|
Perjalanan ke Rantau Panjang Lebih kurang jam 3 petang bas yang kami naiki mula bertolak ke Rantau Panjang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Faktor kesesakan memainkan peranan dalam melambatkan proses perjalanan. Mengikut kata teman, ini adalah kerana ramai anak perantauan pulang sempena cuti panjang. Sampai di Rantau panjang. Mengimbas kembali kenangan semasa Alangz mula-mula menjejakkan kaki di situ pada tahun 1998. Pertama kali juga dalam tahun itu Alangz mengenali dunia "backpackers" ini. Dan Kelantan merupakan destinasi pertama Alangz berjalanan seorang diri setelah mengalami 'stress' kerja yang keterlaluan dahulu. Hampir 7 tahun kenangan itu berlalu.
Pastinya, selama 7 tahun tidak menjejakkan kaki di situ berlaku perubahan besar terutama dalam pembinaan bangunan Kompleks Imigresen Rantau Panjang dan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.
Yang seronoknya, ingatkan Alangz bersama dua orang "Kelantanese" ini maka mereka mahir dengan kawasan sekitar Rantau Panjang. Tapi hampeh dot com juga. Ahakz.. mereka tidak mahir kawasan sekeliling. Maka berjalanlah kami mencari tempat untuk bermalam. Petang itu kami berjalan-jalan. Sekadar berjalan meninjau apa-apa barang yang boleh di beli nanti. Cara Alangz, akan berjalanan mengelilingi tempat itu. Tandakan mana yang boleh dilawati esok,dan hanya akan membelinya apabila puas hati.
Lebih kurang jam 5.30 petang kami pulang ke tempat penginapan. Maka tertidurlah keletihan dan bila sedar jam sudah melepasi maghrib. Mandi, dan bersiap untuk mencari makan. Pandangan dari bilik penginapan. Wahhh.. lengang nyer kawasan sekeliling. Hehhee… betul-betul 'mati' di waktu malam.
Misi pertama, membeli kad tambah nilai 017 Alangz. Huh.. baru 2 hari RM30 sudah habis diguna pakai. Di kedai itu, kami bertanya tempat makan yang ada di waktu itu. Memanglah jelas kelihatan di hadapan tempat penginapan kami itu ada gerai-gerai. Kononnya ingin mencari gerai lain yang lebih jauh dari situ. Berjalan semula ke arah tempat kami turun dari bas. Mmm.. rata-rata kedai sudah ditutup. Yang jelas kelihatan masih meneruskan operasi adalah kedai-kedai telekomunikasi. Kami berpatah balik dan makan di gerai berhadapan dengan tempat penginapan kami. Seperti biasa, tomyam juga menjadi pilihan Alangz. Selesai makan. Malam masih muda. Apa yang perlu dilakukan?.. hehhee.. bertanya lagi orang disana, dimanakah siber café yang beroperasi. Lebih kurang 400 meter dari tempat kami berdiri. Terus pergi ke Hampir jam 12.45 malam, kami beransur pulang. 01 Feb 2006 Kedengaran riuh orang memulakan perniagaan. Kebetulan hujan pada waktu tengah pagi dan keletihan mendorong kami terbabas tidur lagi J Selesai mandi kami mula menyusun langkah. Kononnya semua masih kenyang dan ingin terus pergi ke gerai-gerai jualan. Meriah sungguh. Kalaulah kaum hawa disini, pasti mereka suka dan sangat suka. Hehehe…
Dipertengahan perjalanan kami menemui makanan 'esotik' [ahakzz..] Satey. Sebenarnya ia terdiri dari bebola ikan dan hotdog yang di bakar di atas bara. Kesempatan ini terus digunakan untuk merasa makanan ini.
Kembali dengan misi membeli belah yang tak seberapa. Setakat membeli 3 helai jeans Golok dan sehelai baju. Yang seronoknya, banyak betul patung-patung yang comel-comel. Sempat Alangz membeli sedozen untuk ole-ole rakan sekerja. Rasa hati memang mahu membeli lebih, tapi bila memikirkan beg sudah sarat dengan muatan, lantas terus melupakan hasrat tersebut.
Pukul 11.30 pagi kami keluar dari tempat penginapan. Terus menuju berjalan menuju ke stesen bas. Sempat mengambil beberapa keping gambar kenangan. Nasib kami cukup baik kerana ada bas yang sedia menunggu dan bertolak setelah kami naik. Cuma yang kurang bernasib baik, kami terpaksa berdiri.. ahakz.. small matter jer tu..
Sampai di Kota Bharu semula. Pada permulaan, perancangan kami ingin bermalam di Bachok. Ingin pergi mencari 'lagu ombak'. Hehee.. ingin bermalam di Pantai Irama sebenarnya. Namun hasrat ini Alangz terpaksa lupakan dek kerana tertera di dada akhbar 3 orang lagi menemui ajal di pantai itu semalam. Dua hari lepas, juga di dada akhbar menyatakan 2 orang lemas. Mijie dan Saiful juga menasihatkan Alangz supaya tidak pergi. Jadi, Alangz terus mencari tempat penginapan. Tiket bas pada hari khamis [esok] jam 8 malam. Singgahlah di beberapa tempat dan tiada bilik kosong. Akhirnya di Bunga Raya backpackers Lodge [RV Inn] dapatlah Alangz bilik. Bilik hanya dilengkap dengan kipas. Dari segi kemudahan memang asas, namun rasanya cukuplah untuk Alangz seorang. Yang pasti, sewanya hanyalah RM20 semalam. Kami berjalan semula di bandar Kota Bharu. Mmm.. rasanya semua sudah dilawati. Dan Alangz hanya menambah beberapa barangan yang boleh dibeli untuk dibawa pulang. Jam hampir 5 petang. Mijie dan Saiful telah pulang ke Bachok. Alangz mencongak-congak. Semua tempat sudah dilawati, rasanya baik mencuba mencari tiket untuk pulang awal kerana tiada aktiviti yang hendak dilakukan lagi. Nasib menyebelahi Alangz. Sempat lagi berpusing bandar Kota Bharu untuk kali terakhir sebelum naik semula ke bilik dan berkemas. Betul-betul selepas maghrib, Alangz turun dan berkira-kira untuk ke stesen bas Jalan Langgar. Memandangkan beg galas yang berat, Alangz menaiki kereta sewa walaupun jaraknya hanya memakan masa 5 minit. Stesen bas Jalan Langgar. Baru Alangz dapat memerhati bas-bas hanyalah terdiri dari kroni Nadi J Transnasional. Alhamdulillah, tepat jam 9 malam bas berangkat ke = Tamat = |
| Leave a Comment: |