|
Membawa bagasi dan berjalan menyusuri Pasar Besar Siti Khadijah di waktu pagi; melihat telatah orang ramai yang berpusu-pusu dengan urusan masing-masing. Singgah sebentar di kedai makan berhampiran. Menikmati nasi lemak bungkus yang sangat meriah dengan ikan bilisnya dan menikmati secawan teh O. RM1.50 Murah - jika dibandingkan dengan harga di bandar besar seperti
Selesai makan, Alangz memasuki Pasar Siti Khadijah. Memang tidak banyak berubah suasana di dalam pasar tersebut. Yang pasti, pasar ini merupakan tempat wajib untuk dikunjungi sekiranya anda singgah di Kota Bharu. Banyak barang-barang yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.Secara asasnya, Alangz ingin menghabiskan masa sementara menunggu masa untuk mencari hotel dan sekaligus melaksanakan "window shopping"… mencongak-congak barang yang boleh dibawa pulang nanti.
Jam 9.30 pagi Penat mengendong beg galas, Alangz berkira-kira untuk meletakkannya di tempat simpanan barangan yang Alangz perasan pagi tadi; terletak di stesen bas. Dengan membayar RM1, bebanan gendongan di bahu dapat dileraikan.
Kembali berjalanan, menyusuri lorong-lorong dan jalan-jalan yang begitu asing buat Alangz. Berseorangan. Ketika berjalan, terlalu banyak perkara yang terlintas di minda. Merencana dan mencongak, perkara lalu dan akan datang. Disinilah keistimewaan yang ada tika anda berjalan berseorangan di bumi asing. Pernyataan ini merujuk kepada soalan-soalan yang acapkali berkumandang di telinga yang diajukan oleh teman-teman. Ramai yang menyatakan apa istimewanya berjalan seorangan diri di tempat yang tidak kita ketahui.
Setelah hampir 2 jam berjalan dan berpusing serta mencari tempat penginapan, akhirnya Alangz mengambil keputusan untuk tinggal semalam di Hotel Politan, betul-betul berhadapan dengan stesen teksi dan bas di mana Alangz turun pagi tadi. Dengan bayaran sebanyak RM60 dapatlah Alangz satu bilik.
Bergegas ke stesen bas tadi untuk mengambil bagasi. Segera naik ke bilik. Tujuan utama; untuk mandi. Penat semalaman dan keadaan diri yang tidak segar. Ditambah lagi dengan titisan peluh yang membasahi badan dek kerana berjalan tadi.
Selesai mandi, sempat menikmati hidangan satey yang dibeli semasa mengambil bagasi. Membelinya di café stesen bas itu. Mmm.. ingatkan orang Johor sahaja yang makan satey pagi-pagi. Rupanya di Kelantan ada juga. Dan yang pasti 2 cucuk satey dan nasi impit yang agak banyak itu dibeli dengan harga RM1 sahaja. Badan sudah selesa setelah mandi. Perut pula sudah diisi. Buka televisyen sambil berbaring di katil seorang diri. Suasana dingin sumbangan tiupan penghawa dingin. Dan akhirnya, matapun tertutup. Sedar-sedar hampir jam 3 petang. Bangun tidur telefon rakan yang berada di Bachok. Meminta beliau menemani Alangz barang seketika. Sementara menunggu beliau sempat keluar lagi, menyambung perjalanan menghayati bandar Kota Bharu. Hampir jam 5 petang, Mizie tiba bersama rakannya Ashraf. Mereka dari Bachok dan Ashraf ingin pulang ke Bangi semula melalui Rantau Panjang pada malam itu. Dan sempat berkenalan dengan beliau kurang dari setengah jam. Insyaallah, nanti kita lepak lelama kat Bangi ek Ashraf. Mekasih bebanyak Mizie J sebab sudi menjadi tourist guide Alangz hari itu. Alangz dan Mizie meneruskan perjalanan. Berpusing-pusing dan membeli sedikit buah tangan dari Kota Bharu. Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Menemani Mizie menunggu teksi a.k.a kereta sewa kerana beliau ingin pulang ke Bachok semula. Di sini Alangz dapat lihat kelemahan dan kedaifan dalam sistem pengangkutan awam di Kelantan. Maksud Alangz, masih lagi menggunakan teksi dan menunggu penumpang penuh baru teksi akan berjalan. Mungkin faktor jarak membataskan sistem pengangkutan menjadi lebih efisen di sini. Menunggu hampir 1 jam lebih dan tiada kelibat kereta sewa. Suara-suara pemandu kedengaran menyatakan dari Bachok berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Akhirnya, Alangz mengajak Mizie untuk bermalam di hotel bersama. Satu kerana tidak pasti pukul berapa teksi sewa akan tiba, dan pastinya bayaran yang dikenakan akan berlipat ganda selepas jam 8 malam. Sekurang-kurangnya Alangz ada teman untuk bercerita malam nanti. Selesai mandi, kami berkira-kira untuk menjamu selera. Dan destinasi yang dituju adalah gerai di Jalan Kebun Bunga, yang mengadap Stadium. Dan Alangz memesan kuetiaw tomyam. Sudah berhampiran dengan Kembali ke hotel dan menyatakan malam masih awal. Maka kami berjalan mencari cyber café. Alhamdulillah, jumpa dan menghabiskan baki malam itu dengan melayari laman web. Hampir jam 1 pagi kami keluar. Alangz keluar dahulu kerana terlalu mengantuk. Sementara menunggu Mizie, Alangz turun ke bawah, untuk melihat suasana awal pagi di bandar Kota Bharu. Dan yang memeranjatkan Alangz, terlalu banyak lipas keluar dari longkang dan menguasai jalan. Sekali lihat lebih dari 30 ekor berkeliaran. Perghhhh… macam cerita Joe's Apartment lak J Pulang ke hotel dan merehatkan diri. Bersambung... |
| kusyi February 8, 2006 11:26 AM PST salam alangz at the same time, the same cuti time, me went to perlis. rasa perlis punya makan2 murah lagi kot dari kb. :) | ||
| Alangz February 8, 2006 11:56 AM PST Salamz kusyi... Yup.. agree with U. Memang Perlis makanan nyer murah2... alangz pernah makan satey yang berharga 10sen sebatang.. tapi.. kan alangz buat perbandingan dengan bandar besar lain... :-) | ||
| coco February 9, 2006 08:27 AM PST murahnye satay..aritu makan kat bangsar...RM 32 utk 50...take nasi impit lagitu...dan kuah tak sedap. eee..joe's apartment...geli tgk byk cockroach :P | ||
| Alangz February 9, 2006 08:54 AM PST memang murah... well coco.. hang pun.. nak compare dengan tempat yang high class tuh... ahakzz... yupp.. kalau coco tengok.. banyak giler lipas kuar dari longkang tuh.. alangz snap pic.. tapi tak clear.. | ||
| Leave a Comment: |