Monday, July 16, 2007
Ceritatera perkhemahan di Port Dickson


Baik punya cilok dari blog Delinn...

Pueh hati!!!...


Pergh... tak sangka lak perancangan yang tidak dipandang serius untuk berkhemah di Port Dickson menjadi kenyataan dan sangatlah happening uols... rugi besar lah taggers/bloggers dari Reban ayam terutamanya yang tidak turut serta.

Sebenarnya Alangz tergerak untuk menganjurkan sesi perkhemahan atas rasa 'kasihan' kepada cik Delinn kita yang tidak pernah merasa suasana berkhemah katanya. Nak sangat merasa bagaimana rasanya tidur ditepi pantai. Antara sebab pemilihan Port Dickson adalah kerana;

1. Antara pantai yang paling dekat dengan Lembah Klang
2. Air yang 'baik' sedikit berbanding dengan Bagan Lalang
3. Kemudahan untuk mandi yang mudah
4. ada tapak perkhemahan yang 'proper'
5. Senang untuk kanak-kanak
Dan yang paling utama;
5. Itulah tempat khemah paling mudah dan biasa Alangz berkhemah.. ahakz..

Cop... before lupa.. credit to Anne yang sanggup turun dari Singapura bersama 2 orang anaknya. Salute ko lah Anne...

K.. story sikit aktiviti sebelum bercamping ini.

Hari isnin lepas Alangz ada menyatakan kepastian kepada taggers- Delinn terutamanya tentang perancangan perkhemahan hujung minggu. Sentap gak tiba-tiba Delinn yang terkenal dengan DQ nya menyatakan "oh.. this week ek?.. aku ada plan lain.." pergh.. rasa cam nak terus !.@#$%. Tapi, nasiblah dia berkata, "takper.. aku leh ubah plan"....

Maka.. bermulalah episod mengheboh dan diheboh. Lokasi?.. seperti biasa, dalam tag reban ayam. Ramai juga yang tertekan terutama yang dah berkahwin atas alasan anak dan kesesuaian untuk berkhemah.. well.. that's why I call it "Rakan Muda reban ayam'.... sapa-sapa yang dah rasa tua... stay home lah.. macam petikan kata orang tuh... "Baliklah kat rumah... jaga anak-anak... nanti korang dah tua sapa yang nak jaga kalau tak anak-anak ko...." muakakkaka.... well....

Sambutan pada mulanya agak dingin. Namun, kalau masih lagi menunggu kata putus dari taggers memang sah-sah tak menjadi. Jadi, dengan gamble nya Alangz menyarankan supaya perkhemahan ini diteruskan juga walaupun tak ramai orang.

Bermulalah kisah mencari bahan-bahan BBQ. Seawal hari Khamis Alangz sudah mula membeli barangan. kemudian meminjam perkakasan perkhemahan dari teman seangkatan. Thanks Farah/ Roslan/ Nazir @ Kebab.

Hari jumaat, balik jer dari pejabat.. terus Alangz singgah ke Mines untuk membeli ayam. Terus balik simpan dalam peti sejuk. Sebabnya, hari jumaat itu jugalah telah berpakat dengan teman-teman lain untuk menonton Harry Potter. Show pukul 9.30 malam dan seperti biasa lepas habis menonton pasti menyinggah untuk bergebang di kedai makan. Pukul 1.30 pagi baru tiba di rumah. Perancangan awal ingin mengaulkan ayam itu dengan bahan-bahan BBQ supaya ia 'mesra'. Tapi, apakan daya.. duduk berseorangan, mengupas bawang, serai, halia, lengkuas menyebabkan mata semakin kuyu. Nak blander bahan2 tuh pun dah lewat malam. Takut gak jiran-jiran terganggu. Maka... jam 2.20 barulah Alangz tidur dengan misi yang tak tercapai.

Esoknya seawal jam 6.45 pagi Alangz bangun. Membasuh ayam-ayam (siap pakai tepung occey...). Kemudian barulah gaulkan dengan bahan BBQ tu untuk kasi mesra ayam-ayam itu. Siap masuk plastik then masuk dalam peti sejuk kat frozen part terus. Takut busuk lah ayam tuh kan. Biarlah dia mengeras sehingga tiba waktu untuk dibawa.

Dalam kul 9 pagi terus Alangz start keta.. drive ke pasar Sungai Besi. Puncanya?.. budget makan hanya untuk 10 orang.. tapi last minutes number tu meningkat ke 17 orang.... terpaksalah mencari ikan bilis extra.. bawang bagai... Dah sampai situ.. harus terus 'balik kampung'. Masak kat rumah mak lagi senang. Semua perkakasan ada. Hehehe....

Kaedahnya... teruslah menggoreng kacang, ikan bilis siap-siap (untuk sambal tumis hari ahad). Bawang ngan cilipun Alangz tumis siap-siap. Esok senang.. terjunkan dalam periuk.. terus tambah asam jawa ngan air.. terjunkan terus bawang potong ngan ikan bilis. Takyah nak tunggu tumis-tumis. Lambat nanti.

Tengah sedap mengoreng, Delinn call. Tak sempat nak jawap. Then call balik Delinn. "5 kilo arang cukup tak Alangz?.." katanya.. Opppss.. lupa.. Delinn di tugaskan untuk menyediakan bahan-bahan BBQ (kecuali makanan ler).

Dalam kul 12.00 tengahari selesai upacara penyediaan makanan itu. Alangz balik ler ke rumah. Sempatlah melelapkan mata selama setengah jam.

Dalam pukul 2.00 petang Serindit call. Cakap yang dia dah hampir tiba di rumah Alangz. Sebenarnya mintak tolong Dit untuk membawa barang-barang. Maklumlah, dia berdua. Kereta Alangz akan disumbatkan dengan 3 orang
teman a.k.a gundik... hehehe...

Maka tepat jam 3.00 petang bertolaklah Alangz menuju ke komuter stesen mengambil member yang lewat 7 minit... (Yat.. 7 minutes still count as lewat occey...). Terus melalui Putrajaya, lokasi tempat pertemuan dengan Coco dan Serindit- Alamanda. (Copp... Dit amek barang pastu dia gi Putrajaya amek skandel dia.. si Aisyah tuh... then kita orang janji jumpa kat Alamanda). Dan nak sampai sempat call Coco dan jawapan dia... "We uols still kat Subang.. nak amek Sempoii" katanya.... maka.. tak kuasalah nak menunggu bagai kan?... haruslah meneruskan perjalanan tanpa Coco.

Singgah Dengkil jap ambil khemah satu lagi dari member. Sampai kat PD dalam pukul 5 petang. On the way tu ada Par call.. katanya dah sampai. But bila kawasan perkhemahan tuh tengok dorang takde kat situ.Ler... tak tahu tempat rupanya... dorang lepak kat gerai-gerai tepi laut tuh. Maka berjalan ler menjemput mereka. Tengok, Par, Delinn, OB, Anne + 2 anak ada dah. Terus Alangz guide derang access ke tapak perkhemahan ittew.



Maka bermulalah aktibiti memasang khemah. Pergh.... tak sangka.. total ada 10 khemah (plus khemah kiut anak anne). 3 Alangz bawak.. 1 Par... 1 Delinn.. 1 Nurul, 1 Anne dan 3 Afdzal- scandal coco. Sementara Alangz memasang khemah, Par, Dit ngan OB memulakan aktiviti membakar ayam. Pergh... tengok sumer dah settle... ayam ada orang yang menyediakan api (sekaligus menjadi pembakar ayam...) Alangz ngan Coco antara orang pertama yang terjun ke dalam laut ittew... (budak2 tak masuk.. biasalah kan.. kalau bebudak tengok air jam-jam tuh lagi dorang nak terjun...)

Kemudian, ada lak orang yang turun serta uols.. waakkakaka.. tak tahan wa cakap lu... hempasan air di tembok ittew dan mendengar deruan ombak seakan-akan memanggil we uols untuk mandi. Hehhehee... Dan hampir maghrib barulah naik... (kalau tak gelap lagi.. sah-sah dorang berendam lagi...)

Pasang lampu bagai.. bermulalah acara makan.... Mmmm.. ayam ada kureng lah... rasa biasa jer.. tak kick.. sebabnya sos BBQ pakai Yoe's punya. Nak beli Heinz (thanks Coco betulkan ejaan nie...) musykil sebab ada dapat email meragui status halal produk dari US tuh... Apapun.. habis gak kena balun...
Tongue

Malam.. perghhh.. acara tak ingat... macam-macam aktiviti bergossip berlaku. Memang happening tak ingat. Tambah lagi Angah ngan Wan yang tiba malam tuh. (Pergh... nasib ko tak bukak doyan sebijik yang bawak tuh angah.. aku tak suka bau doyan.. wakakkakaka)...

Malam tu punya story memang lah terlalu banyak. Camni jerlah.. korang bayangkan dari pukul 8 malam dok bersembang sampai ler pukul 4 pagi.. Non stop occey.. takder iklan atau sindrom J yang melanda. Ada jer munyik yang dikeluarkan oleh anak-anak ayam nie. Tak henti-henti. Dari satu story ke satu story lagi. So... memang tak kering gusilah. Tambah lagi dengan hilai tawa yang tak ingat dunia.

Buttt... satu jer.. dorang tertanya. Kenapa ek kali nie Joe tak call. Selalu kalau ada aktiviti gini sure dia call. Memandangkan Delinn yang cuba mengorek rahsia yang di simpan rapi oleh Alangz... maka, ramai anak ayam yang lain tidak berpuas hati dengan kesetiaan Alangz menyimpan rahsia, Poii mengambil telepon tak canggih dia dan menghubungi Joe untuk memastikan Joe memberi kebenaran untuk bercerita kaedahnya. Tapi.. rahsia ini hanya untuk diceritakan kepada Delinn sahaja. Ramailah anak-anak ayams yang keciwa. (Tapikan.. dalam kul 2.30am masa dalam khemah tuh.. terdengar sore Delinn... "OK.. memandangkan Alangz dah tido.. aku boleh lah cerita.. sebenarnya kan.. Joe cakap pasal **Tutttt... kena tapis...) Ayooo.. terus dari dalam khemah Alangz sms Delinn memandangkan dia dah melepaskan story yang tak rahsia tuh lagi.. citer lite-lite jer.. so that tak der orang yang terasa hati nanti. Koser tau Delinn nie...
Surprise

Wokeh.. berbalik pasal time tido. Yup.. kul 2.30 pagi Alangz dah tak terdaya nak menahan mata dari tidur. Dorang bergebang khabarnya sampai pukul 4 pagi dan terus tidur di luar khemah tuh. Bebeno nyer.. nak gak tidur kat luar.. tapi.. tak manis lah pulak lelaki tidur ngan anak dara/ mak takder dara beramai-ramai di luar ittew... jadi.. sebagai lelaki.. kita orang mengalahlah masuk ke khemah.. wakakakaka...

Seawal jam 6.40 pagi sudah kedengaran bunyi orang memasak. Tengok kat luar Par tengah berusaha untuk memasak air. Alangz bangun dan terus basuh muka dan gosok gigi.

Maka bermulalah operasi memasak. Cop.. sebelum tu kejutkan Dit dalam kereta mintak dia tolong belikan gula ngan asam jawa. Lupa lak nak bawak extra gula. Asam jawa tuh yang tertinggal. Tapi itu kira ok dari Delinn yang sampai-sampai dia cakap dia lupa nak bawak net untuk BBQ tuh.. lagi hampeh...

Banyak pulak permintaan dari minah-minah tu. Telur goreng buat separuh  masak lah.. buat telur rebus lah.. nasiblah Alangz memang dan plan nak buat telur rebus 10 bijik.. 10 bijik lagi buat goreng. Sambil tuh suruh Yat potong bawang ngan timun. Nurul lak dikerah membasuh/bilas periuk dan beras.


Sambil menunggu Serindit balik, tu pasal Alangz goreng/rebus telur. Par/Delinn pulak buat air.. mmm.. baca ek.. Delinn buat air occey.. (dia mengelat.. masa perjanjian mula-mula.. dia yang patutnya masak nasik lemak tapi telah di-subcon kan kepada Nini yang mana kata Delinn- NIni masak di rumah lagi senang...pastu dia terus hantar.. hohohoo... sabar jelah kan
Wink)

Minah-minah nie sumer dah terjun dalam air. Maka tinggallah jantan-jantan harapan bangsa untuk menyediakan makanan. Siap sumer bagai.. jerit panggil dorang suruh makan.. boleh?... terbalik dah dunia nie... sabar jelah..

Sementara tunggu Nini sampai, Sempoii dah bising.. "aku lapar wei.. lama lagi ker Nini nak datang?..".. "aku takleh makan lambat-lambat.. nanti masuk angin..." ayooooo.. savar jelah dengan statement si minah sekor nie kan?.. maks tak leh masak sambil tertekan nie... wakakkaakakaa.... jadinya.. alternatif sementara tunggu Nini tiba, Alangz masakkan lah setengah dari beras yang dibawa. Alhamdulillah.. jadik jugak nasi lemak Alangz... (Coco suka ek?.. mekasih... hehehe)..  Ayo.. nini.. ko masak pun ok.. aku makan nasik ko tau... nasik aku tuh.. 2nd round baru aku rasa.. ahakz...

Bila depa sumer dah makan.. terus terjun balik ke laut.. voleh?.. idok ler ada inisiatep nak kemas bagai.. susun balik.. buang sampah. apa-apa yang patut ler... Alangz cam biasa lah.. pas makan pagi kena jumpa doktor Tan dulu. Keluar dari toilet tuh tengok dorang dengan bergayutan nak naik banana bot!!.. pergh.. jeles I uolss...

Terus terjun dalam air tuh... mandi.. perghhh.. best.. best sangat-sangat terutama dalam bab menyakat Nurul, Ninie.. Delinn.... wakakakkaaa... nie lah satu nya kelemahan Alangz.. suka sangat menyakat orang lah.... tapi wa tak tahan tengok Nini yang terjerit2 sampai muka cam nak nangis bila kena tarik ke laut tuh... wakakkakaka..... tapikan.. delinn nie plak yang lebih-lebih pegang Alangz occey.. meks tarik baju dia jer.. terus dia berpaut pada tangan & bahu Alangz (nasib baik tak berpeluk.. kalau tidak... hishhh... ) uieeeeeewwwww... sumbang mahram sungguh... meks tak rela uols.. me and Delinn dan rupa adik beradik lah... takder feel-feel bagai... koser tau... wakakakkakaaa....

Tengah leka-leka main air datang lak Aisyah dengan jetski.. perghhh... teruja I uols... nak sangat merasa nak jetski tuh... Yang sempat merasa rasanya Nurul, Nini, OB, Sempoii ngan Alangz.. kot...

Wakakaa.. teringat balik masa nak naik jetski tuh... masa duduk tergelongsor lak vontot.. nasib tak terus mengenai Aisyah.. wakakkakaa... (Dit menjeling dari atas wa cakap lu...) Wakakakaka..

Perghhh.. mentang-mentang lah first time Alangz nak jetski tuh.. punyalah laju minah nie bawak.. punyalah ketaq Alangz (yang control macho).. masalahnya bila laju kita terlompat-lompat atas jetski tuh... dah ler takder tempat nak pegang kat belakang tuh... minah nie plak bleh sound.. pegang life jaket dia.. ayooo.. tak terpegang Alangz.. takut time melompat-lompat terpegang lak venda lain... huhuhu..

Punya ketaq...... pastu terfikir.. apa cara nak suruh minah ni bawak slow sikit.. wakakakkaa... terus dapat idea... sembang ngan dia sebab cam kita bawak motor kan.. mana leh dengar orang blakang cakap apa time laju-laju tuh.... harus kena slow kan motor baru leh dengar kan?... maka.. bila minah tuh laju jer.. harus Alangz mengemukakan soklan bertalu talu.. wakkakakaka... smart tak Alangz?.. wakakkaka... control macho wa cakap lu...



Sambung mandi & mengusik orang... hehehe... kali nie rasanya memang paling lama berendam dalam air tuh.. kulit pun ireng... kena sun-burn... naik atas arrange balik makanan. Tengok berselerak. Tarik ke tempat teduh sebab mata hari dah tegak dan tepat mengenai tikar, tempat kita orang duduk tuh.

Then, as usual lah.. sambil tunggu dorang yang tak puas-puas berendam tuh.. Alangz mengemas apa-apa yang patut. Start tutup khemah yang tak di pakai...

Pastu dorang bersiap-siap makan bagai.. mandi bagai.. kemas bagai... kita orang pack barang untuk beransur... balik.. dalam kul 2.00 petang siap sumer dikemaskan. Mekasih Nini tumpangkan barang aku sikit dalam bonet keta ko memandangkan keta aku dah sendat.

Tapi kan.. bab yang tak tahan masa salam-salam nak balik tuh... Poii wat lawak bangang.. vodoh sesangat sampai nyaris-nyaris air 100plus yang sedang Alangz minum ittew tersembur kuar.... Sambil salam menyalam.. dia leh cakap.. mekasih ek.. halal terlebih kurang tuh ek... maaf ek.. halal ekk.. halal ekkk.. Sumpah vavi tu haram!!.... wakakakakaka... vodohh lah koo Poiii... wakakaka.. sampai skrang aku tergelak lagi bila ingatkan bab tuh....

Apapun this time memang sonok lah.. betul-betul enjoy. Cuma part jajan tu banyak bebeno lebih nya. Nanti next round kalau nak buat.. biar sorang jer handle bab-bab tuh...

Anyway fun lah.. seronok lah.. enjoy lah.. takleh nak luahkan camner rasa ke'happy'an itu.



Kalau korang nak tengok gambar lain... klik
kat sini (kredit to Delinn)

Daaaaaaaa...

Cicakzzz.... Pergh.. ko bergumbira sampai tak henggat zura ek Alangz?... hohohoo



Posted by alangz at 7/16/2007 11:13:13 am
Comments (2)



Friday, July 13, 2007
AKU LELAKI, KAU WANITA

Salam pagi Jumaat Big Smile

Baru mendapat email dari teman. Mari kita sama-sama menambahkan ilmu pengetahuan ini.

-----------------------------------------------------------


Susah sangat ker nak jadi wanita yg baik? dan Banyak sangat ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul?

Jawapannya, memang tak susah dan memang banyak. Bagaimana? baca dan pandai-pandailah cari jawapannya

  • Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

  • Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!

  • Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN!

  • Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

  • Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu. Kalau tak tahu, kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

  • Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki

  • Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya untuk lelaki

  • Wanita saksinya kurang berbanding lelaki

  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki

  • Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak

  • Wanita wajib taat kpd suaminya

  • Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri

  • Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dengan seorang wanita

  • Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak

  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil)

  • Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya

  • Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya,anak lelakinya dan saudara lelakinya

  • Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja:
    - Sembahyang 5 waktu
    - Puasa di bulan Ramadhan
    - Taat suaminya dan
    - Menjaga kehormatannya

  • Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita kan?

WALLAHUA'LAM 



Posted by alangz at 7/13/2007 12:26:46 pm
Comments (2)



Thursday, July 12, 2007
Menarik hari ini - Lelaki tak berkahwin lebih ramai berbanding wanita

Satu fakta telahpun dinyatakan di dada akhbar Berita Harian hari ini:

Laporan bancian penduduk menunjukkan kadar kesuburan terutama bangsa Melayu menurun sejak 15 tahun lalu

BEBERAPA tahun lalu, masyarakat heboh memperkatakan mengenai satu kajian yang kononnya menunjukkan jumlah wanita tidak berkahwin melebihi jumlah lelaki. Sejak itu, isu mengenai wanita bujang itu hangat diperkatakan sama ada di kedai kopi mahupun ahli politik dan tidak kurang juga yang menjadikannya bahan jenaka.

Hakikatnya jumlah lelaki bujang terlajak yang belum mendirikan rumah tangga pada usia 30 hingga 44 tahun didapati lebih ramai berbanding wanita bujang pada lingkungan usia berkenaan di negara ini.

Berdasarkan laporan Bancian Kependudukan dan Perumahan 2000, mendapati bilangan lelaki dan wanita yang memilih untuk tidak berkahwin semakin meningkat sejak 1991 hingga 2000.

“Pada 1991, 20.4 peratus lelaki berusia 30 hingga 34 tahun belum pernah berkahwin. Jumlah ini meningkat kepada 24.7 peratus pada 2000. Jumlah ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita yang belum pernah berkahwin.

“Pada 1991, hanya 12.4 peratus wanita berusia 30 hingga 34 tahun belum pernah berkahwin. Jumlah ini hanya meningkat kepada 12.7 peratus pada 2000. Wanita bujang berusia 35 hingga 39 tahun jauh lebih rendah berbanding lelaki iaitu 7.8 peratus pada 1991 dan 2000,” katanya.

(Sumber: Berita Harian 12 Julai 2007)
Sila klik link ini untuk berita penuh..

Komen Alangz:

Sebenarnya kewujudan artikel ini Alangz ketahui ketika sedang memandu ke pejabat sebentar tadi menerusi radio Hot FM. Tidak sabar untuk membaca fakta ini. Tambah lagi ia menjadi topik pagi di siaran radio tersebut. Banyak komen yang menyentuh kenapa kaum lelaki tidak berkahwin awal.

Antaranya;
- permintaan duit hantaran dari pihak wanita membebankan
- lelaki malas bekerja
- peratusan kaum wanita di IPTA/S lebih ramai
- kedudukan jawatan wanita lebih tinggi dari lelaki
- tanggungan anak lelaki terhadap ibubapa
- mahu merasa nikmat dari duit titik peluh sendiri terlebih dahulu
- membeli material ( kereta, rumah etc...)
- enjoy kehidupan bujang dahulu
- tanggungjawap selepas kawin yang lebih tinggi

Sebenarnya, kalau kita selidiki semakin maju kependudukan di sesebuah negara semakin ramai jugalah yang tidak mahu berkahwin dalam usia yang muda. Bukan tidak mahu sebenarnya, faktor-faktor di atas antara penyebab utama berlakunya senario ini. Tekanan kehidupan dan faktor sekeliling.

Kalau dilihat tahap pendidikan juga semakin meningkat. Dahulu setakat lulus LCE/ SPM sudah menjamin kehidupan. Kemudian meningkat ke Diploma. Skrang dengan diploma ke mana anda boleh pergi?.. paling tidak mesti mempunyai ijazah.

Dari sini kita lihat faktor usia.. SPM=17 tahun.. tamat diploma=20-21 tahun.. sambung ijazah paling tidak 22-23 baru mahu memulakan kehidupan sebagai seorang pekerja. Itupun kalau dapat kerja. Yang menganggur?.. yang kerja tidak berkaitan dengan ijazah?.. Mahu menunggu sekitar 1-2 tahun lagi untuk mendapat kerja yang sesuai dan tetap. Umur sudah menjangkau 25-26. Kemudian.. mahu membeli kenderaan?.. rumah.. paling tidak kena menabung 1-2 tahun untuk membayar pendahuluan kenderaan. Sudah 28 tahun. Nak kawin?.. hehehe.. hantaran.. belanja kawin.. kena kumpul duit lagi... another 2-3 years. Kalau tidak buat lah pinjaman untuk kawin. Tanggunglah sehingga mendapat anak.

Hehehee... rasanya artikel alangz banyak mengomel. Tapi itulah hakikat kehidupan. Terpulang pada individu bagaimana untuk merancang kehidupan mereka. Apapun, setiap insan memerlukan teman
Tongue

Enjoy!!



Posted by alangz at 7/12/2007 9:35:50 am
Make a comment



Wednesday, July 11, 2007
JOM makan doyan!!

Wakakakkaa... walaupun Alangz tak makan doyan.. tapi untuk menyampaikan aktiviti berunsur sambil menderma ini, Alangz postkan iklan ini.... (Ni pun saja nak buat Wakame meleleh air liur.. huhuu..)



Credit to Zura Wink

A'te yop.. yong... moh ler kite.... ahakzz....



Posted by alangz at 7/11/2007 3:55:54 pm
Comment (1)



Tuesday, July 10, 2007
Keta ku calar lagi....

Muakakakkaka... vodoh lah Alangz nie... tak reti memandu ker?...

Well...



Dah nak kena kan?.. nak vat camner?.. repair jerlah...

Kali nie teruk 'lebih' sikit dari yang terdahulu....

Aku venci exit parking Kompleks Kejiranan Persint 16, Putrajaya!!... sapalah design exit yang mendaki lebih kurang 45 darjah dengan selekoh tajam...

Wakakakakkakaaa... dah kena nak salahkan orang lakk.....



Posted by alangz at 7/10/2007 1:24:34 pm
Comments (2)




Next Page



<< August 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

   


E-Mail : cicakzzzz@yahoo.com.my

Your Blog Should Be Green
Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff. You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas. However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.

....Teman Alangz....
Pian
Nurul Aini
Norlida
Saiful

....Teman Blogger Alangz....
Bro Joe Bangla
Ija @ Shj
Delinn
Tgazfa
Sempoii
AuntyN
Aunty Yan
Mak Andeh
Rojak Buoh
Jokontan
Po
Budak Istana
Royce
Sangkelu
Ima
Bilal
Coco
Srikandi
Aecoque
Anne
MM
Puteri
Xmen
Angah
Cekedess
Kusyi Hirdan
Elf
Pulut Bakar
Zure
Nini
Yummy
Lord Budak
Kyora
IV
Tuan Alang
Deo
DiZai
Aini
Malim Kundang
Kawejauh
Temp
Zaiti
Nek Rock
Dobot
Xydee
Jijo Blur
Pzo

....Yang selalu dibaca....
Isu Hangat
Fuiyoh
Mat Jan
Tok Rimau
Kisah Ayah & anak

....Yang kadang2 dibaca....
Ms D'
Batu Api
Sultan Muzaffar
Nizam Zakaria @ limau nipis
Fathi Aris Omar
Afzan
Situs Digital
Ideal
Badrulaftersix
Kemunting
Tipahvogue
Frappe
Javardkent
Ahsuez
Wakdojer
Anak Dagang
NBN
Arena
Red Kebaya
Tuan Tanah

....Informatif....
Pengurusan Kewangan
Aura Seri
Maybank2U
Bluehyppo
Cari
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
NEAC
Irfan Khairi
Pelbagai Resepi Masakan
Resepi Diana
Imnogman Lirik Lagu
Dengar lagu
Pindahturun lagu
Wikipedia
Sell Online
Currency Converter
E-Aduan KPDNP
Savvy Owner Club

....Pasal Blog....
Activemeter
Web template
Tagboard
Blogthings
Kena block chat? pakai Meebo

....Lain-lain....
Change
Share Video
CT Online
Flickr
Kad Kahwin
Jaki on line
Melayu Blog
Tanah Melayu
Sejarah Melayu



Geng Jurnal
1407



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here: