|
Catatan kali ini ditujukan khas untuk Kendi. Juga kepada pemilik-pemilik B.L.O.G secara amnya. Sebenarnya minda sudah lama merencana. Apa yang seronoknya punyai blog sendiri. Apa yang istimewanya punyai blog sendiri. Apa yang boleh dilakukan dalam blog sendiri. Apa yang boleh dilakukan dalam blog dan tidak boleh dilakukan di luar blog. Alangz tidak membuat sebarang study mengenai blog. Jadi, menulis sekadar apa yang terlintas di minda. Sebenarnya catatan kali ini dikuatkan oleh faktor teman Alangz; Kendi yang beria-ia mahu menamatkan riwayat blognya gara-gara mendapat kritikan dan kutukan dari pembaca blognya. Mmm.. mungkin tengah 'lampu merah' tu. Tu pasallah cepat terasa hati. Ahakz… sori Kendi. Sekadar meneka. Rasanya cita-cita Alangz untuk menulis blog terhasil setelah melayari laman web dan secara kebetulan bertemu dengan blog-blog orang. Kemudian terfikir, alangkah baiknya kalau aku juga punyai blog seperti mereka. Yang paling Alangz respect sehingga kini adalah blog Mat Jan, Joe Perantau dan Dobot. Masing-masing punyai kelebihan sendiri. Mat Jan; semasa beliau masih belajar dahulu, kekerapan mengemaskini blog lebih konsisten jika dibandingkan dengan sekarang. Ya, semakin melangkah ke alam pekerjaan, pembatasan masa blog amat menjengkelkan. Kita punyai idea untuk menulis tapi tidak dapat meluahkan terusan ke dalam blog kerana tanggungjawab dan amanah pekerjaan lebih diutamakan. Yang pasti, cara penyampaian kandungan dalam blognya begitu bersahaja dan kemahiran 'meng-uli ayat' begitu sinis. Itulah kelebihan Mat Jan. Joe Perantau. Alangz mula mengenali blog ini pertengahan tahun lepas. Itupun secara tidak sengaja. Semasa merayap-rayap di blog-blog orang, terlihat jaringan ke blog beliau. Terus leka membaca catatannya. Sebenarnya ayat dan lenggok bahasa seharian yang digunakan terlihat menerusi penulisan Bro Joe. Bersahaja. Apa terlintas di minda, beralih ke jari dan terus ditaipnya. Itulah dikatakan bakat semulajadi. Bangla yang berwawasan jolokannya. Ahakzz… Dobot. Juga dikenali dengan cara tidak sengaja. Jaringan dari blog orang lain. Yang Alangz suka tentang blog beliau adalah dari segi teknikal dan kemahiran beliau menguasai 'bahasa-bahasa IT'. Walaupun bakal bergelar 'Doktor Haiwan', kepekaan beliau terhadap perkembangan dunia komputer sangat jelas terlihat. Pandai menggodam dan menggabungkan aplikasi-aplikasi yang memantapkan persembahan webblog beliau. Tapi yang paling aku suka, beliau suka meninggalkan jejak di blog-blog yang diziarahinya. Meninggalkan komen. [Bot.. aku puji ko nie ada makna… ahakzz.. pas nie ko kena ajar aku buat webblog ek.. hehehe..] Pada dasarnya Alangz mula mengenai dunia blog ini sekitar hampir 3 tahun lepas. 4 September 2004 merupakan catatan pertama Alangz di dalam blog. Dan sehingga kini, blog Alangz masih dikemaskini, insyaallah. Dari punyai laman web sendiri yang kini bersawang (1998) dek kerana cuba-cuba bermain dengan bahasa html yang boleh dikatakan rumit dan menggunakan rangkaian server percuma [Geocities]. Sebenarnya kalau belajar ia tidaklah begitu sukar, tapi bila munculnya penyedia bloggers ini, rasanya kerja lagi bertambah mudah. Semua template sudah tersedia. Hanya pilih dan klik. Tidak begitu semasa Alangz menaip menggunakan bahasa html. Bila Alangz mengenali compiler, ia lebih mudah. Dengan menggunakan program words ini pun boleh menghasilkan lelaman web. Alangz mula menulis di Blogspot. http://alangz76.blogspot.com Penulisan Alangz pada mulanya berkisar pada kehidupan seharian Alangz. Kiranya seperti sebuah dairi. Namun, bila banyak penulisan negatif dan memburukkan beberapa orang sekeliling, Alangz mula rasa tertekan. Ditambah lagi dengan pernyataan teman siber yang agak pedas. "Orang peduli apa dengan apa yang ko buat. Kalau tiap-tiap hari cerita apa ko buat bangun pagi, gi kerja, makan apa, balik buat per. Takde best nyer. Cuba ko tulis sesuatu yang berfaedah". Kemudian Alangz cuba merombak penulisan. Lebih tertumpu kepada keadaan persekitaran. Dari sini wujudnya karektor cicakz Alangz. Bila berlaku sedikit kerumitan di dalam blogspot, Alangz beralih ke sini [Blogdrive]. Dalam menulis, terlihat kecantikan blog-blog orang lain. Mulalah mencantikkan luaran blog. Mengubah banner. Memasang lagu. Dan kini, rasanya seperti mahu menyewa server sendiri. Tapi, rasanya biarlah Alangz membayar US$2.95 setiap bulan ke Blogdrive ini dahulu kerana faktor batasan masa dalam membina laman web sendiri. Walaupun Blogdrive menyediakan perkhidmatan secara percuma. Dengan membayar sekaligus ia menaiktaraf sedikit perkhidmatan blog ini. Alangz bertindak begitu bukan kerana sengaja membazir. Tapi dengan membayar, rasanya lebih mendisplinkan diri Alangz untuk senantiasa mengemaskini blog. Lumrah manusia, kebiasaannya ada perkhidmatan percuma, kita bersikap acuh tak acuh. Namun, ini semua bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau anda punyai displin, tak perlu bertindak seperti Alangz. Bila menulis keadaan persekitaran sahaja, Alangz rasa seperti diri tidak dilayan seadilnya. Kenapa perlu berbicara hal semasa tanpa memperdulikan perasaan sendiri. Maka berlakulah penukaran paradigma penulisan Alangz. Rasanya sejurus selepas hari raya tahun lepas. Dari situ Alangz mula mempamerkan diri sendiri. Dan dari situ Alangz mula mencampur-adukkan penulisan. Yang penting, apa yang terlintas di kepala, boleh diluahkan di dalam blog ini. Tidak dibatasi sesuatu. Sehingga hari ini, banyak juga komentar yang diterima. Ada juga caci-merca. Perasan bagus. Kritikan pedas. E-mail bertanya kenapa tidak menulis artikel berunsur seks. E-mail yang meminta tolong dalam penyediaan kertas kerja. Bertanya tentang cara memasukkan lagu di dalam blog. E-mail membidas penulisan Alangz. Pembetulan fakta. Iklan mencari duit lebih. Meminta tolong untuk membina bangun blog. Berkenalan. Pendek kata, macam-macam ada Kalau kritikan memang Alangz alu-alukan. Tak kiralah bagus atau tidak. Berkongsi pengalaman dan ilmu juga. [Sila-silalah e-mail lepas ini ek..] Namun, kadang-kadang komentar yang tidak diundang seperti caci-merca dan kata-kata kesat, amat menyinggung perasaan Alangz. [haa. Kendi.. baca betul-betul]. Apa yang tertulis kadang-kadang menyentuh maruah Alangz. Membangkitkan kemarahan yang membuak-buak. Tapi, mujurlah Alangz jenis tidak cepat melenting. Tak sia-sia mendengar kaset Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah; "Menangani orang yang bermasalah". ------------------------------------------ Sinopsis * Setiap orang yang cemerlang pasti mempunyai ramai kawan. Adakah anda boleh menjadi penyelesai masalah rakan-rakan anda? Oleh itu dapatkan beberapa petua bagaimana anda boleh membantu rakan-rakan anda keluar dari kepompong permasalahannya. Bagaimana menangani orang yang pemarah? Pak turut? Pendendam? & beberapa karektor lain. Setiap orang mempunyai kelebihan dan ada 'soft spot' nya. Dapatkan petua menangani masalah anda & sikap yang perlu ada pada anda sebagai seorang kaunselor mereka.* Keluaran Telaga Biru Sdn Bhd. Sila layari www.telagabiru.com.my atau e-mail kepada marketing@telagabiru.com.my untuk mendapat kaset / CD ini. ------------------------------------------
Apabila menghadapi komentar dan e-mail berbaur negatif ini, segera Alangz menukar paradigma minda. Kebiasaannya Alangz akan berfikir secara positif. Komentar ini bersifat membina. Ambil itu sebagai tauladan dan semangat untuk memperbaiki diri sendiri. Kaji semula mengapa mereka sanggup meluahkan kata-kata begitu. Adakah kita benar-benar ikhlas dalam menulis. Dari situ kita kurang cerewet dan mula tidak kisah dengan kritikan begitu. Dalam menulis kita harus bersifat 'jadilah diri anda yang sebenarnya. You are what you are'. Bila kita menulis menerusi hati dan perasaan kita tanpa ada dorongan untuk membangga diri atau tidak bersifat diri sendiri, maka keadaan ini akan membantu anda menangani cabaran-cabaran begitu. Jawapannya di tangan anda. Apapun, tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Jika menulis sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau takbur, kita sekaligus tidak menjadi diri kita sendiri. Dari situ, lentingan dan lonjakan amarah begitu mudah terbabas. Pun begitu, tak semestinya pernyataan ini benar. Manusia dilahirkan dengan pelbagai fitrah. Jika pemarah orangnya, maka mudah melentinglah ia. Jika pendendam orangnya, maka berdendamlah ia. Jika penjorok orangnya, maka menjoroklah kerjanya. [Hahhaa… bahasa yang dibelajar dari blog Bro Joe. Nak tahu tanya dia… hehehhe…] Yang penting anda adalah anda. Apa yang difikirkan pada mula-mula mahu memiliki dan menulis dalam blog tidak didorong oleh orang lain. Mungkin menjadi ikutan, tetapi tiada siapa yang memaksa anda untuk menulis. Jadi, kenapa kita harus tunduk kepada suara-suara sumbang yang berkumandang. Manusia tidak dilahirkan sempurna. Mereka boleh berkata apa sahaja di dalam alam siber ini yang memang diakui tiada batasannya. Ingat, 'You are what you are'. Kesimpulan dalam bidang BLOG ini boleh dihayati dari lirik lagu ciptaan Mat Jan ini. Alangz ceduk dari blog Mat Jan. Rasanya memang ramai yang sudah mengetahui tentang lagu ini terutama pengunjung setia blog Mat Jan. Apa yang Alangz siarkan semula ini bertujuan untuk kita membaca liriknya dan sekaligus menghayati kebenaran dalam lirik ini. Kita tulis sesuka hati Minah ni, di pejabat dia bukan buat kerja Kita tulis sesuka hati Mendengar lagu Siti, menonton drama TV Kita tulis sesuka hati Minah tu buka blog, tulis jiwang-jiwang Kita tulis sesuka hati Yeah, M-J. A-Y-I-E. B-L-O-G.
Cicakzz… arrgghhh,, finally ko sedar jugak kewujudan aku ek Alangz. Nama aku ko sebut di awal entry nie. Mmm… macam aku nie special kes kan Alangz.. ala-ala nota kaki lak aku rasa. Cuba sesekali ko bagi aku interprem tulis blog. Boleh aku ajar ko cara cicakz jantan mengorat cicakz betina… mukakakkaa…. Alangz : Takder makner nyer ko cicakz…
|
| Royce February 15, 2006 09:27 AM PST Panjangnya entry..tak sempat baca habis...balik rumah baru baca | ||
| tgazfa February 15, 2006 10:10 AM PST well said, alangz. Betul kata cicakz tuh, apa kata ko cuba kasik dia chance menulis .. kalau dia lawan tokeh, suruh la dia bukak blog sendiri aje. Macam ada multiple personality.kan? | ||
| Alangz February 15, 2006 10:34 AM PST Royce: Mekacih royce.. jangan baca jer.. selami tau.. ahakzzz... TgafZa: Mekacih lagi.. ko lah kroni kuat aku.. ahakzz.. Aku takmoh bagi cicakz chance menulis. Aku tahu dia suka enterprem.. muakakaa... Multiple personality: Good... finally ada gak yang bersuara pasal ni. Sebenarnya kita sendiri ada dua personality kan?.. good/bad side. Kadang kala kita nak tulis yang jahat-jahat.. tapi yang baik menghalang. Jadi.. dengan kewujudan baik/jahat ini.. alangz kuarkan lah karektor cicakz ni. Boleh Alangz menyatakan perasaan lagi satu. Tu pasal cicakz warna hitam. Ahakzz.. Apapun, cicakz Alangz bukanlah mewakili karektor jahat sepenuhnya. Ia mewakili suara hati Alangz dari satu sudut yang lain. Yesss!!! settle... | ||
| Srikandi February 15, 2006 10:59 AM PST Thanks alangz... First: aku rasa ada jugak yang nak menaikkan semangat aku balik even aku dah rasa semangat aku merudum jatuh semalam...Ditambah-tambah lagi dengan problem aku tak dapat masuk reban ayam...Lagi buat aku haru biru... Entah laa Alangz....Aku mula2 bila start Blog...adik aku la yang cakap...suruh aku buat Blog...Tapi aku tak sangka pulak...ada yang nak maki aku tak tentu pasal...Aku malu jugak...lebih2 lagi kalau org maki aku kat Blog tu...open pada org lain...memang aku terasa sangat2...Yg bagi email plak...suka2 jer cakap aku macam2...nak tayang muka laa...macam cantik sangat laa...buat2 baik laa...tapi tak senonoh...sampaai buat aku terfikir..tak senonoh ker aku nih..???Gediks ker aku nih..???pastu cakap aku cerita benda tak penting pun...macam org nak baca...macam yg ko kena...tak cantik pun...tapi perasan lebih..apa laa yg dia org pedulik kalau muka aku tak cantik pun...???At least dalam hidup aku pernah jugak ada yang nak kat aku...(Aku gerammm nih!!!)Aku memang tak boleh accept laa alangz...Aku bukan jenis cool macam ko...aku bukan jenis buat selamba macam joe...Aku jadi give up...Give up nak blog2 nih...Aku cadang nak melepak kat blog org lain jer...Kat blog joe yg best...yang orang tak akan maki2 aku...yg aku boleh gelak2...and hilangkan tensionkan or boring aku... Second: Entah laa...hati aku tengah berbolak balik...nak terus or not..bila ko cakap macam ni..aku rasa semangat jer balik...bila geng2 lain support aku...aku rasa macam teruja balik perasaan aku nak blog...Korang buat aku sedeyyy and terharu dalam sekali gus jer...(2 in 1 gituu..)...Terfikir...dalam orang kutuk aku...sebenarnya aku ada geng yang boleh support aku... Aku pun terfikir...kalau aku tak blog...maka putus laa terus aku ngan korang...dah laa tak boleh masuk reban...sedeeyyyyy... Lastly...aku rasa ni bukan comment Alangz...tapi macam lebih luahan plak...mungkin sebab aku tengah sarat dengan rasa sedeyyy...anyway...Thanks atas sokongan ko and ols...Aku appreciate sesangattt!!! | ||
| royce February 15, 2006 08:23 PM PST Dah abis baca....ini kena berjaga mlm byk kerja nak kena siap esok kena submit. | ||
| Joe February 16, 2006 03:40 AM PST :-) | ||
| Alangz February 16, 2006 11:01 AM PST Hehehe.. betullah kendi.. luahan hati tuh. Tapi.. takyah ler ko risau/fikir benda2 remeh nie. Relekss eekkk... Ahakzz... mekasih royce.. hits aku naik giler babas pas kuar artikel nie.. thankz 4 yr support... Bro Joe... dalam senyum ada makna, dalam makna ada kata, dalam kata ada rasa, dalam rasa ada jiwa. | ||
| doBot February 17, 2006 02:18 AM PST Hahaha...ada lagik nama aku. Terima Kasih Alang kerana letak nama aku. Erkk...aku gila nama ker??? Tak la, aku pun sama macam kor. Menulis bila rasa nak luahkan perasaan aku. Berkongsi pengalaman mengenai kehidupan aku. Dan, kengkadang mengutuk orang secara langsung dan tak langsung. Jadi, jika kita mendapat komen yang negatif, jangan layan. Kalau layan, tak abis cerita. Kalau komen membina tapi pedas, aku suka macam tu sebab kita tahu di mana silap kita.. Kepada Kendi, teruskan penulisan mu. Walau apa jua cabaran yang kor hadapi. | ||
| Ron97 February 17, 2006 10:07 AM PST 1. bagus ko start ngan html dulu. skrg kalau ko ubah templet, ada masalah, hang boleh ubah sendiri. compiler pun tak boleh kira jugak. 2. jangan kesah pasal org kutuk kutuk tu. ambik positif. kalau ko rasa tengh mood ok, ko layan jer dia, kutuk jer balik. hahaha. Penting belajar cara menangani masalah. haha 3. dobot memang, dia punya pesakit takleh link dalam blog, cerita pasal dia. tu dia link sendiri tu. hahaha | ||
| Alangz February 18, 2006 09:21 AM PST Dobot.... macam aku cakap.. aku puji ko dengan penuh makner :-)) hahaha.. tapi yg pasti aku mmg respect ko.. tabik.. :-)... Ron97.. mekasih Ron for your 1st comment. Aku tahu ramai org maka byklah ragamnya. Aku ingat kta ko tu. Pasal dobot tuh.. ahakzz. dia mmg mewakili pesakitnya.. kuang.. kuang.. kuang... tapi sekurang2nya kita berkongsi ilmu kan.. :-) | ||
| Leave a Comment: |