|
6 Mac 2006 (Petang) Selamat tiba di jeti Labuan lebih kurang jam 4.45 petang. Dari kaca mata Alangz, pemandangan di Labuan nampak terurus. Kebersihannya juga boleh dipuji. Cuma, yang agak mendukacitakan adalah status 'bebas cukai' menggalakkan penjualan rokok dan arak di sini. Agak banyak juga kedai yang menjual minuman keras. Melangkah kaki menuju mencari hotel untuk menginap. Melati Inn yang terletak di Jalan Perpaduan menjadi pilihan Alangz. Menawarkan harga bilik RM48 semalam. Sesuailah dengan budget dan untuk Alangz tidur seketika. Setelah meletakkan bagasi, terus kaki melangkah ingin menerokai bandar Labuan ini. Memang kecil bandar Labuan ini. Dalam kurang dari 2 jam, semua tempat sudah Alangz terokai. Secara kasarnya dapat Alangz rasakan walaupun tempat ini agak kecil, namun faktor pembangunan memang kelihatan. Pelbagai variasi dan keturunan manusia dapat dilihat di Labuan ini. Dengan ertikata lagi, pelbagai bangsa ada disini. Cuma, minda tertanya-tanya. Disini juga ada 'Mini Indonesia' kah?.. di bahagian belakang Labuan supermarket berhampiran jalan Bunga Mawar ada sebaris kedai makan papan yang kelihatan uzur dan rasanya disinilah kelihatan agak kurang kemas. Bila melintasi kedai-kedai ini kelihatan tanda 'makanan Melayu' dan bila mendengar pertuturan majoriti pengunjung dan tuan punya kedai, bahasa Indonesia dipertuturkan. Entahlah. Tapi yang pasti memang ramai warga Indonesia dan Philiphina.
Dalam perjalanan ke hotel, melintasi Jalan Muhibbah dan kelihatan pasar malam disitu. Bertanya dengan seorang peniaga disitu dan beliau menyatakan pasar malam ini hanya dibuka pada hari Isnin. Rasanya tidak sesuai dipanggil pasar malam kerana walaupun tika melintasi kawasan ini jam baru menunjukkan lebih kurang jam 8.40 malam, hampir separuh dari mereka sudah berkira-kira dan mengemas gerai untuk ditutup. Sempatlah Alangz membeli sedikit makanan untuk menjadi hidangan tengah malam. Ini adalah kerana semasa berada di Ujana Kewangan, Jalan Merdeka; Alangz sudah menjamu selera. Makan tengahari di waktu petang Sempat juga singgah di pasaraya Labuan untuk membeli air sebelum meneruskan perjalanan pulang ke hotel. Bersambung... |
| Leave a Comment: |