|
18th Mac 2006 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh ramai teman chatters, kenalan dari blog Bro Joe. Jam 8 malam adalah masa yang ditentukan. Lokasinya di Manhattan Fist Market, Ikano. Dan penganjur untuk perjumpaan kali ini adalah Miss Coco.
Secara asasnya ini merupakan perjumpaan teman chatters blog Bro Joe kali kedua yang Alangz hadiri. Memang meriah. Seramai 17 orang menghadirikan diri dalam perjumpaan kali ini. Mereka terdiri daripada; Coco, Puteri, Delinn, Sempoi (+ Abg Din & 2 anak), TgafZa (Amid + anak), Alangz (+ anak ikan
Walaupun Bro Joe tidak menghadiri perjumpaan ini (US... jauh tuh), tapi Alangz respect dengan beliau kerana sanggup bangun seawal pagi semata-mata untuk membuat panggilan telefon dan bersembang dengan semua yang hadir. Dan lebih mengharukan kami semua, semua makanan dibayar oleh Bro Joe. Terima kasih Bro..
Terus terang Alangz katakan yang ini merupakan kali pertama Alangz menjamu selera di Manhattan Fist Market. Sekali sekala untuk menjamu selera, rasanya Alangz boleh terima. Tapi, kalau tiap-tiap hari pasti muak dan tekak tidak boleh menerima makanan ini. Apapun, rasanya antara ramai-ramai yang hadir, 'kuali' [ahakz bilal.. memang marah orang tua tengok kita makan dalam kuali] Alangz yang betul-betul bersih. Buktinya;
Sebelum & Selepas... amin... Sebelum menerima pesanan, sesi beramah mesra dengan Bro Joe menerusi telefon. Lihatlah aksi Bilal. Mmm... memang berpotensi besar menjadi 'ibu ayam' untuk menjaga reban ayam.. ahakz... (kepada mereka yang tidak tahu, reban ayam = blog Bro Joe)
Selesai semua menjamu selera, ramai yang beransur dan mula menyempit ke arah 'ibu ayam'. Dan acara beramas mesra mula kedengaran.
Keriuhan semakin meriah. Di tambah lagi dengan keramahan antara mulut TgafZa, Bilal dan Puteri. Angah, Arc dan Delinn juga boleh tahan. Cuma yang agak menyepi Ima. Mungkin faktor pertama kali bertemu beliau kurang berinteraksi. Pastinya, kami menghargai kehadiranmu Ima. Kalau tidak dimulakan 'ice breaking' sekarang, bila lagi bukan?. Ahakz.
Sesi yang pastinya dikuasai oleh kaum Hawa ini bertambah rancak. Aksi dan gaya Puteri memang membuktikan beliau memang 'Ratu Laser'. Apapun, memang seronok dapat bersua muka dengan orang yang kita berborak dalam talian secara maya sebelum ini. Jika niat persahabatan yang baik, pastinya ia mendatangkan kebaikan. Inilah antara kelebihan interaksi dan kenalan alam siber.
Terima kasih teman... Cicakz... Wah.. wah.. wah Alangz... seronok ko ek.. tapikan aku tengok badan ko makin 'meriah' lah.. cuba diet sikit... Alangz.. huhuhu.. ku sedar cicakz... arghh.. tidakk.... |
| tgazfa March 20, 2006 05:21 PM PST hehehe .. best review alangz nih .. gambar2 nya pon nampak ber'suasana' meriah! .. i like!! ahem ahemm... ahakzzz | ||
| puteri March 20, 2006 05:53 PM PST woii mana ada laser...soalan2 aku kt saiful tu semua nye legitimate apa...umo brapa, sek kt mana...saiful dah serik ke? hahaha...lengkali crash la lg party orang...hehehe... | ||
| sempoii March 20, 2006 07:36 PM PST sah semua tak berani bawak anak ikan pasni..hahaha! Gambar 1st tu mcm org tgh dengar aku ceramah jer, sedangkan time tu tgh amik order..ahakss! i like..i like! aku suka review yg sungguh bersopan santun berbudi bahasa gini. | ||
| Name March 20, 2006 10:14 PM PST alangz, sapa yang kasi nama "anak ikan" tuh? sesuatus jer nih :-) "anak ikan" ko tuh ada tahi lalat,kan? ada mole kan? :-) | ||
| ima March 21, 2006 12:19 AM PST hehe.. best ar gambar2 alangz.. aku nk amik gamba tak sempat.. rasa nak makan aje.. hihihi.. | ||
| Alangz March 22, 2006 08:39 AM PST TgafZa : Memang meriah aper?.. :-p ahakzz... Puteri: Hahahaa.. ok ler tu.. dah cop kat dahi ko "ratu laser" Sempoii: Alangz brani lagi :-p... hehehe.. aku pun tak pasan gambar cengitu poii.. you like it.. I also like it.. ahakz... Review berbudi bahasa?.. hahahhaa... mekacih.. mekacih... Name: Bro Joe ek?.. yang bagi nama anak ikan tuh?.. tanya poii.. hehee... a'ha.. ada tahi lalat dan pastinya ada mole :-)) hahahaha.... Ima: Hehehe.. ko control ayu masa tuh ima :-p | ||
| xmen March 22, 2006 02:28 PM PST rugi aku tak dtg ekkkkk makan joe sponsor lak tu... rugi rugi... | ||
| Leave a Comment: |