Monday, October 10, 2005
Harga minyak dan bahan petroleum

Harga minyak dan subsidi

Kenaikan harga minyak telah menjadi satu isu yang amat menekankan perasaan dan minda pada setiap pengguna minyak di dunia. Isu kenaikan harga menjadi semakin panas akibat kenaikan harga minyak dunia yang begitu mendadak sejak kebelakangan ini. Negara jiran, Indonesia sendiri mengalami kenaikan melebihi 100%. Pastinya ia bakal menjejaskan ekonomi negara itu. Kita juga tidak terkecuali dalam mengharungi perkara ini.

Kenaikan harga minyak dunia

Kenapa harga minyak dunia meningkat? Satu pertanyaan yang sering bermain di minda kita semua. Pada tahun 1993, harga minyak mentah [(WTI*) - West Texas intermediate = harga yang menjadi rujukan di Amerika dan dunia] adalah di paras AS$19 setong. Ia meningkat sehingga US$50.9 pada Oktober 2004. Baru-baru ini, harga minyak mentah  telah mencapai sehingga US$70 setong; satu rekod harga paling tinggi dalam sejarah minyak mentah.

Ia melonjak kerana beberapa faktor. Antaranya;


Bekalan dan Permintaan Minyak Dunia                  (Juta tong sehari)

Tahun

2000

2001

2002

2003

2004

2005

Bekalan

78.2

78.1

77.7

78.9

82.3

84.4

Permintaan

75.5

75.9

76.6

79.8

82.0

83.9

• Permintaan hampir sama dengan bekalan menyebabkan pasaran menjadi lebih tertekan.

• Permintaan dunia semakin meningkat khususnya dengan peningkatan penggunaan oleh negara China, India dan Amerika Syarikat.

• Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC Seperti Iraq, Nigeria dan Venezuela. Di Iraq, pengeluaran minyak sebelum perang adalah sebanyak 2.58 juta tong sehari dan ia berkurangan sebanyak 1.9 juta tong sehari selepas peperangan.

• Cuaca buruk yang dialami oleh beberapa negara pengeluar minyak yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara tersebut. Antaranya, taufan Katrina di Amerika Syarikat telah memberi kesan terhadap pengeluaran dan permintaan minyak.

• Kegiatan spekulasi harga minyak.


Peningkatan harga minyak di Malaysia

Kalau di lihat daripada penulisan Alangz sebelum ini, ternyata berlaku pertanyaan dan keraguan tentang tahap penentuan harga minyak di negara Malaysia. Kerana kekurangan ilmu dan membaca membuat alangz mencari jalan mudah untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Secara kasarnya, pasti kita terfikir mengapa Malaysia perlu menaikkan harga minyak sedangkan kita negara pengeluar.

Sebenarnya, harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia serta di luar kawalan kita. Untuk itu, jika berlaku kenaikan harga minyak di pasaran dunia ia akan memberi kesan kepada harga diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita.

Bagaimana kerajaan memastikan harga minyak lebih rendah?

Kerajaan memastikan harga produk petroleum rendah dengan memberi pengecualian cukai jualan dan subsidi kepada pengguna.

Dengan adanya pengecualian cukai jualan dan subsidi, maka pengusaha pengangkutan awam boleh menyediakan perkhidmatan yang murah kepada orang ramai.

Subsidi juga dapat mengurangkan kos operasi golongan nelayan dan pengusaha pengangkutan sungai di Sabah dan Sarawak.

Apa itu subsidi

Bilamana membicarakan isu subsidi, kita harus tahu makna disebalik perkataan subsidi itu sendiri. Secara kasarnya ia merujuk kepada bantuan kerajaan untuk meringankan beban pengguna.

Sekiranya kerajaan tidak memberi subsidi, harga sebenar yang perlu dibayar oleh pengguna adalah lebih tinggi. Sebagai contoh kita rujuk kepada harga petrol bagi bulan Oktober 2004 bagi peringkat semenanjung.

Harga petrol jika tidak diberikan subsidi dan dikenakan cukai adalah RM2.35 dan selepas diberi subsidi harganya jatuh kepada RM1.42 seliter. Perbezaan sebanyak RM0.93. Manakala RM2.23 harga tanpa subsidi dan RM0.83 seliter selepas subsidi bagi minyak diesel. Perbezaan yang begitu ketara iaitu RM1.40.

Ini secara langsung memberi kesan kepada kerajaan dari segi kerugian. Tambahan lagi dengan tekanan harga pada masa sekarang yang semakin melonjak.

Beban kerajaan

Berikut merupakan carta bebanan yang terpaksa kerajaan tanggung dalam masa empat tahun kebelakangan ini mengenai subsidi minyak dan cukai jualan yang tidak dikutip.

Beban Kerajaan - Subsidi dan Cukai Jualan yang tidak dikutip (RM bilion)

Tahun

Subsidi

Cukai Jualan yang tidak dikutip

Jumlah

2000

2.9

5.1

8.0

2001

1.7

3.3

5.0

2002

1.0

4.8

5.8

2003

4.2

7.3

11.5

Secara nyata, kerajaan menanggung kerugian dalam pemberian subsidi. Berapa lama ia akan bertahan?

Kerajaan akan terus memberi subsidi minyak tetapi akan menentukan tahap subsidi yang mampu ditanggung olehnya. Kerajaan juga pada dasarnya sedang merangka kaedah yang lebih baik bagi memastikan bahan petroleum seperti diesel dimanafaatkan oleh golongan yang benar-benar layak.

Jumlah subsidi kerajaan bergantung kepada penggunaan minyak. Semakin banyak minyak digunakan rakyat, semakin tinggi subsidi yang ditanggung kerajaan. Sehingga 31 Julai 2005, kerajaan telah membelanjakan RM6.6 Bilion subsidi minyak kepada pengguna.

Ramai dikalangan kita memikirkan sebagai salah satu negara pengeluar bahan petroleum, kenapa kita harus dibebani dengan kenaikan harga minyak dan tidak meletakkan beban ini kepada Petronas, selaku peneraju utama syarikat pengeluar negar kita dan punyai bangunan yang amat gah sekali. Jawapannya:



1. Sebagai syarikat petroleum:

• 35% jumlah hasil tahunan diperolehi daripada operasi antarabangsa di 35 buah negara seluruh dunia.
• Ia memerlukan sebahagian hasil untuk membuat pelaburan semula.

2. Sebagai pengimport dan pengeksport minyak:

• Malaysia dan negara-negara OPEC menggunakan harga minyak pasaran antarabangsa yang ditentukan oleh kuasa pasaran.
• Olek kerana minyak yang kita keluarkan bermutu tinggi, kita terpaksa mengimport minyak untuk kegunaan tempatan.
• Sebaliknya, kita mengeksport minyak keluaran negara kerana boleh meraih harga yang lebih tinggi.

3. Sumbangan Petronas kepada negara:

• Pada tahun 2003/04, Petronas menyumbangkan RM25.3 bilion kepada hasil negara. RM4.2 bilion digunakan untuk subsidi minyak manakala selebihnya untuk perbelanjaan kerajaan seperti pembayaran gaji dan projek pembangunan

• Royalti kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri.
• Duti eksport ke atas minyak mentah
• Cukai pendapatan petroleum dan cukai korporat.
• Dividen tahunan kepada kerajaan.

Sumbangan Petronas kepada Hasil Kerajaan

Tahun kewangan

RM Bilion

 2000/01

18.9

 2001/02

15.5

 2002/03

18.6

 2003/04

25.3

Komitmen Kerajaan

Bagaimanakah kerajaan memastikan harga minyak lebih rendah daripada negara-negara jiran?

Perbandingan harga minyak di rantau ASEAN

Negara

RON97 (RM / Liter)

RON92 (RM / Liter)

Diesel   (RM / Liter)

LPG       (RM / Liter)

Malaysia

1.62

1.58

1.28

1.45

Thailand

2.29

2.21

1.82

1.65

Singapura

3.76

3.48

2.36

 -

Filipina

2.07

2.04

1.78

1.25

Indonesia

1.70

1.64

0.86

 -

Kerajaan memastikan harga produk petroleum rendah dengan memberi pengecualian cukai jualan dan subsidi kepada pengguna bahan petroleum. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada paras yang munasabah.

Kerajaan telah menubuhkan Jawatan Kabinet Untuk Mengkaji Impak Kenaikan Harga Produk Petroleum ke atas Ekonomi Negara dan mengambil langkah-langkah berikut:

• Meningkatkan penggunaan “Natural Gas Vehicle: (NGV) oleh pengangkutan awam.
• Menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) seperti tenaga suria dan biomass.
• Menggunakan minyak kelapa sawit sebagai biofuel.
• Menggalakan konsep ‘Low-Energy office’ (LEO)

Kerajaan juga memantau kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Ia bertindak dengan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Kerajaan dilaporkan cuba mengekalkan kewangan yang berhemat supaya defisit belanjawan dapat dikurangkan.

Kerjasama anda!

Apa yang perlu kita lakukan selaku pengguna?

• Memahami kenapa harga minyak meningkat kerana harga minyak di pasaran antarabangsa adalah di luar kawalan kerajaan
• Mengamalkan perbelanjaan secara berhemat untuk mengawal insflasi
• Penggunaan bahan tenaga secara cekap dan jimat
• Sektor swasta perlu menggunakan sumber tenaga secara efisyen
• Melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak berpatutan kepada pihak berkuasa
• Para peniaga tidak sepatutnya meningkatkan harga barangan kerana mengikut kajian kerajaan, minyak merupakan sebahagian bebanan yang amat kecil sahaja dalam kos pengeluaran.
• Melaporkan sekiranya melihat penyangak diesel dalam melakukan aktiviti penyelewengan dan penyeludupan  diesel bersubsidi khususnya di stesen-stesen minyak kepada sektor industri.

 

Sumber: 

Majlis Tindakan Ekonomi Negara
Jabatan Penerangan Negeri Sembilan
Kementerian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Petronas
Cambridge Energy Research Associates

  

Cicakz…. Huh… susahnya nak kawal minyak.. nasib ler cicakz takder motor a.k.a keta.. senang hati.. tapi kalau kuar cari makan kena hati-hati… ramai yang dah memegang lastik.. dah nasib badan…




Posted by alangz at 10/10/2005 9:46:12 am
Comments (4)



Saturday, October 08, 2005
Jiwa kacau...

Mekasih Mat Jan atas kiriman buku 'Jiwa Kacau' yang telah dipesan dan selamat diterima menerusi kiriman Pos Ekspres yang diposkan pada 6 Oktober 2005 dan selamat sampai pada 8 October 2005. Dijamin sampai esok?... mmm.. patut Pos Malaysia tukar pernyataan itu kepada Dijamin Sampai Lusa atau Tulat.




Yang ditunggu-tunggu telah tiba... tak sabar nak baca nie...



Ek?.. kejut gak tengok sign mat jan tu.. :-p



Antara helaian yang terkandung..



Aku tak baca lagi.. dia yang lelebih.. khusuk lak tu... anyway minah nie opismate aku ek..

Kepada mereka yang nak tahu buku ini mengenai apa.. sebenarnya buku ini adalah hasil dari kompilasi mamat-mamat dan minah-minah pengendali weblog.

Antara petikan dalam buku itu.

"Jiwa Kacau merupakan sebuah antologi entri oleh 23 orang blogger. Mereka adalah penulis-penulis bebas yang menerbitkan karya dalam medium web yang dipanggil weblog." -
cam blog aku ler.. :-)

Kalau korang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh lah pergi ke weblog Mat Jan.. (sapa yang tak kenal mat jan kan?.. hahaha...). Boleh terus order gak.

Insyaallah jika punyai peluang, alangz akan memberi ulasan tentang buku ini.




Posted by alangz at 10/8/2005 1:12:22 pm
Comment (1)



Wednesday, October 05, 2005
Selamat Menjalani ibadah puasa...

Semoga kehadiran bulan Ramadhan kali ini akan menjadikan kita insan yang insaf dan senantiasa bertakwa, insyaallah....





Cicakz.... azam puasa kali nie nak kurus.. tapikan... makin kita berazam.. makin banyak dugaan nyer.. baru jer puasa hari nie... dah ada 7 jemputan berbuka posa ngan kengkawan... huhuu... cam maner tu?..





Posted by alangz at 10/5/2005 9:50:40 am
Make a comment



Tuesday, October 04, 2005
Keputusan Poll @ blog Bro Joe

Terima kasih yang tak terhingga pada korang sumer yang telah mengundi alangz kat blog bro Joe. Result last week dah kuar.. tapi sebab sibuk sangat, baru sekarang alangz berkesempatan mempamerkan kat blog ni.

Berikut keputusan poll tu.

Answer
Graph
%
Votes
 alangz alangz : 19.72% 19.72%   1003 
 baby (Puteri) baby (Puteri) : 8.93% 8.93%   454 
 sempoii sempoii : 12.39% 12.39%   630 
 chatter chatter : 6.59% 6.59%   335 
 EdRyNa EdRyNa : 12.23% 12.23%   622 
 Anne75 Anne75 : 5.86% 5.86%   298 
 shj shj : 14.29% 14.29%   727 
 arc arc : 1.83% 1.83%   93 
 Bilal Bilal : 4.52% 4.52%   230 
 budak budak : 1.36% 1.36%   69 
 itikputih itikputih : 2.38% 2.38%   121 
 miz_ct miz_ct : 3.89% 3.89%   198 
 yana yana : 0.92% 0.92%   47 
 jijo jijo : 1.42% 1.42%   72 
 Coconutice Coconutice : 0.61% 0.61%   31 
 ira ira : 0.61% 0.61%   31 
 iyas iyas : 0.67% 0.67%   34 
 miekempas miekempas : 0.61% 0.61%   31 
 mutia mutia : 0.55% 0.55%   28 
 goodguy goodguy : 0.63% 0.63%   32 
 Total 100%   5086


Sooo... mekasih bebanyak sekali lagi kat korang yang mengundi.. Alangz JUARA.... dapat nombor satu lagi. Mekasih...

Hadiah nyer?.. mmm... tak tahu lagi... tunggu Bro Joe hantar dari AS. Anyway, mekasih Bro...



Posted by alangz at 10/4/2005 1:54:43 pm
Comment (1)



Sunday, September 25, 2005
Perbandingan antara KOSMO! dan Harian Metro

Ini janji Alangz. Versi penulisan kali ini lebih sedikit atas ganjaran buat anda yang mengundi Alangz di blog Dendam Perantau milik Bro Joe. Undi lagi ek :-)

   

Perbandingan antara KOSMO! dan Harian Metro

Khamis, 21 September 2005; Alangz telah dijemput menghadiri satu seisi perbincangan berkumpulan oleh Bahagian Penyelidikan (Research) kumpulan NSTP. Ini adalah rentetan daripada e-mail yang Alangz terima daripada En. Mahamad Zaidi menerusi blog Alangz ini. Alhamdulillah, penulisan Alangz selama setahun setengah dalam blog ini rupanya ada yang memerhati.

Alangz difahamkan bahawa tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji perbandingan antara akhbar KOSMO! dan akhbar Harian Metro yang dikelolakan oleh Bahagian Penyelidikan kumpulan NSTP.

Ia bermula dari pukul 6.30 petang dan berlanjutan sehingga jam 10.20 malam bertempat di Hotel Armada, Petaling Jaya. Lebih kurang 10 orang responden telah dipilih dalam perbincangan kumpulan kami.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan.

