|
04 Mac 2006 (Malam) Selepas selesai meletak barangan dan berehat seketika, sempat merencana perjalanan ke bandar Kota Kinabalu. Secara peribadinya ingin bertemu dengan teman-teman yang lain. Bertemu di Waterfront. Dr Shah meninggalkan Alangz di situ. Terima kasih sekali lagi. Menikmati hidangan makan malam di Waterfront berselang dengan hembusan angin bayu. Kemudian menyusuri laluan-laluan di bandar Kota Kinabalu. Rasanya bandar Kota Kinabalu adalah seperti bandar-bandar lain. Yang membezakannya adalah identiti jualan mutiaranya. Dalam diam tak diam, hampir RM400 Alangz habiskan untuk membeli barangan mutiara ini. Semuanya untuk kaum keluarga dan teman sepejabat. Baik sungguh Alangz ini... hehehee.... Jam menunjukkan hampir jam 10.30 malam. Alangz bersama teman mengambil keputusan untuk menaiki 'bas mini' untuk pulang ke tempat penginapan. Tidak ku sangka, ajak-ajak ayam untuk tidur di chalet disambut baik oleh 2 orang teman. Anyway, katilpun bersaiz king dan ada satu katil bujang di sebelah. Jadi, tiada masalah untuk mereka tidur di situ. Agak janggal mendengar bila di Sabah van sebegini dipanggil 'bas mini'. Tapi, itulah hakikatnya. Tambang dari bandar ke tempat penginapan RM3. Terpaksa menunggu penumpang sehingga penuh sebelum mereka memulakan perjalanan. Bersesak-sesak dan cara pemanduan yang agak laju dan bahaya mengingatkan Alangz kembali zaman kegemilangan 'bas mini' di Kuala Lumpur. Senyum sendirian aku. 05 Mac 2006 Selepas bersarapan pagi, kami keluar ke bandar. Dibawa ke Pasar Gaya. Pasar yang hanya dibuka pada pagi hari Ahad. Sama seperti di Kuching. Pasar Satok. Secara asasnya pasar ini memang menawarkan pelbagai variasi barangan dari kegunaan harian hinggalah ke barangan antik dan haiwan peliharaan. Kepada mereka yang ingin membeli barangan produk tempatan, rasanya tempat sebegini lebih mudah untuk mencari barangan itu dengan harga yang berpatutan; asalkan anda tahu menawar. Perjalanan diteruskan. Menyusuri jalan-jalan dan lorong-lorong di kota ini. Banyak telatah dan perilaku manusia dapat dilihat. Yang pasti, corak pemakaian segelintir kaum wanita 'agak hebat' di sini. Ingatkan di Kuala Lumpur lebih seksi, argh tidak!!.. Destinasi berikutnya Filipino Market. Lebih kepada bazaar jualan. Tempat ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk anda membeli barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Tempat ini agak sesak dan rasanya lebih baik tidak membawa anak kecil. Harga yang tertera memang mahal. Pandailah melakukan urusan tawar menawar ini. Pastikan anda mendapat harga 60% lebih rendah sebelum membuat keputusan membeli sesuatu barangan. Memang Alangz akui, tempat ini akan menjadi kegemaran para wanita kerana banyak hiasan dari mutiara dijual disini. Keluar dari Filipino Market anda akan melihat pasar malam. Mengikut kata teman, pasar ini memang dibuka setiap hari. Apapun aneka juadah tempatan dijual. Melihat ikan bakar, memang menyelerakan. Namun bila melihat cara penyediaan dan tidak berapa yakin dengan peniaga disini menyebabkan Alangz tidak menikmati ikan bakar itu. Bukan menidakkan atau menyatakan tahap kebersihan, cuma lain orang lain cara pandangannya. Berhati-hati ketika mahu menikmati ikan bakar. Pastikan anda bertanya harganya terlebih dahulu. Kalau tidak, mungkin anda terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi. Berjalan menyusuri laluan yang berhadapan dengan lautan (Jalan Tun Fuad Stephens). Berhenti seketika melihat sekumpulan pemancing yang baru pulang dari memancing. Melihat hasil tangkapan mereka. Meneruskan aktiviti berjalan dan melihat kehidupan masyarakat setempat sebelum berkira-kira untuk pulang semula ke tempat penginapan setelah penat berjalan sekitar bandar Kota Kinabalu. Pulang menaiki 'bas mini' Sempat menikmati pemandangan matahari terbenam berlatarkan hembusan angin laut.
Bersambung..... |
| tgazfa March 14, 2006 08:27 AM PST Alangz, thanks so much for the very useful info. Memang details alangz tulis. Alamak, pasar filipina tak sesuai utk kana2 kecil ye? hmm mcm mana aku nk bwk anak aku tu nanti ek? adusss ... lepas ni labuan ke? what about other places kat KK ... :-) | ||
| Alangz March 14, 2006 08:55 AM PST Welkam tgafZa... pasar filipina nie sempit.. sesak.. rasanya kalau nak bawak jugak anak kecik... jangan bawak waktu matahari tegak atas paler.. panas giler nanti... so.. time pepetang tu ok ler.. bila anak panas.. lepak jap kat memana kedai.. kipaskan lah dia.. :-)) | ||
| Leave a Comment: |