya digunakan kerana ianya mudah, murah, menjimatkan masa, dan amat praktikal digunakan untuk mengatasi kesesakan jalan raya yang semakin teruk terutamanya di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, penunggang motosikal lebih banyak terdedah dengan risiko kecelakaan jalan raya. Statistik kemalangan jalan raya di Malaysia juga menunjukkan kemalangan maut kebiasaannya berlaku kepada penunggang mahupun pembonceng motosikal. Kalau dilihat kepada teori asasnya, sudah pasti kita boleh membayangkan kenapa isu ini berlaku. Ini adalah kerana penunggang tidak boleh melakukan sedikit kesilapan semasa menunggang motosikal, kelak akan terjatuh dan lebih malang lagi sekiranya ada kenderaan yang sedang mengekori tidak dapat mengelak dan terus melanggar mereka. Kerajaan telahpun menjalankan kempen kesedaran keselamatan penunggang motosikal dengan berterusan. Kalau diperhatikan di media massa ketika ini, kempen memakai topi keledar dengan betul sedang giat dicanangkan. Antara bentuk iklannya; Tiada gunanya kalau tidak diikat ketat. Ikat topi keledar anda. Anda mampu mengubahnya. Ramai penunggang motosikal merasakan bahawa dengan hanya memakai topi keledar sahaja sudah mencukupi tetapi topi keledar yang tidak diikat akan tercabut jika berlaku kemalangan. Memakai topi keledar tanpa mengikatnya samalah seperti tidak memakainya. Sentiasa mengikat topi keledar kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Selaku penunggang motosikal, aku bersetuju dengan fakta tersebut. Namun, keselamatan penunggang motosikal tidak akan terjamin sekiranya pengguna jalan raya yang lain tidak mengendahkan keselamatan. Pengalaman menunggang motosikal dan pemanduan kereta banyak mengajar aku tentang keselamatan ini banyak bergantung kepada sikap dan toleransi di antara pengguna jalan raya. Sekiranya penunggang motosikal benar-benar menitik-beratkan isu keselamatan dan senantiasa berhati-hati, ianya tidak akan bermakna sekiranya pengguna yang lain tidak mengamalkannya bersama. Contoh yang paling mudah dan seringkali kemalangan berlaku; sikap pemandu kenderaan lain yang tidak melihat cermin sisi semasa ingin memotong / menukar laluan, ataupun tidak memberi lampu isyarat semasa melakukanya acapkali mengundang kecelakaan kepada penunggang motosikal yang sedang mengekori kenderaan terbabit. Namun begitu, penunggang motosikal juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Antaranya; menukar laluan secara mendadak dan tidak memasang lampu isyarat. Ada dikalangan mereka yang bersikap pentingkan diri sendiri dan melakukan aksi dan lipatan maut mengikut nafsu sendiri. Segala pernyataan di atas adalah berpunca daripada sikap kita sebagai pemandu sendiri. Isu ini tidak akan sesekali selesai sekiranya kita tidak mengubah corak pemanduan merbahaya kita. Apa yang penting, tanamkan sikap bersabar dan bertolak ansur ketika memandu. Tepuk dada, tanyalah diri. Pun begitu, ada isu yang lebih menarik hendak dilontarkan di sini. Selaku penunggang motosikal, aku merayu agar kerajaan atau lebih tepat lagi Jabatan Kerja Raya (JKR) agar lebih prihatin terhadap kami. Kemudahan laluan motosikal amat dihargai. Namun, sekiranya kemudahan yang disediakan tidak diselenggara dengan sempurna, sudah tentu ianya akan menjadi bangunan usang yang menanti masa untuk runtuh. Itulah perumpaaan yang ingin aku sampaikan tentang kemudahan laluan motosikal ini. Kedaifan laluan motosikal terutamanya di Lebuh raya Persekutuan amatlah menyedihkan. Kalau dibandingkan dengan jalan raya yang disediakan untuk lalauan kenderaan empat tayar, penunggang motosikal pasti merasa seperti mereka di anak tirikan. Laluan yang disediakan kini mengalami kerosakan yang pastinya mengundang bahaya kepada penunggang mahupun pembonceng motosikal. Contohnya, bonjolan akar daripada pokok berhampiran menyebabkan permukaan jalan tidak rata. Begitu juga dengan susur masuk / keluar motosikal yang dibina sekadar melepaskan batuk di tangga. Kalau tiba masa hujan, ada di antara laluan motosikal ini dibanjiri kerana masalah perparitan yang tidak dijaga dan selalunya angkara daripada tersumbat. Penutupan laluan motor untuk kerja-kerja di sekitar laluan selalunya dilaksanakan tanpa meletakkan tanda amaran dalam jarak yang sepatutnya. Kalau disenaraikan lagi, memang banyak aduan-aduan yang timbul. Namun, apa yang pasti moga keluhan ini dapat didengari oleh Datuk Seri Samy Vellu. Perbaikilah dan selenggaralah kemudahan laluan motosikal agar statistik kemalangan yang berlaku di laluan motosikal ini dapat diatasi ataupun paling tidak, dapat dikurangkan. Boleh disimpulkan bahawa sikap toleransi dan mengutamakan keselamatan bersama adalah kunci kejayaan program kempen keselamatan ini. Begitu juga dengan pengguna lebuh raya yang lain, harapan agar kita lebih mengamalkan sikap yang baik di jalan raya. Rakyat Malaysia kan terkenal dengan budi bahasa?… Begitu juga dengan kemudahan; Buat apa disediakan sekiranya tidak diselenggara dengan betul. Cicakz rasa penulisan cicakz nie skema giler… huhuuhuu… semuanya sebab bebudak yang mencari bahan untuk buat assignment lah nie… hehehe…. Posted by alangz at 10/1/2004 1:08:56 pm Comments (4) Thursday, September 30, 2004
Artikel - Tekanan Darah Tinggi, Pembunuh Dalam Senyap.... E-mail yang baru aku terima daripada seorang teman. Bacalah ia untuk menambahkan lagi kefahaman kita tentang penyakit yang membawa maut secara senyap ini. anyway artikel ini untuk menghilangkan perasaan boring korang bila mana masuk blog ini, lama sangat tidak dikemaskini... Insyaallah, idea untuk menulis ada, cuma pengagihan masa agak kelam-kabut lagi. Aku tak dapat menyesuaikan keadaan. Happy reading.... ------------------------- TEKANAN DARAH TINGGI KETAHUI TEKANAN DARAH ANDA - ELAKKAN KOMPLIKASI Apa Dia Tekanan Darah? Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadappembuluh arteri semasa peredaran darah ynag disebabkan oleh denyutan jantung. Bagaimana Tekanan Darah Diukur? Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:- 120 / 80 mmHg Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Tekanan Darah Berubah-ubah Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semual tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar. Apa Dia Tekanan Darah Tinggi? Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi. Tekanan darah optima Tekanan darah tinggi Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg kadar tekanan darah anda adalah terlalu tinggi. Kenapa Anda Perlu Mengetahui Tentang Darah Tinggi? Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala. Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi? Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
Jika Tekanan Darah Anda Optima (130 / 80 mmHg) Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda, dengan cara:
Jika Anda Menghidap Tekanan Darah Tinggi :-
Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Mmm.... cicak masih seperti dulu... Posted by alangz at 9/30/2004 5:51:18 pm Make a comment Tuesday, September 21, 2004
Komen daripada pembaca... Baru-baru ini aku ada menerima satu komen daripada pengunjung blog aku nie. Ingin aku berkongsi sama dengan korang sumer pendapat beliau. Akupun tak kenal dia, dah biar aku namakan dia sebagai Miss Z sahaja… Hai..... saya baru je tau kewujudan laman web awak. So nice....tapi apa sebenarnya yang awak nak citer/bincangkan dalam laman web tu? sekadar tempat for everybody lepaskan perasaan ke? ok lah kalau laman web tu untuk bincangkan hal-hal semasa tapi rasanya tak sesuailah.saya bukannya anti ngan awak ataupun nak pelecehkan usaha murni awak tu tapi, saya rasa kalau awak buat forum yang lebih manfaat kan ke lebih baik. memang lah saya tau awak mesti kata laman web tu awak tubuhkan untuk ceritakan kehidupan harian awak.tapi saya geramlah.setiap kali saya cari maklumat kat cni,mesti laman web awak akan termasuk sekali.mulanya saya ignore aje.tapi dah lama2 tu fedup gak rasa.last2 terbacalah...hmmm...interesting gak.cuna kalau awak buat laman web tu lebih kepada perbincangan kan ke lebih bagus.it is just my opinion.jangan marah ek... lastly, saya nak ucapkan takziah atas pemergian ayah awak.sedih pula baca coretan awak tu.tapi biasalah..setiap yang hidup pasti akan pergi.cuma tak tahu bila.just go on with ur life.jadikan diri awak kebanggaannya seperti yang dia idamkan. ok...that all for now.sori kalau apa yang saya tulis nie buat awak sakit hati.tak ada niat sebenarnya.just nak bagi opinion aje. so take care...... Waalaikum salam… Salam perkenalan. 1st at all, I would like to take this opportunities to wish you thank you very much for dropping by to my personal weblog. Please do visit again. J Orait, biar saya jelaskan keadaan yang sebenarnya kenapa saya mewujudkan weblog saya ini. Memang pada perancangan awal saya ingin menulis ia sebagai diari / journal saya. Kehidupan saya. Kalau awak ada membaca pada awalan weblog ini, I did mention yang kawan saya ada memberi kata-kata yang agak pedas dengan menyatakan ‘buat apa ko tulis diari ko.. orang peduli apa dengan penulisan ko’. (boleh rujuk blog saya yang lama http://alangz76.blogspot.com ). Dari situ bermulalah pemindahan paradigma saya. Saya cuba menulis dan berkongsi idea / cerita mengenai kehidupan masyarakat Malaysia terutama melayu amnya. Dari penulisan yang awak baca, banyak saya kaitkan dengan kehidupan harian saya. Dan dari situ juga, saya akan cuba mencari fakta berdasarkan bahan bacaan yang ada di sekeliling kita. Sebagai contoh, cerita mengenai kematian arwah bapa saya. Saya menulis itu sempena dengan sambutan Hari Bapa. Niat saya bukan untuk meraih simpati dari pembaca, Cuma meluahkan apa yang terpendam di dasar hati. Dan dari situ juga saya amat-amat berharap bagi mereka-mereka diluar sana yang masih punyai bapa, hargailah dan layanilah bapa anda sebaik mungkin. Dan pada mereka yang senasib dengan saya, harapan saya agak perbanyakkan amal untuk disedekahkan kepada bapa lebih-lebih lagi bagi kami kaum lelaki yang mana doa dan jariah kepada arwah bapa tidak perlu melalui mana-mana tapisan. Perkaitan isu kehidupan harian banyak saya terapkan untuk menjana cerita atau isu yang ingin saya utarakan. Dan untuk pengetahuan awak juga, awak boleh mengutarakan sebarang komen atau pendapat untuk diperdebatkan melalui ruangan (make a comment) di bahagian bawah setiap isu saya. Memanglah saya amat berharap dengan respon dan komen daripada pembaca kerana saya akan sedar dan tidak menulis dengan ertikata ‘syok sendiri’. Rentetan daripada komen bernas awak ini, sudah pastilah saya harapkan sesuatu isu itu boleh diperbincangkan. Untuk melaksanakan satu forum di dalam weblog ini adalah satu idea yang menarik. Insyaallah, jika berkesempatan, saya akan cuba mencari mana-mana penyedia ruangan forum dan boleh di sambungkan (link) ke laman weblog saya ini. Sementara itu, harapan saya agar pembaca blog saya ini bolehlah berkongsi idea dengan mempergunakan ruangan ‘make a comment’. Terima kasih…. P/S : Komen anda ini akan saya siarkan ke dalam weblog saya untuk pengetahuan dan rujukan semua pengunjung. Haa.. kan best kalau cicakz selalu menerima komen… dari situ cicakz boleh memperbaiki corak penulisan cicakz… Posted by alangz at 9/21/2004 12:27:39 pm Comments (4)
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||