|
8 Mac 2006 Seawal jam 6.30 pagi Alangz terjaga. Sebenarnya terkejut setelah langsir di hotel itu tersingkap dan memperlihatkan hari sudah cerah. Mati-mati ingatkan Alangz kesiangan. Terbabas dari tidur. Hahaha... memang di sini awal cerahnya. Apapun, Alangz berkemas. Mandi dan membuat apa-apa yang patut di pagi hari
Selesai bersarapan pagi, Alangz mendaftar keluar dari Jubliee Hotel. Malas berfikir panjang dan meminta gadis kaunter menelefon teksi untuk ke jeti. B$30. Takut terlepas feri kerana penerbangan balik ke Kuala Lumpur malam ini.
Sampai di jeti terus membeli tiket feri berharga B$15. Cukai jeti B$1. Perjalanan ke Labuan seawal jam 8.30 pagi.
Secara peribadinya Alangz rasakan memang tidak puas untuk menerokai Brunei dalam masa kurang dari 24jam. Insyaallah, ada kesempatan lagi pasti Alangz akan melawat semua. (Jufli.. Alangz nak gi Kg Ayer.. ingat ek.. hehe..). Pengalaman berada di negara Brunei Darussalam terasa seperti jam berdetik begitu perlahan. Dari segi persembahan televisyennya, dari segi amalan kerjanya, dari segi pembangunannya. Alangz terfikir pendapatan utama Brunei adalah dari hasil minyak di sekitar kawasan Seria dan Muara. Dan mengikut rezab, dijangka Brunei akan kehabisan sumber asli ini sekitar tahun 2020. Jika dicongak dari tahun ini (2006 hingga 2020) Brunei punyai masa 14 tahun untuk mencari alternatif lagi untuk pendapatan mereka. Sudah tiba masanya penduduk dan kerajaan Brunei mula merubah cara hidup mereka. Mula bekerja lebih keras untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan mutu kerja. --------------------------------------------------- Tiba di jeti Labuan sekitar jam 9.20 pagi. Terus membeli tiket untuk ke Kota Kinabalu. Jadual feri untuk perjalanan pulang ke Kota Kinabalu paling awal yang ada jam 1 petang. Jika difikir dan dicongak secara logik, rasanya kerajaan Malaysia menjaga jadual perjalanan feri ini. Yelah.. dari Brunei kita tiba sekitar jam 9.30 pagi. Feri ke Kota Kinabalu 1 petang. Kita punyai lebih kurang 3 jam setengah untuk berlegar-legar di Labuan. Dan pastinya semasa berlegar, banyak benda yang akan dibeli atau 'terbeli'. Kawasan bebas cukai
Menyesal sungguh tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur menerusi Labuan. Ini adalah kerana perjalanan ke Kota Kinabalu yang teramatlah membosankan. 3 jam lebih. Tiba di jeti Kota Kinabalu lebih kurang jam 4.30 petang. Dengan membawa bagasi, Alangz mengorak langkah menuju semula ke Filipino market. Membeli sedikit lagi barangan. Sebenarnya sebelum ini Alangz ada memberi deposit dan menyuruh pekedai di situ menyimpan beg dan barangan jualan lain kerana tidak mahu membawanya ke Labuan-Brunei. Buat berat beg jer kan?.. Jadi, tibalah saat untuk mengambilnya. Sempat juga ke Centre Point. Dan kemudiannya mengambil teksi dari situ ke lapangan terbang. Sampai di sana sekitar jam 6.40 petang. Sempatlah Alangz menukar pakaian dan menjamu selera sebelum mendaftar masuk dan penerbangan dijadualkan jam 8.20 malam. Dan paling tidak diduga, semasa menjamu selera, terlihat bos lama Alangz. Hehehe.. terus menegurnya; En. Azhar. Kelakar juga memikirkan En. Azhar bertemu Azhar.. ahakz... Tiba di KLIA lebih kurang jam 10.40 malam. Mekasih Nazir dan housemate Wan, sebab sudi menjemput Alangz di KLIA. Cicakzz... huhuhu.. aku tak sanggup ikut ko lagi Alangz.. masuk dalam beg dan bila berada dalam kawasan bagasi, dorang campak-campak jer aku. Sakit badan aku tak hilang lagi. Pastu naik feri.. perggh.. lamanya.. rasa nak termuntah aku pasal mabuk laut. Pastu ko nie suka sangat berjalanlah. Tak sempat aku nak rehat dah jalan. Letih tau.... Alangz.. You asked for it!!... ahakz... =TAMAT= |
| Leave a Comment: |