Entry: Catatan perjalanan - Labuan-Brunei Wednesday, March 15, 2006



7 Mac 2006

Seawal jam 6.40 pagi Alangz terjaga dari tidur. Dikejutkan dengan deruan hujan yang turun. Mmm.. memang enak untuk menyambung semula tidur. Tapi takut kesiangan, Alangz gagahkan juga diri untuk mandi.

Pukul 7.30 pagi Alangz mendaftar keluar dari tempat penginapan. Singgah sebentar di kedai untuk bersarapan. Agak janggal melihat deretan kedai kain sudahpun memulakan operasi perniagaan walaupun masih awal pagi. Kelihatan kenderaan berlegar di sekitar bandar. Tiada kesesakan. Alangkah indahnya jika Kuala Lumpur juga begitu Wink. Ahh.. berangan sahajalah kau Alangz...

Jarak tempat penginapan dengan jeti tidaklah jauh. Rasanya hanya lima minit berjalan kaki. Tapi, Alangz terpaksa berlari anak. Hari hujan Tongue. Membeli tiket dan feri ke Brunei hanya bertolak jam 9 pagi. Itulah yang paling awal.

Harga tiket dari Labuan ke Brunei adalah RM35.00. Tempoh masa perjalanan lebih kurang 40 minit sahaja. Semasa menaiki feri kedengaran suara operator feri yang berteriak menyatakan "pulang...balik"... "pulang...balik". Masih blur dengan apa yang dimaksud itu. Alangz menyatakan akan tidur di Brunei dan mereka memberi borang untuk diisi sebelum masuk ke Brunei.

Sedang leka mengisi borang, penumpang di sebelah meninjau-ninjau. Seorang wanita dalam lingkungan pertengahan 30an. Warga Indonesia. Bila Alangz menoleh, segera dia bertanya cara untuk mengisi borang itu. 'Enggak ngerti', katanya. Sempatlah menjadi guru spontan sekejap. Bila beliau selesai mengisi borang itu ada beberapa borang lagi yang perlu diisi. Borang masuk ke Brunei dan borang masuk ke Malaysia semula. Ooo... baru Alangz faham apa yang dijeritkan oleh operator feri tersebut.

Mereka yang menetap di Malaysia diberi kebenaran untuk menetap selama lebih kurang 90 hari sahaja. Jadi, warga asing ini perlu keluar dari Malaysia sebelum masuk semula untuk memastikan tempoh penginapan mereka sah di Malaysia. Sudah menjadi kebiasaan untuk mereka menaiki feri seawal jam 9 pagi dan memasuki Brunei. Duduk sebentar di kawasan jeti Brunei sebelum menaiki feri kembali ke Labuan. Itulah yang sibuk dilaungkan 'Pulang.. balik".

Brunei

Lebih kurang jam 9.40 pagi Alangz selamat tiba di jeti Muara, Brunei. Alhamdulillah. Sampai juga Alangz disini setelah sekian lama berkira-kira untuk ke mari.

Beratur untuk mengesahkan pasport. Kehadiran Alangz di sini masih disambut dengan hujan gerimis. Ternyata kawasan pelabuhan ini sedang mengalami kerja-kerja menaiktaraf. Banyak yang sedang diperbaiki.

Alangz berkira-kira untuk menghubungi rakan yang pada mulanya berjanji untuk mengambil Alangz di jeti ini. Dalam jam 10.00 pagi Alangz menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada beliau namun tidak berbalas. Sebelum itu, Alangz ada menerima satu SMS yang bertulis "DSTCom Welcomes you to Brunei Darussalam. For IDD call, please dial <+> or <095> country code><area code><number>. Please call DSTCare on 151 for inquires."

Masih menunggu. Kepala memikir adakah SMS alangz tidak diterima beliau. Lalu menghantar pesanan SMS ke Nazir, teman di Kuala Lumpur. Dan SMS Alangz berbalas. Jadi, memang telefon itu sudah diaktifkan sistem perawaian antarabangsa. Cuba menghubungi teman dia Brunei semula. Yang kedengaran "Baki didalam akaun awda tidak mencukupi.. bla...bla.. bla"... ayoooo!!... baru hantar beberapa SMS ke Kuala Lumpur sudah habis kredit Alangz. Di mana hendak ku cari tambah nilai Maxis di sini?.

Jumpa telefon awam. Namun boleh digunakan dengan menggunakan kad prabayar. Bila bertanya di cafe makan di jeti, mereka tidak menjual kad tersebut. Maka berjalanlah Alangz sambil merencana apa yang hendak dilakukan.

Menunggu sehingga jam 11.30 pagi. Kelibat teman tidak juga kelihatan. Sebelum itu, Alangz diasak dengan khidmat pemandu 'prebet' disini yang mahu menghantar Alangz ke Bandar Seri Begawan dengan tambang B$20. Memang tidak mahu menaikinya kerana ia bukanlah teksi. Berpandukan buku Lonely Planet tambang bas ke Bandar Seri Begawan hanya B$1 sahaja.

Setelah bas tiba, beliau terus menawarkan ke khidmat ke bandar dengan harga B$5. Sebenarnya pemandu 'prebet' ini adalah para pekerja yang berkhidmat di jeti. Alangz dapat kepastian menerusi pakaian seragamnya yang berwarna biru dan seluar biru gelap. Ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan teman serta pemandu teksi semasa Alangz pulang. Sudah menjadi lumrah, mereka juga mahukan pendapatan sampingan.

Disebabkan sudah lama menunggu kelibatan teman tidak langsung kelihatan, Alangz mengambil keputusan untuk menaiki sahaja kereta itu sahaja. Penat berdiri. Ditambah lagi jika menaiki bas akan mengambil masa kerana berhenti-henti.

Perjalanan dari jeti Muara ke Bandar Seri Begawan lebih kurang 20km. Alangz terus dihantar ke hotel yang sudah ditempah terlebih awal oleh teman Alangz. Mekasih Jufli.

Bersambung..

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments