|
Semalam Alangz diamanahkan untuk pergi ke tapak pembinaan pemancar telekomunikasi telefon (DiGi). Sebenarnya inilah projek yang syarikat tempat Alangz bekerja lakukan. Tower, cabin & TI works for DiGi. Dan sebenarnya juga tugasan Alangz sebelum ini hanyalah melakukan tugasan pejabat. Ada juga pergi melawat tapak pembinaan, tapi sekadar melawat untuk melengkapkan kerja di atas kertas. Tidak pernah melakukan tugasan seperti memasang "alarm junction box" ini. Tapi dek kerana kekurangan kakitangan dan mengejar masa, Alangz diarahkan melakukan tugasan di tapak pembinaan dalam masa seminggu ini. Selaku pembantu sahaja sebenarnya. Apapun, memang seronok sekali sekala dapat keluar dari pejabat dan melakukan tugasan ini. Dan tugasan inipun menyeronokkan Dan Alangz tidak akan berada di pejabat untuk beberapa ketika. Maka, blog ini akan bersawang kembali. Ahakz...
Tentu anda semua pernah tertanya apa yang ada di dalam kabin di bawah menara ini. Jadi, kesempatan yang ada semalam Alangz gunakan sepenuhnya mengambil gambar-gambar ini. Ada perkakasan yang Alangz tahu dan banyak juga yang Alangz tidak tahu. Alhamdulillah, ada teman sekerja yang tidak kedekut ilmu untuk bercerita fungsi sesuatu barang di dalam kabin ini. Apapun, ada rezeki Alangz akan ceritakan kemudian hari. Tapi, rasanya lebih menekankan keadaan penduduk di sesuatu tempat itu Cicakz... huhhh.. kalo berjalan, panjang jer langkah ko ek Alangz.... Macam pernah ku dengar ayat itu... kan MM |