|
04 Mac 2006 Lebih kurang jam 6 petang Alangz selamat tiba di Lapangan terbang Kota Kinabalu. Dijemput oleh seorang kenalan yang sudah hampir 5 tahun Alangz kenal. Dr. Shah. Pertanyaan pertama dari beliau semasa Alangz ingin menaiki kapal terbang adakah Alangz menaiki AirAsia atau MAS. Ini adalah kerana operasi penerbangan AirAsia di lapangan terbang lama dan MAS di lapangan terbang yang baru. Oooo.. baru ku tahu
Kami menuju ke Seaside Travellers Inn, KM20 Jalan Papar, Kinarut. Alangz mendapat cadangan untuk menginap di situ menerusi Kak Yatie. Teman sekerja Alangz dahulu. Kini beliau ditempatkan di ibu pejabat. Berbalik kepada Dr. Syah yang tidak pernah mendengar tempat ini. Nasib juga ada buku "Lonely Planet: Malaysia, Singapore & Brunei". Ada alamatnya. Sebelum itu, Alangz telahpun melayari laman web chalet itu dan mencetak peta lokasinya.
Setibanya di sana, Alangz disambut oleh En.Safar. Ternyata pemilihan tempat ini memang sesuai kerana dengan budget yang rendah dan memang berbaloi dengan wang anda. Cuma nasib kurang menyebelahi Alangz kerana mendapat bilik yang tidak mengadap laut kerana sudah penuh ditempah. Apapun, dengan RM77 semalam, Alangz mendapat bilik yang cukup besar. Lengkap dengan penghawa dingin, pemanas air dan televisyen. Harga juga termasuk sarapan pagi. Memang berbaloi. Secara peribadinya, Alangz mencadangkan tempat ini kepada anda yang ingin merehatkan minda, berbulan madu dan membawa anak kecil keluar dari persekitaran bandar yang sesak. (Hehehe.. ayat nie untuk ko TgafZa). Dengan budget serendah RM70 semalam, anda pasti berpuas hati dengan chalet ini. Secara asasnya, chalet ini mempunyai restorannya sendiri. Jadi, anda tidak perlu risau jika kebuluran Pemandangan pantainya juga cukup indah. Sempat juga Alangz menikmati panorama senja dan menghirup udara segar di pagi hari. Lautnya yang bersifat landai dan memang tidak dalam, memungkinkan anda berani melepaskan anak kecil bermain-main di pantai itu. Pernyataan Alangz ini disokong berpandukan mata Alangz sendiri. Semasa menikmati makan malam, terlihat kelibat penduduk sekitar mencari ketam di tengah laut itu. Memang mengasyikkan memerhati kelibat mereka. Apapun, diwaktu pagi banyak sungguh anak-anak ketam berlarian di tepi pantai. Pasirnya cukup halus membuatkan Alangz leka menghayati suasana pantai. Argh... begitu indah! Apapun, tempat ini memang menenangkan minda. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Hilang rasa penat mengembara tika berada di sini. Bersambung.... |
| Leave a Comment: |