Harian Metro merupakan akhbar petang yang diterbitkan oleh kumpulan NSTP pada 25 Mac 1991. (sumber; Harian Metro) Ia merupakan antara pelopor utama dalam edisi akhbar melayu terbitan petang. Sudah berusia lebih 15 tahun dan tidak hairanlah jika ia mendominasi pasaran akhbar terbitan petang melayu.

Pada bulan Ogos 2005, pesaing akhbar Harian Metro; KOSMO! mula menemui pembaca di Lembah Klang. Jika dipandang pada sudut positif, kelahiran akhbar KOSMO! memberi pengguna lebih pilihan dan secara tidak langsung ia telah memecahkan monopoli akhbar Harian Metro. Cuma, yang membezakan antara keduanya adalah waktu terbitannya.

Di awal penerbitan Harian Metro, ia diterbitkan dan mula diedarkan pada pembaca lebih kurang jam 10 pagi. Tapi kini, ia boleh didapati lebih awal. Manakala akhbar KOSMO! di sesetengah tempat, ianya hanya boleh didapati selepas jam 10 pagi.

Selaku peneraju pasaran, Harian Metro sudah pasti mempunyai pembaca setianya. Namun, kehadiran KOSMO! sedikit sebanyak memberi impak kepada jumlah pembaca akhbar Harian Metro.

Perbandingan

Daripada penilaian dan perbincangan yang diusulkan pada hari itu, boleh dirumuskan masing-masing punyai kekuatannya sendiri. Namun, jika diminta mengulas dan rumusan dari pandangan mata Alangz, satu perkataan yang boleh menggambarkan identiti akhbar tersebut.


Harian Metro = Akhbar bercorak tabloid

KOSMO! = Akhbar bercorak ilmiah


Dari pernyataan diatas, kita boleh membuat andaian dan kesimpulan sendiri dalam menilai sesuatu bahan bacaan untuk diri. Sesetengah orang lebih suka membaca akhbar bercorak tabloid, manakala ada yang suka membaca akhbar bercorak ilmiah.

Bercerita tentang perbincangan berkumpulan itu. Memandangkan ini adalah perbincangan dan tidak melibatkan jawapan ‘Ya atau ‘Tidak’, pastinya banyak idea yang dilontarkan dan dapat dikongsi bersama.

Satu perkataan alangz menjadikan ada di antara peserta kurang berpuas hati. Alangz telah secara tidak sengaja melontarkan perkataan ‘sampah’ kepada akhbar Harian Metro. Maaf. Tapi inilah perkataan yang selalu terkeluar dari mulut Alangz takala membaca akhbar Harian Metro. Dari sini sudah pasti pembaca dalam menilai akhbar mana yang menjadi pilihan Alangz bukan?... :-)

Ingat, ini adalah pendapat Alangz. Pasti ia mengundang kontroversi takala artikel ini dibaca oleh golongan wartawan Harian Metro mahupun pembaca setia akhbar Harian Metro. Sekali lagi diulang, ini adalah pendapat peribadi Alangz.

Pastinya pernyataan yang dilontarkan perlu disertakan dengan fakta-fakta bukan?...

Antara corak penulisan yang tidak digemari Alangz ketika membaca akhbar Metro:

  1. Suka mencari berita untuk disensasikan.

  2. Tiada penyelesaian di dalam sesuatu berita yang disensasikan

  3. Kes mahkamah yang percakapan di mahkamah ditulis secara bulat-bulat

  4. Iklan nada dering- YA AMPUN!!! Penuh..

Pernyataan pertama. Ingin Alangz ulas mengenai tajuk utama akhbar Harian Metro pada hari khamis; 23 September 2005. Maaf, tidak dapat memberi ulasan untuk tajuk terkini kerana Alangz dapat akhbar ini secara percuma pada sesi perbincangan itu. Untuk membelinya?.. mmm…

Tajuk utama : Pesta liar PD, mandi bogel di pantai PD, kaitkan ramai artis, bayar RM60, ‘hadiah cuti dengan Ratu Seks Melayu’

Sensasi bukan?... kalau dilihat dari tajuk sahaja, kita selalu dihidangkan di akhbar-akhbar tabloid yang dikeluarkan seminggu sekali, atau dua minggu sekali seperti akhbar tabloid Bacaria atau Mingguan Perdana.

Rasanya, kalau benar-benar akhbar Harian Metro ingin digelar akhbar ilmiah, pastinya setiap cerita disusuli dengan tindakan dan cara penyelesaiannya. Maklumat tambahan untuk mengelakkan kejadian ini berulang perlu dibongkar dan dinyatakan dalam akhbar itu.

Dalam sesi perbincangan itu, ada kalangan mereka yang sudah punyai anak dan menyatakan yang merekan malu untuk membaca akhbar itu di hadapan anak mereka yang berusia kurang dari 10 tahun. Ini adalah kerana sifat ingin tahu anak mereka yang acapkali bertanyakan kepada ayah mereka apa maksud ayat yang dibaca itu. Sudah menjadi lumrah, bahawa anak kecil punyai sifat ingin tahu dan akan senantiasa bertanya.

Ada pembaca setia akhbar Harian Metro menyatakan bahawa ibu bapa perlu bersifat terbuka dan memberi tahu anak mereka maksud di sebalik tajuk utama itu. Ini merupakan antara pendidikan seks yang perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Alangz sudah tentu tidak setuju dengan pernyataan ini. Maksud pesta seks?.. perlukah ia dinyatakan kepada anak yang berusia 9 tahun?.. ibu bapa sendiri tentu malu dan payah untuk bercerita mengenai hal yang mereka sendiri rasakan terlalu mengaibkan.

Pernyataan kedua dirujuk. Tiada penyelesaian di dalam sesuatu berita yang disensasikan. Di sini letakkan cermin keikhlasan sesuatu akhbar sama ada mahu mengejar keuntungan sahaja ataupun bertindak sebagai pembimbing kepada pembaca.

Dalam edisi hari khamis itu, tiada kelihatan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Apa nasihat terbaik untuk pembaca dari terjerumus kepada isu yang dibangkitkan. Bayangkan anda seorang ibu atau bapa kepada anak yang berusia 9 tahun, tanpa pengetahuan dan penuh keaiban dengan perilaku buruk masyarakat itu yang boleh disifatkan tidak bertamadun. Bagaimana caranya untuk anda menjelaskan perkara ini kepada anak anda? Cukupkah sekadar melafazkan perkataan ‘jangan buat benda nie… tak baik nak.’ ‘dorang nie jahat. Bertuhankan nafsu’. Atau, jika anda bijak menyusun ayat dengan panjang lebar menyatakan bahawa pesta seks merupakan sekumpulan lelaki dan perempuan melakukan adegan seks. Dengan erti kata lain seks berkumpulan. Perkara ini memang di luar etika kemanusiaan. Kebanyakan mereka yang melakukanya kerana kurang didikan agama. Perkara ini ditegah oleh mana-mana agama. Namun, budaya barat yang negatif acapkali disalahguna oleh masyarakat kita.

Adakah anak anda yang berumur 9 tahun akan faham?... dan yang pasti mereka tentu akan meneruskan pertanyaan lain.

Bukan Alangz menidakkan keperluan mengajar mereka tentang pendidikan seks. Cuma apa yang tertera di dada akhbar Harian Metro itu isunya terlalu berat untuk mereka yang berusia 9 tahun. Kalau kita hendak mengajar pendidikan seks, tentu ada tahap-tahapnya. Bukan dari darjah satu kita terus melompat ke tingkatan 5.

Pernyataan ketiga. Kes mahkamah yang percakapan di mahkamah ditulis secara bulat-bulat.

Kalau dilihat kepada laporan mahkamah, terlalu jelas (details) perjalanan kes itu. Semua percakapan hakim , peguam bela, peguam cara, saksi, tertuduh dan lain-lain dilaporkan secara bulat-bulat.

Ternyata ini mensensasikan lagi isu itu. Bagaimana contoh pernyataan seperti ‘kesan air mani’, ‘meliwat’, ‘luar tabii’, ‘kemasukan zakar’, ‘kesan koyakan pada faraj’ dan lain-lain. Anak yang berusia 9 tahun, yang baru berjinak-jinak membaca surat khabar pastinya akan bertanya maksud pernyataan itu. Perlukah kita melompat kelas lagi?...

Mungkin ini merupakan kelebihan akhbar Harian Metro. Membuat laporan percakapan secara jelas (details). Rasanya tidak perlu dilaporkan sebegitu rupa. Kalau anda benar-benar ikhlas, setelah tertuduh dijatuhi hukuman, buat laporan khas dan menyiarkan cara-cara untuk mengelakkan berlakunya kes tersebut dan penyelesaian untuk dijadikan pengajaran kepada pembaca.

Dan yang terakhir; iklan nada dering- YA AMPUN!!! Penuh..

Memang Alangz tidak nafikan faktor ramai pembaca akan mendorong sesebuah syarikat untuk mengiklankan barangan mereka kepada pengguna menerusi akhbar tersebut. Namun, di dalam mengejar keuntungan di harap pihak Harian Metro lebih memikirkan tentang kesan pengiklanan ke atas pembaca.

Untuk menjadi contoh, semasa anda menonton tv. Adakah anda gemar disajikan dengan iklan yang terlalu banyak? Mengapa Astro kurang iklan berbanding dengan syarikat penyedia saluran tv kita?... jawapannya mudah bukan?.. Astro merupakan saluran tv berbayar. Mereka sudah menjana pendapatan daripada penonton melalui langganan.

Bagaimana pula akhbar?... Mereka juga sudah mendapat bayaran dari pembaca. Jadi mengapa perlu disajikan dengan iklan yang melampau banyak?... untuk meraih lebih keuntungan bukan?.. kos penerbitan tinggi?... mengapa strategi pemasaran akhbar The Sun boleh bertahan walaupun ia diedarkan secara percuma kepada pembaca?.. Memang diakui bahawa ia agak nipis, tapi kos penerbitannya dijana berdasarkan kepada pendapatan melalui pengiklanan. Di sini kita boleh lihat bahawa akhbar Harian Metro lebih memikirkan keuntungan tanpa memikirkan rintihan pembaca betapa banyaknya iklan-iklan ‘sampah’. Setuju dengan pendapat Alangz?

Berbalik kita kepada akhbar KOSMO!

Ya, memang Alangz akui bahawa akhbar ini banyak merubah corak sajian ke atas pembaca. Bersifat akhbar dan majalah atau lebih sinonim dengan perkataan makalah. Ini dapat dibuktikan pada penerbitan isu semasa dan juga KOSMO!2 yang lebih berat kepada majalah.

Alangz tidak menyatakan bahawa ia terbaik. Tetapi motifnya sudah jelas. Punyai berita dan infomasi tambahan kepada pembaca. KOSMO! bertindak berani untuk melakukan kelainan kepada penerbitannya.

Jika dinilai dari segi penulisan berita, KOSMO punyai kelemahan. Ini adalah kerana, berita yang disajikan boleh dikatakan ia dirumus untuk menjadi lebih ringkas dan padat. Mungkin bagi sesetengah orang lebih selesa dengan berita sebegini, namun ada jua yang kurang selesa. Bagi Alangz, yang penting dalam menyampaikan sesuatu berita, biarlah ia punyai motif dan berita yang ingin disampaikan diterima oleh pembaca.

Sepertimana yang Alangz nyatakan, kelebihan KOSMO! adalah di sisipan KOSMO!2. Memang punyai kelainan dan artikel yang diutarakan tidak hanya terhenti disitu. Ia biasanya disusuli dengan artikel-artikel lain dan fakta-fakta. Tidak hairan sekiranya ia akan menjadi bahan rujukan untuk pelajar-pelajar dalam melaksanakan kertas kerja mereka.

Kelemahan kedua KOSMO! boleh diukur melalui penerbitan. Berita. Kalau dinyatakan berita, sudah tentu kita mahu ia dengan segera. Informasi lebih baik dimasukkan di dalam minda seawal pagi bukan sesudah berita itu menjadi basi.

Kalau boleh, tukarkan konsep penerbitan. Biarlah ia diterbitkan seawal pagi supaya pembaca dapat membacanya sebelum memulakan apa-apa kerja. Ini boleh mematangkan minda pembaca mengenai isu semasa yang berlangsung. Tidak terpinga-pinga ketika orang lain rancang mencanang isu semasa yang diketahui mereka menerusi akhbar lain.

Input ke dalam minda lebih baik kiranya minda masih cergas. Jika pulang dari kerja, baru mahu menyelak akhbar pastinya minda sudah keletihan. Isu dalam KOSMO!2 yang lebih berat, pastinya hanya diselak sahaja.

Sudah terjelas di mata, iklan nada dering kini mula memasuki akhbar KOSMO!. Sepertimana yang dijelaskan tadi, Alangz akui hasil pengiklanan boleh menambah keuntungan kepada syarikat penerbitan. Namun, harapan Alangz setinggi gunung agar akhbar KOSMO! tidak akan menjadi pusat lambakan iklan selepas ini. Jika terlalu banyak, sudah tentu pembaca tidak membaca dan secara terusan label ‘sampah’ memang kena pada iklan-iklan ini.

Yang pasti, perbandingan di antara dua akhbar ini adalah dari pandangan Alangz selaku pembaca. Tidak terniat untuk menyakitkan mana-mana pihak dengan perumpaan atau kata-kata yang agak keterlaluan. Tapi, dalam kehidupan sekarang rakyat Malaysia amnya, sudah berani dan bersedia untuk menghadapi kenyataan.

Yang penting, wartawan selaku penyedia berita-berita kepada akhbar atau saluran tv dan mana-mana media massa bersikap lebih tulus dan ikhlas dalam melaporkan sesuatu berita itu. Kita tidak akan ke mana-mana sekiranya laporan yang disajikan tidak menunjukan perkara sebenar. Kalau boleh, apa yang dibongkarkan disusuli dengan pernyataan mengenai fakta ataupun tip-tip untuk mengelak dari berulang.

Jangan hanya mengejar kemewahan dalam mencari dan mensensasikan bahan bacaan umum kerana apa yang anda laporkan, kemungkinan akan mengenai batang hidung anda sekiranya ia berlaku di dalam anggota keluarga anda.

Wartawan juga memainkan peranan yang amat penting untuk pembaca dalam mencari sesuatu jawapan kepada sesuatu perkara. Jika dilihat kemunculan blog-blog di alam siber ini sedikit sebanyak mencabar krebiliti seseorang wartawan itu dalam penyediaan bahan berita. Di dalam alam siber ini terutama blog, kita bebas bersuara.

Tempias daripada itu juga, janganlah menyiarkan berita sensasi kononnya kebebasan menulis di dalam alam siber perlu dihadkan. Dunia kini tiada sempadan. Apapun boleh dilakukan dan ditulis dalam alam siber ini. Laporkanlah sesuatu berita itu dengan benar, ikhlas dan bertujuan mendidik anak bangsa.

Cicakz…mmm.. lama tak kemaskini blog… hehehe.. kalu kemas slalu, takder ler serangga-serangga nak masuk… camner cicakz nak makan.. kalau ada lelangau lagi best… sensasi gitu.. :-p




Posted by alangz at 9/25/2005 10:03:37 pm
Comments (32)




Next Page



<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: