|
Thursday, May 05, 2005
Harga petrol dan diesel naik lagi... Semalam kerajaan mencanangkan bahawa harga diesel dinaikkan 20sen seliter manakala petrol 10sen seliter. Kenaikan harga ini merupakan kenaikan kali ketiga bagi petrol dan kenaikan kali keempat bagi diesel. Perbezaan kenaikan harga petrol dan diesel
Kenaikan harga pada kali ini merupakan kenaikan yang tinggi berbanding dengan kenaikan sebelumnya. Pada September tahun harga petrol, diesel dan gas dinaikkan sebanyak 5 sen seliter. Pada bulan Mac yang lalu, diesel mengalami peningkatan sebanyak lima sen seliter dan kenaikan petrol sebanyak lima sen seliter pada bulan Oktober 2004. Mari ambil kesempatan Cicakz: Hush... bestnyer leh naikkan harga barangan... kalau camnie cicakz pun nak niagalah... mmmm...agak-agak part apa yang boleh cicakz dagangkan?... tahi cicak kot?!..... Posted by alangz at 5/5/2005 6:19:45 pm Comments (2) Monday, April 18, 2005
Piramid Makanan... apa yang perlu kita amalkan APAKAH PIRAMID MAKANAN ?Pyramid Makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya. PIRAMID MAKANAN Sumber : www.speedfinger.org Posted by alangz at 4/18/2005 11:04:59 am Comment (1) Monday, April 11, 2005
Words Women Use Recieved this article from my friend. Mmm... kata-kata perempuan kadang kala memang agak sukar untuk ditafsirkan. Di bawah merupakan antara kata-kata di mulut dan maksud di hati seorang perempuan.
Fine
Five Minutes
Nothing
Go Ahead
Loud Sigh
That's Okay
Thanks
Secara automatik cicakz teringat akan satu rangkap kata oleh Ida Nerina dalam filem SEPET... "Your job is to love us, not to understand us"..... mmm.... perempuan.. perempuan... Posted by alangz at 4/11/2005 3:48:03 pm Make a comment Monday, March 28, 2005
Elak rendahkan martabat bangsa Petikan ini alangz ambil dari akhbar KOSMO! - Isnin; 28 Mac 2005
Kuala Lumpur - Raja muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bahawa sebarang kelemahan yang dimiliki oleh orang melayu tidak harus dirumuskan sebagai identiti nasional atau sifat manopoli bangsa Melayu. “Sedarlah! Apabila sesuatu bangsa memilih untuk merendahkan bangsanya sendiri, akan terbukalah jendela yang memberanikan bangsa lain untuk menghinanya. Lalu bangsa akan dipandang fakir dan adat budayanya bakal tersingkir,” titah baginda. Baginda bertitah, bangsa melayu perlu berwaspada supaya tidak terlalu cepat terperangkap dan begitu mudah mengulangi ungkapan-ungkapan negatif yang merendahkan martabat. “Bila kekurangan begitu cepat ditafsirkan sebagai kelemahan, maka padi akan mula dikatakan lalang dan beras pula disangka pasir,” titah baginda dalam ucaptama bertajuk “Bangsa Melayu: Mencanai Minda Membentuk Sikap” pada hari kedua Kongres Pendidikan Melayu Kedua disini semalam. Titah baginda lagi, orang Melayu harus dinilai secara adil dan bijaksana dengan menggunakan kanta yang menghalusi segala aspek, daripada sudut sejarah, politik, masa dan budaya, supaya kekuatan yang ada dapat diperkukuhkan dan kelemahan pula diperbaiki. “Kelemahan yang dikenal pasti, perlu dihalusi, diteliti dan difahami sebabnya dan keupayaan bangsa mengenal pasti sebarang kelemahan hendaklah ditafsirkan sebagai kekuatan dan mengambil langkah bersungguh-sungguh dalam usaha melakukan pembetulan,” titah baginda. Menurut Raja Nazrin Shah, maruah bangsa wajib dipertahankan dengan menyemai rasa bangsa dan menanam semangat yakin kerana jika sesuatu bangsa mula merasa rendah diri, ragu-ragu akan kelebihannya, bangsa itu akan dihinggapi penyakit lemah semangat, kurang usaha, rendah kedudukannya, hidup dalam suasana melarat, terjajah dan terhina. Oleh itu merendah, memperkecil dan memburukkan bangsa dengan ungkapan-ungkapan negatif, bukan kaedah yang sihat dalam hasrat membangunkan bangsa, titah baginda - Bernama Cicakz dok termenung... merenung, memahami dan menyelami titah baginda itu... memang ada kebenarannya. Tapi dari dahulu lagi sudah terdidik di minda, bangsa melayu amnya hanya melatah apabila ada orang mencucuknya. Sukar untuk menerima kritikan dan membentuk jatidiri tanpa 'disedarkan' dari lamunan. Terlalu khayal di dunia sendiri. Hasilnya; anak sekarang makin terpinggir di negara sendiri. Kerja makin sukar, bulu makin dipilih. Bagaimana cara untuk menyatukan dan memastikan orang melayu kembali gah di bumi sendiri?... tepuk dada, tanya minda.
Aaaaddddooooiiiiii..... cicakz jatuh dari syiling dek kerna kepala 'pusing' memikir titah baginda.......... hehehe...
Posted by alangz at 3/28/2005 2:08:23 pm Comment (1) Saturday, March 26, 2005
Kisah alangz @ cicakz- part 2 Alangz banyak menerima pertanyaan mengenai kewujudan ‘cicakz’ dalam blog alangz. Ramai yang masih keliru dengan karektor ini.
Cicakz; Haahhaaa… glamour sungguh aku di sini ek. Alangz ada menerima e-mail daripada seorang pembaca. Berikut adalah kronologi e-mail yang alangz terima dan alangz balas. Berkaitan dengan cicakz TERIMAMar 18, 2005 xxxxxxx@yahoo.com cicak pun keje ke??????
BALAS Yelah.... cicakz pun nak bagi makan kat anak2 cicakz... hehehe... so far cicakz ada 4 anak2 yang masih memerlukan nafkah dari cicakz.. 1. Credit card2. Duit umah 3. Keta 4. Study loan
Hishh... biler ler agak nyer dorang nak matang... senang cicakz takyah bayar nafkah lagi... hehehe...... TERIMAMar 19, 2005
ekkkk..x sangka cicak pandai sent email...susah2..ko
1. kredit kad (pakai tunai la)
BALAS (Nyanyi ala-ala lagu- Anita S'wak- Seksis)
Jangan pandang ku sebelah mata
ohh mana keadilannya
Lantas aku cuba-cuba
Jangan pandang ku sebelah mata lagi Hahahaaa........
TERIMA
huhhh!!! ko ni cicak of the year la ni....aiseyman...bangga gila la ko tu..apa pun ada satu cerita utk ko.. Ada seekor anak cicak baru menetas dr telur. Dia ni x tau apa nama dia. So, dia pun tanya emak dia,"Mummy, sapa nama i yg sebenar??". Jawab emak cicak, "U nampak tak org yg baca newspaper tu?". Anak cicak menjawap,"Yup!!". "U buang air besar atas org tu n u mesti tau nama u lps ni"kata emak cicak. Lalu anak cicak pun buang air besar & org tu pun berkata, "SIAL PUNYA CICAK!! TAK ADA TMPT LAIN KE!!". Setelah itu, anak cicak kembali semula ke tempat emaknya, "Mummy..mummy...i da tau nama i..nama i cicak plak!!" HAHAHAHA........
Alangz belum lagi membalas e-mailnya. Anyway, thanks! great laugh lah bila baca balik mail nie.
Walaubagaimana pun, alangz siarkan semula artikel mengenai pemilihan karektor cicakz dalam blog ini; telah disiarkan pada hari Jumaat, 30 Julai 2004 Cicak?... kenapa pakai gelaran cicak?…
Banyak sungguh persoalan yang diajukan oleh rakan-rakan aku dengan watak samaran yang aku gunakan ini. Hari ini aku akan berkongsi pendapat dan pandangan aku mengenai isu ini. Boleh dikatakan rata-rata dikalangan kita tidak suka akan binatang yang dinamakan cicak ini. Sebenarnya pemilihan ini ada kaitan dengan penilaian aku mengenai sifat cicak. Aku pernah terbaca mengenai kejahatan yang dilakukan oleh cicak ini di zaman Rasul dahulu menyebabkan umat Islam digalakkan membunuh cicak-cicak ini. (Aku naïf.. kalau ada kalangan pembaca yang tahu cerita sebenarnya, kongsilah bersama ilmu itu)… Sebenarnya sikap cicak itu sendiri cukup unik bagi aku. Ini adalah kerana ia bersifat pendiam; pemerhati dan jarang sekali kita menyedari kehadirannya di syiling /dinding rumah kita. Itulah aku umpamakan diri aku. Aku berada dalam komuniti yang besar di mana aku tidak tahu saluran apa yang aku perlu tuju untuk melafazkan persoalan yang timbul di minda aku. Walaupun aku bersikap peka dengan keadaan yang berlaku di persekitaran kita. Dengan kehadiran cicak, tanpa kita sedari banyak unggas dan pepijat dalam rumah menjadi mangsa makanan cicak dan sekaligus menyebabkan kita bebas dari gangguan mahluk kecil itu. Begitu juga perumpamaan aku. Dalam aku membuat kritikan, niat aku cuba untuk menyedarkan pembaca terutama orang MELAYU agar jangan mudah alpa dengan keselesaan yang ada di sekeliling kerana jika cicak kekenyangan, ia akan pulang ke tempat persembunyian dan membiarkan gangguan unggas membelenggu pemilik rumah. Begitu juga dengan orang Melayu, bila unggas mula menganggu baru hendak ke kedai mencari racun semburan. Itu sudah terlambat sayang…. Unggas sudah menguasai rumah. Kalau-kalau kedai tutup, malang sungguh nasib kalian; tidur dengan gangguan unggas ini. Cicak tidak diajar membuang air besar di dalam tandas. Jadi, selalunya ia akan ‘melepaskan’ niat tidak kira di mana sahaja. Perumpamaan yang aku ambil ialah aku akan berkata apa sahaja yang aku rasakan perlu dan selalunya perkara ini mengenai batang hidung aku sendiri terutama isu kaum Melayu. Itulah realitinya. Tahi cicak yang jatuh di atas orang yang punyai air sembahyang akan membatalkan wudhu' seseorang itu; menyebabkan orang itu marah dan cuba untuk memburu cicak itu dengan 'lastik' atau paling tidak semburan kata-kata maki muncul di mulut orang itu. Perumpamaan yang dikaitkan… kadang-kadang isu yang aku bangkitkan aku tujukan tepat kepada orang yang berkenaan walaupun aku tahu risiko yang bakal aku terima terutama yang aku kutuk itu orang berkuasa. Hakikatnya, aku berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Pak Ungku Aziz; Pendeta Zaa’ba juga sudah banyak kali melafazkan kata-kata sinis untuk menyedarkan melayu daripada terus alpa dengan arus kemewahan tanpa memikirkan risikonya. Tun Dr Mahathir Mohammad juga pernah dikritik hebat oleh orang melayu hasil ucapan beliau yang dibukukan ‘Melayu Mudah Lupa’. Aku amat berharap dengan adanya ruangan di alam siber ini, sekurang-kurangnya dapat sedikit sebanyak menyedarkan kaum-kaum muda melayu sekarang untuk membuka minda mereka dan menjaga kepentingan hasil peninggalan nenek moyang kita. Terbongkar sudah identiti sebenar cicak... harap mendapat restu dari pembaca untuk terus berlegar dan mencari mangsa di dalam ruang blog/ jurnal ini… Moga anda mengerti dan tiada lagi persoalan kenapa cicakz digunakan. Posted by alangz at 3/26/2005 12:42:13 pm Make a comment
|
![]()
![]()
![]()
Pian Nurul Aini Norlida Saiful
Bro Joe Bangla Ija @ Shj Delinn Tgazfa Sempoii AuntyN Aunty Yan Mak Andeh Rojak Buoh Jokontan Po Budak Istana Royce Sangkelu Ima Bilal Coco Srikandi Aecoque Anne MM Puteri Xmen Angah Cekedess Kusyi Hirdan Elf Pulut Bakar Zure Nini Yummy Lord Budak Kyora IV Tuan Alang Deo DiZai Aini Malim Kundang Kawejauh Temp Zaiti Nek Rock Dobot Xydee Jijo Blur Pzo
Isu Hangat Fuiyoh Mat Jan Tok Rimau Kisah Ayah & anak
Ms D' Batu Api Sultan Muzaffar Nizam Zakaria @ limau nipis Fathi Aris Omar Afzan Situs Digital Ideal Badrulaftersix Kemunting Tipahvogue Frappe Javardkent Ahsuez Wakdojer Anak Dagang NBN Arena Red Kebaya Tuan Tanah
Pengurusan Kewangan Aura Seri Maybank2U Bluehyppo Cari Utusan Berita Harian Harian Metro NEAC Irfan Khairi Pelbagai Resepi Masakan Resepi Diana Imnogman Lirik Lagu Dengar lagu Pindahturun lagu Wikipedia Sell Online Currency Converter E-Aduan KPDNP Savvy Owner Club
Activemeter Web template Tagboard Blogthings Kena block chat? pakai Meebo
Change Share Video CT Online Flickr Kad Kahwin Jaki on line Melayu Blog Tanah Melayu Sejarah Melayu
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||