Entry: Catatan perjalanan - KLIA Friday, March 10, 2006



Alhamdulillah... yes!!!... misi Alangz untuk pergi ke 14 negeri di Malaysia akhirnya tercapai. Sabah, destinasi kedua terakhir sebelum Wilayah Persekutuan Labuan. Dan sempat juga menjejakkan kaki ke negara Brunei.

04 Mac 2006 (Sabtu)

Alangz bekerja pada hari itu. Dan alhamdulillah, nasib baiklah mempunyai bos yang begitu memahami. Membenarkan Alangz pulang seawal jam 12 tengahari. Kalau di kira waktu bekerja pada hari sabtu, kami biasanya pulang sekitar jam 3 petang. Terima kasih banyak-banyak Bro Roslan, menghantar Alangz ke stesen ERL di Bandar Tasik Selatan.

   

Harga tiket dari stesen Bandar Tasik Selatan ke KLIA adalah RM26.50. Alangz mendapat tip dari teman sekiranya anda punyai masa dan ingin berjimat, dari stesen Bandar Tasik Selatan kita turun di stesen Putrajaya. Keluar dan beli semula tiket ke KLIA. Tunggu lebih kurang 20 minit untuk ERL KLIA Transit ini tiba dan anda akan dapat menjimatkan RM15. (Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya = RM5.30. Dari Putrajaya ke KLIA = RM6.20) Jadi RM5.30+RM6.20 = RM 11.50. RM11.50 - RM 26.50 = RM15. Banyak jugak tu. [Rujuk jadual]. Memandangkan jadual penerbangan yang hampir tiba, Alangz tidak mahu mengambil risiko.

One Way Fare

KL Sentral

Bandar Tasik Selatan

Putrajaya/

Cyberjaya

Salak Tinggi

KLIA

KL Sentral
 
 
4.20
2.00
9.50
4.50
12.50
6.00
35.00
15.00 *20.00
Bandar Tasik Selatan
4.20
2.00
 
 
5.30
2.50
8.30
4.00
26.50
13.00 *20.00
Putrajaya/Cyberjaya
9.50
4.50
5.30
2.50
 
 
3.00
1.50
6.20
3.00
Salak Tinggi
12.50
6.00
8.30
4.00
3.00
1.50
 
 
3.20
1.60
KLIA
35.00
15.00
26.50
13.00
6.20
3.00
 
3.20
1.60
 
 
Adult (RM) Child (RM)
  sumber : ERL Sdn Bhd 

Jadi, sekarang anda sudah tahu tip ini. Rasanya setakat menunggu selama 20 minit memang berbaloi ditambah lagi kiranya anda menaiki ERL secara berkumpulan.

Tiba di KLIA. Alangz mendaftar masuk. Menaiki penerbangan AirAsia. Rasanya pada 26 Mac 2006, AirAsia akan beroperasi di terminal tambang murah. Kita nantikan perkembangannya. 

Satu perkara yang ingin Alangz nyatakan. Tentang syarikat penerbangan iaitu di antara AirAsia dan MAS. Banyak sudah suara-suara yang Alangz dengar tentang perbezaan dia syarikat ini. Kita sendiri sedia maklum bahawa keuntungan syarikat AirAsia sebelum cukai sebanyak RM125.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2005 berbanding RM58.0 juta tahun sebelumnya.

Hal ini berbeza dengan syarikat penerbangan MAS yang mengalami kerugian bersih sebanyak RM367.7 juta bagi suku kedua pada tahun kewangan berakhir 30 September 2005.

Memang banyak desas-desus yang kedengaran ekoran dari kerugian syarikat MAS. Rasanya tidak perlu Alangz ulas panjang lebar kerana isu ini telah diketahui umum. Harapan agar Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru, Idris Jala dapat mengkaji dan mengambil ikhtibar bagaimana syarikat AirAsia yang boleh dikatakan masih setahun jagung, mampu membuat keuntungan sebegitu.

Hakikatnya, ramai di kalangan rakyat yang menyatakan faktor harga memainkan peranan utama dalam pemilihan AirAsia. Bukan semua di kalangan kita mampu membayar dengan harga yang tinggi. Yang penting, mereka dapat pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan selamat. Keselesaan memang Alangz akui penting,  tapi itu adalah kehendak.

Kita rujuk hiraki kehidupan. Harga seperti keperluan asas individu. Keselesaan, bergaya, kemewahan, dan lain-lain hanyalah kehendak. Pentingnya, kita ukur baju di badan sendiri.

Untuk AirAsia pula, jangan terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Banyak perkara yang perlu diperbaiki. Alangz yakin dengan pengurusan oleh  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tony Fernandes.

Mungkin dari segi kemasukan penumpang ke pesawat perlu diperbaiki. Memanglah dapat dilihat orang tua, kurang berkeupayaan dan kanak-kanak diutamakan. Tapi, telatah dan kelakuan penumpang seperti kambing yang terlepas kandang. Mereka perlu memikirkan penyelesaiannya. Kalau dilihat kelakuan begini, sungguh mengaibkan jika dilihat dari rakyat Malaysia yang dikatakan punyai budi bahasa yang tinggi.

Janganlah isu ini berlanjutan seperti isu tandas awam. Menjatuhkan lagi imej rakyat Malaysia yang dikatakan pengotor itu.

Bersambung..

Cicakzz... zz...zzzz... argghh... aku pening dan sakit badan aku lagilah Alangz.. jalan jauh-jauh nie.. tak sanggup aku duduk dalam beg dan di ruangan bagasi lagi.. arghh.. dicampak begitu sahaja... nak mati aku rasa....

Alangz... cian ko cicakz.. ko boleh bersuara. Bayangkan beg-beg... kotak-kotak tu. Kalau dorang boleh bersuara.. dah meraung dorang Wink

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments