|
7 Mac 2006 (Tengahari) Selesai mendaftar masuk di hotel sempat berehat seketika sebelum mengatur langkat untuk menerokai Bandar Seri Begawan. Dari Jalan Kampung Kianggeh Alangz berjalan ke Jalan Sultan. Melintasi Taman Hj Sir Muda Omar Ali Saifuddien. Kelihatan pintu gerbang yag dihiasi indah. Rupanya Brunei baru sahaja selesai menyambut Ulangtahun Kemerdekaan negara itu. (mekasih Jufli atas pembetulan info ini). Banyak sungguh model kereta yang boleh dikatakan tergolong dalam keluarga mewah di sini. Proton?... Singgah di kedai makan berhampiran Jalan MacArthur untuk menikmati hidangan makan tengahari. Sengaja Alangz memilih tempat duduk bertentangan dengan Sungai Brunei. Ingin menikmati makan tengahari sambil memerhati kelibatan dan tingkah laku penduduk di Kampung Ayer menaiki teksi air (bot laju).
Ternyata teksi air itu memang laju. Ahakzz.. pada mulanya memang Alangz teringin sangat untuk menjejakkan kaki ke Kampung Ayer. Tapi melihat cara bot dipandu, memang menakutkan. Yelah, kita tidak biasa dengan air ini. Bagi mereka ini sudah menjadi rutin kehidupan. Tambah lagi ketika sedang menjamu selera, hujan turun agak lebat. Lagilah kecut perut Sebelum itu, semasa memesan makanan sempat Alangz beramas mesra (ahakz... memfofulerkan statment bilal) dengan seorang kakak iaitu pemilik warung makan di situ. Beria-ia bertanya Alangz datang dari mana, berapa hari disini, duduk di mana. Dan yang paling Alangz tidak boleh lupakan adalah pernyataan beliau "ooo.. akak tahu.. adik akak kawin dengan orang Johor..." tiba-tiba... dengan penuh semangat dia menjerit "MAWI Worlddd!!"..... hahhahaa... sabar jerlah Alangz. Popular kau Mawi. Dah rezeki kau. Sampai ke Brunei orang minat. Selesai makan dan selepas hujan betul-betul reda, Alangz meneruskan langkah. Menyusuri Jalan MacArthur. Terlihat produk Malaysia; Maybank. Senyum sendirian Alangz.
Berjalan sendiri berpusing-pusing di Bandar Seri Begawan ini. Ternyata tiada banyak tempat yang boleh diterokai. Rasanya, jika anda orang yang suka ke Muzium, disini anda boleh menghabiskan masa. Pergilah ke Muzium Brunei, Malay Technology Museum, Royal Regalia Museum dan Brunei History Centre. Masuk percuma jer.. Berjalan lagi dan bertemu pasar Tamu Kianggeh. Masuk seketika dan melihat keadaan kawasan ini. Makanan dan keropok banyak terdapat di sini. Produk pertanian juga boleh didapati di sini.
Pulang semula ke hotel setelah penat berjalan. Sebelum itu, semasa di hotel Alangz dapat menghubungi teman; Jufli yang memang Alangz tahu sibuk dengan tugasan beliau. Bersambung..... |
| Leave a Comment: |