Entry: Jemputan ke sessi Perbincangan KOSMO! Tuesday, February 21, 2006



14 Februari 2006 Alangz menerima satu panggilan telefon daripada wakil akhbar KOSMO!. Ia mengenai jemputan untuk menghadiri satu Sessi Perbincangan Fokus Berkumpulan akhbar KOSMO!. Dan hari ini Alangz menerima jemputan itu secara faksimili.

Kalau anda pembaca setia blog Alangz ini, pada 21 September 2005 Alangz juga pernah menerima undangan dari wakil pihak NSTP untuk membincangkan isu yang lebih kurang sama. Tetapi kali ini, undangan terus dari pihak KOSMO!.

Perbandingan akhbar KOSMO! dan Harian Metro.- Artikel mengenai pandangan Alangz pernah Alangz siarkan dalam blog ini pada 25 September 2005.

Insyaallah, ada kelapangan Alangz akan menghadiri sessi perbincangan ini. Memang menyeronokkan bila kita dapat berbicara mengenai akhbar dan memberi pendapat dan pandangan ke arah memantapkan lagi persembahan dan sajian kepada rakyat Malaysia khususnya.

Cicakzz: aku nak itut... nak itut.. aku nak interprem ko ek Alangz...

Alangz: Suka hati ko lah cicakz... Tongue

   3 comments

Hits.FM
February 22, 2006   02:59 AM PST
 
Nice Blog :)


www.FriendsterForum.com
PB
February 22, 2006   10:07 AM PST
 
famous amous upa upanya Alang nie.....
Alangz
February 23, 2006   04:20 PM PST
 
PB; mekasih bagi comment... teman idok ler famous.. orang biasa jer.... kebetulan, rezeki org media nak dengar pendapat kita.. ada peluang nie.. kita salurkanlah... macam orang cakap, setakat bergebang dalam blog.. tung tang.. tung tang... lebih baik kita salurkan ke saluran yg betul, kalau sudah diberi peluang nie kan?...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments