Entry: Catatan perjalanan (Membeli tiket bas) Monday, February 06, 2006



Sabtu, 28 Januari 2006; 11.00am

Disebabkan semua perancangan untuk bercuti bersama teman-teman terkandas di tengah jalan dek kerana semua punyai perancangan lain, Alangz mengambil keputusan untuk keluar dari Kuala Lumpur sempena cuti panjang. Mencongak-congak bila lagi mahu mengambil kesempatan keluar bercuti sementara dapat cuti umum panjang ini.

Hari sabtu Alangz tekad mencari kalau-kalau ada baki tiket lagi ke Kota Bharu. Yelah, memang sukar untuk mendapat tiket lagi kerana saat akhir dan ramai yang telah menempahnya awal-awal lagi.

Tiba di Hentian Kajang dengan membawa satu harapan. Setelah menyusuri dan bertanya kepada setiap kaunter tiket bas ke Pantai Timur, jawapan yang Alangz terima sungguh mengecewakan. Semua tiket habis terjual.

Ketika ingin melangkah pulang, tiba-tiba mata memerhati seorang lelaki membawa sekeping tiket dan menyerahkan ke petugas kaunter. Terus Alangz mendekati mereka dah memasang telinga dan mendengar yang beliau ingin menjual semula tiket tersebut kerana tidak jadi untuk pulang ke kampung. Dan bila lelaki tersebut berundur dari kaunter, terus Alangz bertanya kepada gadis kaunter itu tentang tiket bas tersebut.

Dan... yeessss!!!! tiket ke Kota Bharu; Ahad, 29 Januari 2006, 8.30 malam. Ekspress Mutiara. RM34.00. Tanpa berfikir panjang, segera Alangz membeli tiket tersebut. Kemudian menelefon teman di Bachok. Meminta tolong beliau mencari kalau-kalau ada tiket untuk kembali ke Kuala Lumpur pada hari rabu 1 Feb 2005.

4.00pm

Perkhabaran kurang baik diterima. Teman di Bachok menyatakan beliau telah pergi ke Kota Bharu dan tiada tiket yang ada untuk hari tersebut. Paling awal katanya pada 6 Feb 2006.

Kebetulan sebelum bertolak pulang dari stesen bas tadi, Alangz ada bertanya kepada gadis penjaga kaunter tersebut mengenai tiket dari Kota Bharu ke Kajang masih ada atau tidak pada tarikh itu. Tapi katanya paling awal yang ada adalah pada 2 Feb 2006. Jadi, sementara menunggu jawapan dari teman di Bachok, Alangz tidak membeli tiket tersebut kerana pada 2 Feb Selangor sudah mula bekerja.

7.45pm

Keluar dengan kawan di Batu 16, Hulu Langat. untuk menyedapkan hati Alangz mengajak beliau menemankan Alangz untuk kembali ke Hentian Kajang dan membeli tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 2 Feb 2006.

Keputusan ini Alangz ambil setelah di waktu tengahari Alangz ke pejabat atas arahan bos yang menelefon meminta Alangz datang kerana beliau tertinggal kunci dan access card di dalam pejabat. Sempat juga 'hint' beliau kiranya Alangz tidak mendapat tiket untuk pulang, Alangz akan bersambung cuti. Nasib baik dapat bos yang sporting.

8.45pm

Berjaya mendapatkan tiket. Dari Kota Bharu ke Kajang; Khamis, 2 Feb 2006, 9.00 malam. Ekspres Transnasional. RM33.10. Alhamdulillah. Rasanya berjalan seorang pada saat-saat akhir lebih cerah untuk mendapatkan tiket.

bersambung...

   4 comments

Pogi
February 6, 2006   03:46 PM PST
 
Lain kali nak jalan2, kabo ah ke aku dulu... mana la tahu, kot2 aku free, tak yah susah2 cari tiket bas, aku sudi jadi drebar.... guane? Boleh?... kalau sebelah semenanjung laa... kalu sabah/sarawak tu, aku modified dulu laa... letak tong dram, letak kipas... muakakaka
Alangz
February 7, 2006   02:39 PM PST
 
Ahakz.. mekasih G... aku tahu ko baik.. untung aku dapat kawan cam ko.. ahakz.. lagi pong masa aku nak gi sana.. ko kan baru turun kapal.. sure letih lagi.. tu pasal aku takmoh kaco ko.. anwyay ko dah hantar aku gi stesen bas tu pong dah kira baik.. hehehe... next month ek?.. hantar aku gi KK boleh?.. ahakzz...
doBot
February 7, 2006   10:34 PM PST
 
Eeee,,,,citer alang nie banyak bersambung la....teruskan jek la. heheheh
Alangz
February 8, 2006   09:26 AM PST
 
Hahhaaa bot... kalau nak tulis sekaligus.. nanti blog alangz nie sempat berabuk dan bersawang.. cicakz takde untuk entry 'catatan perjalanan'... kang banyak lak spider kat cni.. ahakzz...

Lagi satu.. makin banyak bersambung.. makin banyak ler 'rapuan'nya..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments