Entry: Al kisah... di bumi Malaysia... ramainya yang pemurah... Monday, February 20, 2006



Hari sabtu lepas Alangz pulang lewat dari pejabat. Semuanya gara-gara mesyuarat yang berakhir lebih kurang jam 5.30 petang. Ditambah lagi dengan curahan hujan yang begitu rakus, menyebabkan Alangz hanya keluar dari pejabat ini sehampir jam 6.30 petang.

Semasa pulang dari pejabat, kepala sudah berdenyut-denyut. Bila fikirkan perlu mendaki sebanyak 100 anak tangga untuk naik ke rumah Alangz, terus Alangz membuat keputusan untuk singgah sebentar di pasar malam Tanming Jaya untuk membeli soto dan daun salad, buat bekalan makanan malam nanti.

Setibanya di pasar malam, pengunjungnya begitu meriah. Kalau ada dikalangan pembaca yang pernah pergi ke sana, sudah pasti tahu majoriti pengunjungnya terdiri dari warga asing yang bekerja disekitar kawasan tersebut. Balakong memang terkenal dengan kawasan perkilangannya.

Ada warga Bangla, ada warga Nepal, ada warga Indo. Meriah sungguh Wink. Ahakzzz... faktor bekalan dan penawaran harga yang rendah mungkin antara daya penarik mereka untuk berkumpul di situ. Ditambah lagi, dengan adanya pasar malam maka mereka boleh merehatkan minda sambil bertemu kaum kerabat yang lain Big Smile.

Sebenarnya Alangz malas mengulas tentang mereka. Itu tidak lagi termasuk warga asing yang kini makin berleluasa menjadi penjual pula. Bagaimana mereka mendapat lesen sedangkan warga kita sendiri agak sukar untuk mendapatkan lesen perniagaan pasar malam ini. Mmmm.. perlu dikaji kes ini.

Apa yang ingin Alangz kongsikan bersama adalah kemeriahan para pengemis / peminta sedekah disini. Tahulah tapak pasar baru sahaja disimbahi dengan air hujan, kebanjiran pengemis / peminta sedekah juga bertambah, bak cendawan tumbuh selepas hujan.

 

Masuk sahaja di kawasan tapak pasar malam ini sedah ternanti kelibat pengemis / peminta sedekah ini. Musykil sungguh minda. Bagaimana mereka datang?... kaki melangkah ke hadapan.. uuuhhh... ada lagi...

  

Dari gaya dah rupa mereka teryata mereka bukanlah warga Malasia. Tapi, bagaimana mereka boleh berkumpul di sini?. Maka berfungsilah minda, merencana, pasti ada dalang di sebalik ketibaan mereka ini.

 

Takkanlah yang cacat sebegini boleh datang begitu sahaja. Takkanlah yang kecil berupaya untuk datang sendiri ke sini. Takkanlah yang buta boleh mengatur langkah ke sini. Masalahnya.. dari mana mereka muncul?... siapa yang membawa mereka. Kenapa pihak berkuasa seperti pemungut sewaan tapak yang berbangga mengenakan baju majlis perbandaran tidak membuat sebarang aduan kepada Jabatan Kebajikan atau pihak yang sepatutnya. Mereka hanya tahu mengutip duit sahaja kah? Merekalah orang yang terdekat dengan kerajaan. Mereka patut lebih membuka mata tentang kebanjiran pengemis / peminta sedekah ini.

Ini tidak termasuk yang Alangz rasa warga kita lagi.

  

Faktor rakyat di negara Malaysia yang pemurah tidak bertempat mendorong pengemis / peminta sedekah semakin menjadi-jadi. Dalam petang itu Alangz berjalan, 7 orang pengemis / peminta sedekah yang ditemui.

Kepada mereka yang tahu mana mahu disalurkan maklumat agar kegiatan ini dapat dibanteras, ajukanlah kepada Alangz.

Artikel dari Saudara ZUKRI VALENTENO di dalam akhbar Utusan Malaysia juga menyatakan kebimbangan beliau tentang pengemis / peminta sedekah buta yang berleluasa meminta sedekah semasa menjamu selera di gerai / kedai makan juga perlu diberi perhatian. Memang semakin meriah kegiatan mereka.

Petikan yang ingin Alangz kongsikan bersama;

Tujuan utama saya menulis nota ini adalah kerana yang pertamanya, majoriti peminta sedekah ini adalah umat Islam, hatta memberikan gambaran yang kurang sopan kepada agama dan bangsa Melayu lantaran ada sebilangan besar pengunjung restoran-restoran terbuka ini adalah warga asing yang bekerja atau melancong ke negara kita.

Kedua, kita perlu membasmi segera masalah ini sebelum sikap memberi derma atau sedekah tidak lama lagi akan menjadi satu kewajipan khusus kepada para pengunjung restoran-restoran ini.

Ketiga, kelihatan seperti suatu usaha terancang oleh golongan ini memperoleh pendapatan secara mudah!

Dan sekali lagi, kepada mereka yang tahu mana mahu disalurkan maklumat agar kegiatan ini dapat dibanteras, ajukanlah kepada Alangz. Janganlah negara di banjiri oleh pengemis / peminta sedekah. Bukan niat untuk menindas mereka, kita punyai saluran yang baik untuk membantu mereka. Apa guna diwujudkan Jabatan Kebajikan Masyarakat jika fungsinya diabaikan.

Cicakzz... huhuhu.. Alangz dorang tuh pendatang asing yang didalangi seseorang... semua orang tahu.. tapi naper sumer pekakkan telinga.. bisukan mulut.. butakan mata ekkk?... entahhh....

   4 comments

Ron97
February 20, 2006   04:41 PM PST
 
aku pernah ikut sekali diorang ni,
dan aku dapati, diorang ni pakai sendiket sebenarnya. pagi pagi pukul 7, diorang akan didrop kat satu tempat dengan lori dan senja nanti, lori tu akan datang ambik balik. kebanyakan dari satu negara tu, sri langka ke, nepal ntah, aku pasti.
royce
February 20, 2006   08:53 PM PST
 
pasar mlm kat Bandar Baru Bangi pun ramai pengemis ni. tp kalau bulan puasa tu..ramai bebudak dari kawasan sekitar minta duit kat org ramai..nak beli kuih...
Alangz
February 21, 2006   10:13 AM PST
 
Ron97; ko ikut dia jer ker?.. pastu aper ko buat?.. hehhee.. anyway thankz for yr info.. bagi aku idea tuh...

Royce; BBB pun ramai?.. hushh.. nie yang aku ala-ala nak jadi 'sepai' nie.. ahakzzz.. boleh panggil 'abg ape kejadahnya'.. ekk.. skrang dah lain kan?. dia dah join tv1 lak.. apa tah... lupa... pasal dadah lak...

Mmm... pasal bulan posa bebudak sekitar mintak duit?.. adoi.. jgn ler baik sgt.. nak sedekah... pi antar makanan kat surau.. suruh depa makan kuih kat sana.... yelah.. kita taknak lah didik anak bangsa kita bersikap meminta2.... ada betul?..
liz
March 15, 2007   09:38 PM PDT
 
apa lah lagi maklumat yang ko ada, isu ini nampak menarik, tapi sering diabaikan. sebenarnya, ianya bahaya...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments