|
Ahad; 29 Jan 2006; 7.00 malam Pogi datang rumah. Mekasih Pogi Lebih kurang jam 8.40 malam berangkatlah Alangz menuju ke Kota Bharu. Ahakz.. sonok nyer dapat naik bas. Lama sungguh tidak menaiki bas. Bas yang sepatutnya bertolak jam 8.30 malam bergerak lewat sepuluh minit kerana menunggu dua orang lagi penumpang yang akhirnya ditinggalkan. Kesian sorang minah tu kan kendi Alangz duduk disebelah seorang gadis. Dari gayanya boleh dikatakan berusia sekitar awal 20an. Alangz berperlakuan seperti lelaki biasa Dengan kasut masih terlekat di kaki, beliau menyilangkan kaki ke bangku. Kiranya meletakkan kaki di atas bangku. Beberapa kali kasutnya terkena di kaki Alangz. Langsung tidak meminta maaf. Pada satu ketika, dengan nada brutal, beliau bertanya kepada Alangz, pukul berapa waktu masa itu. Bercakap di telefon dengan kuat, langsung tidak mencerminkan gaya perempuan melayu. Ah.. sedihnya melihat keadaan bangsa melayu sekarang. Tiba di KM35.5 Lebuhraya Kesas, satu kemalangan maut berlaku. Seorang penunggang motorsikal maut dipercayai merempuh sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan tanpa mempamerkan sebarang isyarat kecemasan. Kesian.. maut atas kecuai orang lain. 1.30 pagi Tiba di perhentian rehat Merapoh. Dapatlah berehat sebentar dan menyegarkan diri dengan minuman milo panas dan menjamu seketul burger. Keadaan perhentian rehat ini agak baik. Cuma yang perlu diberi perhatian adalah harga makanan; adakah berbaloi dengan kualiti yang disediakan. Sendiri menilai.
5.30 pagi Selamat tiba di Kota Bharu. Wah, ada perubahan yang boleh dikatakan drastik setelah kali terakhir Alangz menjejakkan kaki ke sini pada tahun 1998. Tahniah kerajaan negeri. Alangz mengatur langkah, sambil tangan memegang buku "Lonely Planet; Malaysia, Singapore & Brunei". Ahakzz.. terasa macam mat salleh pulak. Biarlah apa orang nak kata, yang penting Alangz ada 'bible' yang boleh menunjuk arah tuju kaki ini. Yang pasti ramai umat manusia yang baru tiba dari pelbagai destinasi. Kedai masih tertutup rapi. Alangz menyusuri jalan dan duduk berhampiran bangunan TM yang baru di sebelah hentian bas. Memerhati langkah manusia bertali arus. Kepala mula merencana. Keakraban ibu bapa menjemput anak yang pulang dari perantau terlihat. Ahh.. betapa sayunya melihat anak muda mencium tangan ibubapa masing-masing tika bersua muka. Yang perempuan berpelukan dengan ibu. Namun lamunan Alangz diganggu oleh kehadiran nyamuk-nyamuk. Banyak sungguh nyamuk di tengah bandar Kota Bharu ini. Kedengaran suara azan subuh bergema. Alangz melangkahkan kaki menuju ke punca suara itu.
Masjid Al-Baroah berhampiran Pasar Siti Khadijah Sempat menunaikan sembahyang subuh. Setelah selesai mendirikan solat, Alangz tidak tahu arah tuju kerana luar masih gelap. Ramai di kalangan pengunjung mula mencari tempat untuk berehat seketika. Alangz tidak terkecuali. Melihat ramai yang berbaring, Alangz turut sama berbaring. Dan akhirnya terlelap seketika. 7.30 pagi Terjaga dari 'tidur ayam'. Segera meninggalkan masjid dan singgah sebentar di tandas awam depan masjid. Mencari air untuk mencuci dan menyegarkan diri. Mmm... semasa memasuki tandas, terlihat pelbagai nombor telefon dan perkataan kurang sopan di dinding-dinding dan pintu tandas tersebut. Tidak Alangz menduga perkara ini berlaku di negeri yang bergelar 'Serambi Mekah'. Entahlah.
Bersambung... |
| Leave a Comment: |